Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Isnin, 13 Disember 2010

mimpi novel baru aku

aku sedang dalam perancangan nak mengembangkan cerpen JULY'S NIGHTS & AUGUST'S NIGHTS. wah kedengaran macam superb je kan idea aku ni. hahaha itu hanya lah perancangan. kalau ikut perancangan aku ni, mmacam perancangan ada dalam pale otak aku ni, tp yg menjadi tu xtau la banyak mana aje hehehheehe

ceritanya pasal 'novel' baru aku ni katanya (ehem), tajuk pun xdapat lg. xkan nak bantai letak tajuk omputeh kan. xssuai plak sebab isi BM hehe.

itu 1, jalan cerita pun xdapat lagi. aku xtau mcmana nak mula. ish! otak aku membeku yang teramat macam ais kat kutub utara nun. cian tol kat aku, sampai nak pk jalan cter pun xdapat! kenkunun nak buat cerita yg ala2 komedi seram gitu, tp nak dapat pikir jalan cter pun xdapat2 yg bombastic. kalau wat yg besa2 karang jadi klise plak katanya. (mcm BATK) tp *lg* nak dapat wat yg bombastic bagai tu bukan lah senang tambah lagi bila xde jalan crita. *ish! aku xharus berangan2 kalau mcm ni!*

namun, *ganti tapi* xsalah kalau aku berangan2 semoga angan2 aku tu menjadi kenyataan. ini bukan angan2 la tapi impian :) jadi aku akan cuba yg tbaik juga utk mencuba mendapatkan sebijik lagi baby baru hehehe ;) susa tu nak mengandung bagai kan, loteh! doakan aku & aku nak tahu apa pendapat korang semua ttg cita2 aku ni? haruskah atau tidak? sila bagi komen mana tau dpd komen tu tcetus satu idea kan, haa. kan masyuk gitu katanya kui3. timekasih kkawan semua, aku harap dapat mula 'mengandungkan' beby kedua hehehehe karang mengandung aje xmelahirkan pun susa jugak xgitu hehe.

thank u to all, luv u all lah! muahhh33

Sabtu, 27 November 2010

aku seorang gadisss

aku..

orang selalu kata aku comel, aku cantik, aku hensem (ada jugak ke),aku puteh macam susu, aku macam-macam lagi, sampai boleh buat aku perasan sendiri. memang susah nak lari daripada perasaan PERASAN tu kalau dah selalu sangat orang puji. tapi, aku selalu jugak lupa, yang mana semua kecantikan yang aku ada akan musnah jugak akhirnya. kecomelan aku, akan hilang ditelan waktu. kecantikan aku akan pudar jugak seiring dengan usia aku. sekarang aku 22, boleh la aku nak perasan lebih kan, tapi tak payah la nak perasan lebih dan perasan hebat sangat, sebab aku pun akan tua jugak, aku akan sampai umur 50 jugak *insyaallah* yang mana masa tu kulit pun dah mula berkedut, mata yang rabun bertambah lah rabunnya, kulit yang putih macam susu kambing pun akan jadi hitam jugak kalau dah Allah mahu.


orang selalu kata suara aku gemersik bak buluh perindu (ini lirik lagu daa), seksiS macam lagu Anita Serawak, manja macam kucing siam ekor kembang, aku suka kah? aku happy kah? ya, sebagai manusia harus lah aku makin berkembangan hidung, bertambah cacak rambut yang aku ada, bertambahlah manja dan lunak suara aku cover. tapi aku lupa, suara aku ni haram untuk didengar oleh lelaki kalau membincangkan benda yang tak seharusnya dibincang. aku lupa, suara aku boleh mengundang rasa ghairah kepada kaum adam, aku lupa suara aku boleh buat orang lelaki tak tidur malam, disebabkan itu lah aku susah nak bagi contact number untuk diorang walaupun aku akan dicop 'uhh kedekut nak mampos minah ni!' tapi ada aku kisah?? aku lebih kisah kalau suara aku ni yang akan membuatkan aku bertambah berdosa! aku lagi kisah kalau hubungan aku dengan lelaki bertambah kronik dan menambah dosa. ish, nauzubillah!

orang selalu kata badan aku cantik, badan aku slim melim macam hour glass, kui3 cantik lah kununnya kann? tapi aku sendiri tahu badan aku takde la cantik mana pun. aku slim sampai boleh dibawa terbang angin *betul ok* jadinya aku tak perlu lah berbangga dan menayang badan aku ni untuk seluruh alam tengok. untuk seluruh alam puji, 'aduhai cantiknya kau, arisa eriza'. cehh, aku dah mula lali dengan pujian orang, sebab nak tak nak, hati aku kena bekerja keras untuk tepis segala macam ketinggian diri yang aku mula rasa bila aku dipuji. uhh, susah beb! kalau perasan, dapat la dosa. kalau tak perasan, boleh ke tak perasan weh? berat punya ujian tu!


orang selalu kata aku ni ceredik, pandai, lemah lembut, sopan santun *kikikiki ini aku nak gelak panjang* opp, jangan nak perasan dulu okay? semuanya anugerah Tuhan jugak untuk aku, aku nak perasan pun buat apa? aku ni tak cukup pandai la, takat masuk UM tu memang la katanya budak pandai *tapi aku tak merendahkan UM ok* kalau nak kata aku ni memang budak pandai habis meletup tak usah sebut, takde nya aku nak melepak tidur kat rumah aku di Malaysia ni, of course dah lama aku pergi jadi pengganti Einstein apa bagai tu kann, tapi dah nampak la aku ni tak berapa sangat nak cerediknya, bertambah pulak dengan kemalasan aku, jadi tak usahla aku nak suka orang kata aku pandai, padahal ada berjuta-juta yang lagi hebat daripada aku, aku ni hanya melukut di tepi gantang, okay.


orang selalu kata aku pandai menulis, ohh betapa lah aku rasa aku ni terer & sangat lah masyhur, katanya. tapi, aku tetap mendapat kritikan. aku bersyukur jugak Allah jadikan pengkritik tegar dan orang mulut laser supaya aku yang sudah kuat perasan ni sedar diri balik, yang bahawasanya, aku ni tiada lah apa-apa kalau takat orang kata novel aku tu hebat, meletup bagai. aku harus sedar, aku harus dan wajib buka mata, sebab keperasanan keglemaran aku ni akan membawa aku ke jurang neraka. astaghfirullah!


orang selalu kata aku cantik, jadi aku pun nak mencantikkan lagi kecantikan aku ni. aku bersolek bagai, aku pakai baju yang cantik-cantik *alhamdulillah masih tutup aurat* walaupun aku teringin nak pakai yang rockstar apa semua, aku bersyukur masih ada mak aku yang membebel sakan bila aku nak pakai baju yang tak semenggah, aku rasa tertekan jugak kadang-kadang, tapi aku kena ingat balik, untuk dunia tak perlu kita pakai cantik2, pakai untuk menarik perhatian, pakai untuk menambah dosa bila baju dan seluar ketat, pakai mengikut fesyen terkini, kalau di akhirat, kita akan menjadi orang yang paling malu dan paling huduh, nauzubillah! biarlah kuno di dunia, biarlah tak cantik di dunia, asalkan di akhirat wajah kita berseri2 dan dapat berjumpa Allah dengan gembira dan bahagia, insyaallah.


aku menulis ni, macam gaya puji diri sendiri kan, tapi aku nak korang tahu, aku menulis ni untuk merendah diri dan untuk mengingatkan diri kita semua, kadang kala kita lupa, kita hanyut tanpa menyangka kita berdosa. ingatlah, sebesar zarah pahala dan dosa yang kita buat, akan dipertanggungkan. moga Allah mengampunkan dosa kita, dosa aku yang banyak berdosa tanpa aku sedar, insyaallah. aku yakin Allah MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. semoga aku dapat menerima segala pujian di masa akan datang *kalau ada kui3* dengan hati yang rendah dan tawadduk kepada Allah kerana semua pujian di dunia, hanya sebagai ujian, begitu juga dengan kritikan. tak perlu mengejar pujian di dunia, kalau itu hanya membuat kita mengejar cacian dan kritikan di akhirat. semoga kita tabah, dan saling mengingatkan, insyaallah.
Wallahua'lam.


*sesiapa yang terasa dengan apa yang aku tulis, aku mintak maaf, jangan marah okay. aku terima kritikan korang kalau korang nak kritik. ;)*




Khamis, 11 November 2010

August's Night (full)

' Wei, Am! Aku lambat sikit balik malam ni. Kau jangan selak pintu pulak! Tidur bawah jambatan aku karang! Hujan, beb! Aku tak boleh redah la. Lebat gila ni! Okay, cau dulu.' aku menekan butang merah pada handphone dan meletakkannya kembali ke dalam poket. Sekilas mata aku tenung ke arah jam di tangan, 11.23 p.m.

Siot, lambat gila dah ni! Dah la assignment berlambak tak siap, ini meeting karut tu la punya pasal! Ada pulak suruh datang malam-malam gini? 24 jam tu, ada 12 jam siang, matahari memancar, kenapa la timing gelap bulan mengambang jugak yang dipilih?? Hairan jugak la aku!

Angin malam menerpa-nerpa ke tubuh membuatkan aku mula seram sejuk. Di hall luas depan fakulti, aku duduk di atas kerusi panjang sambil merenung ke luar. Hujan tak nampak gaya mahu surut, ditambah pula dengan kilat yang memancar, hui, hebat gila aku bersendirian keseorangan kesepian kat sini!

' Hai!' Sapa seorang mamat kiut, yang hadirnya langsung tidak disedari. Tetiba je muncul dengan baju dan seluruh badannya yang basah kuyup. Aku mengangkat muka yang sedari tadi merenung ke arah kasut aku ni aje. Nak membaca pun buku takde, tu jela kerja yang paling mudah dan paling membosankan yang boleh dibuat pun.

' Lebat kan hujan malam ni?' Mamat tadi dengan selamba badak kurusnya melabuhkan punggungnya di sebelah. Bajunya yang basah itu menyentuh sedikit kulit aku, membuatkan aku bertambah sejuk, aku pun menjauhkan sedikit tubuh aku daripada dia.

' A'ah. Agak lebat.' Lambat baru aku menjawab sapaan dia.

