Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Sabtu, 22 Jun 2013

Komen anda utk Hero aku Tomboy

Salam semua. dah nk dekat sebulan jugak HAT berada di pasaran. masih suam2 kuku dan melalui psaingan yg sgt sengit dgn novel2 lain hehe antaranya novel kak suri, kak hanni n kak zura (ssid). utk awal bulan di popular, HAT di carta no 5, mggu kedua jatuh ke no 13. tp alhamdulillah masih masuk jugak dalam carta popular. ada yg dah dapatkan awal2 dgn KN dan jgak dgn popular n dah tinggalkan komen-mengharukan-jiwa-arisa. alhamdulillah terima kasih semua.

kbykannya tgglkan komen di FB, di blog ni xberapa ada hehe mgkn kah xada ruang ataupun xde org yg sudi nak komen *hehe wat2 muka sedih mntk simpati. ehh gedikla arisa* ok stop mengarut, jadinya arisa alu2kan komen yg bagus atau pun x, arisa terima tp tetaplah dgn harapan kalau blh kritikan tu kritikan yg mbina, tegur arisa dgn bhemah sbb arisa ni xler seteguh hati Faz or Zack yg tahan maki hahaha.

arisa dahulukan dgn ucapan terima kasih atas semua sokongan utk arisa selama ni, utk pmbaca silent reader, para pengomen dan pkritik, tkasih sbb masih ada utk arisa, tharu sgt ! tanpa bantuan Allah dan sokongan korang semua, xada dah arisa di sini utk bkongsi hasil tulisan yg xseberapa ni. tkasih semua arisa syg korang semua walaupun korang xsyg arisa pun xhape la hhihi :) semoga arisa mampu utk teruskan pjuangan di medan penulisan ni, selagi ada yg menyokong, aminn. tkasih semua, syg korang muaxx2


Khamis, 13 Jun 2013

Untuk Kita..

sedikit pengajaran utk kita yg selalu leka..



gambar ihsan pokcik gugel


td dengar cerita seorg pbantu rumah dr Indo, ada seorg tu katanya dah mninggal, dah mandi kafan semua dan dah kebumi, tp maknya rasa xsedap hati, suruh digali balik kemudiannya (tak pasti brp lama dalam liang), & dia bgun balik. dan dia kata 'nak solat zuhur', dia pun bangun dan solat, belakangnya dah ada mcm bekas berbirat mcm kena libas ssuatu. bila tanya dia diam, dan esoknya izin Allah dia meninggal. 

“Hingga apabila telah datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata, “Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku beramal shalih terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan dihadapan mereka ada barzakh sampai hari mereka dibangkitkan.” (Al Mukminun: 99-100)

#solat itu wajib, kita pun xtau apa yg tjadi pd arwah tsebut masa dia mati dan dikebumikan smntara, tp yg tnyata, dia xsempat solat.. mungkin Allah makbulkan doanya utk kembali ke dunia utk solat dan beri pengajaran pd kita. wallahualam.. jom cuba solat di awal waktu sbb kita xtau bila kematian akan mjemput kita. astaghfirullah

