Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 29 April 2009

Kekiut babies









Aku suka baby jugak, tapi bukan baby aku, baby orang lain lar hehe..

Selasa, 28 April 2009

Koleksi Kekitten











Aku suka kucing! Tambah lagi anak kucing kiut. Rasa cam nak picit2 je huhu tapi nanti mati pulak hehe.

Sabtu, 25 April 2009

bini aku tomboy ke? 9

' Woi! Apesal kau cium pipi aku?? Tak sah lagi nih!' Zack menolak kuat badan Azim yang secara tiba-tibanya mencium pipi kirinya tadi. Dahlah atas pentas, hampeh punya makhluk! Semua orang melihat ke arah mereka. Azim tersengih-sengih. Che! Macam beruk dekat Hutan Simpan Pahang pun ada aku tengok! Oh, kau main-mainkan aku eh? Tunggu kau!

' Nah! Kau suka la ambik kesempatan dekat aku kan? Baru nak bertunang, dah gatal! Hish! Aku campak dalam lombong baru kau tau!' Azim terduduk sambil memegang celah kangkangnya yang disepak Zack. Kuat nak mati! Mandul lah aku gini! Zack mengangkat tinggi dress hitamnya dan diikat kemas di pinggang, macam srikandi dalam drama pendekar la pulak huhu, nasib pakai seluar panjang dekat dalam dress tu.

' Hah! Come on! Aku dah bukak gelanggang WWE dah ni, cepat lah masuk! Tunggu apa? Masuk, masuk!'

Papanya menariknya ke tepi.

' Kenapa ni, Zack?! Malu lah papa!' Papanya berbisik perlahan tapi tegas.

' Malu? Papa patut lagi malu nak bermenantukan hantu air nih! Dah lah muka macam cekodok berkulat, gatal-gatal pulak tu! Huh!' Zack menjerit kuat. Tak payah pakai mikrofon, rasanya satu dewan dah bergegar dengan suara dia sorang je!

Secara tiba-tiba, mamanya naik ke atas pentas dan menyimbahnya dengan air oren.

' Mama! Kenapa siram Zack??'

' Hai, dah mama kejut cukup 36 kali dah, tak bangun-bangun, mana mama tak siram? Dah, cepat siap. Kejap lagi dah nak pergi dewan.'

Hah? Aku bermimpi! Yes! Aku tak bertunang! Zack melompat-lompat dengan semangat wajanya di atas katil tu.

' Sayang, kejap lagi mama mekapkan, okay?' Uhh! Macam mimpi aku je nih??

' Zack nak solat!' Zack terus turun dari katil dengan muka pucat. Habis dah kegirangannya tadi. Di dalam tandas, dia merenung wajahnya.

' Siapa la budak comel dalam cermin ni?' Zack berbisik sendirian. Rambut pendek berbelah tengahnya itu dikuis-kuis, dia tersenyum comel. Tidak dapat dinafikan lagi, aku lah budak tercomel di angkasa ni huhu! Ya Allah! Karatnya gigi aku! Macam nenek tua pakai gigi palsu emas! Zack menghembuskan nafas ke tapak tangannya. Subhanallah! Bau longkang + loji! Tak pengsan ke abang Din dengan mama cakap dengan aku tadi?? Aku bau sendiri pun dah naik juling bijik mata! Kalau mama pregnant, nescaya akan muntahlah orang tua itu huhu.

Zack cepat-cepat mencapai berus gigi yang memang sudah tersedia di hotel itu, lalu meletakkan ubat gigi banyak-banyak, sampai habis ubat gigi dalam tiub ubat gigi kecik sebesar jari kelingking itu dipicitnya. Mak ai! Ni la akibatnya aku tidur tak gosok gigi ni! Agaknya dah bertan-tan taik gigi dalam mulut 'wangi' aku ni! Ee, kotor gila tapir! Nak muntah aku membayangkannya!

' Mama! Ada ubat kumur mulut tak??' Zack menjerit dari dalam tandas.

' Takde.' Terdengar sayup-sayup suara mamanya dari luar.

Uhh! Apa kes nih? Aku paling tak suka bau mulut tahap loji ni! Dia menghembus sekali lagi nafasnya. Em, dah okay dah ni! Not bad, better than before. Gigi kuning takde pun sebenarnya. Aku je yang over tadi huhu. Gigi aku kan sparkling, more sparkle than abang Din, and the sparklest teeth in the world, hua hua!! Takkan la baru tak berus 2 hari dah kuning macam emas kot? Mustahil la!

' Zack! Buat apa tu? Dah dekat pukul lapan dah ni! Cepat lah! Karang nak solat lagi, nak mekap lagi!' Mamanya menjerit dari luar.

' Ye mama, ye! Kejap la, perut banyak angin ni. Tetiba je senak pulak!' Mekap, benda yang paling aku avoid seumur hidup aku! Kalau ye pun, aku akan tempek bedak baby je kat muka. Nak letak foundation, moisturiser and yang seangkatan tentera dengannya, jangan haraplah!

' Mama turunlah dulu kalau dah lambat!' Zack mereka ayat.

' Em, takpe, mama tunggu. Zack ni bukan boleh percaya sangat! Nanti entah-entah pakai seluar jean koyak tu je turun!' Eh, mama ni! Macam tau-tau je planning aku!

Akhirnya, Zack pun keluar. Itu pun jalan macam siput babi. Dia mencapai telekung. Pergerakannya dilambatkan semacam kartun slow motion. Solat yang selalunya 5 minit dipanjangkan menjadi 20 minit. Sengaja membaca surah sehabis panjang dan khusyu' untuk membuang masa, sampai mama give up menunggu. Tak senonoh betul budak ni! Solat pun dibuat main! Hai.. Tapi takpe jugak sebabnya aku rasa macam ni lah solat terkhusyu' aku selama aku hidup ni!

Sesudah solat, dia memandang ke arah mamanya yang sudah pun bersiap bukan main lagi. Rambut palsu bersanggul diletakkan kemas di atas kepalanya, muka putih macam orang opera cina, mulut warna ungu sepadan dengan mata bersinar-sinar macam bintangnya, sepadan jugak bersama-sama dress dan kasutnya. Mujur memang cantik mama aku ni! Hai, makin tua makin menjadi!

' Zack! Dah?'

' Jap! Nak berwirid bertalkin dulu!'

' Hish, budak ni! Sebelum mama cepuk, baik cepat-cepat sudahkan semua!' Darah tinggi mama naik dah nampak gayanya. Tadi still cool lagi, ni dah nampak dah taring singa betina dia!

' Ya Allah! Kau tolong lah aku! Aku tak nak mekap!' Sambil bersungguh-sungguh dia menadah tangannya berdoa memintak dengan seikhlas hati.

' Hah? Yela, I turun!' Zack berdebar-debar mendengarkan perkataan 'turun' yang disebut mamanya.

' Papa call. Mintak mama temankan dia.' Yay! Ya Allah! Terima kasih! Zack bangun menari tarian kuda kepang dengan bertelekung putihnya.

' Amboi? Habis dah wirid? Dah, make sure pakai baju hitam tadi kalau tak nak mama sakit. And pakai kasut ni.' Eh? Kasut dalam mimpi aku!

' Em, yela, mama.' Zack mem'babai' mamanya dan menghadiahkan kuntuman senyum comel di bibir. Yes! No make up! Just dress. Dress?? Zack menelan air liurnya.

Zack bersiap ala kadar. Rambutnya dibelah tepi dan disapu jel. Bedak mamanya diletak sedikit ke mukanya. Nampak bertompok la pulak. Akhirnya dia membasuh mukanya dan membiarkan sahaja mukanya tanpa mekap walaupun sedikit.

Em, dahla. Dah comel sangat dah ni, huhu. Dia pun turun dengan gaya ayunya menapak ke dewan hotel tersebut. Mujur mama dah beritahu aku awal-awal dekat mana dewan tu. Zack membelek mukanya di cermin yang tergantung di dinding sebelum masuk ke dewan. Eh, ada bunga. Dia berpaling ke kiri kanan lalu memetik sekuntum carnation pink selepas dipastikan line clear, lalu diselit ke telinganya. Wah! Cun gila aku! Mesti orang berkenan kat aku nanti! Hua hua.

Dia pun melangkah masuk ke dalam dewan penuh dengan lampu berwarna-warni itu. Memang takde spot light, tapi sebijik macam dalam mimpi aku tadi! Ish, tenang-tenang. Roh aku la ni yang advanced datang melawat-lawat dewan ni tadi huhu. Zack tercari-cari mamanya. Kemudian, dari jauh dia dapat melihat mamanya melambai-lambai ke arahnya. Sempat dia menjamu mata dengan makanan yang terhidang dalam 'perjalanan'nya ke arah meja mama.

' Oh, comelnya anak mama! Macam angel!'

' Angel tak berjantina, mama.' Zack menjawab endah tak endah. Dia melihat sekeliling selepas menyalami beberapa datin, kawan-kawan baik mamanya. Kemudian..

