Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Selasa, 30 Julai 2013

Pirates D'amour 4


Bab 4

" Makan la, beb. Ini dah termasuk dalam term and conditions, kan?" Ian seru aku yang dok merenung spagheti masak kicap. Ada ke masak kicap? Resepi mana dia cekup ni aku tak tau la. Beragak la sikit, Ian oi! Spagheti orang masak dengan sos tomato, bukan dengan kicap hitam bak katanya awal-awal tadi.
" Beb, kau masak apa benda ni? Takut aku nak makan," aku teleng pada Alex. Macam biasa, dia tetap tenang sambil menyuap spagheti masak kicap ke dalam mulut.
" Aku jumpa kat kedai tadi. Dia kata boleh masak macam-macam, murah pulak tu, so aku beli ajela. Ni kicap soya, lupa nak beritahu kau," Ian membalas dengan muka tak ada perasaan. Aku tenung lagi. Dah la kosong, daging pun tak ada, apatah lagi sayur! Tak cukup khasiat ni!
" Kalau makan ni hari-hari, matila aku, weh," aku kuis-kuis makanan tak cukup khasiat tu dengan hujung garfu.
" Kau sila diam, kau kena ingat, kita ni tak ada sumber pendapatan, bersyukur dengan apa yang ada!" ambik, kena seketul! Aku terkulat-kulat. Alex pandang aku yang kena marah dengan Ian. Apapun, apa yang Ian cakap memang betul..
" Luke, try dulu. Tak ada la teruk sangat pun rasanya," Alex menumpahkan simpatinya pada aku. " Ian, sabar," Alex memujuk Ian yang muka dah merah nak terkam aku. At the end, mungkin Ian dah sampai tahap kesabarannya nak layan kerenah aku yang mengada-ngada sangat ni. Terasa menyampah dengan diri sendiri yang tak boleh terima kenyataan dan adapt dengan suasana sekeliling. Aduh!
Aku pun dengan muka masih menagih simpati menyuap spagheti masak kicap resepi terbaru chef tak bertauliah yang bernama Ian itu ke mulut. Aku gigit-gigit sikit dan telan. A'ah ye, tak ada la teruk sangat rasanya. Masih boleh dikategorikan sebagai makanan untuk manusia. Aku pun makan dengan rupa orang kebuluran kemudiannya. Yela, aku memang tengah kebuluran pun, sebab sekarang ni ekspedisi mencari harta karun dah bermula.
Pagi tadi, Ian sediakan roti makan dengan jem aje. Aku mana makan sangat, aku selalu makan bijirin sarapan pagi dengan susu, telur hancur dengan sosej bagai, jadinya aku buat mogok lapar tak nak makan. Aku tahu Ian bengang dengan aku, tapi dia tahankan sebab malas nak bergaduh. Kesian kau, Ian.. hu hu.. dalam diam-diam, aku cuba untuk kikis perasaan nice-nice dan adapt dengan rupa sebenar aku yakni Lucas!
Selepas makan, aku cuba kaji peta yang menyatakan tentang harta karun yang ditinggalkan oleh seorang raja yang membina sebuah pulau untuk menyimpan hartanya dan juga beberapa orang gundik. Peta ni mengarah ke Kepulauan Melayu. Tempat Hang Tuah mangkat dijulang dan Puteri Gunung Ledang yang rupawan. Wah! Tapi, dengar-dengar kat sana dah ada KLCC dan Putrajaya, apa kejadahnya ada lagi harta karun, tak gitu?
" Kau rasa tempat ni kat mana?" aku tanya pada Ian, Alex dah mula menjalankan tugasnya menjadi pengemudi bot.
" Entah, beb. Aku tengah risaukan duit untuk isi minyak ni. Makan minyak kuat bot ni, weh!"Ian letak ibu jari dan jari telunjuknya di kiri dahi. Muka berkerut, boleh ganti aku. Ahai, makin cepat tua la kalau macam ni selalu. Hu hu, kesiannya kat kami ini..
" So, macam mana? Terpaksa la kau dengan Alex jadi gigolo sementara waktu, amacam? Ha ha ha,"
" Heh, cakap biar benar sikit," kena luku sekali.
" Beb, ada pulau la. Apa kata kita berhenti kejap kat sana," Alex memberi cadangan selepas beberapa minit tiada perbualan antara kami. Good boy! Aku angkat kening. Dah lama tak turun pulau. Menyesal pulak aku duk memperhabis duit kat bandar sampai tiga bulan lebih, kalau buat adventure macam ni awal-awal pun aku agak mesti duit tak kering macam sekarang! Oh sudah-sudah la tu Lucas, benda dah jadi, kau menyesal pun tak ada gunanya. Band katak puru masih dalam kenangan.
" Okay jugak tu, boleh rehatkan bot sekejap, dan kau, ikut aku!" arah Ian sambil menunjuk ke arah aku. Aku? Aku tunjuk ke muka sendiri. Eh, eh? Aku amah ke, bukan sepatutnya kau?
