Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 24 Jun 2010

aku nak retired

salam2 sume. camne tajuknye post aku kali ni, camtu la niat aku utk masa skrg ni. aku nak b'sara (ala2 keje kerajaan la plak kan) dpd penulisan utk smntara waktu. antara sebabnya ialah (ciri2 personaliti orang C betul huhu) :

1. aku xdapat fokus utk penulisan. aku dok pk pasal bnda len - cari koje

2. keciwa SKET dgn hasil aku utk kali lepas yakni sang beby 1st aku - yela aku tau novel aku tu teruk, sbb guna cara penulisan yg lain sket n org kata kelam kabut kan, sedap aku kena kutuk (tp ni bukan punca & sebab utama)

3. punca utama, aku xdapat idea lgsg utk mnulis - mgkin sbb aku asyik tperap kat umah xde wat pape, then otak aku pun hampir2 beku

4. punca utama yg lg utama ialah aku sdg bz men game the sims 3 ambitions huhhuhu jgn mara aku sbb game ni aku nak retired.

tp korang jgn mara or mrajuk dgn aku. aku btaw ni sebab aku xnak korang yg m'ikut blog aku sll kecewa bl dtg tgk blog aku xde post lgsg kan. so aku xnak korang kecewa, then bagi la aku masa utk refresh balik otak aku & insyaallah aku akan kembali dgn hepinya dalam dunia penulisan ni.

aku akui, xsenang nak jd penulis. coz aku mnulis utk gembirakan orang. n aku just gunakan subjek BM masa aku skul menengah je utk mnulis bg zaman skrg. mgkin ada pbaharuan dalam BM, aku pun xtau coz aku malas nak wat research (ciri2 penulis yg hampeh) & aku mmg malas lah pokoknya kan senang :) utk pengetahuan lg, last aku blaja BM ialah pd tahun 2004 ms aku SPM huhu (susa gak BM ms ni ok. bg aku ler )

aku xtau camne taste pbaca kat lua sana kan. ada yg kata syok bc cter z, ada yg komen abs2an ayat tunggang langgang bagai, xmasuk dgn jiwa, plot lari sume2 lah aku pun da xingat pe lg komen org2 sume.

tp aku akan cuba abiskan cter aku yg tgantung yang ada 2 ketul tu huhu cter Jo tu aku akan jd kan dia cerpen jela semata2. nk wat nvel, aku xnmpak visi utk ke sana huhu. cter august's nite (aku xingat watak hero dia nm apa tah blh x) yg ni aku kena tgk cter hantu pd mlm2 hari utk mngutip mud seram huhu imaginasi yg tgi sgt perlu coz cter july's nite tu ada sikit sbyk bdasar pd pngalaman aku (opps bocor rahsia) tp yg august nite tu aku xpenah rs la plak tp aku mmg xnak rs ok (mntak dijauhkan)

pe pun, dgr ni aku xnak korang merajuk dgn aku tau huhu coz aku mmg syg korang sume yg sll bg aku smgt & dorongan scr xlgsg. aku akan cb sdaya mgkin mnyiapkan cter aku tu. aku tulis bukan utk duit (sila faham ya) kalau aku mnulis utk duit, da lama aku tulis b'buku2 lg cter mngarut utk dipublish coz da dapat green lite dpd publisher. tp aku mnulis utk kepuasan diri aku serta main pointnya ialah utk hepikan org yg mbaca jugak, jdnya bl there's some people yg xsuka, so mood aku tu dia jatuh la sket. tp cam post aku b4 this, aku xkan mnangis sbb ni. cuma bg aku ms utk berehat & refresh otak aku balik. aku tau korang suma pun faham kann :)

aku xjanji bl2 aku dapat siapkan 2 ketui cter tu, korang jgn mara aku lg tau kalau aku lambat wat post coz da g masuk utan pun, idea nak mnulis tu sgt susa utk dcapai. mgkin kena naik marikh dl kot br idea mcurah2 kan heee. tanx to all yg sgt2 mbantu aku slama ni. aku xkan tgal lama2 tp sp tau kan, mgkin kena tgu 5 tahun lg ke utk aku koje balik dgn dunia pnulisan ni. huhu ini hanya jgkaan. mn tau gak aku balik dalam ms 5 bulan dpd skrg kan?? only God's knw. :)

cumey x background blog aku? cumey kan? huhu terasa mcm cumey la plak b/ground dia. ok lah. aku nak sambung game aku. aku da jd hardcore-pc gamer da skrgni hehhe blh kata tiap ari aku bazirkan ms men game 7 jam huhu yess aku da xpayah blaja lg!

