Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 27 Mac 2009

bini aku tomboy ke? 3

‘ Ni la rumah bang Din, Zack. Jom naik. Tak payah segan-segan.’ Abang Din menjemput Zack masuk ke dalam rumahnya.
‘ Tak, tak segan langsung.’ Zack membalas endah tak endah sambil matanya melilau ke kiri kanan.
‘ Mak datuk sebelah nenek bapak aku! Bapak besar badak rumah dia!’ Zack berkata di dalam hati. Takut pulak abang Din terasa kalau dia cakap kuat-kuat. Tapi, memang besar badak pun, tak dapat dinafikan lagi dah! Apa boleh buat lagi? Abang Din je yang sanggup tolong dia sekarang.
‘ Rumah ni sempit sikit.’ Abang Din berkata sambil mengemas-ngemas sedikit barang-barang yang bersepah di atas lantai.
‘ Tak sempit sikit, bang. Sempit banyak ni! Macam mana la dia boleh duduk dalam rumah sekangkang baby kera ni??’ Bebel Zack seorang diri di dalam hatinya. Dia mendongakkan kepala ke atas. Atap rumah penuh dengan lubang-lubang. Anak kucing pun boleh masuk ikut lubang tu! Dinding rumah tak payah sebut lah. Macam mana dia nak buat projek dengan bini dia ni? Kalau orang jenguk dari luar, sah-sah terang bulan purnama orang nampak! Clean and clear!
‘ Abang duduk seorang je kat rumah ni, Zack. Zack tak biasa ye dengan rumah sempit macamni?’ Abang Din menghamparkan sehelai tikar mengkuang lusuh yang boleh dikira macam kena makan tikus. Tak pun lipas buat sarapan tiap pagi.
‘ Eh, takde, bang. Okay lah ni! Apa pulak tak biasanya? Semalam pun tidur atas lantai. Sejuk bontot, huhu. Orang kata takpe rumah kecik, asal bahagia dalamnya kan, betul tak, bang?’ Zack cuba menyembunyikan perasaan di dalam hatinya.
‘ Yeah. Totally right!’ Cewah terer speaking jugak rupanya hehe. Siap ala-ala Usher lagi tu! Selepas duduk, sambil bersila dia mengelip-ngelipkan mata memandang keliling. Di suatu sudut ada tilam nipis sekeping. Tu pun berlubang-lubang jugak dan banyak peta-peta lukisan air. Paham-paham jela air apa kan. Banyak air yang boleh buat corak dekat tilam ni huhu. Tilam tu tersandar di tepi dinding. Di satu ceruk, ada dapur kecik yang diletak atas lantai dan berlapikkan dengan surat khabar je. Dhaif bebenar dah ni. Tahap tikus dalam air dah! Tapi mujur tuan rumahnya baik hati. Kan kan?
‘ Zack pergilah mandi. Nah tuala ni, bang Din baru basuh. Biasakanlah diri dengan rumah bang Din ni sementara waktu.’ Abang Din menghulurkan tuala ala-ala dinding tadi jugaklah, berlubang-lubang dan koyak-koyak di hujungnya kepada Zack. Zack yang merewang-rewang fikirannya tadi terus sedar dan menyambut huluran tuala oleh abang Din a.k.a. abang Din berlubang-lubang. Ish kejam betul statement ni! Banyak cakap pulak, dah orang nak tolong, dok diam dah la.
Kenapa takde bini dia eh? Jenuhlah aku kalau kena tangkap basah karang, buat naya je aku! But.. apa kata.. jeng jeng jeng. Idea kepala tanduk Zack sudah muncul..! Bukan selalu ni, hehe.
‘ Okeh, bang. No hal punya. Beres! Ehem.’ Zack berdehem supaya suara perempuannya tidak begitu ketara kedengaran. Mujur suaranya yang ala-ala serak basah itu membantunya sedikit sebanyak. Di dalam tandas..
‘ Fuyyo! Bang Din ni teropong siapa ni?’ Lubang kat dinding tandas jelas kelihatan. Zack meneropong ke luar. Kalau aku teropong orang takpe, kalau orang lain yang teropong aku kat dalam ni? Kes naya namanya! Ah, bantai jela. Bukan lama pun aku nak dok sini. Jap je.