' Awak buat apa sorang-sorang kat sini?' Mamat itu bersembang dengan ala mesranya, membuatkan aku mula tak senang duduk. Aku merenung ke arahnya yang sedang memerah-merah hujung kemeja kuning airnya yang basah dengan penuh semangat waja di sebelah. Sedar, lelaki itu mengalihkan pandangannya dan melemparkan senyum comel khas buat aku. Gulp! Apa kes? Hantu pondan mau ngorat aku ke ni? Lelaki normal, supposedly, tak guna 'saya awak' nak cakap dengan lelaki. Dan dia ni, pandangan dan aura dia lain macam sikit la aku rasa. Pelik.

‘ Saya Ray. Nice to meet you!’ Senyum comel masih tak lekang dari bibirnya, diiring pulak dengan tangannya yang menghulur minta disambut, membuatkan aku mula serba salah. Akhirnya aku pun menyambut tangan lelaki tu dengan wajah pucat. Aku tak sedia lagi nak jumpa hantu baru, beb!


‘ Saya nak balik kolej, tapi tersekat dekat sini, hujan lebat. Biasala kan, student, takde duit nak beli kereta.’ Sembang sakan dia ni. Tak nampak ala-ala gaya hantu pun. Yela, hantu mana ada main sembang-sembang, jumpa je terus cekik! Mungkin betul la kot dia ni orang kan? Aku cuba mengambus perasaan yang mula tercetus dalam hati, yang mengatakan lelaki ni bukan manusia.

‘ Ooo.. saya pun sama. Datang meeting persatuan tadi. Diorang yang lain naik kereta, tinggal saya dengan motor kapcai terkulat sorang-sorang kat sini.’ Laju da nsedap pulak guna perkataan saya dengan Ray ni. Haha wondering why?

‘ Oh, biasa tu. Orang kalau nak dapatkan apa yang dia nak, tak fikir perasaan orang lain dah kan, betul tak?’ Ray membalas dengan membawa beribu maksud tersirat. Aku ketawa je, memikirkan Ray cuba nak bergurau. Kami pun bersembang panjang menunggu berhentinya hujan pada malam itu.

**

‘ Wei! Bila masa kau balik? Aku tak sedar pun?’ Aku yang sedap berlingkar di dalam selimut pagi subuh tu terasa ada gegaran yang nyata. Muka Am terpampang di ruang mata. Kemudian, aku terjaga dan memegang kepala. A’ah. Bila masa aku balik dan tidur? Seriously, aku tak ingat langsung! Semalam.. aku sembang dengan Ray sampai tengah malam.. Then..? Apa jadi? Ish! Macammana aku boleh tak ingat ni??

‘ Entah. Aku pun tak tau la macammana. Dah la. Kau pergi solat, aku penat ni, nak tidur.’ Am menggeleng-gelengkan kepalanya. Serupa mamat dadah je si Rul ni, apa kes?

Aku merebahkan kembali badan yang terasa amat penat serupa tak tidur seminggu. Aku mula berfikir-fikir, kemudian berusaha bangun kembali kerana memikirkan waktu Subuh yang tidak berapa panjang itu dengan aku yang masih tidak solat lagi.

**

Pukul 7.45 pagi itu, aku terkocoh-kocoh turun. Lambat gila dah ni! Kelas pukul 8, itu la lepas subuh tidur balik, memangla lambat! Segera aku menuju ke arah tempat biasa motor diparkir, tapi macam mana boleh takde? Mak ai! Takkan Ray curik motor aku kot?? Hampeh betul kalau ye! Yela, semalam aku dengan dia! Kalau bukan dia, siapa lagi? Tapi, tak baik buruk sangka pulak. Tapi aku sesungguhnya sangat hairan ke mana motor aku and macammana aku balik kolej semalam??

Aku segera berlari ke depan kolej untuk menunggu bas. Sedang menunggu, dari kejauhan, mata aku yang ala-ala mengantuk ni dapat menangkap kelibat tubuh manusia yang sedang tergantung di pokok besar dengan darah menitis keluar dari mata dan hidungnya. Tali yang terikat pada lehernya kelihatan begitu lusuh, baju dan seluarnya juga sudah koyak rabak dan kotor. Dada mula bergetar laju, aku toleh ke kiri kanan. Aku tengok student lain nampak steady semacam je. Takkan diorang tak nampak??

Kehadiran bas mengganggu tumpuan aku. Pelbagai persoalan timbul dalam benak. Sambil kaki berjalan menaiki tangga bas, aku merenung ke arah manusia yang bergantungan itu. Mulut terkunci, tak daya nak bercakap, cuma istighfar di dalam hati saja yang aku mampu. Renung punya renung, bas mula bergerak. seiring dengan itu, manusia yang tergantung itu membuka mata dan tersenyum ke arah aku. Sumpah! Tu la senyum yang paling seram aku pernah tengok!

Aku telan air liur. Aku baru kembali ke alam nyata bila pakcik bas menegur aku.

' Buat apa di tangga? Duduk cepat.'

' Aha, ya..' Ketar aku menyambut. Aku pandang sekilas pada pakcik itu. Perasaan bercampur-baur selepas melihat senyuman pakcik drebar bas itu. Hati aku pula tak putus-putus membaca ayat pelindung.

' Kau tau tak sejak bila pakcik bawak bas?' Pakcik bas bertanya selepas aku duduk di kerusi hadapan yang berhampiran dengannya. Pelajar di dalam bas tak ramai, dalam 3,4 orang yang aku nampak dan sempat aku kira.

' Em, tak pakcik. Dah berapa lama?' Aku berbasa-basi demi menjaga hati orang tua itu.

' Dari 1965.' Pakcik itu menjawab.

' Ohh.' Aku angguk. Dah lama tu. Mesti dia dah tua, fikir aku.

' Kau tau tak, kami semua ni dah mati, masa bas ni jatuh dalam gaung depan tu? Hahahaha!' Gelak pakcik tu kuat. Matanya sudah hilang sebelah, mukanya berkedut dan berulat, tangannya hanya sebelah kanan sahaja yang ada, kirinya sudah tiada. Cuma kelihatan tulang dan baju lusuh berlumuran darah. Aku terkejut lagi. Mahu kena heart attack gini!

Aku pandang ke bahagian belakang bas, semua yang aku tengok macam manusia biasa tadi dah berubah rupa. Ada yang tangan kudung, kepala pecah sehingga menampakkan otak dan mata terjojol keluar. Kesimpulannya, semuanya sangatlah 'cantik-cantik' belaka dan yang penting, diorang tenung dan senyum pada aku! Bau hanyir mula menyergah hidung aku.

Tiba-tiba, terasa bahu aku dicuit dari belakang. Seorang gadis berlumuran darah pada leher dan kepala, tersenyum padaku dan tak semena-menanya dia mencabut kepalanya. Aku terkejut bukan kepalang bila dia nak bagi kepala dia pada aku.

' Ambik la.' Kata kepala itu.

' Err, takpe, terima kasih!' Aku jerit lantas lari laju terus aku terjun dari bas hantu itu. Aksi superman aku boleh la diterima sebab aku terjun dengan eloknya mendarat dalam semak. Bas itu aku tengok menghilang begitu sahaja selepas kedengaran suara gelak tawa garau yang membuatkan bulu roma aku meremang. Aku istighfar beribu kali sebelum aku berjaya bangun dan keluar dari semak tersebut.

Aku bengong. Jam aku tilik. Dah pukul 8.41. Dah lewat sangat aku nak gerak pergi kelas. Ada mood lagi ke nak pergi kelas kalau dah macam ni gayanya? Haish tak boleh jadi betul. Aku menapak turun dari bukit yang agak curam itu. Mujur pakcik bas tu tak bawak aku terjun gaung dengan bas-bas dia sekali, kalau tak, naya je aku!

Aku nak ke mana ni? Agak-agak orang bergantungan tadi tu ada lagi tak dekat situ? Aiseh. Serius, apa aku nak buat sekarang ni? Okay, cool bro, relax la kan, apa nak takut, ini kes hantu nak mintak tolong lagi la ni wahhahaha hensem sangat kot aku sampai tiap bulan hantu mintak tolong kat aku!

Aku jalan lagi, menapak menuju ke arah kolej. Aku pandang pokok tadi, manusia tu dah takde. Fuh, syukur selamat. Aku semangat nak terus berjalan. Tak lama aku semangat, aku kecut perut balik. Tiber je dia ada balik dekat situ. Mak ai! Kau memang hantu!

Kali ni dia dah tak senyum. Tadi dia pandang sebelah lain, ini sebelah lain pulak, wah magik gitu. Dia seolah nak bercakap dengan aku. Dalam kesamaran suaranya aku dengar.

' Ta.. sik..' Renungan dia dengan mata berdarah menggigilkan kaki namun aku cuba tabah. Aku ketap bibir dan angguk. Aku berpaling ke belakang dan angkat kaki. Aku steady kan jalan, tapi serupa kena kejar hantu, tak lama lepas tu aku lari tak cukup tanah! Siapa tak seram beb. Jumpa hantu siang-siang! Esh, kalau comel macam Aishwarya Rai ke, Lisa Surihani ke takpe jugak! Ini.. Tuhan aje yang tahu rupanya!

Aku nampak bas. Segera bas hantu tadi menyergah dalam ingatan. Uhh, itu la lain kali naik bas tengok bebetul bas apa, baca doa yang patut. Tadi dok asyik tenung sang hantu bergantungan tu siapa suruh.

Harus naik bas kah? Tasik U jauh. Hari pun nak terik dah ni. Aku berkira-kira sendiri sampai la akhirnya bas pun dah bergerak pergi meninggalkan aku. Aku tak la percaya sangat dengan kata-kata hantu gantung tu, tapi mungkin aku kena leraikan kekusutan ni sementelahnya aku asyik terganggu dek kerana benda ni. Keluhan aku lepaskan, sambil kaki berjalan laju menuju ke tasik yang agak jauh untuk aku sampai ke sana.

Aku tahan teksi bila kaki aku dah penat berjalan. Harapnya ini bukan lah hantu jugak. Karang dia kata dia hantu mati tahun 70an pulak, naya la aku asyik nak buat aksi Superman je! Bismillah, kalau kau hantu, tolong jangan mengaku kau hantu okay, apek! Apek tu senyum tanpa kata lepas aku kata 'tasik'

' Tunggu hari hujan.' Kata apek itu. Aku kerut dahi.

' Wa bagi lu free tambang, asal lu tolong itu budak, manyak kasihan woo. Wa mau tolong tak boleh, sebab wa suda mati.' Terima kasih aku ucap, apa lagi, aku blah arr. Hantu teksi pulak! Kenapa semua yang dah mati pulak tu yang aku jumpa ni?? Dan, siapa budak yang dia sebut tu?