' Azim??' Kesilauan muka putihnya membuatkan aku nampak dia terang tang tang walaupun dewan ini agak gelap selepas lampu bebanyak tadi ditutup dan spot light sahaja yang menyuluh. Yah, aku nampak dia dengan Amy! Wui, advanced gila dia ni! Tak menyempat kahwinnya, dah pandai bawak perempuan ke hulu ke hilir!

' Woi, Azim! Jom, keluar kejap!' Zack menarik tangan Azim setibanya di meja tempat duduk Azim. Permintaan Pengerusi Majlis diabaikan yang menyuruh semua hadirin duduk.

' Eh, apesal ni?? Siapa kau? Aku tak kenal la!' Azim merentap tangan Zack, kuat.

' Aku Zack la, bongok!' Amy merenung Azim dengan renungan tajam macam pisau. Berani buat skandal depan aku! Kau tunggu Azim!

' Ish! Apesal ni, weh?'

' Aku nak bagi amaran dekat kau!' Bergema satu hotel dengan suara Zack selepas mereka berdua keluar dari dewan tersebut. Comelnya dia! First time aku tengok dia pakai macam perempuan walaupun dressnya diangkat sampai ke lutut menampakkan jeans kat dalamnya.

' Woi! Kau berangan apa ni, mangkuk??' Zack menolak bahu Azim.

' Hah? Apa benda kau nak beritahu?' Terkejut oleh sergahan Zack, Azim kembali ke alam nyata.

' Aku nak kau tolak habis-habisan kalau malam ni aku kena tunang dengan kau! Got it??' Tunang? Azim tak terkejut kalau mereka berdua akan ditunangkan pun, sebabnya ayah mereka berdua memang kawan baik.

' Apa kes nak bertunang aku dengan kau pulak? Kau ni demam ke, Zack?'

' Ahh, takde demam-demamnya! Aku nak kau buat apa yang aku cakap tadi, kalau tak aku cabut ekor and misai Aristotle kau!'

' Aristotle dah lama mati la.' Zack mengugut dengan nama kucing kesayangan Azim dahulu kalanya.

' Ahh, tak kisah lah! Yang penting, aku akan bunuh kau kalau kau berani terima nak bertunang dengan aku! Kau dengar??' Zack mencekak leher baju Azim selepas dilihat Azim semacam endah tak endah sahaja dengan ugutannya tadi. Bunga carnation yang dipetik tadinya jatuh ke lantai.

' Woo.. Stop it, Zack! Okay, okay. Aku dengar!' Azim terasa panas pipi selepas ada orang tertoleh-toleh ke arah mereka berdua. Mesti diorang fikir aku gaduh dengan bini queen control! Wah! Hilang lah kemachoan aku!

' Dah! Jom masuk!' Azim mengutip bunga yang jatuh dan diselit ke telinga Zack, kemudiannya memegang tangan Zack untuk dipimpin masuk ke dalam dewan selepas dia membetul-betul bajunya yang dicekak oleh Zack tadi.

' Eh, mangkuk! Aku bukan bini kau la! Lepas tangan sekarang!' Ek eleh. Minah ni, baru pegang tangan je pun, dah kecoh nak mati! Tapi, memang cun tahap monyet lah dia malam ni! Berombak dada and hati aku tengok!

' Kau ingat warning aku tadi! Jangan sampai aku belasah kau!' Zack mengugut sekali lagi di dalam dewan, perlahan tapi tegas. La, tau la kau ada tali pinggang hitam taekwondo, Zack. Janganla cabar aku lawan dengan perempuan!

' Weh! Aku bukan perempuan lemah macam kau fikir!' Esh! Hantu mana sampuk si Zack ni?? Pelik semacam je gayanya? Tau pulak tu apa aku fikir!

' Ye, ye! Aku tau!' Azim membalas dengan muka cipan malas.

Yes! Menjadi ugutan aku! Hua hua!

' Zack pergi mana?' Mama bertanya sambil matanya merenung dalam muka anaknya itu selepas Zack duduk di sebelahnya.

' Pergi spray kumbang, mama.'

' Spray kumbang? Kumbang mana,Zack?'

' Kumbang spesis putih kena sopak!' Zack menjawab endah tak endah sekali lagi. Mamanya malas nak bertanya lagi dah. Anaknya tu memang suka loyar buruk. Tanya benda lain, jawab ikut lain. Hai la. Gen siapa yang turun kat dia ni agaknya?

Selama persembahan-persembahan berlangsung, Zack tertoleh-toleh ke arah makanan di tengah dewan. Cukup 21 kali dia menelan air liur melihat ke arah makanan yang terhidang. Dari kejauhan, silauan muka Azim sekali lagi mengganggunya. Apesal dia ni tenung-tenung aku pulak? Zack membuat muka marah dan membuat aksi seperti menumbuk ke arah Azim. Azim sempat pulak menutup mukanya seperti menghadang daripada ditumbuk. Hairan jugak!

' Hadirin dijemput menjamu selera.'

Zack cepat-cepat bangun selepas mendengar ucapan yang dinanti-nanti sedari tadi. Ahh, aku dah malas nak fikir pasal papa nak tunangkan aku ke apa, yang penting perut aku! Sedang dia makan kek berkrim putih, sekali lagi, papanya naik ke atas pentas sebijik macam dalam mimpinya.

' Malam ini amat penting bagi puteri kami, Sofi Zarill kerana Sofi..'

Kenapa sama dalam mimpi aku??

** Mintak maaf kalau rasa macam agak pendek. Tak sempat nak taip pepanjang. Risau final hehe. Anyway, terima kasih kepada semua yang men'support' novel ni. Any mistake anywhere please tell me okay? Enjoy reading!

Sabtu, 18 April 2009

bini aku tomboy ke? 8

Tunang, lelaki, kahwin, tunang, lelaki, kahwin.. Ahh!! Serius gila dah sakit kepala and jiwa aku memikirkan kemungkinan-kemungkinan suprise mama malam nanti! Uwaa! Aku tak nak lagi belajar menyusu BABY, bancuh susu untuk BABY, tukar lampin BABY, basuh bontot BABY, mandikan BABY and semua yang ada kaitan dengan BABY..! Sob sob. Sedih!

Memang BABY comel and cute-cute, tambah lagi kalau mamanya ialah aku, sempat lagi tu, tapi memang giler kesian la kat BAPAK baby tu nanti, sebabnya aku akan buli dia habis-habisan! Hua hua! Biar dia yang jadi tukang jaga BABY! Aku tolong mengandung, meneran BABY and menyusu BABY.. Eh, banyak jugak kerja aku rupanya walaupun aku hanya menjadi mummy yang membuli daddy BABY je? Aih, penat lah nak fikir! Baik aku tidur! Akhirnya, Zack pun tertidur di atas katil sambil badannya disapu lulur oleh pekerja di situ.

Zack tersengih-sengih macam babun gatal selepas habis badan dan mukanya di’sental’ oleh akak pekerja spa itu. Puas! Gila selesa bagi aku yang dah lama tak mandi dengan sempurna ini hehe! Kemudian, dia pun keluar menuju ke arah mamanya yang sedang galak bersembang dengan auntie Maria. Mama ni kalau dah bersembang tu, bukan nak ingat siang ke malam, kalau ada bom jengka kat sebelah pun, gerenti dia buat tak nampak je kalau dah sedap menyembang!

Sama lah macam aku yang dok tercongok sebelah dia ni! Besar macam belon pun dia buat aku ni macam transparent je! Kekadang tu, tengah dok sedap-sedap sembang pun mata boleh terpejam, tapi mulut dok bercakap lagi! Hebat kan mama aku huhu. Aku salute tiang gol kat dia bab sembang menyembang ni hehe.
Wanginya badan aku. Patutlah bride-to-be selalu buat lulur tu. Nak malam pertama lah katakan. Mestilah nak perfect depan suami, kan kan? Uhh! Jenuh dah aku! Aku dah terkena sawan nak kahwin ke ni? Asyik memikir pasal kahwin je! Siap dengan malam pertama lagi! Ohh tidak! Ni mama punya suprise punya pasal lah ni yang buat otak aku dok fikir bebukan! Benda yang tak pernah aku fikir pun sebelum ni, KAHWIN! Ohh!! Ultraman Taro terbang ke langit membuang raksasa! Yah!

‘ Eh, sudah dah, honey? Macam mana, dah okay sikit dah badan lepas buat spa?’ Mama bertanya penuh kasih sayang, tu pun lepas aku buat pelbagai aksi nak bagi dia sedar aku dok menunggu macam tiang lampu tepi jalan kat sebelah dia ni! Aku dah cuit, aku dah cubit, aku dah jerit, akhirnya aksi Ultraman jugak yang mampu menyedarkan mama. Syukur ke hadrat Ilahi huhu..