Zack membuka baju dan bengkungnya. Huish, patut orang tak kenal aku ni perempuan! Rupanya sebab aku pakai bengkung! Eh, nyanyuk agaknya aku ni? Sampai tak sedar diri sendiri pakai bengkung.
Aku kan tomboy, aku tak suka ‘benda’ ni. Kacau hidup aku je adalah. Takde pun takpe. Tu sebab aku hadang dia he he. Takla nampak sangat kan? Tapi, penat jugak aku nak pakai bengkung ni! Sampai semput kekadang tu. Mujur jugak aku ni cekeding je.
Tiba-tiba pintu tandas diketuk. Kelibut jugak dibuatnya! Baju dan bengkung yang dipegang tadi terus dicampak dan tuala yang tersidai tadi segera ditarik bagi mengelakkan sesuatu yang tak sepatutnya berlaku daripada berlaku.
‘ Zack! Ni baju dengan seluar. Tukarlah! Baju Zack tu nanti abang Din basuhkan.’ Adei apasal orang tua ni layan aku baik sangat ni? Kena minyak dagu aku ke? Pelik jugak aku! Bila masa aku jumpa bomoh mintak minyak dagu ni? Confuse-confuse.
‘ Okay, bang. Kejap lagi saya ambik! Abang letak je kat luar tu!’
‘ Ala. Ambik jela sekarang. Nak malu apanya dengan abang? Kita kan sama-sama lelaki?’
‘ Sah! Semua orang mata rabun termasuklah pakcik tua sorang ni! Tapi taklah tua sangat pun aku rasa. Aku pulak yang mulut jahat. Ishk ishk.’
‘ Okay, bang. Kejap!’ Dengan pantas dia mengenakan kembali bengkungnya.
‘ Eh? Apesal berkemban macam perempuan ni?’
‘ Eh, takde pape bang. Sejuk. Tak boleh kena angin hehe.’ Padahal ..
‘ Ada pulak macam tu? Nah, baju. Tukar singlet kat dalam tu. Nak mandi air panas ke?’
‘ Eh, takpe bang. Tak payah susah-susah. Dapat mandi pun dah cukup bahagia dah ni.’ Balas Zack dengan mata bersinar-sinar.
‘ Okay, mandi elok-elok. Ni sabun. Kalau tak simpan, nanti kena gerik dengan tikus.’
Hah? Tikus?? Ohh tidak!! Gile ‘sayang’ aku dengan cik ti a.k.a. tikus berbulu putih tu!
‘ Zack takut tikus?’
‘ Eh, takde. Eleh, takat tikus tu, apa kelas nak takut-takut. Sekali pijak je bang!’ Mereka berdua ketawa kuat. Belagak nak mati si Zack ni! Dah jumpa nanti, baru tau langit tinggi rendah!
‘ Mandi lah dulu.’ Abang Din berlalu ke depan.
Ai, apa agaknya jadi lagi lepas ni? Zack merenung seketul sabun GIV yang diberikan kepadanya tadi. Dan sepeket kecik syampu Sunsilk biru. Susahnya hidup dia walaupun ada kerja, duduk seorang-seorang je pun, tapi kenapa gaya macam ada 18 orang anak??
‘ Ahh!! Katak puru!! Bang Din!! Katak puru!!’ Kelam kabut Zack berlari keluar dengan hanya berkemban. Abang Din segera muncul selepas mendengar Zack menjerit memanggilnya.
‘ Kenapa ni, Zack?’
‘ Katak puru, bang! Katak puru!’ katanya terloncat-loncat sambil menarik-narik hujung baju abang Din di bahagian bahu bajunya. Allah! Habis dah semua kemachoannya sebentar tadi. Abang Din yang melihat kelakuan Zack hairan melihat perangai Zack yang nampak jelas gila keseramannya tu. Pondan ke budak ni? Dah la berkemban, takut katak puru pulak tu. Hairan tahap dewa abang Din dengan Zack ni!
Cei, dengan machonya abang Din menunjukkan keberaniannya kepada si ‘pondan’ itu huhu. Sekejap je masuk dalam tandas, abang Din pun keluar dengan senyuman.
‘ Dah, takde dah.’
‘ Eh? Dah takde dah?’
‘ A’ah. Takde dah. Masuklah mandi.’ Zack tak percaya. Dia menjenguk dari luar tandas.
‘ A’ah dah takde. Bang Din telan katak tu ye? Macam mana boleh ghaib tiba-tiba?’ Zack menanya soalan bodoh.