**

Di tasik, aku tercari-cari klu lain. Serupa hero filem hantu aku beraksi. Dalam kepala aku berfikir. Kenapa di tasik, masa hari hujan?

Aku tengok langit. Cerah takde tanda nak hujan. Takkan nak aku buat solat sunat mintak hujan kat sini pulak kot. Memang tak dimakbulkan la sebabnya bukan darurat katanya. Tapi, aku tetap berdoa moga hujan turun supaya boleh lah aku selesaikan kes ni secepat mungkin sebab aku kena study jugak, sebab aku datang sini bukan nak cari hantu!

Aku duduk di bawah pondok yang tersedia di situ. Aku keluarkan buku untuk membaca sambil membunuh masa yang ada. Semalam hujan, insyaallah hari ni hujan jugak. Aku tengok jadual kelas, mujur lah jadual aku tidak padat sangat hari ni, aku mengeluh sendiri kerana tertinggal waktu belajar di kelas.

Penat aku menunggu hingga tertidur. Aku terjaga bila terasa cuitan sejuk pada lenganku. Terdengar bunyi rintik hujan. Ya Allah! Dah hujan! Alhamdulillah! Aku senyum dalam mamai hingga terlupa sebabnya aku menunggu hujan. Hati segera kecut untuk berjumpa sang hantu yang seronok sangat hantar geng2 hantu dia tu pada aku.

' Awak.'

' Huh, Ray? Apa awak buat di sini?'

' Tolong saya, boleh kan.'

' A.. awak ke yang apek teksi maksudkan?' Dalam ketar aku bersuara. Ray angguk dalam senyum. Mujur kau senyum, hantu. Geng-geng dia pun kerjanya senyum je kat aku. Aih, hantu senyum gamaknya!

' Saya ada kawan lelaki dulu. Dia suka saya, ajak saya couple, tapi saya tolak.'

' Sebab awak bukan gay?' Laju pertanyaan aku keluar.

' Tak, sebab saya tak nak bercinta masa belajar. Awak, nak tahu? Saya perempuan, bukan lelaki macam awak sangka.' Tangannya memerah lagi baju kemeja kuningnya semalam. Hairannya, hujan tak la lebat mana pun sampai nak kena perah-perah baju bagai.

Ohh, hantu tomboy rupanya. Ish, ada rupanya hantu tomboy. Harus la dia ber'saya awak' dengan aku.

' Then?'

' Then, satu malam dia mintak saya datang sini, ajak study. Tapi, dia bagi saya ubat pelali dalam botol air mineral. Saya tak fikir apa-apa masa tu, terus minum dan saya pengsan.'

' Dia psiko. Dia tikam saya banyak kali dalam semak dan buang badan saya dalam tasik tu.'

' Tapi, awak tak nampak macam hantu pun?' Ciss gigih aku tanya soalan gitu, kau nak mati, Khairul??

' Nak tengok rupa saya yang sebenar?' Senyum Ray lagi. Hantu baik, asyik senyum aje, he he. Nasib baik, kalau dia buat aksi cekik mencekik, aku jugak yang seram!

' No, it's okay then.' Aku senyum jugak sambil garu kepala.

' Tolong kebumikan saya, ya awak. Saya mintak tolong sangat. Dia buang saya dekat situ.' Ujar Ray, menunjukkan ke arah tepi tasik di situ.

' Insyaallah.' Kaki aku menuju ke tepi tasik. Waktu hujan begini tak ramai yang berada di tasik tambahan pula hari sudah menginjak ke waktu makan tengahari.

Aku berkira-kira. Nak terjun ke? Nak bagitau pak guard terus?

Aku terjun selepas membuka t-shirt aku. Kalau kes nya aku tersalah bagi info dekat pak guard, aku jugak yang kena kejar nanti.

**

' Thanks, bro. Saya hargai bantuan awak.'

' Lelaki tu?'

' Dia dah gila sebab tiap hari saya kacau dia tidur. Plus mintak tolong jugak dekat apek teksi, pakcik bas and so on. Terima kasih awak.' Ujar Ray, dia menghilang selepas tersenyum pada aku. Aku tersentak dari tidur malam tu selepas aku berjaya menjumpai tulang-tulang Ray yang dimaksudkan siang hari tadi.

Aku keluar ke beranda bilik aku, memandang ke arah langit yang masih hujan, dari kejauhan aku lihat motor aku di tepi jalan, manakala di sebelahnya 'lelaki' berbaju kemeja kuning melambai padaku sebelum menghilang.

' Kau yang sembunyi motor aku rupanya. Patut la hilang! Ray, Ray.' Aku berbisik. Moga esok takde lagi dah hantu bergantungan dan pakcik bas serta apek teksi senyum kat aku lagi!

- TAMAT -

** Kisah ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Sila jangan percaya segala butiran yang ditulis kerana ia hanya imaginasi arisa eriza sebulat-bulatnya. hepi reading! thanks then!

