Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 16 Julai 2009

Dah lama tak intai blog

Meow2..
salam untuk korang!

sorry coz aku da jarang dapat update new en3. coz nya sgt2 lah bz dgn b'macam2 benda. internet plak xde, so aku dapat surf pon bila balik umah mak bapak aku jela.

manuskrip aku baru dapat 130 m.s lebih. uwaa sgt2 lah sedey nye nih! aku punya m'hadap lptp or pc aku sampai 5,6 jam, tpi aku taip2 dapat 10 m.s je huhu kelako tol rasanya. mmg m'cabar kewibawaan and kesabaran aku btul la. tambah plak nye bz dgn kes nak add & drop subjek, mmg lah sawan aku tak lama nnti huhu.

duduk pulak kat luar, mmg a aku akan terasa keseriusan kepenatannya sbb gap klas aku mmg giler3 punye jauh. sekali 3, 4 jam daa gaps nye. maut aku kat U nih! dl xpe coz dok kolej senng je nak balik. xjauh. nih kalau nak lik umah tuh, dgn jem nye lg, mmg cukup la wat stres huhu. nsib badan la beb. tak nak susah, tak payah study, tu je jwpannya.

hopin' that i can manage my time perfectly. huhu speaking bukan main. kalau dah dapat tido, jgn arap aku nak hengat dunia! huhu cter z ke mana, kelas ke mana. tolong doakan aku pada sesape yang m'baca ni na. tq sgt3 utk korang semua! harap dapat buat yang t'baik utk korang yg t'baik! Insya Allah..

Khamis, 9 Julai 2009

The Sims 3 Available in Malaysia!



Huhu salam utk korang.

en3 aku kali ni nak cerita pasal game. utk pengetahuan korang aku memang hardcore crazy punya kalau sebut pasal game!

semalam, aku telah dapat main game the sims 3. sesungguhnya game ni memang lah totally b'beza dgn game the sims n the sims 2 yg sebelumnya. coz nya game ni boleh bawak kete n g mmana yg kita nak! bole tanam pokok, mancing n mmacam! kalau sebelum ni kena beli expansion pack utk game yg lebih best, tp kali ni aku rasa xpayah ada night life or anything pon, da cukup2 best n meletup! pendapat aku jela.



Aku sgt bahagia dapat men game tu, aku dapat byg betapa akan btambah busy nya aku lepas ni. dgn nak siapkan manuskripnya, dgn stdy lagi, dgn games lagi, huhu agak2 nya aku jadi lagi bz dpd abang Muzri (owner P2U) yg jadi bisnesman tu huhu. Dah la ponteng kuliah seminggu aku ni, gara2 xdapat kolej punya pasal + kemalsan aku nak drive ulang alik ke U aku tu. mmg macam dekat, 30 min speed 100km/j sampai, tp penat lor aku nak merempit tiap ari ke sana. lgpun, still boleh dimaafkan lagi, coz minggu ni minggu add drop, so xramai lecturers yg ada huhu (alasan beb!)

Pe pon, aku harap dapat manage time dgn baik. Tanx utk korang yg sentiasa sokong aku! Kalau nak hargai masa, jgn beli game the sims 3, coz nt solat maghrib pon boleh t'lepas! ( tapi bukan aku la, ok?) huhu have a nice day then!

Ahad, 5 Julai 2009

Cerita Zack akan Distopkan

Salam utk semua.

Alhamdulillah, pihak Kaki Novel dah setuju nak aku hantar manuskrip cter Z tu pada mereka. aku betul2 xpcaya, tapi ini memang kenyataan! Aku happy tak terkata tapi perut aku makin kempis lah agaknya lepas ni hehe.

Byk tu aku nak kena taip,
350m.s,
times font 12,
1.5 spacing.

Sekarang baru ada lebih kurang 100 m.s agaknya lepas edit semua2. Insya Allah, aku janji dengan pihak KN, aku hantar akhir ogos or awal Sept. Huhu kelako+takut plak rasanya bila pikir balik, jenuh aku nak memerah otak seperah2nya sblm deadline.