‘ Adalah ilmu abang. Zack mana boleh tau, hehe. Orang berani je boleh dapat ilmu ni.’ Nah sebijik! Tu dia. Tadi bukan main nak pijak tikus, baru muncul ANAK katak puru, dah tegak bulu kaki! Belum jumpa tikus lagi! Dah melompat-lompat tarik lengan baju orang, kalau jumpa tikus, lompat naik atas bumbung dah agaknya!
Dengan cepat Zack menutup pintu tandas dan membuka pili air sehabisnya. Uwaa mama!! Takut lipas, katak, tikus dan yang seangkat sebapak dengannya! Aaa!! Tolong! Air paip yang ditadah tadi disiram-siram ke badan secepat mungkin.
Sesudah mandi, Zack memakai kembali bengkungnya dan baju abang Din dan seluarnya. Gila kurus abang Din ni! Seluar dia pun aku padan! Haha. Tak sedar diri sendiri pun kurus kering, sedap nak mengata orang lain pulak! Eh, spentot a.k.a seluar kontot aku macam mana ya? Nasib spentot aku tak berbunga kali ni. Sebabnya aku agak suka spentot berbunga-bunga tambah lagi yang warna-warni walaupun aku tomboy huhu. Tak cukup tomboy lagi la tu. Bantai jela spentot masam ni. Nak buat apa lagi? Takkan spentot pun, abang Din punya jugak yang jadi mangsa??
‘ Jom, makan! Kejap lagi kita pergi balai.’
‘ Makan? Ya Allah! Rezeki!’ Cepat-cepat Zack duduk mengadap makanan yang dihidang di atas tikar mengkuang yang dihampar tadi. Menunya biasa jela, telur, nasik, sardin dan kicap. Orang bujang, lagipun susah nak simpan benda lain sebab takde peti sejuk.
Selepas habis makan, mereka pun bergerak menuju ke balai polis berdekatan menaiki motor cabuk abang Din.
‘ Nama apa?’ Tanya pegawai polis di situ. Mujur abang Din nak hisap rokok, jadi kena tunggu di luar, taklah pecah rahsianya nanti.
‘ Sofi Zarill binti..’
‘ Hah? Binti?? Apesal binti pulak?’
‘ Dah saya perempuan, tuan, sebab tu lah binti.’ Dah tau tanya lagi. Pakcik polis tu mula merenungnya dalam-dalam. Dalam keraguan, dia kemudian meminta 2 anggota polis wanita mengecamkan samada betul atau tidak dia ialah seorang perempuan.
‘ Buka baju.’ Dengan muka tegas seorang daripada 2 polis wanita tadi memintanya membuka baju di dalam sebuah bilik khas.
‘ Ala, puan. Sungguh-sungguh saya perempuan ni!’ Zack masih berdegil tidak mahu membuka baju.
‘ Bukak sekarang sebelum saya yang bukakkan!’ Dah kena ugut macam tu, dengan muka poyo tahap cipan lapar, Zack pun membuka bajunya.
‘ Apa ni?’
‘ Bengkung.’
‘ Buat apa pakai?’
‘ Saja-saja.’
‘ Awak jangan main-main dengan saya!’ Lailahaillallah! Makcik polis ni kenapa? Zack merenung dengan wajah tak puas hati. Tapi takpelah kan, sebab aku budak baik, niat di hati untuk bergaduh dan bergusti mulut dibatalkan.
‘ Sengaja saya pakai sebab saya tak suka dua ‘bukit’ tu.’ Selamba Zack menjawab. Mata dua anggota polis wanita tadi membulat merenungnya. Sah abnormal budak ni! Wanita sejati takkan cakap macam tu punya lah.
‘ Awak pengkid?’
‘ Emm, tak kot. Sebab saya tak berapa suka perempuan, and tak lah berapa suka lelaki jugak! Kategori apa lah saya ni, puan?’ Kategori burung dodo yang dah pupus tu kot huhu.
‘ Bukak bengkung!’
‘ Mana boleh! Malu lah saya! Aurat ni!’
‘ Awak belajar dekat sekolah mana yang kata situ tu aurat?’
‘ Sekolah..’
‘ Dah, tak payah nak mengarut-ngarut lagi. Situ bukan aurat sebab kita sama-sama perempuan. Bukak untuk sahkan awak perempuan.’
‘ Tapi saya..’
‘ Awak nak saya bukakan??’ Mula dah ketegasan kuasa veto nya.
‘ Yelah yelah. Tapi malu lah! Buat x-ray tak boleh? Tak payah bukak bengkung??’ mata Zack bersinar mengharap dan bibirnya mengukir senyum comel.