Sabtu, 23 Oktober 2010

mandi bunga tahi ayam 1

-->
Bab 1
‘ Tok wan, buat apa dekat luar ni? Dah lewat la, tok wan . Baik tok wan masuk cepat, dah la tak pakai baju. Tok wan ni. Ketar lutut nanti, siapa yang susah? Joe jugak.’ Bebel Joe kepada datuknya yang berada di pelantar sambil menghisap rokok daun. Joe duduk di sebelah datuknya yang umur mula menginjak ke 85 tahun itu.
‘ Tok wan rindu tok Miah kamu. Garang-garang dia pun, tapi hati dia baik. Tak pernah lupa apa yang tok wan nak. Kalau tok wan balik je, mesti dia hidang air kopi.’ Ujar tok wan Desa dengan loghat utaranya yang pekat.
Mula dah tok ni. Pantang lepak kat luar, mesti sebut pasal nenek yang dah lama arwah tu.
‘ Tok Miah dah lama tak ada la, tok wan. Kami ni pun hidang je kopi untuk tok wan kan? Apa masalahnya?’
‘ Tak sama dengan kopi yang dia buat. Lain.’
‘ Yela tu, tok wan. Dah dah, tak nak smoking. Tua-tua tak sihat smoking.’ Joe bising sambil merenung ke arah tok wannya di dalam kesamaran lampu kalimantang dari dalam rumah.
‘ Ala, kamu tu pun sama je, pandai nak bising kat tok wan.’ Ujar tok wan sambil terus menghisap rokok daunnya yang tinggal sedikit selepas menjeling cucu perempuannya di sebelah.
‘ Joe muda lagi, tok wan. Takde masalah nak smoking-smoking pun. Tok wan tu dah makin berumur, makin nampak ketuaannya, tak boleh, tak boleh.’ Joe menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menggulung rokok daunnya yang ditambah dengan tembakau di dalamnya.
Dia bukan lah hantu rokok. Kalau tak dapat pun, takde la sampai terguling-guling mencari rokok jugak. Rokok daun sekadar penemannya semasa bersembang dengan datuknya itu.
‘ Macam mana dengan kenduri adik kamu tu, si Joyah?’
‘ Em, sekarang ni Joe tengah usaha nak kumpul duit ni, tok wan. Ni ha, baru dapat jala baru, Pak Man mintak tolong baiki. Dapatla upah sikit-sikit.’
‘ Jala apa? Benang ke tangsi?’ Soal datuknya sambil lewa sahaja.
‘ Benang.’
‘ Bila nak mula buat? Nanti dah sampai masa orang tua tu tanya jala dia baru la kamu dok sibok-sibok bising tak siap lah apa lah. Nak harapkan tok wan ni memang tak boleh la, cu. Tok wan ni muka kamu pun dah nampak biji mata dengan gigi aje sebab tu yang paling terang pun, kalau adik kamu tu lagi la tok wan nampak macam kuali gantung dekat dapur aje dah, maklum lah dah tua-tua ni, syukur Alhamdulillah tok wan boleh bangun lagi, kalau tak susah la kamu nak jaga.’ Sekali dapat bebelan orang tua ni memang berjela.
‘ Allah, takat tok wan ni, apa la yang susah sangat nak jaga, bak kata mak, dia pun boleh jaga, tak gitu, mak?’ perli Joe sambil memandang ke arah ibunya yang sedang menjahit jahitan tulang belut pada leher baju kurung yang hampir siap itu. Selain membuat kuih dan nasi lemak untuk dijual di keliling kampong, ibunya itu mengambil juga tempahan baju kurung sebagai penambah elaun sara hidup mereka anak-beranak.
‘ Yela tu, tok wan. Tapi tok wan tu kena beringat, jangan asyik dan rajin sangat dok menghisap rokok tu, tak baik untuk kesihatan. Sekarang ni pun asyik terbatuk-batuk aje, risau mak ni ha.’ Bebelan tok wan tadi disambung pula dengan bebelan ibunya. Tok wan hanya sengih di luar di bawah kesamaran cahaya bulan dan lampu.
‘ Hana, sudah-sudah. Bawak tok wan kamu pergi tidur. Dah lewat ni, nanti makin teruk pulak batuknya tu.’ Ujar mak seraya bangkit daripada duduknya menuju ke arah pintu luar yang mengarah ke pelantar itu.
‘ Jom, masuk, tok wan. Esok je sambung balik ‘memori daun pisang’ tok wan tu, okay?’ Joe ni mulut memang suka perli orang. Tak berhabisnya memerli orang tiap masa. Namun disebabkan itu lah hanya dia seorang sahaja yang menjadi kesayangan datuknya itu, sebab kalau kena perli pun dia tak kisah, sebab tu dia sendiri sedap memerli orang lain.
‘ Ala, korang ni risau sangat pasal tok wan ni. Tok wan sihat lagi, korang tak payah risau la.’ Tepis tok wan apabila Joe menghulur tangannya untuk membantu datuknya itu bangun.
‘ Tok wan tu dah berumur, bukannya muda lagi, lagipun kami ni sayangkan tok wan, tu la yang dok kisah sangat ni, kalau tak sayang, biar aje la tok wan nak berenang ke, nak terjun laut ke, kami tak kisah, kan mak? Tapi, jangan pi terjun laut pulak, tok wan na, he he gurau-gurau aje di tengah malam yang damai ni.’ Sengihan Joe melebar melihat pada datuknya yang menjelingnya tajam.
‘ Aku luku kepala baru lega budak ni.’ Ujar tok wan sedikit bengang dengan cucunya itu. Tak habis menyakat tiap masa.
‘ He he luku la, tok wan. Jangan terjun laut sudah.’
‘ Terjun, terjun. Aku terjun sungguh-sungguh nanti, macam mana?’
‘ Joe terjun sekali he he. Takat terjun laut tu petik jari aje, tok wan.’
‘ Pandai la, kamu. Dah la, tok wan masuk dulu. Adik kamu mana? Mintak dia pasang kelambu untuk tok wan kejap.’ Nama Joyah dipanggil. Tak lama kemudian, Joyah datang dengan muka ceria.
‘Allahuakbar! Kenapa la haa, aku tua-tua macam ni nampak lagi benda bukan-bukan macam ni. Astaghfirullah. A’uzubillahiminas syaitanir rajim, puh!!’ Hembus tok wan ke muka Joyah sambil menutup mata. Joyah, Joe dan ibu mereka kehairanan.
‘ Kenapa ni, tok wan? Apa dah jadi? Apa yang tok wan nampak?’ Soal Joe laju.
‘ Hai, hangpa semua tak nampak ke apa yang aku nampak tadi? Ni ha, aku hembus pun dok ada lagi depan aku ni, la hai.’ Keluh tok wan berat sambil menunjuk ke arah cucunya Joyah yang disangkanya makhluk halus itu.
‘ Ha ha, tok wan, tok wan. Ni bukannya benda bukan-bukan, ni cucu tok wan la ni, menempek bedak sejuk kat muka. Nak menambah seri pengantin lah katanya.” Gelak Joe sambil menepuk dahi.
‘ Eh, kamu ke, Joyah? Subhanallah, mujur la aku ni kuat semangat, kalau tak, arwah dah aku sakit jantung. Lain kali tempek siang-siang. Ini dah malam macam ni nak menempek jugak. Sayangi lah datukmu ini.’ Bebel tok wan yang sering menggunakan ganti nama ‘aku’ jikalau dia mula membebel. Sambil membebel, tangannya menepuk-nepuk bantal pada tempat tidurnya setiap malam itu. Dia lebih selesa tidur di ruang tamu, luas katanya berbanding di dalam bilik yang berwap dan sempit itu.
‘ Itu la kau, tak pernah-pernah nak pakai, tiba-tiba nak memakai, ish, ish, ish. Bedak sejuk tahun bila kau cekup ni, dik oi? Seingat aku la dah lama aku tak nampak orang-orang kat rumah ni pakai bedak sejuk.” Soal Joe sambil merenung adiknya yang sedang menggantungkan kelambu untuk datuk mereka. Sekejap ke penjuru sana, sekejap ke penjuru sini. Dia pula duduk bersila sambil bersandar di dinding kayu rumah mereka itu, bibirnya masih mengepit rokok daunnya yang masih belum habis dinikmatinya tadi.
“ Entah, Joyah pun tak tau la, kak. Joyah ambil yang ada dekat almari tu aje. Kenapa kak? Joyah dah cari tarikh luput dia, takde pun.”
“ Hai, Joyah, Joyah. Kau tau tidaknya, bedak sejuk tu tahun 60-an punya, mak pakai masa nak mengorat abah. Yang kau pergi pakai tu siapa suruh? Timbul jerawat batu aku tak tau ar. Jangan nanti dok meliuk lintuk kat aku pulak mintak bawak kau pergi berubat.”
“ Betul ke, mak??” Joyah bermuka risau namun cuba ditahan supaya bedak sejuk yang semakin mengering itu tidak membuatkan mukanya berasa tegang. Tangannya memegang lehernya dengan muka penuh semangat ingin tahu.
“ Hish, memandai aje kamu ni, Hana. Mana ada. Yang kamu ni pun satu, Joyah. Percaya sangat cakap kakak kamu ni kenapa? Kamu pun tau kan dia ni suka mengarut tak tentu hala?” Masuk campur orang tua itu setelah menyedari anaknya yang pertama menyakat adiknya yang lurus bendul itu.
“ Hari tu mak yang cerita kan? Mak pakai bedak sejuk tiap malam masa muda-muda dulu sebab nak bagi abah nampak mak cantik, kan?”
“ Memang la, tapi itu kurun bila punya cerita? Mustahil la tak habis-habis lagi.” Ujar mak perlahan, nada malas layan. Bukan tak biasa si Johana ni mengarut benda bukan-bukan.
“ Mana la tau kan, mak. Dalam rumah kita ni kan banyak barang-barang purba. Seterika arang pun ada, tak mustahil jugak bedak sejuk tu pun purbakala punya bedak sejuk.” Joe cuba menegakkan benang basah.
“ Dah, diam. Kamu ni kalau merapu tak ingat logiknya kan? Pergi tidur lah! Mengarut tak tentu hala. Siapa entah mengajar, hish!’ Mak sudah penat nak bertekak dengan anaknya itu. Dah besar panjang tapi perangai serupa budak tak cukup umur. Macam mana nak kahwin aku pun tak tau la. Ish! Risau ibunya sambil mencebik bibir memandang ke arah anaknya. Yang dia tau, menyakat orang, merapu tak tentu hala, tapi daripada sudut lain, Johana lah yang menjadi ‘anak lelaki’ di dalam keluarga mereka memandangkan anaknya yang tiga orang itu semuanya perempuan. Tempang juga kaki suaminya jika Johana tiada. Johana lah harapan penjaga rumah jika suaminya tiada. Biasa lah orang lelaki, malam-malam kerjanya melepak di kedai kopi. Tengah malam baru nampak batang hidung.
“ Tak boleh tidur lagi la, mak. Jala tu tak siap lagi. Mak nak tolong baiki ke semangat-semangat suruh Joe tidur?” Soalnya sambil membuang puntung rokok daunnya ke dalam bekas khas yang dibawa ke hulu ke hilir dari tadi.
“ Apa pulak mak nya, Hana oi? Mana la mak nak reti benda-benda macam tu.”
“ Ha, jadinya Joe lah yang tak boleh tidur. Mak pergi tidur la. Dah pukul sepuluh. Esok nak bangkit awal nak bungkus nasi lemak pulak.” Ujar Joe sambil mengurut-urut perlahan bahu ibunya itu. Lega sedikit lenguhnya dari tadi menjahit.
“ Kuat sikit, ya Allah lega sikit mak rasa.”
Okay la, mak. Sambung esok pulak na. Joe nak cuba siapkan jala tu malam ni.” Jarinya menjentik lantai papan rumah mereka tiga kali sebagai membuang angin yang diurut keluar daripada badan ibunya itu menurut petua orang tua-tua. Kemudian bangun membetulkan pinggang sambil berjalan menuju ke kelambu tempat pembaringan datuknya. Dia menjenguk-jengukkan kepalanya ke dalam kelambu itu, melihat-lihat jika ada nyamuk yang terlepas masuk ke dalamnya. Dilihat datuknya itu sudah pun sedap dilamun mimpi.
“ Jangan tidur lewat, esok nak turun laut dengan abah.” Pesan ibunya lembut. Anaknya itu memang sangat penyayang dan peramah sebenarnya. Terlebih peramah pun ya jugak.
“ Ye, mak.” Joe berjalan ke biliknya yang dikongsi bersama-sama dengan adik beradiknya yang lain. Dilihat adiknya yang bongsu itu sedang mentelaah pelajaran.
“ Haa, bagus. Macam ni la adik aku. Rajin study. Tapi jangan study sambil dengar radio. Nanti tak masuk dalam kepala. Bak pinjam kejap radio kau ni, dik.” Kata Joe kemudian mencabut earphone radio kecil adiknya itu. Adiknya mencuka mendengar alasan kakaknya untuk mencekup radionya.
“ Ala, kakak ni! Kacau la orang nak dengar lagu Hindustan!” Muka stress aje memandang muka kakaknya yang sedang sengih puas hati dapat menyakat adiknya.
“ Cool la, sayang. Aku pinjam kejap buat teman nak perbaik jala tu kejap. Nanti aku bagi la balik. Ke kau nak teman aku baiki jala tu? Kalau kau nak layan Hindustan, teman aku kat luar. Kalau kau tak nak teman, kau bagi aku radio ni. Okay?” Radio kecil berharga RM 5.90 di kedai cina di pekan itu menjadi taruhan.
“ Kau nak yang mana?” Soal Joe lagi setelah adiknya memandangnya senyap dengan muka protes tak ingat.
“ Yela, kakak memang kejam, malas layan! Ambik la nak ambik sangat!” Merajuk sakan pulak dah.
“ Aiyo, adik manis. Sejak bila pandai merajuk dengan aku ni? Siapa ajar ni, em?” Joe bermain kata sambil bersandar di dinding berhampiran.
“ Yela, kakak tu suka kacau adik nak study. Suka kacau barang-barang adik!”
“ Ala, dik. Radio ni aku jugak yang belikan, kan? Berkongsi kan amalan yang sihat gitu untuk mengelakkan pembaziran. Okay la nanti aku mintak ayah beli lagi satu untuk kau, satu untuk tok wan, satu untuk mak, satu un...”
“ Yela, yela! Ambik jela!” Jeling tajam ke arah kakaknya yang sedang menyengih di sebelah.
“ Apanya lagi ni, Hana? Kalau tak usik adik sehari tak boleh.” Jenguk mak dari luar setelah mendengar kekecohan dari dalam bilik.
“ Takde apa-apa la, mak. Okay, dik, aku pinjam ni kau pergi tidur, okay? Muahh love you lah, ha ha!” Ciuman di pipi adiknya itu mengakhiri perebutan radio itu kemudian adiknya itu kembali membuat kerja sekolahnya yang tergendala seketika tadi. Sudah masak dengan usikan kakak sulungnya itu. Kalau dia merajuk aje, ubatnya cium di pipi, rajuknya akan hilang begitu saja. Hanya kakak sulungnya itu saja yang pandai memujuk dan mengambil hatinya, dan tahu rahsia menghilangkan rajuknya sekelip mata.
Joe menyumbat earphone radio tersebut ke telinganya sambil mencari siaran lain. Asyik Hindustan je, kau tak boring ke, dik? Bebel Joe di dalam hati. Tangannya mula mencapai jala dan duduk di pelantar bertemankan lampu minyak tanah untuk menerangi tempatnya membuat kerja itu. Lampu kalimantang dari dalam rumah tidak cukup untuk menerangi. Air laut kedengaran sayup-sayup di balik ketidakjelasan stesyen radio yang sedang didengarnya itu. Bau masin jugak menyusup ke hidungnya. Hidungnya sudah biasa sangat dengan bau air masin itu sehingga bau itu tidak mendatangkan apa-apa perasaan baginya lagi. Dan dia pun mula mengait jala tersebut dan mencari lubang yang menyebabkan kerosakan pada jala itu. Seketika, dia hanyut dibuai keasyikan membaiki jala sambil melayan lagu Melayu evergreen yang diputar oleh Suria fm.