‘ Badan Zack memang sentiasa okay, ma. Tip top condition punya body!’ Itu dah masuk kategori kereta dah tu! Kata Zack sambil tersenyum-senyum kelat depan auntie Maria. Makcik ni tak tau lagi perangai aku yang kuat dengan perasaan gila perasan ni! Mesti dia fikir bebukan pasal aku huhu. Aku kisah apa, bukan aku nak kahwin dengan dia pun. Kahwin??

Dekat butik = fikir nak bertunang, dekat spa = fikir kahwin, lepas ni = fikir mengandung pulak! Kontotlah umur aku lepas ni, asyik fikir benda yang menyakitkan kepala aku je! Ya Allah! Tolonglah jangan bagi aku kahwin lagi, aku rela menyerah diri kepada raksasa Sompoton daripada kena kahwin, uwaa!!

‘ Jom! Dah lewat ni. Maria, thanks! Come with us tonight! Will waiting for you!’ Mama menarik tangan Zack yang masih terpinga-pinga selepas mama membayar cas yang dikenakan oleh spa itu tadi. Lebih kurang RM300 lebih. Campur dengan dress yang akan menguburkan kehenseman aku malam ni, jadinya, habis nak dekat RM1000! Bukan dekat = sipi, tapi memang dah lebih RM1000 pun kalau dicampur tolak, didarab bahagi! Wuish, untuk pertama kalinya, aku menjadi terer dalam math! Hanya untuk aku seorang = sehari = habis lebih RM1000! Waa, amat-amatlah dahsyat pembaziran yang dilakukan oleh mama lawa aku ini! I need to stop this thing, mama!

‘ Apa dia, sayang?’ Tanya mama Zack di dalam kereta mewah milik suaminya itu. Macam boleh baca je kata hati aku huhu, bahaya ni!

‘ Takde pape.’ Che! Action je lebih! Cakap dalam hati boleh la, nak buat, hampeh!

‘ Kenapa macam gelisah je ni, Zack? Apa yang tak kena?’ Sebab dan akibatnya, dah berjuta-juta kali Zack mintak mama beritahu Zack pasal apa kejadahnya dengan dinner malam ni, tapi mama masih berdiam diri, membatukan hatimu untuk tidak berterus terang denganku, membiarkan aku terkapai-kapai di alam khayalan mengarut ciptaan aku, yang akhirnya akan membuat aku..

‘ Hep! Zack, apa kesnya dok buat action baca sajak ni? Zack demam ke??’ Mamanya makin risau dengan anaknya yang seorang itu, makin lama makin aneh a.k.a. semacam alien tak berekor. Nasib anak aku still berwarna putih, bukan hijau and mata besar macam alien dalam Men in Black tu! Ish, ish.. mintak dijauhkan! Mamanya menggeleng-gelengkan kepala.

‘ Mama pun sama je. Dok terangguk-angguk tergeleng-geleng macam orang dok berzikir pulak kenapa?’ Zack merenung mamanya hairan. Patut pun aku dok buat action pelik-pelik, rupanya gen mak aku turun kat aku. Gitu rupanya.. Baru aku tau hari ni! Like mom, like daughter, right? Exactly! Zack memetik jarinya.

‘ Dah. Jangan nak mengarut! Mama tengah berfikir, budak kecik tak boleh menyibok!’ Pulak dah mama ni. Hai, macam-macam. Better aku tidur daripada dok berdialog sendirian berhad kat sini.

‘ Hah, tak payah tidur. Nak sampai sangat dah tempatnya ni!’ Aih, mama ni. Apa kes? Tertelan jamu datuk kepada nenek kebayan hutan mana ni? Makin lama makin pelik pulak lagaknya. Tadi okay je, steady and happy. Angin datang bulan sudah menyusup dalam badan mama kot huhu. So, takpela. Aku paham, aku paham, sangat lah pahamnya hehe.

Aku pun pernah jugak dulu-dulu kala, masa 2 hari sebelum bulan purnama diri aku datang menjenguk, aku jadi macam makhluk asing bertanduk 8! Kesian dekat makhluk berekor satu itu a.k.a kucing kesayangan aku, sebabnya aku telah menerbangkan rohnya yang baru sahaja setahun anak jagung, disebabkan angin aku la.
Masa tu, aku tengah bengang sebabnya aku punya buku sejarah tingkatan 3 dah hilang dari pandangan. Jadi, aku pun menyepah-nyepahkan buku dan kotak-kotak yang ada dalam almari bilik aku sambil mulut aku menyumpah seranah si kucing ‘bertuah’ yang dok sibuk mengiau-ngiau and bermesra-mesraan kat kaki aku. Dahla bulu gebu, menggelikan lagi kaki aku yang sensitif dengan kegelian itu, lalunya, aku tertolak satu kotak yang penuh dengan buku-buku Biologi tebal mama, entah macammana boleh sesat dalam bilik aku entah, akhirnya terjatuh dan menimpa ekor kucing comel itu. Meowww! Gila kuat dia jerit! Bulu-bulu dia dah tegak-tegak! Terkejut + sakit! Mau ke tak nya, tengah dok manja-manja, tetiba kotak timpa ekor, hah terbang nyawa 5 saat!

Aku cepat-cepat tarik kotak tu, aku tengok ekor dia dah bengkok kat hujungnya. Hilang dah 27 persen kecomelan kucing comel aku tu. Aku pun belai-belai badan dia, tapi dia merajuk kot, terus lari keluar dari bilik aku. Setengah jam lepas tu, tamatlah riwayat si kucing aku itu. Innalillah wa inna ilaihi roji’un.

Doktor kata sebab terkejut. Kucing pun boleh kena strok rupanya. Yeke? Memandai je aku ni. Tapi, aku bebetul menyesal disebabkan kegagalan aku mengawal kemarahan, kecomelan kucing aku tu cuma tinggal dalam memori mengusik jiwa aku je. Dah takde dah ngiauan comel and kegebuan bulunya semenjak hari itu. Sedih pulak aku!

‘ Jom, sayang! Dah sampai!’ Kenangan bersamamu, kucing.. pun hilang selepas mama bersuara. Aku baru dok nak feeling meeling nyanyi lagu tangkap lentok, mama pulak kacau. Haih! Melihatkan hotel itu je, fikiran Zack kembali pada secret planning mama and papa. Oh!! Rambut aku sudah mula mengalami keguguran sehelai demi sehelai kerana memikirkan dinner malam ni! Uwaa! Botak cun la anak mama ni nanti!

Zack mengekor bontot mamanya sahaja hinggalah mereka pun sampai ke suite di hotel 5 stars itu. Zack menerkam masuk selepas mamanya membuka pintu suite itu, macam harimau nampak kambing dah gayanya!

‘ Wah! Sedapnya katil!’ Zack terus membaringkan badannya di atas katil bertilamkan tilam empuk itu. Ada 2 benda yang boleh membuat aku jadi obses gila, iaitu = katil a.k.a tidur + makan! Kalau dapat 2 tu, aku akan jadi lupa diri and dunia buat sementara waktu huhu! Kalau aku merajuk je, mama mesti akan masakkan aku banyak-banyak, bukan mama la, tapi tukang masak mama hehe. Senang je nak pujuk aku ni huhu.

Aku terlupa yang aku tak solat lagi. Jadinya aku pun bangun solat seperti biasa and sambung membaringkan diriku di atas tilam seempuk daging kambing masak itu. Wuish! Meleleh air liur terbayang daging kambing dengan sos lada hitam! Bapak kaw-kaw punya. Bapak bing-bing la sebab dia kan kambing. Memang daging kambing favorite aku sejak aku hidup huhu. Padahal menu apa pun yang HALAL, memang menjadi favorite perut aku pun hehe. Akhirnya, Zack pun tertidur dengan air liur meleleh membayangkan daging kambing.

‘ Mama nak mandi kejap. Kejap lagi pukul 6 mama nak mekapkan Zack.’ Suara mama membuatkannya terjaga. What?? Mekap? Sekali lagi, oh tidak!!

‘ Tak payahlah mekapkan Zack, ma. Nanti Zack nak solat, buat rugi je bedak plus blusher plus eye liner plus plus semua lah kalau pakaikan kat Zack! Kalau ada semua tu kat muka, tak sah lah solat Zack kalau tak kena air bebetul, ma.’ Hujah aku yang kesekian kalinya untuk mama! Dulu, masa dinner kolej dekat universiti tercinta aku tu, ada ke mama nak suruh aku mekap dengan aku yang memakai kot and slack tu?? Camtu, baik aku pakai bikini je, baru sedap nak mekap-mekap pun! Ini, karang orang fikir aku mak nyah planet Pluto yang dah terbang ke bumi yang penuh pokok dan oksigen ini! Tak sesuai langsung!