Sabtu, 14 Mac 2009

bini aku tomboy ke? 2


‘ Woi! Gila kau kejar aku buat apa??!’ jerit Zack sambil melarikan dirinya daripada dikejar seekor anjing hitam takde ekor. Uhh mati aku kalau kena terkam nih! Habis lah muka aku yang teramat comel ni kalau aku jatuh! Uwa!! Mama!!

‘ Otak! Berfungsi lah kau! Apa aku nak buat ni?! Tau la aku johan lari pecut dulu! Tapi tu 100 meter je! Ni dah 2 kilo kau kejar aku, wahai anjing!’ Tula dia, lalu lagi lorong gelap pagi-pagi buta, kan dah kena kejar. Adei la. Macam jauh je dah lari, kenapa anjing ni berkenan sangat kat aku ni? Parah, parah!

‘ Bang! Tolong! Ada anjing kejar!’ Zack berhenti seketika mengambil nafas. Dia menegur seorang lelaki di tepi jalan gelap di situ, apa dia buat pagi-pagi buta dekat situ?

‘ Lari la. Tunggu apa?’ Kata lelaki itu dengan mata kuyu nya. Ceh! Bukan nak tolong! Salakan anjing semakin dekat menghampiri. Lututnya bergetar, nafas tersangkut-sangkut.

‘ Yahh! Pejuang berani mati! Ambik kau, anjing! Nah!’ Zack mengambil botol kaca kosong bersebelahan abang mata kuyu tadi dan membaling ke arah anjing tersebut. Anjing itu berhenti seketika, terkejut kot, tapi disebabkan botol tu tak kena pada sasaran, kau tunggu la, Zack! Action je lebih. Berani mati konon! Uwa, mummy!!

' Apa lagi, cabut!’ Zack berlari lagi. Mujur juga lorong gelap di situ sudah sampai ke penamatnya. Zack berlari laju sekuat hati dan melintas jalan besar di situ. Ada takde kereta, aku tawakkal jela, ya Allah! Akhirnya, dia berjaya melepaskan diri dari dikejar anjing gila sawan itu.

' Sewel jugak anjing tu! Tau la aku comel, tak payah la kejar-kejar dengan semangat waja macam tu! Huh! Makan viagra agaknya, tu yang tak boleh beza anjing dengan orang! Heh!’ Zack membebel sendirian. Tekaknya kering, baju tak payah sebut lah, ikan kering pun kalah kalau nak lawan dengan ‘kewangian’ bajunya tu. Ahh, serabai gila aku, macam nenek kebayan dah ni!

Zack membetul-betulkan rambutnya. Tangannya laju mengibas-ngibas bajunya yang sudah basah lencun. Berpeluh sakan dah dia. Uh nak gila dah aku ni!! Dari kejauhan, kedengaran suara muazzin mengazankan azan.

‘ Eh? Baru isyak ke?’ Jam di tangan dibelek. Hah? Isyak apa nya, subuh dah pun! Mangkuk tingkat jugak aku ni! Idea di kepala tiba-tiba datang. Jeng jeng jeng. Surau! Yeah! Di manakah engkau?? He he. Berlari-lari dia mencari dari manakah azan itu dilaungkan. Rasa macam dekat dah. Tapi, tak nampak pun rupa masjid atau surau dekat sini?

Ke aku ni yang berkhayal tak?