Rabu, 20 Oktober 2010

Friendship's Lurve



tulisan kecik2 ler plak ngee kalau gigih nak baca harus klik pada gamba tu tapi yg tulisan2 tu la yg aku nak korang baca pun sebenarnya sebab lukisan aku harus la kategori hancuss kann hehuu aku xterer lukih tambah g guna pointer laptop ja. wat ni hanya utk isi masa lapang semalam sebab internet xda hehe well, have fun! thanks then ;)

Selasa, 12 Oktober 2010

slim2. macammana nak buat?


oleh krana ada somebody mintak aku bagi dia tips nak slim kann so aku bagi la hasil pbacaan buku2 yg bkenaan n mungkin sbb aku pun slim kering kann so aku bg la petua2 yg blh n yg aku tau.

nak KURUS :

1. MAKAN BILA LAPAR, STOP SEBELUM KENYANG ~ ini sunnah nabi kan n kunci plg utama. agak2 kalo xlapar tu xpayah la makan. bila amik nasik tu amik sket2 suda. xpayah la amik bbyk sbbnya kkdg tu nasik yg letak sdri tu, letak byk mn pun harga sama kan, bukan men la dia kaut sampai penuh pinggan. pastu makan sampai buncit. pastu sakit xmo la kann

2. MAKAN CILI @ REMPAH ~ ini boleh mmbakar lemak katanya. mngikut 1 buku tu tp aku xtau kebenarannya jauh mana

3. MAKAN SESIKIT TP BYK KALI ~ makan 6x sehari tp dalam kuantiti yg sikit. cthnya pagi, 2keping roti or cereal n susu, kui 11, sebijik epal or pear or buah2 len, tghari, nasik separuh *lauk kurangkan yg bminyak, masin n manis*, petang roti or kueh n teh cina *ngee teh herba ada kan utk buang toksin*, malam susu n bebrapa crackers. if lapar blh makan buah or salad. lebihkan buah2 n sayur2 *ciannnya kan* tp ingat petua ni ~ sarapan macam raja, lunch mcm org kaya n diner mcm org miskin sbb pagi2 kita akan guna tenaga yg byk jd jgn xamik sarapan sebab kalau xda sarapan kita akan makan byk masa tghari n lebihi had

4. TIDUR ~ haha ini aku xtau teori or fakta. aku baca dia kata tidur blh kuruskan badan sebabnya bila tidur kita xkan lapar n nak makan je keje cthnya aku la huhuhu

5. KURANGKAN DAGING MERAH & LEBIHKAN DGG PUTIH ~ cthnya kurangkan daging lembu n kambing, lebihkan ikan :) ikan sumber protein n dging merah byk lemak n kalau makan blebihan blh naikkan darah tgi bila karbohidrat xdigunakan

6. SENAMAN ~ 30 min sehari, 3hari sminggu. menari bsama2 lagu lebih sronok. or skipping or jogging. jogging lah di dalam shopping complex sebab sini ada a con. aku penah jmpa kapel chinese tu joging kat One Utama pptang hari :P or window shopping pun blh tp warning jgn bawak duit melenkan 10rm utk kecemasan. nnt nak senaman, jdnya bnda len plak kann bukan senaman. tp setahu aku senaman plg best n mgunakan byk tenaga ialah dancing n aerobic. kalau cara ni xbkesan, sila jaga pemakanan anda sebab pemakanan mmpengaruhi berat badan

7. MINUM AIR PUTIH BBYK ~ air blh mbuang toksin sbb toksin dalam badan mmpengaruhi knp kita berat. plg kurang 8 gelas sehari. tp jaga2, sbb air pun blh mgemukkan. aku tgk dalam tb la dia kata ada 4 sebab kita gemuk yakni gemuk air, gemuk angin, gemuk apa lg tah 2 ketui tu aku xingat

8. JGAN TIDUR LEPAS MAKAN OR MANDI ~ petua org tua2. petua moden pun ya jugak. plgkurang tgu 30min baru tdo or mndi. jgn amal tdo pas makan sbb boleh naikkan darah tgi

9. MAKAN MAKANAN XBMINYAK, XMASIN, XBLEMAK & XMANIS. kawan mak aku turun bberapa puluh kg berat dia sbb dia makan nasik dgn ikan rebus tiap hari selama 3 bulan. lebihkan buah n sayur, insyaallah korang slim kalau bbetul gigih.

10. KALAU BLH JGN MINUM AIR GAS tp ganti dgn jus buah spti jus epal n aloe vera. bek utk kulit n diet yg sihat sebab air gas n air kotak sgt byk kandungan gula. gula itu mgemukkan macam dalam iklan tu KURANGKAN GULA n GARAM.

ok ini je yg aku dapat bagi dulu. kalau ada lg aku bgtau lg na. tp apa pun ingat, kesihatan lebih pnting, jgn diet sampai aneroksia plak kan. tambah g kalo makan ala2 jamu bagai, harus jaga2 takut memakan diri. yg penting bsyukurlah dgn apa yg ada. kalau badan ala2 muntel sket kan, asal tak sakit apa salahnya sebab bukan semua org suka org yg selim kering macam haku ni haa. sejak 5 tahun yg lalu berat aku menten je underweight seghupe org xckup zat kn haha mujur aku xla tggi sgt if x susa la kann. apa pun jaga makan itu pntg n senaman utk pastikan hidup yg sihat! gud luck then :D

Khamis, 7 Oktober 2010

quake 3 arena

hehe ini hari aku nak cter sal game yg aku suka men yakni yg tertera di atas sinun ngee

dl2 aku start men game ni masa form 4. awal2 aku tgk abg aku men je then aku xtau sebab apa wat aku rasa nak men jugak. mgkin sbb bosan ke apa tah aku xtau la. tp game ni bjaya wat aku bdebar2 pada awal pmainan cewahh haha yela aku dl geng dak ayu ok wahahhahaha. aku men game ni aku start jd kasaq sket. sket je ok hehehehe. aku xtau knp aku suka game ni tp skrg aku masih main wpun da lebih 5 tahun aku dok men haha. aku men sampai bosan, then stop utk masa yg lama then aku men balik. ngee dasyat gak kan ketagihan aku ni :)

game ni ada 2 option kita blh pilih antara single player or multiplayer. aku sk multiplayer coz kita blh bunuh org ssuka at. kalau single player just ada 2 org, kita akan buru yg sorg lg n bgaduh sampai mati guna senjata yg ada. so yg single player ni lebey bdebar so aku xsuka sgt nnt aku dok mnyumpah sorg2 *mak aku sll bising coz kalau aku men game je msti aku dok bising n cakap ssorang tambah2 lg game ni haha teruk kann*


level dalam game ni ada byk. tkat ni yg aku blh survive pun takat bring it on. yg up sket tu apa tah nm nya, aku kalau menang level tu mmg aku rasa bangga boleh x hahaha *matila bangga diri, ishk!* tp aku plg suka level plg easy sbb kalo nightmare (level plg dahsyat) tu, nak hidup n bjalan seinci pun xsempat, gerenti da hancur tgl tulg. ish3

lg satu aku sk men kutip flag. kutip flag lawan dgn geng musuh sp dapat flag plg byk dia yg akan menang. haha best siot gem ni tp kalo wanita sjati aku rasa xdaya la depa nak men :D ngee

ttg senjata yg diguna ~ huhu aku plg suka BFG. yg ni kalo kena gerenti mati terus haha ala2 asid kaler hijau. wuu syes yg ni plg hebat n susa nak jumpa tuh. tp kena tembak bio kena bbetul la kalo x sia2 jugak xmati hehuu

yg len aku suka rocket launcher. best dow kalo kena tepat terus hancur bkecai hoho *gile kejam kann* yg len2 lg aku lupa ler plak nmnya :D

tp ada satu tempat tu seram tuh. ada mcm titi n keliling api mgelegak *ala2 neraka* kita kena lalu titi tu dgn ada salib tbalik bgerak2 nak lggar kita sampai jatuh. ish lambang salib tbalik tu lambang syaitan kan? dalam game ni mmg byk pngaruh syaitan n byk jugak lambang black world. cthnya ada lambang bintang (pmujaan syaitan), kepala kambing n ada byk bnda yg kalau tgk agak huduh n geli n menakutkan. tu sbb blh didik at jd ganas n kasar. so adik2 mude2an sila jgn men ok :D

utk suka2 n jd kan diri berani sket blh la men game ni. tp jgn tpengaruh suda k :) lgpun aku rasa game ni da xde kat dunia ni, just ada dalam tenet je utk dload. coz da lama sgt aku rasa tahun 90an punya game hehe terasa macam ketinggalan sket aku dok men game ni tp benda lama xlea lupa kann kalau da ada bnda baru. sbb kalo xde bnda lama xde la bnda baru xgitu? ngee ok then hv a nice day!