Rabu, 12 Jun 2013

Sneak Peek 3 Hero aku Tomboy


Sneak Peek 3 Hero aku Tomboy 

" Rul! Aku nak berenang! Jom la, jom la, teman aku, tengah hari dah nak check out," ujar Faz sambil menarik-narik lengan baju aku. Dah la pendek, lagi nak ditarik-tarik. Aishh, sekeh karang, menangis. Aku bebel sendiri.
" Faz, hujan ni, mana boleh berenang, bahaya," aku menolak sambil terus mengulang hafalan aku di dalam hati sambil berbaring di sofa. Mataku pejam sambil membayangkan ayat-ayat di dalam Surah al-Mutaffifin.
" Aku suka main hujan, jom la," aku jeling dari sudut mata, dia buat muka anak kucing kesian.
" Faz.."
" Rul, please... please.. kalau kau tak nak, aku ajak mangkuk Finland," nak ajak cengkerik goreng tu?? Oh, tidak sama sekali, langkah mayat aku dulu! Aku terus bangun dan menukar baju. 
" Jom, tapi be careful, janji?"
" Janji.. kau kan ada. Kalau jadi apa-apa pun, aku tau kau ada,"
" Emm, aku ni manusia, Faz. Kau mana boleh mengharap seratus peratus pada aku, kau patut mengharap pada Dia, Tuhan kita, tahu kan, sayang..?"
" Ya, ya, aku tahu. Jom la cepat," katanya dan sekali tarik, dia heret aku lagi. Dah macam anak patung beruang tapi ada nadi dan boleh berjalan, serta ada perasaan.
" Faz.. sebelum tu.. kiss aku dulu," aku tarik tangannya kembali dan dia terhenti di depan pintu utama villa.
" What the peach?? Buang tabiat?" matanya membesar dan dahi berkerut memandang aku. Aku menyuakan pipi. Dia mencebik sementara sebelum bersetuju. " Okay, tutup mata," aku dengan naifnya menutup mata sambil tersenyum. Okay, dia dah cium, tapi, kenapa rasa basah??
" Meoww," kedengaran bunyi kucing mengiau dan ketawa kuat Faz.
" Faz! Kau memang nak mati!" aku terus mengejarnya kerana dengan segala benda di dunia ni, dia bagi anak kucing cium pipi aku! Mana datang anak kucing tu pun aku tak tau, sesat dari penghujung dunia kut! Dia berlari dengan menggendong anak kucing hitam putih yang tak bersalah tu, jangan terlepas dan terpelanting masuk laut sudah. Kesian anak kucing yang berkenaan dibawak lari ke hulu ke hilir.
" Ha ha, okay, okay. Cukup. Aku.. dah semput gila.. ni," dia berhenti menyerah kalah. Di dalam hujan renyai begitu aku berlari berkejaran dengan dia. Anak kucing tadi diletakkan ke bawah, dan kesian, anak kucing tu duduk aje di tepi, trauma kut, terasa macam diculik sebentar. 
" Rul, jom bawak balik dia nak?"
" Kau nak jaga ke?"
" Aku suka anak kucing, tapi papa tak bagi bela, kau la belakan, nanti aku lawat tiap-tiap hari,"
" Banyak cantik kulit kau, aku nak bela kat mana?"
" Belala mana-mana, rumah mak kau?"
" Mana boleh bela binatang kat flet, kau ni,"
" Emm, kesian kat dia, dahla comel. Dan bertuah sebab dah kiss kau, ha ha," sebutnya mengusap bulu anak kucing itu yang sudah agak basah disirami air hujan. " Sayang, kau sejuk?"
" Huh? Tak,"
" Aku tak cakap dengan kau la, aku cakap dengan dia. Perasan," aku ketawa menutup malu. Ha ha, gila bertuah la kalau dia nak panggil aku sayang, kan?
" Ada ke cakap dengan kucing,"
" Dia faham la apa aku cakap, kan, sayang kan?" usapnya lagi sambil dibawa ke dadanya apabila anak kucing itu kelihatan seperti kesejukan. Hu hu, bahagianya kalau aku jadi anak kucing tu.. " Rul, dia sejuk la," Faz meletakkan anak kucing tersebut untuk sementara waktu dan terus memegang bawah tshirt hitamnya dan membuka baju tersebut, tinggal singlet berwarna putih yang tadi berada di dalam.
" Faz! Kau buat apa??" soalku sambil terus memeluknya pantas. 
" Woi! Aku yang patut tanya, kau buat apa??" soalnya kuat sambil menolak tubuhku.
" Faz, mana boleh pakai macam ni?!"
" Okay, kalau tak boleh pun, perlu ke kau peluk aku??"
" Ye la, aku tak nak orang lain nampak, pakai balik cepat, aku bukak baju aku," aku segera membuka baju dan mata Faz membulat, dan dia segera memalingkan mukanya. Aku rasa pipi aku panas, air liur terasa pahit lain macam dan aku tak faham kenapa Faz nak palingkan muka? Padahal pernah aje dia nampak aku tak pakai baju siap komen badan aku kalau macam the Rock tak apa jugak nak tayang-tayang, ha ha. Kehadiran buggy yang bunyi enjinnya antara dengar tak dengar itu mematikan lamunan aku. 
" Sayang, buggy tu," aku menariknya ke tepi bila dia tak bergerak langsung untuk memberi ruang buggy tersebut lalu. Dan Tuhan aje yang tahu betapa dekatnya aku dengan dia. Terasa nafasnya yang panas, dan debaran di dadanya. 
" Kenapa?" aku bertanya lembut, menghilangkan rasa dan debaran di dalam dada sendiri juga. Dia tenung mata aku. Aku balas tenungan dia dan aku telan air liur lagi bila bau minyak wanginya menusuk dan mengganggu deria sensual aku. Aku terasa kawalan aku hilang dan aku nak..

#yang masih belum mdapatkan novel HAT, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran , tkasih semua ! 

Ahad, 2 Jun 2013

Beli Novel Hero aku Tomboy daripada Arisa ;)

Salam semua, semoga sihat sentiasa hendaknya :)

Alhamdulillah syukur kpd Allah, dan terima kasih kpd semua, novel HAT dah berada di pasaran, di Popular ada yg khabarkan dah ada stok. sesiapa yg bminat blhla dptkan di kedai buku Popular ye dan kedai2 buku yg lain, kalau xada tu mgkin lambat sikit ketibaannya ke sana hehe.

ataupun kalau ada pbaca yg bminat nak dapatkan drpd arisa pun boleh tak ada hal, tapi harga up sikit drpd harga asal yakni

ke S.M RM29 (RM24+RM5 pos)
ke S.S RM33 (RM24 + RM9 pos)

arisa akan sertakan tandatangan yg xberapa la nak hensemnya itu dan jugak sedikit cenderahati yg ntah la comel ke x hehe. kalau bminat blh lah tinggalkan emel anda kat sini, nanti arisa akan jejak kembali ye :) tkasih kpd semua,

dgn hrpn yg besar semoga semua pbaca bpuas hati dgn karya kedua arisa ni, arisa hanya mampu bdoa n tawakal, semoga semuanya baik2 belaka. tkasih sekali lagi :) ! alhamdulillah. oh ya jgn lupa tgglkan emel kat bhgn komen ye tkasih semua !