' Pakcik!’

' Astaghfirullah! Kamu nih, kalau ya pun, bagi la salam dulu. Ini main sergah-sergah je. Matinya aku nanti, tak ke naya?!’ Zack menelan air liur yang terasa pahit kat tekak. Memang patut pun pahit, dah sehari tak berus gigi. Semua pencuri beg aku tu la punya pasal ni! Ceh, kecoh pulak. Kalau ada berus gigi pun, macam aku rajin nak berus-berus pulak, hehe.

‘ Assalamualaikum, pakcik! Minta maaf. Nak tanya je, mana ada surau dekat sini?’

‘ Huh, ada je dekat situ!’ Eleh, poyo nak mati pakcik ni! Mujur aku nih budak baik, kalau tak, dah lama aku terkam-terkam pakcik ni! Tanya baik-baik, jawab kerek-kerek! Cepuk jugak karang, sebijik dekat kepala botak tu! Eh, cerah bersinar-sinar, boleh buat cermin muka aku kepala pakcik ni!

‘ Apa nya lagi?! Pergi lah! Dah la bau ikan masin cambur belacan, tercongok-congok pulak depan kedai aku ni!’

‘ Yela, pakcik! Nah! Hadiah! Special imported!’

‘ Kurang asam punya budak!’ Zack berlari-lari anak selepas mengangkat ketiaknya betul-betul di depan hidung pakcik kerek nak mati tu. Hah! Baru kau tau siapa aku! Zack memperlaju larian ‘marathon’nya apabila dia terlihat yang pakcik tadi sedang mengejarnya dengan penyapu di tangan. Tak jauh dia dikejar, pakcik itu dilihatnya berhenti sambil mengurut-ngurut dadanya sendiri. Tu la, perut boroi sangat, pakai baju pagoda pun pecah-pecah baju tu. Mesti ada darah tinggi. Tak pun kencing manis! Tu la tak larat lari, ada hati nak kejar-kejar orang pulak!

‘ Hish! Hina sangat ke aku ni?’ Tiba-tiba sedih pulak. Dia pun berjalan mencari surau. Entah mana-mana yang pakcik tadi tu tunjuk. Nak tanya orang lain lagi? Tolong la. Dah tak sanggup kena kutuk. Akhirnya dia sampai di sebuah surau di situ. Entah macam mana dia terjumpa. Mungkin nasib baik lah orang kata. Tapi, betul ke nasib baik..?

‘ Huh! Surauku yang tercinta!’ Zack masuk dengan gembiranya ke dalam surau itu dan terus membaringkan badannya di atas lantai yang berlapikkan carpet lusuh.

‘ Selesanya.’ Kaki dan tangannya digerak-gerakkan seperti kupu-kupu terbang. Bibirnya mengukir senyum comel.

' Nak, sini tempat solat untuk perempuan. Lelaki sebelah sana, nak.’ Tiba-tiba datang pulak seorang makcik tua yang nampak sangat lembut dan muka penuh keibuan.

' Makcik. Saya perempuan.’ Balas Zack lalu duduk bersila. Kepalanya yang tiba-tiba gatal digaru-garu.

‘ Perempuan?? Betul ke?’ Makcik yang masih bertelekung itu mula memandangnya dari atas ke bawah, cukup 3 kali.

‘ Betul, makcik.’

‘ Eh! Awak! Lelaki sébelah sana lah! Bukan dekat sini! Awak ni, sah-sah lah tak reti membaca kan? Entah-entah mengeja pun tak lepas! Signboard depan tu dah tulis, MUSLIMAT, bukan Muslimin!’ Ahh, bala! Perempuan mana pulak ni?? Sedap-sedap mulut nak mengutuk aku? Aku bagi penangan chenta karang, tak tidur 85 hari!

‘ Ehem, sorry ya, cik adik, or cik akak. Saya memang perempuan. Dan untuk pengetahuan cik, saya budak U. Bukan tak reti nak mengeja dan membaca. Saya masuk sini sebab saya sedar diri saya perempuan. Apa? Tak puas hati?’ Makcik tadi diam, hanya matanya terkelip-kelip melihat adegan pergaduhan antara seorang perempuan dengan seorang lagi ‘perempuan’ a.k.a. yang diragui kesahihannya yang dia ialah seorang perempuan.