‘ Okay. Tapi mama nak Zack pakai ni. Mama tak kira!’ Mak nenek ayah aku Dato’ Misai Putih! Mama mengeluarkan satu beg travelling yang penuh dengan rambut-rambut palsu, berwarna-warni macam pelangi. Sebut je, kaler biru, ungu, hijau sampai ke putih pun ada! Eh, kejap kejap. Tak cukup action terkejut tadi. What?? Rambut palsu??! Oh tidak! Ultraman Taro menghantar raksasa kepada Sailormoon untuk dimusnahkan dengan kuasa bulan! Dengan kuasa bulan, akan menghukummu! Hua hua! Aku sudah gila! Aku sudah gila! Lalala..

‘ Kalau Zack tak sayang mama, Zack buatla mama sedih. Nanti mama sakit jantung, haa baru Zack menyesal tak sudah!’ Allah! Pulak dah, mama ni! Kenapa la dia tak paham yang aku ni tak suka jadi PEREMPUAN SEJATI? Ish, kes berat, berat yang teramatlah beratnya ni! Tiba-tiba, kenangan bersamamu, kucing.. kembali di layar minda aku. Oh tidak sekali lagi! Aku tak nak mama jadi macam KEGEBUAN a.k.a. nama kucing aku yang sudah arwah itu. Sedap kan nama dia? Tu la hadiah pertama dan terakhir aku untuk Kegebuan, memberikan nama yang langsung tak glamer untuknya huhu.

‘ Yela, mama.’ Akhirnya, Zack pun terpaksa mengalah dengan ugutan mamanya. Hai tak boleh jadi ni! Asyik mama je yang membuli aku, bila masa pulak aku nak buli mama ni??

‘ Janji, okay?’

‘ Ye, mama, janji.’ Mama senyum 5 jemput, aku jugak yang terkerut-kerut macam tenggiling sakit perut! Uwaa mama!! Papa!!

Mama pun me’nerai’kan aku dengan berpuluh-puluh helai, ke pasang, ke dua dua pun tak betul? Tak tau pulak aku rambut palsu orang guna apa? Bantai lah berpuluh-puluh pasang rambut palsu! Kejap aku nampak macam best of the best Princess Charming, kejap lagi, aku nampak pulak macam the best of the prince Charming, yang paling aku suka. Lagi yang paling the best of the best, aku nampak macam maknyah cute dekat lorong P.Ramlee! (Ohh ohh!! Abang! Nyah tak suka la..!)- tiru gaya maknyah lagi.

‘ Haa! Yang ni memang suit gila dengan Zack! Baru lah namanya anak Datin Gold!’

‘ Mama! Mama tak rasa ke anak mama ni sebijik sebulat macam kera tak pakai baju dekat belakang sekolah Zack dulu tu, ma??’ Aaa mama kenapa mama tak PRO fesyen, jadi pulak PROsak fesyen! Aku jugak yang jadi mangsanya! Sob sob! Sedih!

Rambut berwarna kuning keemasan tu aku pusing-pusing kat atas kepala. Macam ada benda yang tak kena. Aku letak ikut depan, nampak pelik and salah. Letak ikut belakang, lagilah pelik and salah of course! Aaa.. jadi lah aku seperti baby kehilangan mamanya di funfair. Baby?? Mama?? Kenyataan seperti di atas tadi kembali melawat-lawat kepala otak Zack. Aku bet memang mama nak tunangkan aku malam ni! Kalau salah lah bet aku ni, aku rela terjun dari puncak KLCC! Tapi guna payung terjun la sudah pasti hehe.

‘ Jom, sayang cute mama!’ Selepas solat Maghrib, tak sempat aku nak bukak telekung and habiskan doa aku, mama dah duduk tersenyum-senyum moyang tenuk kat sebelah aku. Senyum penuh dengan makna tersurat dan tersirat! Macam senyum mak tiri jahat Cinderella pun ada aku tengok! Ish, karut betul lah!
Akhirnya, sampailah aku ke dewan yang penuh gilang gemilang itu. Cewahh! Dari jauh, aku dah nampak papa kesayangan aku dok bersembang dengan kekawan dia. Aku dengan rambut palsu + dress hitam bulu palsu + kasut mama yang tinggi 1 inci + lip gloss = mama nak jugak aku pakai!

Uhh aku bebenar terseksa. Kalau lah tidak kerana kasih sayang aku pada mama and papa, and jugak kerana MAKANAN, takde masa aku nak datang dengan gaun gaun nya ni! Suruh aku tidur kat rumah bang Din pun aku sanggup! Che! Macam benar je huhu. Tak kira nak TERjumpa katak pisang, lipas and cik ti lagi, bolehla belagak macam sekarang!

‘ Mengumumkan ketibaan orang yang dirai, cik Sofi Zarill bersama Datin Gold Fish! Mintak maaf. Kesilapan teknikal sedikit. Datin Gold!’ Hadirin yang hadir bertepuk tangan sambil lampu spot light dihalakan ke arah mereka berdua yang berjalan beriringan itu. Ai, tak payah la suluh-suluh pulak! Aku ni dah la jalan macam apa entah, kalau jatuh buat malu je!

Zack cepat-cepat duduk selepas sampai di meja VVIP. Dia sedang menelan air liur tidak sabar untuk MAKAN. Makanan tu semua nampak sedap-sedap! Aku nampak kek! Ayam golek! Ikan bakar! Daging bakar! Wah! Aku berada di syurga dunia! Cepatlah makan ni! Dah penuh sebaldi suku kalau tadah aku punya air liur yang aku tahan daripada menitik ni disebabkan kempunan aku melihat MAKANAN yang tersedia tu!

Selepas beberapa persembahan..

‘ Hadirin semua dijemput makan.’ Zack lah orang pertama yang bangun menuju ke tempat mengambil pinggan. Dia mengisi pinggan tersebut penuh dengan segala macam daging-daging yang tersebut tadinya. Satu lagi pinggan diisi dengan kek berkrim putih. Zack menghiris kek tersebut kepada bahagian-bahagian besar. Kalau boleh, aku nak angkut sebijik kek ni, bagi aku sorang je yang gemuk dengan kek ni huhu.
Sedang Zack menelan kek, papanya naik ke atas pentas.

‘ Perhatian. Malam ini sangat penting bagi puteri kami, Sofi Zarill kerana Sofi akan ditunangkan dengan Muhammad Azim Dato’ Hamdan! Sila naik ke pentas! Zack, Azim.’ What?? Azim albino?? Bakal tunang aku??! Dengan mulut comot dengan krim putih, lampu spot light sekali lagi menyuluh ke arah Zack. Tamatlah riwayat kecomelan aku malam ini!

Isnin, 13 April 2009

bini aku tomboy ke? 7

' Mama!’ Zack terlompat-lompat sambil memegang-megang dan mengayun-ayunkan tangan mamanya yang nampak masih cantik walaupun dah agak berusia. Biasalah, wanita zaman moden kan pandai bergaya gitu. Tambah pulak, isteri orang-orang kaya macam papa si Zack itu. Tiap minggu pergi salun, buat rambut, basuh rambut, iron rambut, manicure, pedicure, urut and macam-macam lah, kalau dibuat list, seminggu baca pun belum tentu habis!

' Kenapa muka nampak cekung je nih? Pucat pulak tuh?’

' Takde pape, mama.’ Di tepi jalan berdekatan dengan Pudu Raya itu, Zack tersenyum-senyum sambil pipinya diusap-usapkan ke bahu mamanya, gayanya ala-ala kucing betina gatal. Kalau orang tengok, mesti fikir Sugar Mummy dengan gigolonya huhu.

Sebelum tu abang Din dah blah awal-awal selepas menghantar Zack ke situ, senak perut pulak katanya. Rambutnya ter’selamat’ untuk kali ni, tapi aku tetap akan mencari plan baru untuk kenakan dia lagi hua hua! Jahatnya la aku nih! Orang dah buat baik, balaslah baik-baik! Nasib la bang Din, terjumpa makhluk tak berekor macam aku ni huhu.

' Jom! Naik kereta. Mama and papa ada surprise untuk Zack!’ kata mamanya ceria. Surprise apanya mama nih? Hari ni birthday aku ke? Yeke? Entah. Aku pun tak ingat. Tapi kalau tanya aku punya beloved mama, of course dia tahu hehe. Sebabnya, mama aku terer matematik huhu. Ada pulak kena mengena math dengan tarikh birthday..? Tapi aku memang otak agak bengap, kalau orang tanya birthday aku je, aku memang kena bukak purse and tengok I.C yang ada gambar budak cute dalamnya tuh, sape lagi, budak cute itu semestinya aku huhu. Lari dari perbincangan sebentar, disebabkan aku suka perasan, tu yang suka lari tajuk tuh hehe! Yang paling kesian dekat aku nih, nombor I.C sendiri pun boleh tak ingat! Kenapa la jadi macam tu?

' Eh? Kenapa mama bawak Zack datang sini nih, ma?’