ok tanx ya 2 all my dearest readers! love u all muahhxxx3333 ada pape sila kumin ;)

Jumaat, 4 Jun 2010

Komen aku sdri utk novel Zack

salam.. ehe asyik tanya org kan, sini aku plak komen utk novel aku ni.. utk pengetahuan korang sume, aku ialah seorang penulis yang :

1. xpenah hadiri bngkel penulisan

2. penah baca buku cara2 utk wat novel, xingat tulisan sp tp xsempat habis coz aku bz study masa tu

3. menulis utk suka2 ~ tp sbb rezki Allah, aku diberi peluang menulis & terbit 1 novel


4. exclusively 4 z's novel ~ aku xblh berapa tumpu sebab =

a. aku di sem akhir kat U (kena wat pper project dgn bmacam masalah aku kena tempuh sbb wat kajian lpgn)


b. dgn dateline novel yg aku da byk kali asyik mintak ditangguh (wat aku serba salah. yela aku da jnji kan bila2 datenya utk aku submit, tp aku xdapat nak tepati jnji tu sebab aku stdy - bukan dok melepak gigit rumput kan)


5. aku mmg kurang mbaca & otak xkreatif mana - so aku menulis dalam bidang pengetahuan aku jela. kalau suh mak aku tulis iAllah dia tulis mmcm coz dia da tua banding aku yg baru 22 tahun ni. tp xpe, aku blh usha lg utk tambah ilmu lepas ni kann~


jadinya aku xdapat wat dgn baik. aku akui, aku mengaku ok. n aku tau gak ramai yg xpuas at dgn novel aku tu, mcm indah khabar dr rupa kan? ini aku da btau awal2, aku takut dgn penerimaan org sbb aku sdri sdar aku xwat dgn sguh2 (wlaupun aku da wat sguh2 sampai jd burung hantu - besela utk novelis kan - xtdo tu mmg pkra bese) tp tah la. aku btau la, aku kkdg agak terasa dgn komen2 pedas sgala mcm org kan. yg suka tu aku amat bsyukur, yg komen kritik mmcm yg xsedap mata mbaca tu aku kena trima walaupun syesly wat aku down n xde smgt utk wat novel br. aku xsehebat k hanni ramsul n k hayati berahim yg mmg hebat dalam menulis, tp aku bukan xcb wat yg tbaik juga. mgkin xckup tbaik.

entah ~ aku rasa perasaan aku bcampur baur skrg. org akan kata ~ besela tu kritikan org kan, pdpt org xsume sama, tp emm tah aku pun xtau nak kata apa..

ok la, senang cter aku simpulkan, aku mntak maaf sbb korang da tpksa abiskan duit utk baca cter aku yg mbosankan itu kan. syes aku mntak maaf tp aku xkan menangis sebab org xsk novel aku, sbb aku sdri pun tau aku da bagi usha yg benar2 usha utk siapkan novel tu. bukan mudah utk aku mnulis, aku akan time ni sbgai ujian dan dugaan dalam hidup. mcm org kerja jugak, bukan sume nya bhgia je kan dgn keje diorang. just aku rasa gitu la, xsedap at sbb da la xbest kan, tp blh plak dok kat carta mph no 1. aku xkesa, kalau kena kua carta pun, asal sume org puas ati. tu suma rezki Allah. aku b'syukur sbb dipilih oleh Dia, & aku serah segalanya pd Dia jugak. thanks to our God. alhamdulillah.

utk sume pbaca, sgt tima kasih pd yg masih mnyokong aku yg agak emo ni, bese la dak Cancer kan emo ehem, hehe pe pun, aku tetap aku, aku xkan mudah menyerah kalah sbb tiap ujian ada pahala kan, janji kita sabar. so, aku trima ini sbg ujian n tima kasih utk suma yg mbaca novel aku, aku sgt2 hargai korang sume!

smile always & have a nice day then!

Khamis, 3 Jun 2010

NOVEL BARU : MANDI BUNGA TAHI AYAM prolog

PROLOG

‘ Assalamualaikum. Pagi-pagi terlanggar dinding, bernasib baik hidung tak patah, niat di hati ingin menyunting, menyunting si bunga di taman indah.’ Tegur seorang lelaki kepada seorang gadis yang sedang berehat2 di hadapan pintu rumahnya yang terbuka.

‘ Waalaikumussalam. Hati-hati dengan semalu, sila masuk kalau tak malu.’