" Apesal pulak ni?" aku buat muka tak puas hati.
" Ikut aje, jangan banyak soal. Ingat janji kita," okay, terma dan syarat la tu. Nombor lima, ikut cakap Ian sebagai ketua lanun pencari harta karun. Cess!
Ian buka pintu tempat penyimpanan senjata api dan mengeluarkan sejenis senapang patah dan diberi kepada aku. Dia pula mengambil busur pemanah. " Test power, jom!"
" Alex?" aku bertanya sementelahnya Alex baik aje melepak dah atas pantai putih pulau tersebut. Enjin bot dah dimatikan. Aku turun dari bot, kaki mencecah air jernih berwarna kebiruan. Ikan-ikan cantik kelihatan berenang-renang riang. Aku terhibur melihat mereka. Masa di bandar Weston Green, jarang ada ikan datang dekat, mungkin sebab banyak bot yang diparking secara berjemaah di kawasan tu, membuatkan ikan-ikan kurang gemar untuk bersuka-ria di situ.
" Alex jaga bot, nah!" Ian lempar sebilah pisau rambo yang berbaju kepada Alex, dan disambut dengan senyuman di bibir. Like a victory gitu. " Kalau ada apa-apa, walkie-talkie aku, keh," Ian sempat berpesan kepada Alex.
" Okay, jaga diri, Luke," Alex berwasiat dengan senyuman yang jarang lekang daripada bibirnya. Aku angkat ibu jari tanda bagus, ala-ala ikon 'Like' pada Facebook. Wah, sempat lagi!
Aku ketap bibir. Pergh, dah lama tak test power ni! Aku tarik nafas panjang sambil mengekor Ian dari belakang, masuk ke dalam hutan yang agak tebal. Aku pun tak pasti pulau ni berpenghuni atau tak.
" Beb, ikut rapat sikit. hutan ni tebal, jangan sampai hilang," Ian tarik pergelangan tangan aku supaya merapatinya. " Get ready dengan shot gun, cek peluru,"
Aku dengan kekok tak kekoknya memeriksa senapang patah tersebut seperti biasa, terus aku teringat pada daddy.. apa khabar daddy agaknya?
" Weh, jangan berkhayal! Cepat, aku dah nampak sasaran kita!" aku kembali ke alam nyata kemudian, dan terus mengangkat senapang untuk bersedia jika aku perlu menembak. " Bet, kalau kau dapat seekor haiwan tak kira jenis apa pun, aku masak sedap untuk kau. Kalau tak, spagheti masak kicap ajela hari-hari, okay?" " Okeh, deal!" masakan sedap adalah heaven! Aku terus bermotivasi tinggi untuk membunuh! Wah! Membunuh tu, kelas kau, Maria!
" Shh.. kau nampak apa aku nampak?" Ian berbisik. Aku pandang dia, dengan muka serius kalah askar Tripoli, aku angguk pada dia. Dia dah bersiap sedia dengan anak panah pada busur. " Aku bagi chance kau test power dulu,"
Dalam debaran, aku kuatkan hati. Aku tekan picu senapang patah semi-auto buatan Itali itu dengan gaya hensem semulajadi (ceh), selepas aku dah target dengan baik punya. Bunyi peluru yang berlari keluar mengejutkan hutan yang sunyi, burung-burung segera berterbangan dengan bunyi ciapan yang bising. Dan yes, seekor kijang jatuh di tangan aku! Pergh! Aku memang terer atau ini adalah nasib baik untuk aku dapat makan sedap?!
" Huwaa! Berjaya, beb!" aku lompat rendah sambil menggenggam penumbuk, tanda excited super gila!
" Impressive!" puji Ian pada aku. Terus lah aku perasan dan membanggakan diri sendiri. Aku dan Ian berjalan ke arah mangsa yang dah jatuh tadi. Adakah ini yang dikatakan rezeki tergolek? Yang pastinya aku dah terbayangkan kijang panggang untuk dinikmati sambil merenung-renung langit yang indah, ditemani sepoi bahasa angin laut, bersama ombak berlari-lari menerjah gigi pantai. Oh, double triple heaven!
Tak sempat sampai kepada kijang yang bernasib sedikit malang tu, kedengaran semak ditolak dengan laju seperti ada sesuatu yang sedang berlari tak jauh daripada tempat aku dan Ian berjalan. Aku terkedu dan terus mematung. Ian memicing telinga. Muka dia mengisyaratkan isyarat 'berjaga-jaga'. Aku letakkan jari pada picu, bersedia untuk melepaskan peluru jika ada bahaya menjengah. Daripada gaya bunyi semak yang sedang diteroka tu, aku dapat bayangkan sesuatu yang besar dan berat. Err, apa benda agaknya? Adakah dinasour zaman prasejarah hidup kembali? Kemungkinan itu tetap ada!