' Malam ni ada dinner dekat hotel five stars. Mama and papa dah setuju nak Zack ikut sekali. So, as my daughter, Zack kena lah dress up girly-girly, honey!’ Mamanya happy sambil menarik tangan Zack masuk ke dalam butik pakaian WANITA.
Girly-girly? What the thing?? No!!! Habislah segala kemachoan yang aku cuba tanamkan seumur hidup aku ini kalau aku dress up girly-girly! Ahh, no way, mama!!

' Tak nak, mama. Mama kan tau yang Zack a.k.a. makhluk tercomel di dunia nih tak pernah pakai gaun seumur hidup Zack?’ Zack cuba nak mengayat mamanya supaya tidak meneruskan hajat di hati mamanya untuk memakaikannya dengan dress perempuan.

' Sayang, dinner tu important to us. So, you must act like a girl, honey.’

' Mama. Zack suka beli baju baru, tapi Zack nak pakai baju kot, tak nak dress singkat macam mak nenek tak cukup kain nih, mama.’ Zack menyangkut kembali baju dress berwarna merah menyala yang cuba dipadankan ke badannya sebentar tadi.

' Zack, janganlah macam ni, okay? Kalau Zack sayang mama and papa, please, okay? Just for tonight.’ Adei la. Kenapa aku takde langsung naluri nak jadi wanita nih? Parah.. tapi, disebabkan mama dah ugut dengan kasih sayang, ni yang buat aku tak sampai hati nih!

' Berapa lama dinner tu, ma? Ada banyak makanan tak?’

' Banyak, sayang. Jangan risau. Kalau Zack pergi je dinner tu, mama gerenti Zack kenyang sampai lusa!’ Yes! Makan itu penting bagi aku! Walaupun aku agak cekeding, tapi makan tu kan keperluan asasi, tapi lagi, aku memang suka makan melebihi keperluan asasi! Yang herannya, aku tak gemuk-gemuk jugak sampai sekarang. Berat aku steady and tak pernah overweight. BMI aku memang sentiasa cantik and buat aku tersenyum sampai ke telinga tak capang aku tuh!

Sehelai gaun hitam berlabuci dan berbulu di bahagian dada dicapai oleh mama Zack yang glamer dengan panggilan Datin Gold a.k.a. Datin MASkiah. Nenek aku panggil dia Mas, so emas = gold, that’s why orang panggil dia macam tu. Padahal, asal-usulnya, aku yang mulut jahat pergi panggil mama aku macam tu hua hua. Macam papa aku. Kan ke nama glamer dia Dato’ Misai Putih? Tu atas jasa baik aku la tu meng’hadiah’kan mereka berdua nama glamer hehe.

' Try this, honey. Mama suka.’ Zack merenung gaun tersebut dari atas ke bawah. Tali nak gantung baju nih, mak ai nipis nya?! Lagi nipis daripada rambut aku! Over la pulak. Sekali orang tarik terus putus, alamatnya aku bukan pergi dinner, tapi jadinya macam aku pergi swimming pool pakai bikini!

Zack mengeluh panjang and kuat macam kerbau baru habis berendam dalam lumpur. Mata mamanya yang bersinar mengharap tu membuatkannya tak sampai hati nak menolak. Lastly, dia pun masuk ke dalam bilik persalinan di situ mencuba gaun yang tak pernah dipakai seumur hidupnya. Keluar je..

' Ala, cantiknya anak mama! Eh..?’

' Eh? Kenapa ni, mama??” Zack hairan kerana dengan tiba-tiba sahaja mamanya meraba-raba dadanya.

' Kenapa rata je ni, Zack?’

' Apa yang ratanya, mama?’

‘ Ni la, dada ni. Dah ke mana?’

‘ Ada je, mama. Takde dada, tak hiduplah Zack, ma. Dalam dada kan banyak benda-benda penting? Ada hati, jantung..’

‘ Bukan la. Mama mean ‘buah dada’.’ Mamanya membisikkan perkataan ‘buah dada’ itu di telinganya.

‘ BUAH DADA??’ Semua orang memandang ke arah Zack yang secara tiba-tiba menjerit menyebut tempat sensitiviti wanita itu. Aduh! Malunya aku! Mulutnya segera ditekup. Macam mana boleh terlepas cakap pulak nih?? Dah lah kuat macam petir! Panasnya pipi aku! Mama pulak senyum-senyum nenek kambing kat aku, bukan nak tolong back-up! Akhirnya, mama menarik Zack masuk ke dalam bilik persalinan tadi.

‘ Zack kenapa pakai bengkung? Dress macam ni tak boleh pakai dengan bengkung, nanti lelaki tengok pun tak selera. Zack tau kan dada tu asset penting orang perempuan?’ Esh, mama ni sejak bila pandai cakap mengarut pasal asset-asset penting, selera-selera lelaki nih? Wui, meremang bulu ketiak aku dengar!

‘ Dah. Buang bengkung tu. Jadi perempuan ye, sayang.’ Zack memang perempuan pun, mama. Nak jadi perempuan mana lagi?

‘ Bukak la baju.’

‘ Tak mau. Mama keluar dulu. Malu la..’

‘ Okay, okay. Mama tunggu dekat luar, okay sayang?’ Hai. Mama nih, entah-entah ada secret planning dengan papa nak kenakan aku? Jangan nak tunangkan aku sudah! Tapi, mungkin jugak! Mama dah pandai sebut-sebut pasal lelaki-lelaki dengan aku, dada didi dengan aku, macam bagi hint je gayanya?? Uhh, serabut!!

‘ Haa, baru lawa anak mama! Like mom, like daughter hihi!’ Eh, semangat pulak gelak mama ni.

‘ Ala, mama. Tak cun la dua bukit ni. Tak suka tengok! Bagila Zack pakai kot dengan slack je, mama. Tak selesa dengan gaun ni. Tak hensem langsung!’

‘ Zack.. tak sayang mama ke?’ Aaaa!! Alih-alih ungkit kasih sayang, saja je nak umpan aku! Apa lagi aku? Terimalah dengan redha.

‘ Mama dah pilih, kasut nih padan dengan gaun Zack!’

‘ Mama!’ Kasut tinggi berguruh-kilat itu diletakkan di hadapan mata dan ditenung, diukur dan dibuat statistik. Kesimpulannya, kasut ini tingginya = 4.25 inci, tumitnya = kecik nak mati = aku pakai mesti tercabut = macam cerita Cinderella = tapi aku bukan Cinderella! Aku tak hingin and tak pernah termimpi langsung nak jadi Cinderella tuh! Aku nih yang putera, kenapa pulak aku yang kena pakai kasut Cindetreller nih?? Aku tak boleh terima kenyataan yang sebegini kejam untuk aku yang sebegitu comel ini, uwaa mama!!

‘ Cuba pakai, honey.’

Zack merenung kasut tinggi macam bangunan tu, kemudian beralih merenung mamanya pulak, yang dok genggam dua-dua tapak tangan, macam orang Kristian sembahyang, dok tengok dekat aku yang rasa macam katak pisang dah pakai gaun nih! Kasut tinggi vs mama. Cukup 4 kali Zack beralih pandang dari kasut tinggi ke muka mamanya, akhirnya..

‘ Ahh!! Adei, sakitnya mama!’ Zack jatuh terduduk di atas lantai ber’tile’kan tile berwarna emas itu. Orang ramai hanya melihat padanya. Mama pulak cepat-cepat berlari ke arahnya dengan action muka terkejut. Hai tak payahla terkejut-kejut nenek kebayan pulak mama. Bukan mama tak tau yang anak mama nih tak pernah langsung pakai kasut tinggi! Tengok rak kasut aku, semua penuh dengan kasut sukan warna warni, yang ada tali macam kasut sekolah, mana ada WALAUPUN sepasang kasut tinggi WALAUPUN 1 inci! Aku tak suka, uwaa!!

Dalam kiraan 5 kali Zack terjatuh and bangun sendiri, akhirnya..
‘ Mama!! Zack tak nak dah! Tak sanggup lagi! Uwaa!!’ Jerit Zack yang sudah terduduk di atas lantai, dengan posing ala-ala mak nyah nak menggoda. ( Ala, abang nih!) – tiru gaya mak nyah kejap huhu.

‘ Mama, nasib tak terkoyak dress tak lawa nih!’ Zack berkata kuat.

‘ Ish, mulut!’ Mama membuat muka marah, nasib comel jugak macam aku huhu. Penjaga butik di situ cuma tersenyum-senyum melihat Zack, padahal dah naik menyampah tengok, asyik buat kecoh kat kedai aku je, entah bila nya nak balik!

‘ Dah, dah. Bangun. Mama carikan kasut lain, okay? Jom, ikut mama pilih.’ Zack berjalan dengan lagak tomboy nya la, dah nampak macam itik tempang sebelah kaki. Hampeh betul gaya! Dengan gaunnya lagi, adei la.

‘ Nak yang nih, ma, tak kira, nak yang nih jugak!’ Kata Zack merengek-rengek seperti budak kecik sambil menunjuk ke arah sepasang kasut.

‘ Mana boleh, Zack. Ni kasut lelaki nih!’