Gadis berambut coklat tua yang membalas itu tersenyum. Hai, dah zaman-zaman cyber jaya macam ni pun, ada jugak orang nak main pantun-pantun? Sangat lah mengikut adat orang Melayu zaman dulu. Ini mesti kes nak masuk minang adik aku ni. Bagusla. Budak tu dah la SPM pun lepas anak tekak je, lepas tu duduk rumah makan, tidur, makan, tidur je yang dia tau. Baik kahwinkan terus, pandai la sikit nak buat kerja kot.

Wanita yang berusia di dalam lingkungan 50-an itu senyum kelat sambil memandang ke arah sang suami di sebelah. ‘ Budak zaman sekarang, memang tak reti beradab.’ Kata si isteri.

‘ Sabarlah, biasa la tu budak-budak.’ Balas si suami. Guna instinct dan telepati kedua orang tua itu berkomunikasi.

‘ Sila lah masuk. Minta maaf, budak ni memang macam ni, otak mereng sikit. Sila, sila.’ Mak gadis rambut coklat itu beramah mesra sambil mencubit lengan anaknya tadi yang sangat tak beradab dengan tetamu.

‘ Mak, apa ni, sakitlah!’

‘ Sshh! Ish, kamu ni, pergi masuk dalam, panggil abah kamu, beritahu ada orang datang ni.’ Mak berkata separuh berbisik kepadanya, dengan dahi berkerut seribu, anak aku ni buat malu kaum jela. Apa nak jadi entah!

‘ Yela, yela.’ Dengan malas dia menapak dan hilang di balik tirai berwarna merah berbunga kuning itu.

‘ Kami ni dari kampung seberang. Saya Mak Timah, ini suami saya, Lebai Wan. Nak menengok anak sulung Mak Yah ni, anak kami si Leman tu berkenan katanya.’
Mata Mak Yah membuntang. Eh, biar benar makcik dan pakcik dua orang ni? Nak risik anak aku yang lagak tomboy tak cukup umur tu?? Ish! Rezeki jatuh dari langit benar kalau betul!

‘ Sekejap ya, Mak Timah dan Lebai. Saya masuk dalam sekejap.’

‘ Abahnya, diorang datang nak risik anak kita, yang nombor satu tu!’

‘ Habis tu, kenapanya? Bagus lah! Umur dah 25, patut kahwin je budak tu. Hana, buat air, pergi hidang kat depan kejap lagi.’ Pak Samad menyuruh anaknya yang pertama itu menghidangkan air kepada tetamu. Dia kemudiannya menapak ke ruang tamu sambil tersenyum ramah kepada dua orang asing yang baru sahaja dikenali melalui isterinya itu. Itu pun baru beritahu tadi.

‘ Dengar khabar, nak merisik anak perempuan kami, ya?’

‘ Ya.’ Kedua-duanya mengangguk dan tersenyum. Mereka juga tidak mengenali siapa anak yang ingin dirisik mereka itu.

‘ Anak pertama?’

‘ Ya jugak.’

‘ Kejap. Hana, cepat sikit bawak air tu.’ Abah bersuara.

‘ Yela, abah, kejap la. Sampai dah ni.’ Muka bengang tak boleh blah. Adik dalam bilik tu boleh pulak dok melepak. Padahal orang nak merisik dia, aku pulak yang kena!

‘ Ni la anak pertama kami, Johana Daniela.’ Terbuntang mata kedua-dua tetamu yang hadir itu. Biar benar si Leman ni, takkan berkenan kat si budak tak reti adab macam ni kot? Jauh panggang dari api!

‘ Ye, makcik, pakcik. Sila minum, ya. Nama saya John Master, boleh jugak nak panggil Mild Johnson, tak pun Darlie pun okay. Jaminan gigi yang sihat dan kuat. Ting ting.’

‘ Ish! Budak ni, pergi lah masuk. Karut betul!’ kena cepuk sekali. Boleh buat iklan tak laku kat sini pulak. Bebel mak tak puas hati di dalam hatinya.

‘ Maaf ya. Sila minum. Anak saudara umur berapa ya?’ Abah bertanya.

‘ Err, 27.’ Ragu-ragu Lebai nak menjawab.

‘ Bagus la tu, padan dengan si Hana ni, 25. Dia memang macam tu, tapi hati dia baik.’

‘ Anak nombor dua, apa namanya, ya?’

‘ Nombor dua, Joyah Daminah.’ Joyah Daminah.. Johana.. Mana satu nama budak tu sebut, aku pun lupa la pulak. Bisik hati Lebai.