Jumaat, 1 Oktober 2010

live a natural life gangs!

aku suka sgt kan benda yg natural2 ni atau pun blh kata benda yg bebas bahan kimia. korang jgn tak tau, bhan kimia sgt byk dalam benda yg kita pakai tiap hari, cthnya kalau korang perasan kat pencuci muka kita akan ada kandungan yg nama kait2 dgn paraben cthnya methylparaben - kajian kata ini blh react dgn UVB yg mana ia blh mpercepat penuaan & mmusnahkan DNA *amik ko ayat skema*

korang blh wat kajian lg kalau korang rajin tp aku ada baca yg tkait2 dgn paraben ni ada link yg mnyebabkan breasts cancer sebab dia ada lah weak mimic pada estrogen *mmpos la dak sejarah cter sains kann haha* tp kajian ni xblh dipastikan sbb ini hanya teori bukan fakta. jdnya, org kata lebih baik mcegah dpd mengubati kan? setahu aku, bahan kimia akan masuk dalam tubuh kita kalau ada saluran cthnya saluran darah (luka) atau pun lubang (pas cabut bulu ketiak). perasan x korang, kalau korang pakai VEET or seumpama dgnnya, np dia kata jgn guna sabun dalam masa 24 jam? atau pun jgn pakai deodoran pada bhgn badan yg luka. WARNING!

kalau ikut logic pemikiran aku, ini ialah sebabnya pada sabun tu ada bahan kimia, bila cabut bulu kaki or bulu apa2, liang roma akan tbuka, jd bahan kimia akan masuk dgn mudah ikut liang tu, tu sbb dia kata jgn pakai sabun di situ lepas guna VEET atau apa2 lah. sama la macam deodoran. ada paraben *tp ini ikut pemikiran aku, hanya teori bukan fakta - fakta bila kita dah confirm benda tu cthnya fakta ttg kambing klon yg ptama ialah DOLLY kan? *betul kan* kalau teori macam teori darwin, dia kata org jd drpd evolusi beruk mak yeh, mmpos la sampai skrg xtbukti2 kebenarannya tu sbb namanya teori.

jadi baik lah korang bhati2 kiranya di sini sebab benda ni wpun dia kata selamat tp xberapa selamat mana pun sbnarnya. AHA - mmutihkan kulit, tp blh membuatkan kulit jd snstip pada matahari tp setahu aku jugak AHA diekstrak drpd buah2an jugak macam epal sebabnya dia da dicampur dgn bahan lain utk jadikan dia efektif n tahan lama

jdnya bbalik pada tajuk, aku nak sher ttg kehidupan smulajadi back to nature lah kekdahnya kann. sbb semua bnda yg kita pakai skrg ni menakutkan & byk bahan kimia, jd xsihat. kalau korang nak senang, korang guna jela bahan kimia tu, aku cume mberi jalan utk korang kalau korang nak selamat & hidup dalam keadaan semulajadi gitu aww! sebab maklum lah, kalau yg semulajadi ni byk sket la benda yg korang kena korban, tp utk jgka masa pnjg, sbnarnya bbaloi sbb kesihatan tu xde juai kat pasar malam, jadi kenapa kita nak sia2kan anugerah Tuhan tu?

mari bmula ya anak2 *murid* hehe kekawan.

1. syampu - aku wat kajian sana sini aku pun jumpa alternatifnya ialah memakai BAKING POWDER utk ganti sympu. caranya bancuh BP 2 sudu bsama air, agak2 xpekat xcair, tuang atas kepala n lebihkan pada kulit kepala, biarkan 2, 3 min then cuci. letakkan BP ni dalam tndas supaya senang dicapai, n plz jgn wat bbyk sbb dia xtahan lama, coz xda bahan p'awet kan

OR limau nipis OR telur kuning, sapu je atas pale then basuh

2. conditioner - cuka epal. ini cari katne aku xtau tp nmnya apple cedar xsilap. selain itu korang blh guna MINYAK SI ZAITUN or OLIVE OIL utk wat HOT OIL gaya2 syampu botol ijau tu apa tah namanya haa rejoice - panaskan olive oil guna m.wave or air panas - sapu pada rambut, balut kepala gn tuala, 15-20 min basuh lah kepala anda *gaya iklan*

xpun guna pati santan kelapa letak atas kepala tp sllnya perlu disyampu jugak sbb kua kan bau yg xbest - ntah aku xtau coz xpenah try

3. scrub - OLIVE OIL + GULA - sapu pada badan or muka yg kering, bia 10-20min then basuh

4. mask muka - tomato yg dihiris OR timun OR epal OR kulit pisang (hilangkan parut) parut juga boleh dihilangkan dgn meletak kikisan atau serbuk kayu manis

5. hidung - rendam tisu dalam 2biji telur putih *byk siot 2 biji, tah aku baca je ni* then tekap kat hidung utk hilgkan blackhead n whitehead ;0)

6. bibir - marjerin disapu sebelum tido nescaya bibir merah merekah berseri gitu aww

7. bulu kening - lebatkan dgn sapu aloe vera sblm tido

8. wax - guna lemon + gula - korang tgk kat u tube *aku wat xjadi coz silap cara agaknya*

9. ketiak - guna sirih atau tawas beli kat kedai india 2rm seketul ke camna tah - ini utk hilangkan bau. just usap *usap tu kekawan. ayat xblh blah* pada ketiak anda macam deo

10. bulu mata - lentikkan - sapu aloe v jugak xpayah bazir duit beli maskara *tp aku xtau adakah ini m'ubah ciptaan jugak? tlg bgtau aku, kalau ye jgn ikut aku xnak subahat*

11. kuku - kilatkan gn bawang putih

12. muka lagi - basuh guna air basuhan beras, biar 15min then basuh.

tempek bedak sejuk, *comey what*

13. pad - guna cloth pad, c pantiliner n c tampon (sila baca note aku yg sblmni)

14. pbersih wanita - air rebusan sirih

byk lagi aku collect tp aku rasa aku nak tdo n ini je yg aku dapat recall pun, so nnt aku wat bhgn ke II plak kalau korang nak hehe apa pun aku rasa back to the nature is the best. korang pk lah, konsep aku senang je, nak senang, korang kena sakit. nak sihat, korang kena susah. betul x? tp xsumanya nak sihat tu susah, semuanya tpulang pada diri kita jugak. :) n kalau nature, lebih jimat n save cost. Allah xsuka org yg mbazir. *sama la macam aku mbazir masa. eshh astaghfirullah!* ok tanx all coz baca n gud mornink! ^_^

Esh! Lupa lagi. camna ni??

hehe disebabkan aku xda idea nk mnulis cerpen or novel jdnya aku mnulis la bnda2 yg bfaedah skit utk tatapan para pmbaca kan hehehe.

kita kan mnusia, mmg la sll sgt tlupa. aku ingat lagi, sorg cikgu aku penah cita adegan *ehem* dia bsama isteri :

' yang, mana tuala abg? td rasanya dah ambik, tp abg lupa lepas gi tgk anak td. mana ea?'

isterinya pun punya la mcari jugak. last2..

' bang oi, ni apa ni haa yg menyangkut kat bahu ni, bukan tuala?' tepuk dahi jela ckgu aku tu. haa da nmpak kan kita mmg lah mudah sgt mjadi pelupa

ok aku listkan bbrapa petua utk kurangkan pelupaan ni sbb kuat ingatan ni sgt pntg tambah lg utk org yg tgh belajar ^^

1. KURANGKAN DOSA ~ ini penting sbbnya ilmu itu ialah cahaya & dosa adalah kegelapan. jadinya kalau sll buat dosa yg gelap, camna dia nak bsatu dgn ilmu yg cerah. kan? ini tmasuklah melihat benda yg xsenonoh cthnya aurat wanita blh melemahkan daya ingatan, onani dan lain2 *byk kan dosa2 lain*

2. SELALU INGAT ALLAH - bila lupa, ingatlah Allah sll. "Dan ingatilah Tuhan mu (Allah) ketika kamu terlupa" (Al-Kahf: 24)

3. MAKAN MADU & KISMIS - pernah aku dgr kawan aku cakap, makan kismis ni kena dalam bilangan yg odd or ganjil utk lebih khasiat. aku pun xtau knp nt aku try research kalau aku rajin hehe tlg jawabkan pd sesapa yg tau, sbb selalunya yang b'kaitan dgn kebaikan & Islam sllnya akan jd nombor ganjil kann

4. KURANGKAN MAKAN & MAKAN BENDA BERASID - banyak makan, badan akan malas *macam aku korang blh tgk cthnya hehe* & melemahkan akal & jantung. kalau jantung xsihat, macammana dia nak pam darah dgn baik ke otak, jd otak pun susah nak bfungsi dgn baik *sila betulkan kalau aku salah*

asam - elakkan kalau blh. asam banyak asid menyebabkan kemalasan & melemahkan ingatan. kalau xnak tua2 nnt xingat nm anak, so kurangkan la ya. mcm datuk aku dah 90 lebih lg, dia masih ingat aku n femili aku wpon aku hanya cucu tiri dia. hebat kann? tabik spring aku dgn kurniaan tuhan utk dia alhamdulillah ;) *nnt kalau aku berani aku tanya dia mmg xmakan asam ke masa muda2 dl hehe*

5. GOSOK GIGI SELALU - ini aku xpasti fakta or teori tp ini aku dapat masa aku pegi ceramah

6. RAJIN2LA MINUM SUSU - ini sama dgn yg kat atas. kalau ikut yg aku tau, susu neutralkan asid kan, jdnya kalau sll minum susu, xdela asid dalam badan kita yg melemahkan ingatan tu ;)

7. BANYAKKAN MBACA BUKU & AL QURAN

8. hehe ini aku pernah jumpa katna tp aku lupa - TULIS GUNA TULISAN KECIK - jd bila kita baca, kita akan tgk bbetul apa bnda nya la yg kita tulis ni kann, then jdnya kita fokus - mudah la masuk dalam otak - aku penah try, mjadi jugak tp jgn baca sambil baring, nescaya tidurlah korang hehehe

9. BACA TULISAN WARNA-WARNI - ini aku cilop dalam TV punya iklan pen kaler warna warni tu kann. rasanya dia mmg xtipu sbb bnda ni mmg bkesan *mati la, aku xkata dia tipu k, harus la dia wat iklan bdasar fakta, xgitu ^^* hehe bila warna2 pelangi tu, ati n minda kita ttarik nak baca bnding dgn kaler hitam biru n merah je *mak ai bosannya kann*

10. TAMPAL KAT DINDING - bila ada rasa nak ulangkaji, baca je kat dinding xpayah susa2 bukak buku. tambah lg benda tu kat dinding, jdnya sll & senang kita nk tgk kann. letakla sket corak bunga2an ke transformer ke kann, nescaya korang semangat nak mbaca plus wall korang pun nampak cantik *klau xcantik jgn marah aku*

11. JGN MAKAN SEMUT - semut ada bahan kimia pada belakang badan dia yg mana kimia ni mbuatkan mnusia jadi pelupa. kalau korang tgk semut yg blkg dia besar2 pas sedap melantak air sirap kan, haa belakang tu la byk bahan kimia sbnarnya. so bware ok kawan2

12. SELALU ULANG BACA - macam org mhafal qur'an. kalau dia xulang hafalan dia, mmg xlama dia akan lupa. macam kita ni bukan computer or robot. benda yg masuk dalam otak kita, kita akan lupa dalam 24jam *ini fakta* kalau kita xulang. korang xcaya, korang cuba ingat balik apa yg kawan korang msg pukul 3 petang semalam *kalau ada la*, sebijik2, korang ingat x? kalau ingat, mmg aku clap la korang mmg genius. tahniah aku ucapkan

itu jela yg aku ingat setakat ni. aku ni pun pelupa jugak sebenarnya. ohh utk tambahan, boleh la korang makan gingko biloba n amalkan hidup yg sihat & jauhi dosa, i.allah hidup pun lebih diberkati & hafalan jugak tidak tganggu. jgn lupa TUHAN, itu yg tpenting. renungkan la ye kkawan, moga dapat manfaatnya i.allah. :)