Almaklum lah, aku nih bukan terer bab nulis2 nih! Mengarut tahap super gaban ade la. Ya Allah, Kau kena tolong aku huhu. Jadinya, aku da x post da cter Z nih dekat blog. Harap korang xsedey na.

Pape pon, thanx utk korang semua yg sentiasa menyokong aku! Doakan aku dapat wat yg t'baik dan nobel aku yg p'tama ada di pasaran. Tolong aku tau?? Tq beratus2 juta kali utk all members and readers selama ni. Muahh sayang korang semua! Wish me luck!

Jumaat, 3 Julai 2009

bini aku tomboy ke? 22

Mata Zack terkelip-kelip memandang mata Azim. Azim merenung dalam muka Zack. Makin lama makin comel pulak dah budak tomboy nih! Azim berbisik perlahan di dalam hati.

' Kau cantik, Sofi.' Azim berkata dengan nada berbisik.

Eh? Sejak bila nama aku bertukar jadi Sofi pulak dah nih? Adei la.

Tangan Azim perlahan-lahan memaut leher Zack. Zack menggigit bibir. Auntie Lisa pulak dah berlalu dengan senyum di bibir dan tersipu-sipu malu. Mamanya pulak yang lebih!

Zack masih blur. Entah kenapa keadaan sebegitu membuatkan dia berdebar-debar. Jarang benar dia nak berdebar-debar apabila berhadapan dengan lelaki, apatah lagi si Azim yang sudah lama dianggap seperti adik-beradiknya sendiri. Kembar tak seiras okay jugak, sebab mereka berdua sebaya kan.

Muka Azim dirapatkan lagi ke muka Zack. Zack pulak memaut leher Azim dengan kedua-dua tangannya dan..

' Aduh! Sakit lah, mangkuk!' Azim segera berdiri dan memegang dahinya perlahan selepas dihantuk kuat dengan kepala Zack.

' Mangkuk jenama Mikasa untuk kau! Heh! Ingat sikit kau tu lelaki, aku ni sebaliknya! Jangan main sentuh cium-cium macam tu je! Kalau ye pun, tunggu la kahwin! Dah lah, aku nak balik!' Zack bangun dan berjalan laju masuk ke dalam rumah Azim. Bajunya tadi ditinggalkan begitu saja.

Azim pulak menyesal 5 kilo. Free-free dapat bengkak biru! Mahu seminggu tahap kehenseman aku ni merudum jatuh! Aish! Dah sakit satu hal, malu satu hal! Macam mana aku boleh nak pergi cium budak tu?? Hai, mengucap, mengucap, Zim! Ingat Tuhan!

' Zack! Nak ke mana tu??' Mama terjerit kuat sambil mengejar perlahan Zack dari belakang yang laju berjalan dengan beg putihnya.

' Ma, Zack nak balik dulu. Babai.' Zack berkata perlahan dengan wajah masam mencuka. Kemudian, dia masuk ke dalam kereta dan segera menghidupkan enjin lalu berlalu pergi begitu sahaja, meninggalkan mamanya yang terpinga-pinga sendiri. Eh? Aku dengan laki tua aku tu nak balik naik apa??

' Kenapa dengan Zack, Zim??' Auntie Lisa bertanya hairan.

Azim menggeleng sambil mengurut-urut dahinya sendiri.

' Ya Allah! Kenapa ni, sayang??' Auntie Lisa mengusap-usap dahi Azim yang bengkaknya makin membesar dan membiru.

' Penangan Zack, ma.' Azim membalas selamba dan berjalan perlahan masuk ke dalam rumah. Orang lain tercengang-cengang mendengar jawapan Azim. Haih, belum kahwin lagi nih! Agak-agak dah kahwin nanti, lebam satu badan si Azim kena karate si Zack!

' Mungkin kena tangguh dulu majlis tunang diorang ni.' Kata papa Azim sambil memeluk badannya sendiri. Auntie Lisa still pening-pening. Tadi bukan main romantik aku tengok, tup tup blah sekejap, dah dapat telur ayam kampung sebijik dekat dahi!