‘ Rasanya si Leman tu salah faham, dia ingat Joyah anak nombor satu, padahal nombor dua. Boleh kami tengok anak saudara yang nama Joyah?’

‘ Sekejap saya panggilkan.’ Mak beransur ke belakang.

‘ Ni lah anak kami, si Joyah.’ Joyah tersenyum malu ke arah kedua-dua orang tua di hadapannya selepas menyalami Mak Timah.

**

‘ Abangnya, macam mana boleh lamar si Joyah tu pulak? Bukan ke si Leman tu nakkan si apa namanya, John Master?’ Mak Timah bising selepas pulangnya mereka dari rumah bakal besan mereka itu. Mak Timah di belakang membuat muka.

‘ Awak ni, saya berkenankan si Joyah tu, sopan, pakai kain batik, hitam manis. Takkan awak nakkan si John Master tu kot? Pakai seluar panjang, tak reti beradab, tengokla macammana dia jemput kita tadi? Awak ni dah hilang akal agaknya.’

‘ John Master pun manis jugak, bang. Masalahnya, si Leman tu nakkan si John Master, bukan si Joyah!’

‘ Awak ni, diam. Saya nak Joyah yang jadi menantu saya, bukan budak Darlie tu, awak faham? Duduk diam-diam sikit, bergerak ke sana ke sini. Dah lah badan kalah anak badak.’

‘ Abang ni..’ Muncung panjang Mak Timah dibebel Lebai. Aku goyang sekali basikal tua ni, baru padan tergolek dua-dua. Aku gemuk pun sebab nak lahirkan anak kamu la, Tok Lebai Kering! Ha, ambik kau, kering sekali aku bagi! Bebel mak Timah sambil matanya memandang ke laut lepas di kampung mereka. Terbayang muka si Darlie, comel jugak budak tu sebenarnya.. senyum nipis terukir di bibir tuanya mengenangkan kecomelan si Darlie itu.

**

‘Ikut mak pergi mandi bunga. Kamu ni terkena sampuk apa entah, sampai orang datang nak meminang kamu, terus ubah hati minang orang lain pulak! Tu la, perangai macam anak setan, cuba la jadi perempuan Melayu terakhir sikit, Hana. Geram betul dengan kamu ni!’ Piat telinga kanan, sakit.

‘ Mak. Kan Jo dah beritahu mak, Jo tak nak kahwin lagi. Muda lagi la, mak. Buat apa nak kahwin awal-awal? Nanti siapa nak tolong abah turun laut kalau Jo dah kahwin?’

‘ Ahh, takde. Mak dah phone-call Mak Su Jerang, kita pergi rumah dia, mandi bunga. Dia kata elok sekarang ni, bulan tengah mengambang.’

‘ Aduh, mak. Jo tak percaya la benda karut-marut ni. Mak Su Jerang tu yang patut mandi bunga mak, dia tu dah keriput pun tak kahwin-kahwin. Nampak sangat mandi bunga taik ayam Mak Su Jerang tu, mak.’

‘ Mana kamu tau dia tak kahwin?? Memandai suka-suki kamu je kan buat cerita? Laki dia meninggal masa kamu tu takde lagi, faham? Mulut tu kenapa cabul sangat? Ada je kan benda kamu nak menjawab?? Aku luku jugak karang budak ni.’ Geram dengan si anaknya itu.

‘ Mak, please. Jo tak nak kahwin lagi. Jo nak jaga atuk. Dia kan tak sihat?’

‘ Banyak la alasan kamu. Atuk tu mak pun boleh jaga, tak perlu suruh kamu jaga dia. Umur dah meningkat, patut kamu tu pergi kahwin, bagi cucu pada mak ni. Ini adik sendiri pun dah langkah bendul, nampak sangat perangai tak senonoh kamu tu sampai orang pun tak nak. Bersiap! Mandi bunga malam ni!’ Suara kuasa veto kedengaran di situ.

‘ Mak, Jo tak nak mandi bunga taik ayam!! Tak nak, mak!’

‘ Dengar cakap mak. Memang bukan mandi bunga taik ayam, ini mandi bunga tujuh jenis bunga, kamu tahu? Sejak bila entah orang mandi bunga pakai bunga taik ayam?? Merapu betul!’

** hopefully dapat habiskan novel baru ni dgn tenang :) panjangnya mbayangkan 'NOVEL' itu.. uhuuu.. hepi reading then!