Rabu, 29 September 2010

DOWN3.. naikkan balik smangat itu ok!

hehe aku nak mengarut lagi tp mengarut benda b'faedah yakni mberikan motivasi. ini aku cekup drpd blog iMotivasi n aku tambah n ubah ikut suka aku ok. tpulang pd korang nak trima atau x ;)

ok mula skali, hidup ni mmg lah akan ada masanya kita naik & jatuh. kan? sama la macam aku. cthnya, kkadang aku dapat komen ttg novel aku yg baik2 belaka, xkurang jugak yg mengata @ m'hina kan? masa tu la mood aku akan jatuh & aku pun akan down.

situasi yg sama macam korang yg kadang2 down xtentu pasal kan. blh jadi terasa dgn kkawan, frust & penat study, bosan ngadap buku sejarah (ada jugak hehe), kehilangan org yg disayangi & jugak rasa tsisih. aku paham sume ni sbb aku juga mnusia, harus la penah melalui kan. jadinya sini aku nak bagi korang cara2 utk release kan tension yg wat korang down tu. ada beberapa cara yakni :

1. HOBI - apa hobi korang? tgkap gambar, memancing, mnulis, bsukan atau apa2 yg korang buat masa korang bosan atau utk isi masa lapang, korang wat la masa korang tgh down. wat dgn spenuh hati, jgn paksa diri kalo xnak, karang tambah stres jgn marah aku pulak. ini boleh mengalihkan perhatian kita drpd pkir benda yg buatkan kita down utk sementara

2. CERITA PADA SESEORANG - bila stres, cari lah sesorang yg rapat dgn kita cthnya kawan atau mak ayah atau sapa2 yg dapat memahami. crita apa yg korang rasa pada dia. sebolehnya cari la sorang yg blh faham situasi kita, yg blh mjadi p'dengar yang baik, bukan seorang yg suka menyampuk or ketawakan orang. karang ada jugak yg kena cepuk xppasal kann

3. TULIS & CONTENG DALAM KERTAS THEN GUD BYE KERTAS - amik sehelai kertas, then tulis dalam kertas tu apa yang buat korang down. cthnya, korang bengang dgn sapa2 jela yg m'ganggu ketenteraman korang, amik pen n tulis n conteng lah ssuka ati dalam kertas tu sampai puas hati then keronyokkan then buanglah dalam tong smpah. pam dalam tandas pun ok *yeke? tsumbat lubang tandas tu aku xtau tp aku penah try, xda jadi pape pun hehe so blh la korang try*

4. ISTIGHFAR & INGAT ALLAH SENTIASA DGN KITA - ini aku tambah. manusia mmg fitrah semulajadi nya wajib dekat dgn tuhan, sebab drpd sebelum lahir lg kita dah janji dgn Allah yg Dialah tuhan kita kan. jadinya apa yg blaku semua kehendak Dia, jangan tanya kenapa jadi macam ni, kalau lah aku xwat camtu, kenapa, apa, mengapa and segala, sebabnya apa yg Tuhan dah susunkan utk kita adalah yg tbaik wlaupun kita xsedar, walaupun kita cuma rasa itu keburukan semata2, tp pcayalah sebenarnya itu akan mberi kita kebaikan pada masa hadapan

jgn salahkan Tuhan atas apa yg tjadi, mana tahu itu sbnarnya salah kita? cthnya, knapa aku gagal dalam exam ni, padahal aku dah cuba buat bsungguh2, knp n mengapa?? sebabnya kita diajar utk xbputus asa & bangkit drpd kegagalan itu. org yg lemah & gagal ialah bila dia gagal, dia akan terus jatuh & xakan cuba bangkit lg. tu la sbbnya byk kes bunuh diri skrgni, sbb dia rasa dia dah xda harapan utk hidup dgn baik. x, itu semua hasutan syaitan. jgn pcaya!

bila down, bykkan istighfar, syaitan suka org yg down2 ni sbb masa ni la dia akan cucuk jarum utk wat kita lebih bdosa. cth *sori la byk cth plak* kita mengandung anak luar nikah *nauzubillahi min zalik* then bf kita xnak tggjawb n suruh gugurkan anak tu or else dia akan tglkan kita. kita syg bby tu, tp kita kena buang dgn bf kita, famili pun xnak trima, then kita dgr bisikan " aku dah penat, aku dah gagal, hidup aku dah musnah! aku patut pergi mati jerrrr!!" haa masa ni la syaitan datang bkepul2 dgn smangat wajanya menguatkan lagi hasrat kita nak mati then kita pun g terjun bangunan. kalau ada payung terjun xpa, ini xda. pk lah balik, kita dah bdosa besar, knp nak tambah lg dgn wat dosa lain lagi?? jgn, mgkin apa yg kita pk p'akhir hidup kita sbnarnya hanya 1 pmulaan? mn kita tau kann??

jadinya sblum buat ssuatu pkara, pk dulu masak2, jgn sampai tsilap langkah. sekali tsilap, jgn salahkan diri, ambil itu sbg iktibar & panduan utk lebih memajukan diri ^^ insyaallah semuanya akan jadi lebih baik, mintak tolong pada Dia, sbab Dia pernah b'firman "mintalah padaKu, nescaya akanKu perkenankan" - alQuran

5. SENTiASA TANAMKAN MOTIVASI & REFRESH OTAK - bila kita down, fikir positif. knp kita ada di situ n knpa kita kena hadapi semua ni? kita kuat macam superman bila Allah turunkan ujian pada kita. sbabnya Allah bagi kita ujian setara dgn kemampuan kita. fikirlah, kalau kita xda duit, kita xdapat belikan isteri atau adik atau mak kita rantai or hadiah ms besday mereka, tp org lain ada yg lagi teruk drpd kita. yg melepak tidur tepi longkang, yg makan kena cari dalam tong sampah, yg pakai baju yg sama tiap hari, adakah kita lg teruk drpd tu? sekurang2nya kita masih boleh duduk atas kerusi bukak internet n baca blog or cek fb (buktinya korang tgh mbaca kan?)

ingatlah kalau kita susah, xkan selamanya kita susah. kalau kita senang xkan selamanya kita senang. semua bgantung pada diri kita sndiri nak senang atau nak susah. tapi jgn sesekali menyesali apa yg kita dah buat, walhal kita yang pilih apa yg kita nak buat *sila belajar ttg qada & qadar lebih mdalam supaya faham apa itu af'al Allah wa af'al ibad*

6. MENANGIS LAH - kalau itu lebih menenangkan. ada orang kata 'ciss, apa kes aku nak nangis, aku mmg xmacho la kalau menangis' jgn kata macam ni. jgn kata kita xboleh menangis sebab bila menangis kita akan nampak kusam & xcantik *ini pemikiran seorang makcik pengasas kosmetik*. haish, salah pmikiran macam ni. bagi aku, menangis tu sgt baik utk kesihatan. korang xcaya? ok fikir logik kawan2. bila kita sedih, kita tahan, darah akan naik ke kepala kalau kita xrelease kan n ttibe je boleh mati katak sebab darah tgi or tkena strok. salah satu cara nak release tension dgn menangis. nangis, selagi tu xmnjejaskan prestasi kita. drpd kita tahan utk nampak macho, tau2 esok masuk berita 'arisa eriza mati katak sebab tlalu marah' matila kan statement brita macam tu. sapa yg nak weh? xnak aku. nauzubillah!

tp bila aku suh menangis, jgn la menangis sampai bbulan2 lamanya. sampai kan anak pun xterurus, study, makan n tidur terabai sebab dok fokus nak menangis sbb aku kata menangis lah kann. mana blh, ngis kejap2 suda la. ngis sampai JGN MJEJASKAN PRESTASI ANDA. haa caps tu kawan2 so ia mmg penting

jadinya utk malam ni, ini jela yg aku t'pk pun dan yg sempat aku cedok dpd blog itu yakni blog http://www.imotivasi.com/ *blog ke? tah aku pun xtau blog ke laman web haha mati la buta IT* apa pun kawan2, aku suka sgt nak bgtau ayat yg glamer sgt ni

" kita harapkan langit cerah sampai petang, tapi hujan di tghari, tapi kita xtau lepas hujan, Allah akan bagi kita pelangi yg cantik"

mdalam maksud dia kan? renungkan lah, i.allah hidup kita akan lebih bahagia & ceria ^^ "sabar itu indah..." - alQuran, jadi bsabarlah kerana Allah bersama orang2 yg sabar. sekian, terima kasih ^^

Rabu, 15 September 2010

andalusia


sejarah andalusia. aku rasa ramai yg xtau pasal andalusia ni tp aku pun xla kata aku terer jugak kan. blh la aku cter cket2 utk pengajaran & pengethuan korang yg mbaca sbbnya org yg berilmu tu kan tgi pangkatnya di sisi Allah insyaallah :) *aku tulis apa yg aku tau & kalau salah bgtau aku spaya aku blh btulkan tenkiu ;0)


andalus ~ kota yg sgt maju selama 800 tahun dalam genggaman Islam.

dibuka oleh 1. tariq bin ziyad (teori baru kata beliau ialah seorg Visigoth Jerman bukan org Barbar bak kata sejarah dl2 tp masuk Islam)

2. musa b nushair

dalam masa kurang 5 tahun boleh kata 3 per4 sepanyol dah dibuka oleh Islam. jgn men2, terer xterer umat Islam dulu2.

sepanyol ni diperintah oleh org2 Goth @ Visigoth selama 4 kurun kalau xsilap aku. *sila betulkan kalau silap*. zaman pmrintahan Goth ni mmg la dipanggil zaman kegelapan seghupe la dgn zaman jahiliyyah masa n.muhd s.a.w dulu. Raja Goth masa tu ialah raja kristian yg gatal merla n mata duitan *ini fakta bukan aku tipu hehe* aku xingat apa nmnya kena reseach balik

ok, masa perluasan kuasa (utk umat Islam, kita xpakai penaklukan tp pluasan kuasa) kat sini, umat Islam tsilap skit sebb xtakluk Gunung Pyraness yg mn gunung ni la tempat saki baki taik unta, *apa daa* saki baki kaum Goth yg tinggal selepas melarikan diri ~~ mcari plan utk hancurkan umat Islam pd masa depan

masa zaman kegemilangan Andalus, mmg korang xpayah ptikai la. masa ni mmg hebat sampai kan ada masjid tu bila azan je akan keluar air daripada mulut patung singa 12 ekor *macam air pancut*, n akan stop air tu lepas abis org azan. camne tu?? tp skrg teknologi tu da xde kat sana sbb org islam di sana xsimpan teknologi tu dalam buku, xtau la dia simpan kat mn sbb mmg xde cara yg ditinggalkan camne nak bg air tu kua tiap kali azan

lg 1 aku ingat, khalifah ke3 an-nasir *aku xpasti nm nya tp mmg khalifah ke3 al andalus* ada mbina kota az Zahraa yg mmg gilang gemilang tp kota ni musnah & tinggalan yg ada mbuktikan kota ni sgt lah kaya dgn hasil seni yg sgt mahal. kota ni katanya dibina sebab seorang gundik beliau mntak beliau binakan 1 kota bdasarkan nm nya. disebabkan kekasihsayangan beliau yg xthingga pd gundiknya itu, jd tbinalah kota ni *aku ingat sgt psal ni coz aku tpksa tjemah dpd BI ke BM huhu*