‘ Ala, boleh la, mama. Bukan orang nampak pun. Boleh la..’ Zack terus merengek-rengek sambil menggoyang-goyangkan badan mamanya perlahan-lahan.

‘ Tak boleh. Ni, yang ni cantik.’ Mamanya mengambil sepasang kasut lain agak rendah sedikit berbanding dengan yang tadi. Tapi tetap kategori high heels. Oh! Hari ini dalam sejarah, aku melancarkan perang ke atas semua kasut-kasut high heels di dunia! Yah, anti high heels’ here!!

‘ Tak nak! Zack tak nak high heels, mama. Tak suka, tak suka, tak suka jugak!’ Ya Allah! Gaya sebijik macam perempuan gedik hua hua. Memang sudah hilang segala kemachoan bin kehenseman aku selama nih, disebabkan high heels! Oh, I hate you, high heels!! So much until I die!

‘ Hep! Kenapa nih, Zack? Suka buat action macam ultraman! Buat malu je orang tengok! Dah, jom balik. Pergi tukar baju tu.’ Yay! That’s it! Tak perlu aku menjahanamkan lagi kemachoan aku yang memang dah tersedia macho nih huhu!

‘ Ya Allah! Dress macam ni, harga RM899, mama?? What? Dah lah tak cun, kain nipis, bulu tiruan..’ Zack bising di dalam kereta.

‘ Zack, biasala jadi perempuan. Yang penting, kena ada jenama. Baru la orang kata, alah membeli menang memakai.’ Emm, heran jugak aku nih! Takat baju tu, beli cap Petaling Street pun aku tak kisahla. Bukan nak pakai tiap hari. Ni pakai sekali, simpan bagi cik ti makan dalam almari. Dinner lain, beli baju lain pulak! Hai, memang membazir. Ish, ish, ish.

‘ Hai, mengumpat mama ke, Zack?’

‘ Eh, tahun bila nya pulak Zack mengumpat? Mama nih, tak baik sangka buruk tau?’ Esh, orang tua nih! Pakai ilmu apa nih? Macam tau-tau je aku dok bising pasal dia, hehe. Bising je ye, bukan mengumpat.

‘ Mama. Malam ni dinner apa?’

‘ Ada lah. Secret. Mana boleh beritahu Zack awal-awal. Tak surprise la nanti!’ Huh! Surprise? Secret? Jangan-jangan, betul nak suruh aku bertunang?? Uhh, aku tidak sanggup! Aku muda lagi! Tak sanggup nak melayan LELAKI dalam hidup aku! Lepas kahwin, mungkin mengandung, bersalin and beranak pulak, ohh, pondan lah aku gini!

‘ Zamri, stop dekat Istana Hotel depan sana, okay?’ Wah, jadi tour guide pulak mama nih! Mesti peta kat KL nih dia dah hafal! Kemudian, Zamri, pemandu kereta papanya yang drive Mercedes Benz itu pun memarkir kereta di tempat parkir kereta untuk hotel itu.

‘ Dinner kita kat sini ke, ma?’

‘ Tak. Dekat Sunway Resort Hotel and Spa.’ Hah, ambik kau! Sekali hafal dah macam owner hotel tu dah mama nih!

‘ Habis, buat apa kita kat sini?’

‘ Spa. Cuci badan sikit, Zack ni dah berapa hari tak mandi?’ A’ah kan. Baru teringat. Hari ni aku tak mandi lagi. Sibok nak makan sangat and dengan evil plan tadi, tu yang tak sempat mandi tu huhu.

‘ Mandi je semalam, ma.’ Tu pun mandi macam kambing takut air, katak puru la punya pasal huhu.

‘ Mandi and duduk kat mana? Anak mama okay kan?’

‘ Okay je, sihat walafiat plus makin berat huhu. Zack tumpang kat rumah abang tu.’

‘ Abang??’

‘ Ye. Dia fikir Zack lelaki, ma. So, nothing’s happened. Haa, mama jangan nak fikir bebukan. Zack cium nanti, haa.’ Zack mengugut kerana muka mamanya dah berubah, berkerut-kerut. Sebijik macam nenek aku dulu huhu. Jahatnya aku! Dahla orang tua tu dah arwah, ish, ish.. Al-Fatihah. Tibe-tibe pulak huhu.

‘ Em, okay. Yang penting, Zack kena pandai jaga diri. Jangan main serah-serah je body tu kat orang.’

‘ Ada pulak mama nih? Zack ni kan ma, kalau 10 orang lelaki taf kat depan mata tak pakai baju pun (spentot pakai ye huhu), belum tentu Zack nak heran, ma.’ Bukan nak berlagak la, tapi aku memang tak terbukak hati untuk lelaki mahupun wanita buat masa sekarang. Aku suka dengan hidup aku yang macam ni. Just kawan, no serious relation, tak payah aku nak pepening memikir nak jaga hati si dia hua hua. Baik aku jaga hati and perut aku je huhu. Papa and mama pun aku tak habis buli lagi, nak buli si dia pulak, tak cukup masa aku nanti, hehe.

‘ Dah, jom masuk.’ Mereka berdua pun berjalan sehingga ke Sompoton Spa setibanya mereka di pintu gerbang hotel itu. Wui, macam klasik giler nama spa nih! Sompoton!! Ultraman! Macam raksasa dengan ultraman je. Takde, gurau gurau je. Jangan terasa ye cik Sompoton huhu.

‘ Em hello.’ Mama beramah mesra dengan pekerja spa di situ. Macam saudara mara je gayanya.

‘ Zack! Sini salam dengan cousin mama.’ Ehh?? Cousin? Tahun bila aku ada saudara memara kat KL ni pulak? Tak tau pulak aku!

‘ Assalamualaikum, auntie.’ Zack tunduk menyalami cousin mamanya a.k.a. makcik yang dia tidak pernah tahu akan kewujudan makhluk itu huhu.

‘ Besar dah ye?’

‘ A’ah, auntie.’

‘ Maria, tolong buatkan budak ni, em kejap. Ni, Javanese lulur dengan Academie facials.’

‘ Dah nak nikah dah ke, Zack?’ Hah?? Telinga tak capang aku mengalami masalah ke? Aku rasa aku dengar perkataan nikah a.k.a. kahwin?? Tunang malam nih? Uwaa, mama!

‘ Tak. I nak bawak dia pergi dinner.’

‘ Oh I see. Sebabnya Javanese lulur ni bride-to-be yang selalu buat.’ Jawab auntie Maria dengan senyuman manis. B-ri-de.. t-o.. b-e..??

Ahad, 5 April 2009

bini aku tomboy ke? 6

’10 inci, 5 inci.. makin mendekat dengan bibir Zack. Sikit lagi Din!

‘ Eh, hujan?’ Zack tersedar tiba-tiba dan bercakap. Serta merta abang Din menjauhkan dirinya daripada Zack.

‘ Apa dah jadi, bang Din? Kenapa action macam nampak hantu puchong je nih?’

‘ Zack okay tak? Tak sakit kat mana-mana?’ Abang Din bertanya.

‘ Takde. Kenapa bang?’

‘ Habis, yang terbaring tiba-tiba tadi tu kenapa?’

‘ Hehe, sorry, bang Din. Tertidur jap tadi. Tak tahan ngantuk.’ Kata Zack lalu selamba bangun menuju ke tempat teduh memandangkan hujan semakin lebat.

‘ Sinilah bang Din. Demam karang, saya jugak kena jaga, hehe.’ Kata Zack sambil duduk mencangkung di situ. Haha comel je abang Din melihat Zack, eh aku nih suka lelaki ke?? Uhh.. serious case nih! Bukan case, tapi cases! Kalau aku GAY = aku tak suka perempuan = aku tak boleh kahwin = aku tak boleh ada anak = takde sape nak doakan aku dalam kubur = aku gila = tak pun aku terkena sawan si Zack nih? Ohh tidak!!

‘ Bang Din! Hujan nih!’ Zack berkata kuat sambil menarik tangan abang Din. Dup dap.. dup dap.. Aih, makin parah nih! Berdebar kuat pulak aku dia pegang tangan aku. Uwaa!! Macam confirm je aku gay?? Okay, tenang. Tarik nafas, Din. Mainan perasaan je nih! Aku tau aku normal!

‘ Zack. Lebat kan hujan?’

‘ Emm.’ Zack sudah terlentok di bahu bang Din selepas bang Din duduk di sebelahnya. Cepatnya dah tidur? Penat sungguh-sungguh dah budak ni. Abang Din mengambil peluang itu untuk merenung muka Zack. Cutenya dia. Hidung mancung, muka bersih and cerah, pipi gebu, uhh geram pulak tengok gebu-gebu nih! Ish, sabar Din, sabar. Budak nih LELAKI, bukan perempuan. Akhirnya, dia pun terlelap sementara menunggu hujan reda.