‘ Memang tak! Keluarkan I.C. bagi saya tengok!’

‘ Tak payah I.C, nah! Tengok dalam seluar ni! Nak sangat??’ Zack memegang zip seluar jeannya untuk dibuka.

‘ Ahh!! Awak memang gila!’ Kecoh satu surau dek kerana Zack yang ingin membuka seluarnya. Sah memang dah gila budak ni! Kaum-kaum adam pun mula menyelak tirai untuk melihat apa sebenarnya yang telah berlaku. Jeng jeng jeng..

‘ Apa lagi? Ni lah nasib aku! Aku naik bas tak baca doa kot. Tu lah asyik nasib tak baik je nih!’ Zack dihalau keluar selepas beberapa scenes dia bergaduh dengan pakcik-pakcik di surau itu. Takkan dekat pakcik-pakcik pun nak bukak seluar jugak kot? Kes naya tu! Takpe je lah. Terimalah dengan redha. Tekad, redha, tabah a.k.a. tajuk album pertama Hazami hu hu.

‘ Abang Din!’

‘ Eh? Zack? Jumpa tak balai?’

‘ Jumpa. Dalam mimpi semalam.’ Jawabnya endah tak endah selepas berpenat lelah dia berpatah balik ke kedai makan abang Din itu.

‘ Apa dah jadi ni? Kenapa muka hitam-hitam macam arang ni? Allah. Kesiannya. Jom ikut abang balik rumah kejap lagi.’ Abang Din jugak yang dicari akhirnya. Kerana rasa-rasanya abang Din ni ada aura nasib baik. Dekat dengan dia je, nasib pun jadi baik. Hehe ada pulak orang macam tu?

‘ Eh, takpelah, bang. Saya nak tempah air sikit, boleh? 2 minit lagi saya tak minum, aneroksia la saya, bang!’ Lalu dia pun mengeluarkan duit kertas RM1 dua helai semalam dari dalam poketnya. Duit itu sudah pun lunyai dek kerana terwap di dalam poketnya dan juga kerana peluhnya.

‘ Nah! Lepas minum, ikut abang balik.’ Kata abang Din selepas meletakkan gelas berisi air putih di dalamnya.

‘ Eh, takpe bang. Abang tak payah susah-susah! Hantar je saya pergi rumah orang tua-tua.. Eh, silap pulak, rumah kebajikan masyarakat. Sebab, saya lah budak yang paling kesian kat dunia nih! Uwa!!’ Mula dah gila dia.

‘ Call lah saudara terdekat. Mak, ayah, mana?’ Abang Din suka sangat melayan si Zack ni. Dia sendiri pun hairan kenapa. Dia datang ke kedai pun semata-mata kerana dia risau takut-takut Zack datang mencarinya di kedai tetapi dia tiada. Padahal, kalau waktu-waktu macam ni, dia akan terbongkang di atas katil memproses taik mata.

‘ Saya ni kan bang, bukan nak kecoh lah. Tapi, saya memang nak kena beritahu jugak. Dulu-dulu, kalau cikgu panggil suruh saya baca sifir, endingnya mesti kena berdiri atas meja! Tak pernah lepas langsung! Saya dapat bagus dalam matematik SPM pun, sebabnya sekarang kan dah ada kalkulator. Tak payah bengap-bengapkan kepala hafal sifir!’

‘ Ha, betul betul betul’ kata abang Din meniru gaya kartun Upin Ipin.

‘ So? Apa yang nak disampaikan?’ Abang Din bertanya hairan.

‘ Jadinya, disebabkan ITU lah nombor telefon mak ayah saya tak hafal! Uwa!!’

‘ Mak ai..’ Abang Din menepuk dahinya kuat.