Khamis, 18 Julai 2013

Pirates D'amour Bab 3

" Tak apa, kau jangan risau, beb. Apa pun aku dan Alex akan lindungi kau," Ian memujuk aku lagi. Aku gigit-gigit hujung batang bunga ros merah tua yang aku suka beli dan letak di dapur. Aku suka bunga, dan ini adalah salah satu cara pembaziran sebab satu kuntum harga paling koman satu setengah dolar. Haih. Aku pandang dapur yang putih bersih dan berkilat selepas digilap oleh Alex. Emm, multi tasking sangat dua-dua bodyguard aku ni. Tapi, diorang memang sangat amanah dan bertanggungjawab, padahal boleh aje kalau nak tinggalkan aku seorang diri terkontang-kanting, tapi diorang tak buat, ikut aje apa yang aku nak dan suruh, walaupun Ian suka bertikam lidah dengan aku.

Aku tarik nafas lagi. " Kalau ada polis marin, macam mana?"

" Ala, baik punya senang aje, beb. Sebelum apa-apa, rancangan kena ada, dan kena rapi. Plan A, plan B dan C, selalunya memang akan lepas dengan selamat la, beb," Ian menjawab dengan tenang. " Sekarang ni dah nak masuk musim sejuk, takkan kau berharap nak mati keras dalam bot ni kot? Kita kena ada perlindungan lain,"

Aku baru terfikir selepas apa yang dikatakan Ian itu adalah sesuatu yang benar. Gila la kalau nak mengeras di dalam bot ni, haih lagi la sadis kalau macam tu! Aku pegang dahi. Tiba-tiba rasa nak demam, uhu.. aku tak ada jawapan untuk persoalan ni. Serabut sungguh aku rasa!

Err, perlukah go with the flow aje bak kata Alex? Aku berfikir lagi sambil mengarahkan pandangan pada Alex yang sedang menghabiskan masanya menonton TV LCD berhampiran kami. Hari ni aku malas nak angkut segala instrumen muzik untuk ke bandar buat band katak puru tersebut, jadinya melepak aje di dalam bot. Serius jugak rasa tak berbaloi langsung kegigihan usaha aku dan dua orang lagi menghiburkan orang, tapi hasilnya tak setimpal. Aduh, gamaknya dapat dua tiga dolar tu pun sebab orang kesian aje kot tengok ke muka ala-ala sadis kami ni. Ye la, hari-hari buat bising kat port yang sama, tapi aku rasa aku patut bersyukur dan rasa bertuah sebab tak kena baling dengan telur tak pun tomato. Itu pun kira dah cukup bagus! Kan?

" Apa rancangan awal kau?" aku soal Ian. Dia angkat muka daripada terus membaca surat khabar tadi, muka dia nampak bercahaya. Dia senyum. Terbaik dari laut!

" Sir tak bagi aku libatkan kau dengan bisnes dia, jadi kita buat kerja merompak ataupun menculik, kau nak yang mana dulu?" aku telan air liur dengar.

