Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 25 Oktober 2013

Sneak Peek Hero Aku Tomboy 4


" Weh, cukup-cukup la berangan-angan di siang hari," Faz tolak bahu aku. Sakit la, aku bising dalam hati. Tak la sakit pun, sakit hati aje dia kacau daun masa aku tengah berangan-angan tentang dia.
" Rul, kau ada perempuan lain, eh? Aku tengok kau dah macam jatuh cinta," soalnya membuatkan mata aku membulat, mulut aku menganga. Baik punya lontaran soalan, tapi apa kes pulak ni..
" Apa kes aku nak ada perempuan lain pulak ni, der?" aku bertanya balik tanpa menjawab persoalannya. Nak jawab macam mana, tak ada jawapan sebab aku jatuh cinta dengan dia, bukan dengan orang lain. Sadis!
" Ye la, orang kalau tak angau, dia tak termenung sambil sengih-sengih macam kerang.. kerang apa?"
" Kerang busuk la,"
" Haa, kerang busuk. Uhh, kerang busuk buat bakar pun sedap kan,"
" Gila,"
" Hui, sedap mengutuk? Kau ada orang lain, kan? Kan? Baik kau mengaku,"
" Weh, orang lain apa benda nya, aku fikir assignment la," aku mengalih topik.
" Mengaku aje la, kalau ya, aku tolong kau. Siapa? Godzilla ke Wawa?" bisiknya padaku yang sedang duduk di atas divider jalan bercat hitam putih. Bila masa entah minah ni duduk sebelah aku, aku pun tak perasan sebab duk sibuk berangan. Aku bukan nak curi tulang, tapi memang kerja yang aku patut buat dah tak ada. Pelanggan ada, tapi banyak yang nak beli ice blended dengan makanan ringan lain, rojak tak berapa laku sangat. Jadinya, kerja untuk aku memang tak ada.
" Perfectly insane!" aku menyumpah isteri aku. Dia kalis, tak marah pun, siap sengih lebar lagi. Woo, benar-benar gilakah?
" Hu hu, ala kuci-kuci, kau tak payah malu-malula dengan aku, kalau kau suka, kau cakap aje, senang. Aku no hal, anytime boleh tolong kau," kau gila ke apa, Faz? Kau boleh baca aku dah jatuh cinta, tapi aku jatuh cinta dengan kau, tak kan kau tak boleh baca?? aku mengeluh.
" Kau sedang mengarut, sekian,"
" Ala, Rul, relaks la, beb," katanya selepas melihat aku bangun daripada terus duduk di situ di sebelahnya. Serius, dia buat aku berdebar, walaupun dia macam pengecas yang mengecas bateri jiwa aku yang hilang bila dia tak ada, tapi dekat dengan dia buat aku kadang-kadang jadi macam orang bodoh. Nak cakap aku jatuh cinta dengan dia pun aku tak berani.. fuh, aku sendiri tak tahu kenapa.
Dan kebetulan, strawberi untuk strawberi dengan krim putar yang dah dipotong habis, aku tawar diri untuk memotong. Aku jeling dia dari jauh, dia sengih lebar macam dunia ni dia yang punya dan sangat aman, tak ada masalah, sambil mulutnya bertanya, 'siapa?'. Aku mencebik dan meneruskan kerja aku. Dalam hati aku tetap gembira dia berada di situ..