' Abangnya. Macam mana kita nak balik ni?' Mama Zack menyiku-nyiku suaminya di sebelah sambil membuat muka cover. Dari awal sampai ke habis, memang asyik kerja dok meng'cover' jela dek kerana perangai budak-budak rebina 2 orang tu! Malu betul rasanya. Entah betul tidak usulnya yang mencadangkan anak-anak mereka dinikahkan.

' Tak apa, mintak pak Abu hantarkan.' Papa Azim berkata sambil memandang ke arah papa Zack.

' Menyusahkan je. Si Zack ni memang nak kena.' Papa Zack membebel sendiri.

' Azim buat bebukan kot dekat dia, tu yang dia marah tu.' Papa Azim cuba mempertahankan Zack.

' Em, tak tahu lah saya dengan budak-budak zaman sekarang ni. Terima kasih dinner tadi. Mintak maaf lah dengan kelakuan si Zack tu. Nanti kita bincang balik pasal ni. Kami balik dulu. Assalamualaikum.' Papa Zack bersalaman dengan papa Azim dan masuk ke dalam Mercedes Benz kawan baiknya itu untuk dihantar pulang.

-----

' Mama! Janganlah tunangkan Zack dengan dia! Dia dah ada girlfriend lain la, ma!' Zack berkata kuat sambil tangannya menggoncang-goncang air tin 100 Plus. Baru lepas belasah orang, kena la tambah tenaga balik! Che, poyo pulak.

' Kenapa Zack lebamkan dia tadi?' Mama bertanya selepas duduk di sofa berhampiran.

' Dia nak.. nak..' Alamak! Terkedu sekejap, blushing pulak aku! Patut ke beritahu mama ni?? Ke tak? Esh, masalah luar negara betul la!

' Dia nak apa??' Mama bertanya laju. Geram dengan Zack yang tergagap tiba-tiba.

' Uhh! Dia nak ki..' Zack membuat gaya kissing menggunakan tangannya.

' Betul ke ni, Zack?? Dia nak kiss Zack??' Mama menjerit kuat.

' Betul la, ma! Takkan Zack sengaja nak fitnah and cederakan dia kot? Dia kan kawan baik Zack dulu, ma?' Zack berterus-terang. Huh! Malu siot! Dia segera membuka penutup tin 100 Plus tadi dengan kasar. Air 100 Plus itu diminum gelojoh sehingga tumpah dan membasahi singletnya.

Papa dan mamanya merenung antara satu sama lain. Nakal jugak si Azim tu rupanya! Dan akhirnya kedua-dua orang tua tadi pun menggeleng-gelengkan kepala mereka.

' Zack naik dulu, ma!'

-----

' Nombor yang anda dail..' Esh! Apesal dengan si operator ni?? Zack tak puas hati lalu dia mendail kembali nombor abang Din. Ni dah kali ke lapan dah ni! Mana dia? Aaa! Bang Din!

Akhirnya, Zack hampa dan dia tertidur kepenatan.

----

Esoknya, selepas bangun solat Subuh, Zack segera mencapai handphonenya dan menghubungi abang Din lagi. Hatinya gelisah. Perasaannya bercampur baur, tak dapat dibayang bagaimana lagi. Uhh! Mana orang tua nih?? Aku tak nak kahwin dengan Azim! Aku tak cintakan dia! Aku tak nak!

Setelah puas mendail, handphone pun sampai dah nak naik bengong, Zack mengambil keputusan untuk ke rumah abang Din. Dia sendiri pun hairan kenapa hatinya meronta-ronta untuk bercakap dan meluahkan perasaannya ketika itu kepada abang Din. Padahal, mama pun ada kalau setakat nak meluahkan perasaan.

Selepas bersiap, Zack ke rumah abang Din. Namun rumahnya berkunci. Selepas penat mengetuk pintu dan menjerit memanggil abang Din namun tiada siapa yang menjawab, Zack pun mula merenung-renung ke dalam rumah melalui lubang-lubang yang ada.

' Karang aku letupkan pintu rumah ni baru tau.' Zack bising sendiri.