‘ Woi! Din! Bangun! Kau buat apa dengan budak ni depan kedai pagi-pagi buta nih??’ Seorang rakan sekerja bang Din mengejutkan mereka berdua dari lamunan indah.

‘ Uhh?’ Bang Din tersentak lalu terjaga. Dilihat Zack sedap je baring di ribanya, tapak tangannya dicantum dan diletakkan di bawah pipinya dan dengan posing mengkrekot macam tu, gayanya macam tidur atas katil raja. Nikmat tak terkata! Budak nih aku campak dalam lombong pun boleh tidur jugak rasanya!

‘ Zack. Bangun, sayang.’ Ehem, sayang tu dalam hati je disebut huhu. Tapi aku tak boleh terima jugak yang aku ni suka lelaki.? Takde-tekde. Aku normal ni. Aku bukan suka, just sayang je, macam aku sayang adik aku. Yep! Itu yang sebetul-betulnya!.

‘ Weh? Kau nih kena sawan angin ke? Tiba-tiba angguk-angguk and petik jari sorang-sorang ni kenapa?’ Kawan abang Din menepuk bahu abang Din.

‘ Ha? Yeke?’

‘ Sah! Kau ni memang dah terkena sawan. Dah, kejut budak tu, bawak dia balik. Aku nak bukak kedai ni. Menyemak je dua-dua ekor dengan air liur basinya. Hai.. Din, Din.’ Kawannya itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengeluarkan kunci daripada poket seluarnya.

‘ Zack!’ Cukup 8 kali abang Din memanggil nama Zack, namun dia masih tak sedar-sedar jugak. Tidur macam mumia. Abang Din menyelukkan tangannya ke dalam lengan t-shirt Zack dan mencapai sehelai bulu. Ehem.. bulu apa lagi huhu bulu ketiak masam Zack la lalu ditarik sekuat hati! Yah! Tak bangun jugak, betul-betul aku pergi campak masuk lombong emas budak nih!

‘ Aduh! Uwaa! Bang Din! Pendek umur saya sehari!’ Zack segera terjaga dan bangun sambil menggosok-gosok ketiaknya dari luar. Bang Din cuma tersenyum. Sedar pun!

‘ Ya Allah! Panjangnya! Berapa ratus tahun tak cukur nih, Zack?’ Abang Din merenung-renung bulu ketiak Zack yang berjaya dicabutnya tadi. Nipis je, tu la senang tercabut. Tak macam bulu aku, tebal and pure hitam pekat huhu. Siap kerinting-kerintingan lagi!

‘ Bang Din!! Bak sini balik! Bulu berharga 8 juta tuh!’ Zack merebut-rebut bulu tersebut daripada abang Din. Abang Din pulak makin naik galaknya, sibok sembunyi-sembunyikan bulu tu. Zack pulak terjerit-jerit demi mendapatkan kembali bulu ketiak ‘berharga 8 jutanya’!

‘ Hep! Korang berdua nih apesal nih? Tak senonoh betul! Bulu pun nak berebut-rebut! Pergi balik sekarang! Hish! Dah tua-tua bangka pun, perangai kalah budak kecik! Sebelum aku sepuk korang berdua, baik korang balik cepat!’ Marah kawan abang Din sekali lagi sambil bercekak pinggang di depan kedai.

‘ Tu lah, Bang Din! Kan dah kena!’ Zack berbisik tapi dengan nada semangat wiranya huhu.

’ Nah! Ambik balik he he.’ Bang Din memberikan bulu ’rebutan’ itu kepada Zack.

’ Huh, buluku yang tercinta.’ Tercinta la sangat. Kemudian, dia pun menyimpan bulu tersebut di dalam poketnya. Kalau seluk sekali lagi, gerenti dah tak jumpa dah bulu tu. Mangkuk belanga betul si Zack nih! Bulu pun nak kecoh-kecoh. Takat bulu ketiak tu, terbang sampai Afrika Selatan pun orang tak heran laa.

’ Jom balik!’ Bang Din berjalan menuju ke tempat motor cabuknya diparkir. Nun di belakang kedai. Motor secabuk motor abang Din tu, jual kat besi buruk pun dah tak laku dah! Tapi, disebabkan ada nilai sentimental dengan motor tu, tu yang membuatkannya masih menyimpan dan menggunakan motor zaman Tok Naduk tu. Takde modal nak beli yang baru pun ye jugak hehe.

Sesampainya mereka di ’rumahku, syurgaku’ abang Din, Zack dengan segeranya menarik tilam berpeta ’Amerika Latin’ itu dan membaringkan badannya. Abang Din yang melihat hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Comelnyeee di.... Uh, aku GAY? Perkataan ’dia’ tak jadi disambung. Abang Din pucat lalu terus ke dapur menarik nafasnya yang dengan tiba-tibanya menjadi sesak. Selepas 10 minit..

’ Zack! Mandi dulu, lepas tu boleh makan.’ Wah! Makan lagi!

’ Makan dulu tak boleh ke, bang??’

’ Mandi dulu. Nanti buncit kalau mandi lepas makan.’

’ Takde buncitnya, bang. Dah berpuluh-puluh juta hari saya dok buat kerja tuh, tapi body maintain steady. Cool and steady.’ Kata Zack dengan muka berlagak sombong. Tu jela kerjanya. Dari awal ke habis, berlagak tu memang rutin harian. Ishk, ishk..

’ Em, yela tu, dik oi. Pergi basuh muka dulu.’

’ Yeah! Makan!’

Sambil makan, mereka berborak.

’ Umur abang berapa, tahun nih?’ Zack bertanya dengan mulut penuh dengan nasik goreng. Tak senonoh betul budak nih! Nasih tak tersembur keluar!

’ 32.’ Zack tersedak. Mak ai! Tua jugak dah rupanya! Aku ingat umur dia baru setahun jagung, huhu perli nampak.

’ Rambut abang nampak panjang la. Saya tolong potongkan eh kejap lagi? F.O.C. Free Of Charge. Bukan selalu nih, bang!’ Zack berkata sambil matanya bersinar ceria.

’ Oh, yeke? Biasa je abang rasa?’

’ Biasa apanya? Dah macam sarang tebuan, tinggal takde tebuannya je lagi! Lagipun, abang jugak yang kata tak elok mandi lepas makan kan? Nanti boroi?’

’ Em, yelah macam tu.’ Yes!

’ Zack pandai potong rambut? Hebat betul!’

’ Bukan takat pandai, saya MEMANG terer bab potong-memotong nih!’ Giler TERER aku! Hua hua. Dulu masa dekat sekolah, adala sorang budak nih, memang giler kalau dengar perkataan free or percuma or F.O.C.. So, aku pun meng’offer’kan diri aku untuk memotongkan ’jambangan bunga’ di atas kepalanya itu. Apa lagi, dia pun dengan rela hati, siap bersinar-sinar mata mintak aku ’urus’kan rambut dia. Aku, apa lagi, beb? Potonglah! Lepas budak tu tengok rambut dia kat depan cermin, terus pengsan masuk wad! Lastly, terpaksa lah dibotakkan sebabnya memang dah rosak giler rambut dia, potong macammana pun, tetap huduh macam tapir hua hua. Sekarang nih, kepala abang Din pulak yang akan menjadi mangsa kebotakan hua hua! Jahat nak mati aku nih!

’ Dah ready, bang? Bismillah.’ Zack dah bersiap sedia untuk ’merosakkan’ rambut sarang tebuan abang Din itu huhu. Devil aura in the air! Dengan gunting di tangan, betul-betul di depan pintu rumah abang Din, Zack meneruskan planning jahatnya. Sehari tak kenakan orang, memang tak sah budak nih!

’ Eh, kejap.’ Abang Din mengangkat tangannya, tanda stop. Sape pulak yang baik pergi menghalang aktiviti aku nih? Ish, kacau betul!

’ Zack. Ada orang call.’ kata abang Din sambil memberikan handphone ericsson yang dahulu kalanya, sebelum zaman handphone glamer. Masa tu handphone mahal giler and gedabak giler. Baling kat anjing, nescaya akan terbanglah roh anjing itu huhu..

’ Hah?? Mama dah sampai??’