" Err, kita cari harta karun aje, boleh tak?" aku kelip-kelip mata. Huduh benar kalau Lucas yang buat, kalau Clarissa boleh la kuterima.

Ian menggenggam penumbuk. " Okay, kau buatla apa kau nak, Luke. Malas dah aku," dia bangun dan keluar, tuju ke arah jeti dan berjalan dengan laju. Dia marah aku ke?   Dia hilang dari pandangan aku kemudian. Aku tau kalau sekali aku dah ambil keputusan ni, aku takkan dapat untuk patah balik lagi. Sekali kau declare kau nak buat jahat, untuk kembali kepada hati yang suci-muci macam sekarang ni, dah tak mudah seperti sebelumnya. Aku duduk mengecil di sisi Alex. Alex berpaling dan hadiahkan aku kuntuman senyum mesra. Lega sementara aku rasa.. hensem Alex ni. Haih, apesal bodyguard aku ni hensem-hensem? Aik, tergodakah? Ngee.. Lucas, sila sedar diri sikit, sekian.


Malam tu aku duduk-duduk di jati berhampiran dengan bot. Ian masih tak balik, aku pun tak tau dia ke mana, cuma ada Alex aje tengah berbaring dengan muka tenang di dek bot sambil dengar radio menggunakan headphone. Alex memang seorang yang cool dan pendiam. Berbeza dengan Ian, banyak mulut sikit dan suka membebel, tapi tetap charming gitu, aww! Aku masih diburu rasa bersalah apabila memikirkan tentang Ian yang dah rupa malas dah nak bertoleransi lagi dengan kehidupan aku yang ala-ala putera raja yang begitu baik ini kononnya.. aku pun hairan dengan diri aku, kenapa aku tegar sangat nak bagi Clarissa yang ambil alih pemikiran aku, bukan Lucas?? Aku tersepit!

Dalam aku berkerut berfikir, Ian muncul. Di tangannya ada tiga kuntum ros merah. "  Hai," dia tegur aku.. aku berpaling dan mendongak padanya yang mula bersedia untuk duduk di sebelah aku. Aku senyum nipis. Aku rasa bersalah dan berbelah bagi.. "Untuk kau,"

" Err..?"

" Ya, untuk kau. Aku mintak maaf berkasar dengan kau petang tadi. Aku tak patut buat macam tu. Apa pun, kau tetap bos, aku tetap orang bawahan kau,"

" Jangan cakap macam tu, kau kawan aku la, beb. Kawan marah kawan, biasa la kan? Ha ha," aku gelak tipu dan cuba bertenang. Bau bunga ros yang aku sambut tadi memang menenangkan. Aku senyum di dalam hati. Hamparan langit berhias bintang aku pandang. Sedikit lega lepas Ian kembali.

 " Aku dah fikir, aku akan terima usulan kau, tapi dengan syarat,"

" Usulan aku? Yang mana?" aku teringat beberapa usulan aku yang aku cadangkan pada Ian sebelum ni, contohnya aku nak masuk kolej untuk sambung belajar, aku nak ubah kembali identiti aku kepada Clarissa sebab aku rasa aku lebih mengarah kepada Clarissa bukan Lucas, aku nak ikut daddy dan mama, dan banyak jugakla usulan aku yang lain, dan usulan mana yang dia maksudkan? Harap-harap dia bagi aku jadi Clarissa balik dan kembali pada daddy dan mama! Yeay! Harapanku subur kembali!

" Cari harta karun untuk teruskan hidup,"

" Erk?!"

" Kau yang nak, kan? Jangan nak kata kau ubah fikiran lagi?" Ian membaca fikiran aku. Dia dah masak sangat dengan aku yang suka ubah fikiran di saat genting. Aish, failed! Macam mana nak jadi ketua lanun kalau macam ni??










Rabu, 10 Julai 2013

Pirates D'amour Bab 2

Aku jalan seorang diri di jalan yang menempatkan deretan kedai dan rumah-rumah di tepi pelabuhan Westcourt. Bandar ni tak besar mana tapi sangat cantik pada pandangan aku. Lampu-lampu jalan yang unik menghias malam yang gelap dan sunyi. Bau air masin dah lali di rongga hidung aku. Agak lama aku menetap dengan gaya orang tak ada kerja lain selain buat band tak laku di tengah-tengah bandar di bandar ni. Bandar Weston Green Boulevard ni memang cantik seindah namanya. 