Jumaat, 13 Mac 2009

bini aku tomboy ke? 1

‘ Yeah! Sampai jugak aku akhirnya dekat KL ni, a.k.a tempat lahir aku yang comel ini dahulu kala nya he he he. Yay! Here’s Kuala Lumpur! I’m coming!’ Jerit Zack sambil terlonjak-lonjak macam kera sumbang di Pudu Raya petang itu.
Orang ramai hanya memandangnya dengan hairan. Kena sawan ke budak ni? Tak pun terlupa makan ubat tak? Namun, Zack tidak mempedulikan semua mata yang memandang, yang penting, aku dah sampai! Dan aku nak enjoy, of course!
‘ Eh, dah nak maghrib rupanya.’ Kata Zack seorang diri sambil melihat pada jam tangannya. Aku singgah surau la kejap. Dia pun masuk ke dalam surau yang agak sempit di Pudu Raya itu dan berasak-asak dengan orang lain. Ada yang tidur, ada yang gayut dengan handphone, yang bergosip pun ada!
‘ Aduh, nak bukak kedai kopi pun pada-pada la. Ni dalam surau penuh rahmat ni gak dia nak bukak!’ Bising Zack, dalam hati aje la. Karang dikata bercakap dengan hantu pulak kalau orang nampak dia bercakap seorang-seorang.
Selepas mengambil wudhuk, Zack pun kembali ke ruang tempat solat. Matanya digosok-gosok dan dikelipkan berkali-kali. Kemudian, dia mula menyepah-nyepahkan telekung dan berjalan ke sana sini. Dijenguk ke luar, diangkat sejadah yang sedang dihampar oleh seorang makcik.
‘ Eh, kenapa ni?’ Tanya makcik yang rasa terganggu dengan tindakan Zack tadinya, penuh hairan namun masih bersabar.
‘ Ahh! Beg aku! Mana dia? Mana??’ Semua mata mengarah kepadanya.
‘ Eh, kenapa kau masuk sini?! Sini tempat sembahyang untuk perempuan lah!’ Mulanya tiada siapa pun menyedari dan mempedulikan kehadirannya, namun selepas dia menjerit tadi, semua orang mula meng’attack’ dia.
‘ Eh, mana ada! Saya perempuan ni!’ Zack mempertahankan dirinya. Tapi, semua orang sudah mula menghampiri dirinya dan menampar-nampar muka dan badannya. Ada yang menggunakan tangan, kaki, kasut pun ada!
‘ Penipu! Mana dada kau kalau betul kau perempuan, hah?’ ‘ Entah-entah pondan!’
‘ Eh, eh apa ni main raba-raba? Ya, ya! Saya keluar!!’ Adeh! Dah la beg hilang, kena halau pulak tu! Apa nasib aku ni? Dah jatuh ditimpa tangga besi pulak! Ya Allah! Kau kena tolong aku! Dia mula meraba-raba poket. Berulang-ulang kali, poket atas, poket bawah, depan, belakang, semacam babun terkena kurap pun ada.
‘ Apa pun takde! Ahh, mati aku macam ni. Jadi tenggiling kurus la aku!’ Dia mula berjalan-jalan tanpa arah. Dompet, IC, handphone, semua hilang! Jahanam punya siapa yang keparat pergi curi beg aku! Dah la buruk lepas tu koyak-koyak pulak, ada hati jugak dia nak curi!
Macam mana aku nak hidup ni? Hatinya resah, dah la dia keseorangan di bandar besar gedabak tu. Tiada sesiapa yang dapat diminta bantuan.
‘ Kak. Ada kerja kosong tak kat sini?’
‘ Kamu ni orang apa ni? Bangla ke?’
‘ Apa pulak bangla nya kak? Saya orang Melayu ni. Tolong la kak. I.C saya dah hilang. Ada orang curi beg saya.’
‘ Sorry la, dik ye. Akak tak dapat tolong la kalau macam tu. Akak tak nak kalau nanti orang kata akak ni bela PATI pulak.’
‘ Ahh! Kenapa semua orang KL macam ni?? Apa dah jadi? 18 kedai aku tanya, 18 18 jawab yang sama! Aku nak gila dah ni! Yahh!!’
Zack terduduk di atas kerusi di kedai makan di situ. Kepalanya diletakkan di atas meja.