Jumaat, 3 April 2009

bini aku tomboy ke?5

Sesampainya mereka di kedai makan tempat abang Din bekerja, Zack pun mula termangu-mangu. Bukan badannya tidak letih, tapi disebabkan terlalu banyak, over sangat kot, disebabkan banyak serangga and binatang-binatang ‘kesayangan’ Zack kat rumah abang Din, jadi dia pun ambik keputusan ikut sekali ke kedai abang Din, karang aku nak bukak langkah silat karate apa kalau aku jumpa cik ti? Waa! Mintak dijauhkan. Dia menggeleng kepala seorang diri.
‘ Zack nak makan apa?’ Abang Din bertanya.
‘ Eh, tak payah susah-payah, bang. Saya tolong abang, okay? Apa yang boleh dibuat ni, bang?’ Zack bangun dengan segera. Aku tengah bersemangat waja ni, semangat wira boleh, asyik waja je, bila wira nak glamer, hehe.
‘ Takpe. Zack duduk je kat situ. Muka pun nampak letih. Lagipun, customer tak banyak waktu ni.’ Abang Din membalas. Kenapa la ada makhluk sebaik dia kat dunia ni? Uhh, apa lagi. Pucuk dicita, ulam mendatang! Cewahh! Naikkan bahasa bangsa, barulah negara bahagia! Slogan apa ni, huhu. Zack mengeliat sepuas hati. Bahunya diurut-urut sendiri.
‘ Budak semalam ke, Din?’ Kawan sekerja abang Din bertanya.
‘ A’ah. Aku kesian tengok dia. Tu aku bawak dia pergi rumah aku.’
‘ Pergi rumah kau?? Kau ni tersampuk hantu busut mana nih? Entah budak baik ke budak apa nya tu? Kalau dia buat bukan-bukan..’
‘ Ai, kau ni. Aku ni lelaki. Jantan. Bukannya perempuan. Tahulah aku jaga diri. Aku tengok muka dia pun tau dia budak baik la. Lagipun, aku ni papa kedana, dia nak curi apa kalau ye pun, Man? Dah, ada customer tu. Aku pergi ambik.’
Zack menopang dagunya memandang ke luar kedai. Langit luas, dah berwarna keoren-orenan menandakan waktu senja sudah hampir. Jemunya aku! Tahap tenuk hidung panjang dah ni! Drama di TV yang terpampang di depannya tidak menarik perhatiannya lagsung.
‘ Yes, miss. Can I have your order?’ Dengan speaking London tak tulennya, Zack tiba-tiba bangun dan meng’serve’ seorang gadis yang baru sahaja duduk di meja berdekatan. Gadis tersebut bersama dengan seorang lelaki, balak dia la kot, hensem la jugak, kot. Tapi, aku hensem lagi gamaknya sebab awek dia tak berkelip pandang aku nih, hehe.
‘ Macam aku penah tengok mamat nih? Weh! Zack! Kau kan?’
‘ Eh, sape pulak mamat tak macho nih? Silap orang tak?’ Zack memandang ke belakangnya, melihat-lihat kot-kot mamat tadi cakap dengan orang lain ke, aku yang perasan dia cakap dengan aku.
‘ Woi! Kau la, sape lagi?’ Mamat tadi bangun lalu menepuk bahu Zack.
‘ Eh? La, kau rupenya, Zim! Apesal kau jadi putih nak mati nih? Silau mata aku! Kau kena albino ke penyakit sopak??’ Lancang mulut Zack berkata selepas dia berjaya mengingati Azim, rakan baiknya dahulu.
‘ Wei, mulut kau ni, memang sah mulut tak ingat pepatah Melayu nih! Kerana pulut santan binasa..’
‘ Kerana mulut, badan binasa. Ingatla, mangkuk! Ek eleh. Kau ni pun satu hal. Macam tak kenal aku?’ Zack menyambung peribahasa Melayu tersebut.
‘ Kau pun, apesal muka jadi macam bontot kuali kat rumah nenek aku tu? Hitam berkilat macam orang minyak?’ Azim pun tak nak kalah.
‘ Aku putih la. Tahun bila aku gelap-gelapan pulak? Kanta mata kau tuh problem la tu! Aku tetap ‘jejaka’ idaman setiap insan bergelar..’
‘ Zack!’ Abang Din menepuk kuat bahu Zack dari belakangnya yang baru siap tarik kerusi, bukak kedai kopi baru dekat situ.
‘ Ya, order apa, dik?’ Adei, abang Din ni, potong stim betul la! Aku baru nak feeling meeling, dia datang pulak! Abang Din senyum menampakkan barisan gigi putihnya. Sparkling gitu huhu. Selepas mengambil order, abang Din pun berlalu.
‘ Macammana kau boleh terlepas sampai ke sini nih? Waa, gaya sebijik macam aku pulak tu! Siap macho daripada aku lagi, apa kes nih, Zack?’
‘ Well, you know me.’ Zack meniru gaya Mat Rock spanar Jaya sambil tersenyum poyo.
‘ Perkenalkan, awek aku, Amy. Amy, ni Zack.’
‘ Hi, nice to meet you, Amy. You have such a beautiful eyes!’ Mula dah reka ayat nak menggatal. Tangannya yang menyalami Amy dieratkan dan matanya merenung lama mata Amy. Muka Amy timbul blusher pink pulak tiba-tiba.
‘ Woo woo. Awek aku nih, bro!’ Azim mula tercabar dengan tindakan Zack.
‘ Apesal kau? Bukan bini kau pun.’ Zack mula membuat muka serius. Tak tahan melihat muka bengang Azim, akhirnya tawanya pun berderai.
‘ Wei! Aku mana main awek awik nih! Weh, kau makan la, aku nak pergi surau jap! Amy, selamat menjamu selera.’ Zack tersenyum macho sambil mengelipkan matanya kepada Azim. Muahahaha. New victims attacted! Zack tersenyum puas melihat muka bengang Azim kerana dia mengusik awek kesayangan si Azim itu huhu.
‘ Waa, machonya dia, baby!’ Tersembur air teh O yang sedang disedut oleh Azim, serta merta selepas mendengar aweknya memuji si Zack , budak tomboy itu. Tapi, memang dia pun tak dapat nafikan, Zack macam ada tarikan yang tersendiri. Aura cute kot huhu. Mesti jadi bunga kembang setahun kalau mamat tomboy tu tau aku puji dia, bisik Azim di dalam hati.
‘ Ehem, tak sayang baby ke, cutie?’ Tanya Azim, membuat muka cekodok berkulat di situ.
‘ Sayang la. Apa pulak tak nya? Saja je puji sikit, baby ni..’ Amy mencuit manja pipi albino Azim bak kata Zack tadi. Amboi, mesra-mesraan bukan main lagi! Jangan ikut ye, tak sah lagi tu..
Selepas azan Isyak berkumandang, 15 minit kemudiannya, si Zack pun muncul setelah selesai dengan solat jama’ tak qasarnya, menaiki motor cabuk abang Din. Uhh, sakit pinggang aku! Motor zaman Tok Naduk mana la abang Din bawak ni? Geduk geduk bunyinya, nasib tak mampos tengah aku bawak tadi! Baru gaya nak rempit laju sikit, dah ala-ala gaya nak mati. Apa kes? Enjin tahun 80-an punya kot motor nih!
‘ Eh? Blah dah si budak Azim tu? Laju giler makan, jadi hantu lapar agaknya. Dengan awek-aweknya sekali. Baru niat nak mengusik lagi, hua hua. Takde chance la ni huhu.’
Azim nih antara kawan baik aku masa sekolah dulu. Aku rapat dengan Azim yang terkenal dengan gelaran playboynya itu. Padahal kalau diukur, aku lagi hensem and yang penting macho daripada dia huhu. Tak payah tunggu orang puji, aku memang kuat perasan sendiri huhu. Tapi, in case aku tak berapa minat dengan girl, so aku tetaplah menjadi budak normal tapi nakal tahap dewa dengan geng-geng aku! Geng-geng aku semua lelaki, tu sebab aku jadi gini.
Bukan takde orang yang minat aku. Boleh kata, tiap minggu mesti ada orang letak surat dalam laci meja aku huhu, laci jela, jimat duit tak payah tampal setem kan. Surat apa lagi, of course surat chenta la. Tapi, UNluckily, pengirimnya semua dari pihak kaum-kaum HAWA. Yela, dah aku tomboy kan, nakal pulak tu, laki mana yang nakkan aku huhu. Jadi, terimala kenyataan anda hehe.
‘ Zack! Tolong ambikkan order daripada duduk tercongok kat situ!’ panggil abang Din dari dapur.
‘ Yes, boss!’ Zack membantu abang Din sebagai membalas jasa baiknya membantu selama ini, che, ayat jiwang-wang huhu.
‘ Dah, jom balik.’ Pukul 3 pagi baru kedai makan itu ditutup. Zack mencangkung kepenatan sementara menunggu abang Din mengunci kedai tersebut.
‘ Zack penat tak?’ Tanya abang Din tanpa melihat pada Zack.
‘ Penat.. lelah..’ Zack membalas sikit-sikit.
‘ Zack!’ Elok abang Din berpaling je, Zack dah pun terbaring di situ. Abang Din memanggil-manggil namanya sambil menampar-nampar pipinya, namun dia masih tak jugak sedar-sedar diri. Apa dah jadi kat budak nih? Apa patut aku buat?
Nak buat CPU ke? Eh, CPU apanya, CPR lah! Kepala Zack didongakkan. Hidungnya dikepit dan mulutnya dibuka sedikit. Uhh terpaksa jadi part time gay lah gamaknya huhu. Abang Din menarik nafas panjang untuk dihembus. Berdebar jugak nih! First time, first try, first KISS, maybe..? Ready, go!