Aku menyepi, Ian dan Alex dah lama berdengkur. Tak boleh harap punya bodyguard, aku keluar diam-diam pun boleh diorang tak sedar. Kata bodyguard terbaik. Ceh, berangan aje lebih dua-dua ekor, aku membebel sendiri. Aku duduk sebentar di depan kedai gunting rambut dan spa. Aku sedar yang aku banyak menghabiskan duit tinggalan daddy dengan mengunjungi spa, minta orang spa syampukan rambut aku, stylekan sikit, padahal aku boleh aje buat sendiri. Makan pulak nak hebat selalu, wain memang tak boleh tinggal, betulla macam apa yang Ian kata. Eh, pengakuan! Aku masih tak dapat terima hakikat dan tak boleh nak kikis perasaan-anak-orang-kaya lagi, walhal benda tu dah lama terkubur. Aku tarik nafas yang terasa berat. Dahi berkerut. 

Terngiang di telinga apa yang dikatakan oleh Ian petang semalam. Pergh, serius terkejutlah, beb! Aku memang pewaris empayar daddy rupanya! Err, empayar la sangat..

" Sir tinggalkan kita dengan ni. Sir suruh aku beritahu kau kalau dah sampai masanya, dan aku rasa sekarang memang masa yang tepat,"

" Woo.. gila, gila, gila! Double gila!" aku terus menganga sebab tak boleh terima kenyataan lepas melihat apa yang ditunjuk oleh Ian. Dia buang rokoknya ke tepi sambil menghembuskan asap yang membakar hingga ke dalam. " Woi, suka hati kau aje, kemas bot lepas ni!" aku pantang dengan orang yang suka buat sepah kat tempat tinggal aku. Ian mencebik. Tak puas hati sebab dia kena buat semua benda. Bodyguard aku, amah aku, penyanyi band aku dan nanny aku. Wah, nanny! Hiks!

" Yela, aku tau. Sekarang, apa yang kau rasa?" Ian bertanya pada aku lepas muka blur campur marah tadi aku padamkan.

" Apa kita nak buat dengan benda ni semua, beb?" 

" Kau rasa?"

" Aku rasa.. uhh, rompakan ala-ala pirate tak bertauliah?" aku jawab sambil telan air liur. Sakan betul! Daddy tinggalkan senjata api pada aku! Ini memang idea pemusnah jiwa aku yang baik dan suci ni! Cis, macam la baik sangat, kan.

" Pandai," Ian sengih tepi.

" Gila! Kau rasa ni idea bernas ke, weh??!"

" Habis, dah kau rasa tak boleh hidup dengan buat band tak laku tu, apa lagi kita boleh buat? Aku pun dah lama tak test power dengan sniper ni," Ian angkat sebuah senjata yang berat yang dipanggil sniper. Duh, gila tak gila. Tak kusangka, rupanya bot ni ada tempat simpanan khas yang menyimpan pelbagai senjata api selain bom dan pisau, tak ketinggalan pedang dan pemanah. Oh, aku lupa. Daddy adalah pengedar senjata api secara haram di samping bisnes buat bangunan-bangunan tinggi di kotaraya HeatherBrook Spur dulu.. err.. daddy memang hebat.. tak dapat kusangkal lagi!

Aku baru aje nak jadi budak baik, tak nak warisi empayar daddy yang pada aku sangat merbahaya, tapi aku bagai tak ada pilihan lain lagi. Kau bayangkan la, daddy memang nak suruh aku jadi lanun tak pun perampok, kalau tak takkan la dia nak tinggalkan aku dengan speedboat, ditambah dengan pakej baik punya senjata api! Aiseh! Aku terus dihantui dengan dilema yang amat dahsyat!

Aku lebih berminat dengan gaya budak baik, pergi sekolah, balik sekolah, makan dengan sopan, pakai baju cantik, belajar tinggi-tinggi, kahwin dan bercucu cicit. Hi hi, mampukah??