*TBC* sori aku lapar hehe nt aku sambung kalau korg nak. tp kalau xnak pun aku sambung jugak la hehehhehehe

;) ;) :)

ok aku da makan tp xkenyang mn pun. xpela mmlm xelok makan byk kan nt sakit jntung sebab karbohidrat xguna *ini utk org yg tdo lepas makan*

then, di sana ada masjid yg sgt megah. dibina dgn emas n permata *ciss aku lupa lg nm msjid ni* tp ini melambangkan kekayaan kerajaan ms tu sampai wat pintu msjid pun guna emas ok. ada 19 pintu emas di masjid ni. tp sygnya msjid ni da jd gereja skrg yg nm nya LE MESQUITA *i.allah betul. ini guna memori aku yg da setahun lebey tu. nk confirm sla tgk buku ya.*

istana al hambra dll *aku agak blur mlmni* mmg hasil tinggalan islam yg amat menarik & ttarik. kalau pgi sana, org tour tu akan bgtau sume tgalan2 yg ada tu dibina oleh islam n korang jgn xtau, dl2 org andalus mskipun dia org kristian, dia pandai cakap Arab ok? kita ni dah la Islam, arab pun reti nye sbut 'arab, arab' jela. tp cakap Arab jugak la kann katanya.. sampai kan paderi diorang ms tu kechiwa bila org kristian m'agung2kan islam sampai melupakn sejarah & budaya mereka sdri. tp syg kan, knp org kristian tu xmasuk islam..

selepas bberapa ketika ~ kerajaan makin lemah & andalus di perintah oleh bbrapa kerajaan kecik spt 1. muluk at tawaif & 2. al apa aku xingat *ciss lg, hampeh* & ada bbrapa lg yg len

kann aku da btau kat atas, ada sekelumpuk lg org kristian yg lari sembunyi kat gunung Pyraness kan? depa ni da atur strategi & mula menakluk kembali kerajaan2 yg di bawah islam ni cthnya CORDOVA. umat islam masa ni sudah lemah dgn pelbagai faktor yg wat depa lemah antaranya 1. dinasti islam tlalu besar, xcukup ms utk kawal sume benteng 2. rakyat & pemerintah suka pada muzik, arak dan poya2 3. pgaduhan antara sedara utk merebut kuasa 4. tpgaruh dgn duniawi hingga lupa diri etc

bl makin lemah~ raja2 andalus mjemput la kerajaan kuat dari Afrika Utara iaitu 1. al murabitun & 2. al muwahhidun utk bntu mereka musnahkan angkatan kristian yg dtg mnyerang. dalam bbrapa dekad ( 1 dekad = 10 tahun) andalus masih kuat dgn ptolongan 2 2 kerajaan ni. tima kasih tp xlama lepas tu krajaan ni da xlarat & tpksa balik ke afrika

1238 M - CORDOVA jatuh (kota yg plg maju) ke tgn kristian diikuti SEViLLE (1248M) tgal hnya GRANADA yg masih kukuh di bawah pemerintahn bani al ahmar, yg len sume da jatuh ke tgn kristian. granada maju utk bbrapa ketika namun disebabkan pbalahan n perebutan kuasa di dalam istana, mbuatkan kerajaan islam kucar kacir

alkisahnya, tp korang jgn tkijut. kisahnya macam ni. ada la hamba Allah ni nmnya Abu Abdullah. beliau ada sorg ayah n adik (aku xtau sebab xbaca apa nm 2 org ni) dia geram sebab ayah dia angkat adik dia jd putera mahkota padahal dia kata 'aku lebih layak!' then dia pun memanggil pasukan Ferdinend & Isabella (isabella adalah.. lmbang cinta..) yakni laki bini yg da bkawen serta ada agenda jahat mereka tsdri. dia pgil & mintak geng kristian F & I ni mbunuh ayahnya & naiklah adiknya ke takhta namun dia mmg xpuas at kan, jd mintak dibunuhnya pulak sang adik kecik itu & mati lah ia selepas bbrapa pgaduhan

abu abdullah pun naik takhta memerintah GranaDA & VALENCIA & MERCIA *suka nyebut nm wilayah di sini* namun xlama pun dia digulingkan oleh F & I (putra ARAGON & putri CASTILLA) & bmula lah sejarah plg kejam sampai la skrg umat islam dipijak & dihina oleh dunia

tahun 1492 ~ granada jatuh lepas A.Abdullah xdapat ptahan lg kerajaan itu & dia menyerahkan granada dgn bpgg pd janji 2 laki bini td iaitu utk mjaga hak2 org islam. tp depa tipu, depa paksa sume org islam n yahudi masuk kristian sampaila 1. tntera kristian akan cek dot dot laki, kalau bsunat ~ bunuhdia n femili. 2. kalau mndi pg2 atau pakai bj cantik hari jumaat ~ bunuh jugak. 3. xpun pakai bj cantik 1 syawal ~ innalillah wpun dia bukan lah islam pun sbnarnya. kejam x? 4. rumah org2 di sana xblh dikunci ~ senang bg tntera nak bukak pintu nak tgk apa jd dalam rumah, depa solat ka apa ka. kalau solat, tau jala apa akan jd kan

sampai la ada segulungan org islam yg da xkuat iman akhirnya murtad sbb bmbang dibunuh kan. tp malangnya lg, da masuk kristian pun tetap dibunuh jugak. kira bmusuh gila2 dgn org islam n yahudi depa ni

satu hari ~ ada berita gembira ~ kerajaan nak anta sume org islam ke afrika & di bg masa kemas sume barang. ramai la yg mengemas barang & naik kapal yg disedia kan oleh kerajaan.*4 buah xsilap aku* tp korang da nmpak kan, di atas tu macammana, xkan la senang2 nak lepaskan? no, no & no way, man! kapal yg dinaiki depa sume dibakar & sume umat islam dibakar hidup2. bygkan kalau keluarga kita yg dibakar tu? sggup x kita?

tp ada jugak umat islam yg sembunyi dalam rumah. sbb aware awal2. risau ditipu. tp mn korang nak lari, katanya. sume yg dalam rumah tu kena tgkap, rogol, kelar, n bakar hidup2. kejam xkejam, yg mngandung plak dikelar perut n kuakan bby dalam perut tu & mati bsama2. astghfirullah.

peristiwa ni korang tau x jd nya bl? 1 APRIL ya kawan2. 1 April yakni april fool. umat islam ditipu hidup2, dibkar & dihina ssuka hati. tp knp kita blh sambut?? kita tau tu sume, tp kita smbut juga. keadaan kita sudah terbalik. knp korang xtahu, kalau tahu tp wat2 xtahu, yg barat sbnarnya ambil sume teknologi yg depa bangga sgt tu dpd umat islam jugak. knp kita jd macam org kritian andalus yg dl nya agungkan islam, kita jd agungkan kristian & barat. astaghfirullah

ibn sina @ avvecenna *xpasti ejaan* ~ cipta ubat utk elak kematian. citer nya dia cipta 10 @ 9 botol ubat yg perlu diminum bl agak2 ajal nak sampai, tp xsempat botol terakhir diminum, izin Allah botol tu pecah. kat sini kita blh nmpak betapa umat islam tu dulunya sgt maju. tp skrg? x kwan2. sumenya melakukan bnda yg mhancurkan diri sdri tmasuklah aku jugak, xde bnda yg aku wat yg dapat mnyumbang pd kkuatan islam.

tp aku tetap pcaya pd teori IBN KHALDUN ~ ssbuah tamadun tu ada masa gemilang nya & akan jatuh juga nnt. cth nya andalusia & turki usmaniyah. abbasiyyah & umayyah. andalusia gemilang 800 tahun bawah islam, tp jatuh juga. org pun kata hidup umpama roda kan. jd nya aku tetap nak kata, insyaallah islam akan naik kembali di dunia ni tp masa nya bila, kita pun xtau jugak kan? bila kerajaan islam dapat bina kecanggihan senjata, ms tu la kita akan naik kmbali. bukan macam skrg, snjata pun beli dr barat, apa kes beb? macammana nak maju? seandainya US anta tentera kat kita, mampu ke kita nak lawan?? singapura sebelah dgn kita, senjata dia power2, sebab tu kalau ada apa2, sumenya kita yg akan mengalah n tunduk pd barat. macam arab saudi. dia janji dgn omputeh, dptkan dia kerajaan tu, dia dapat, tp dgn syarat. sbb tu bila iraq n palestin kena serang, ada depa nak tolong? sket2 ada la. tp nak bgun lawan dgn US, depa xberani. sbbnya tu la, kerajaan islam xsekuat dl lg. sedih kan pk?

moga aku akan mjadi seorang yg dpat mbantu kalau xbyk pun ciput la aku menyumbang pd islam. sebab aku pun tau aku ni sll alpa & lupa diri. moga allah mbantu kita. insyaallah. apa yg aku tau, islam akan kuat masa turunnya nabi Isa & imam Mahdi. aku takut nak hadapi hari tu, yg mn kalau suda ada dajjal, nabi isa & imam mahdi, tunggu lah tiupan sangkakala yg akan musnahkan satu dunia ni. astaghfirullah, amal aku xcukup utk ke sana. sedarlah, mari kita sama2 beramal & kurangkan dosa tanpa sedar. astaghfirullah 70x, moga kita tgolong dalam org yg beriman insyaallah

habis topik sejarah pg ini. kalau ada citer sejarah lg, nt aku citer lg na itu pun kalau korang rajin nak baca. ;) tenkiu to all yg mbaca na aku sgt hargai :) kalau ada yg salah sila bgtau, kita blh bncang balik hehe