‘ Adik, kalau tak nak makan, boleh tolong pergi tak? Akak ada costumer lain ni.’ Zack mengangkat kepalanya, dia menjeling akak tadi, dahla tak nak tolong aku, halau-halau plak! Ini dah melampau tahap planet Pluto dah ni!
‘ Yelah. Saya pergi!’ Balas Zack lalu bangun dan menyepak kerusi besi di kedai itu. Adeh! Bangang betul kerusi ni! Bengkak 5 hari kaki aku! Tula, takde penyakit, pergi cari, kan dah kena. Padan muka! Sambil terhincut-hincut, dia meninggalkan deretan kedai makan di situ, lalu berjalan menuju ke mana-mana yang dapat dia pergi.
Selepas penat berjalan, dia berhenti dan duduk menyandar di atas lantai berhadapan dengan Hotel Ancasa. Perutnya sudah lama berkeriuk-keriuk macam bom atom meletup dah bunyinya. Dia menutup mukanya dengan topi Nikenya yang sudah berbau masam kerana peluhnya. Akhirnya, dia terlelap di situ.
Sesedar dari tidurnya, dia melihat topinya telah jatuh dan berada di sisinya. Dengan mata yang masih ala-ala terpejam itu, di dalam samar-samar kegelapan malam, dia ternampak 2 keping not RM1 di dalam topinya.
‘ Ya Allah! Rezeki jatuh dari langit! Thank you, Allah!’ Lagu nasyid Raihan dialunkan sambil langkah kakinya dilangkah panjang-panjang menuju ke kedai makan berhampiran.
‘ Bang. Nasik apa yang harga RM2 kat sini?’
‘ Mana ada makanan harga macam tu dekat sini, dik oi.’
‘ Dekat tempat saya, ada je nasik harga macam tu. Tolong la bang. 5 minit lagi kalau saya tak makan, arwah lah saya, bang. Nasik dengan telur seketul tambah kicap pun dah ok bang. Takde kicap, garam pun jadi lah bang.’ Abang di kedai itu kasihan melihatkan Zack yang sudah ala-ala Michael Jackson itu. Sudah la kurus kering macam cekadak, merayu-rayu pulak mintak nasik.
‘ Nah, abang belanja. Makan elok-elok.’
‘ Ya Allah! Baiknya hati abang! Moga abang cepat kahwin, amin..’
‘ Tahu pulak dia aku tak kahwin lagi.’
Zack apa lagi. Dah dapat nasik dengan telur pun dia dah nampak macam ayam panggang seekor dah depan mata. Tunggu apa lagi, beb, melantaklah! Dengan gelojohnya dia menyuap nasik dengan kuah sup yang dituang habis semangkuk kecil dan digaul bersama nasik itu. Abang tadi menggeleng-geleng kepala melihatnya. Orang lain cuma memandang sinis ke arahnya. Ah, aku peduli apa korang! Aku lapar nak mati dah ni!
‘ Bang! Tolong! Tercekik!’ Zack menjerit sambil tangannya melambai-lambai dan sebelahnya lagi menepuk-nepuk dadanya.
‘ Ya Allah! Hah, tu la! Lain kali, makan baca doa.’ Zack menyambut huluran segelas air yang diberi oleh abang kedai tadi. Abang itu menepuk-nepuk belakangnya. Terbatuk-batuk dia seketika.
‘ Burp. Alhamdulillah! Terima kasih, bang! Sini takde balai polis ke, bang?’
‘ Kenapa? Apa dah jadi?’ Abang tadi duduk menghadap Zack.
‘ Beg saya kena curi. Habis semua. Barang-barang penting semua hilang. Macam hampeh je orang yang curi tu!’
‘ Ada, tapi jauh sikit. Esok abang bawak kan.’
‘ takpe bang. Saya pergi sendiri. Abang bagi je koordinat dia, saya cari.’
‘ Ala, takpe. Abang free esok.’
‘ Din! Woi ada orang nak kira tu! Menyembang je kerjanya.’ Rakan sekerja abang Din itu memanggilnya.
‘ Dik nama apa? Panggil abang, abang Din je, ok?’
‘ Panggil Zack. Okeh, bang. Saya gerak dulu. Nak cari balai. Tak tidur saya nanti, bang. Terima kasih banyak, bang!’
‘ Singgah la lagi kalau ada masa, Zack!’
‘ InsyaAllah, bang Din. Assalamualaikum.’