Habis ditawaf keliling rumah kerana nak meneropong ke dalam, tetapi sekali lagi dia hampa. Mana dia?? Uwaa! Abang Din!

Zack berlari-lari anak menuju ke keretanya. Dia dekat kedai kot. Zack memandu laju ke kedai makan tempat abang Din bekerja.

' Ahh! Lantak kau la kereta!' Zack menjerit kuat di dalam kereta. Semua mata memandang ke arah kereta Porshe yang dibrek mengejut di depan kedai makan tersebut.

Zack turun terkocoh-kocoh dan masuk ke dalam kedai.

' Bang Din! Bang Din!' Zack membuat kecoh di kedai tersebut.

' Bang Din mana, bang??' Dia cepat-cepat bertanya kepada seorang pekerja di situ.

' Oh, dia dah pindah, dik. Kitorang pun tak tau dia pindah ke mana.' Jawab Arif selamba.

' Takkan dia tak bagi hint langsung dia pergi mana, bang??' Zack tak dapat nak mengawal suaranya lagi dah.

' Kitorang pun tak tau, dik. Dia tak nak beritahu kitorang dia nak ke mana.' Arif menjawab lagi sambil menghisap rokok daun tembakaunya di situ.

Zack menggaru-garu badannya semacam beruk penuh kutu di kedai makan tersebut. Dia sendiri pun hairan kenapa dia jadi sebegitu? Dia menarik kerusi di situ dan duduk termenung.

' Kenapa adik cari dia?'

' Saya.. rindu kan dia.' Zack menjawab perlahan sambil matanya merenung kosong ke lantai.

Esh, aku kena belajar dengan si Din ni! Budak laki ni pun boleh rindu kat dia, apa kes? Dah la anak orang kaya pulak tu! Arif berbisik sendiri di dalam hati sambil memandang ke arah Porshe milik Zack, kemudian kembali menghayati rokok daunnya tadi.

Zack segera mengeluarkan telefonnya yang berbunyi menandakan ada mesej masuk. Mungkin abang Din!

Jom keluar petang ni. Kau free tak?

Uhh mangkuk ni lagi. Nak apa nya dia ni? Tak cukup ke aku bagi expert punya 'kiss' malam semalam??


## Sorry sebab lambat post new entry. Dah tu xbest pulak tu huhu. Mintak maaf bebanyak na. Ni pun idea tada. Tu yg main tulis tah apa2. Mood xde la tatau kenapa. Sorry lagi sekali! Have a nice day then!

Khamis, 2 Julai 2009

Cahaya Itu

Islam,
Hadirmu bersama utusan Tuhan,
Menyelamat dan menenangkan,
Kau yang membawa kemajuan dan keharmonian dunia.

Kota Cordova,
Maju di kala kota Paris dan London,
Masih sunyi dan gelap,
Di mana tika itu,
Kau lah Islam yang memerintah.

Baghdad menjadi pusat intelektual termasyhur dunia,
Para pelajar datang dari timur dan barat,
Menuntut ilmu di sana,
Namun akhirnya jatuh ke tangan musuh,
Kerana kealpaan umatmu jua.

Umat Islam!
Di mana kamu??
Di mana?
Islam yang penat lelah disebar nabi dahulunya,
Kini kamu hancurkan dengan begitu mudah!
Dengan arak, judi, zina, rasuah dan riba,
Tidak takutkah kamu akan azab Tuhanmu yang sudah dijanjikan?
Sungguh, Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya.

Bangkitlah!
Bukalah matamu!
Kembalikan kegemilangan Islam yang kini diinjak-injak musuh,
Kembalikan Ibnu Sina!
Abu Bakar as-Siddiq!
Umar abd Aziz!
Dan semua pahlawan Islam yang berani mati kerana Islam!

Kerana tanpa Islam,
Tiada ertinya kamu hidup di dunia ini.
Jagalah amalmu, auratmu,
Kerana Islam itu indah,
Jangan dikotorkan kerana kamu yang tiada reti menilai harga kesuciannya.

Wallahua'lam.