" Dah, kalau kau sebut lagi nak bercucu-cicit depan hidung aku, baik kau pergi mintak sedekah aje kat bandar, aku dah tak sanggup lagi nak menyanyi dengan suara katak puru berjerawat ni," Ian mencelah bila dia pandang aku yang lama terdiam, motionless. Mesti dia ingat yang aku pernah sebut pasal impian aku dulu-dulu. Umpama mimpi di dalam mimpi ajela impian tu sebab takkan la aku nak kahwin dengan lelaki kut, tak ke gay sangat rupanya? Aku Lucas, okay, bukan Clarissa lagi! Ahai!

" Aduh.. kau memaksa aku ni, Ian!"

" Dah tu, kau nak harapkan band katak puru tu untuk teruskan hidup? Beb, tak cukup der kalau kau nak hidup dengan band tu! Kau dah la perasan bagai putera raja, ni bot ni, siapa nak bayar duit maintanence nanti? Sewa tapak lagi!" Ian memburu aku dengan hujah-hujahnya yang sekian lama aku cuba nafikan.

Aku ketap bibir dan berkerut. " Alex, apa kata kau?"

" Go with the flow, Luke," Alex membalas sambil mengelap hujung pisau tajam yang diambil dari tempat simpanan khas senjata-senjata tadi. Dia sengih lagi. Aku rasa aku yang paling patut bunuh diri sekarang, Alex dan Ian boleh buat apa aje yang diorang suka sebab tak ada prinsip hidup macam aku. Prinsip diorang, buat aje apa pun, asalkan dapat hidup! Tapi aku.. aku nak bercucu cicit! Huwaa!

Alex kelihatan berbahagia dengan mata blink-blink melihat pada senjata-senjata yang ada. Yes, diorang dua adalah bodyguard, yang dah biasa dengan kerja-ada-harapan-untuk-mati-dengan-cepat ni.. aku, walaupun aku boleh dikatakan agak expert dalam menghandle senjata dan pedang, serta seni pertahan diri, tapi aku tetap kekok.. oh, kekoknya!

Kesian jugak kat diorang dua ni, ye la, dah lebih tiga bulan duk membuat kerja yang bukan kerja azali diorang, tak ke kesian? Kesian, kesian.. tapi, apa aku patut buat lagi? Mati kering bersama-sama? Epik Mahakarya Cinta sangat tu! Aiseh.. sadis..

Malam yang pekat aku harungi bersama kenangan pada daddy dan mama. Daddy yang sentiasa melatih aku untuk hidup berdikari sendiri, latih aku untuk belajar seni pertahan diri dan juga seni mengurus senjata, di samping mama yang buat benda sebaliknya. Mama suka bawak aku pergi salon, pergi shopping, cerita benda yang nice-nice seperti berkahwin, belajar dan bekerja makan gaji. Nice tak? Ehe, benda nice ni la yang buat aku macam nak terjun laut sekarang ni! Ahhh! Mama! Daddy! Apa patut Clarry buat sekarang??! Bagai nak gila aku berfikir!   

" Kau ke mana?? Bahaya la sorang-sorang! Kalau nak keluar, beritahu aku!" Ian menyinga bila dia jumpa aku yang tengah duduk menyandar di bangunan deretan kedai yang diperbuat daripada batu bongkah besar yang berwarna putih kelabu. Aku pandang dia dengan rasa tak bersalah. 

" Siapa suruh kau tidur terbongkang? Padan la muka kau,"

" Weh, aku ni ada tanggungjawab tau tak? Untuk jaga kau! Kau jangan buat hal! Bandar ni bukan sentiasa selamat. Ancaman ada sana sini!" Ian tarik pergelangan tangan aku.

" Nak ke mana, beb? Aku nak ambil angin la," aku protes sambil rentap kembali tangan aku. " Aku Lucas, Lucas! Bukan Clarissa! Aku boleh jaga diri!" aku berkerut dengan muka sakit hati. Muka marah Ian mengendur. 

" Sorry, kau tanggungjawab aku. Aku tak nak apa-apa jadi pada kau.. prinsip aku, jaga kau walaupun nyawa sebagai ganti!" Ian mendengus. Aku terpana.. jiwa nice-nice aku terus mengambil alih. Err..














Khamis, 4 Julai 2013

Pirates D'amour Bab 1

" Aduh, sakit kepala aku, weh! Duit dah makin berkurang, rezeki tak datang bergolek pulak ni! Tu la kau, nyanyi tu bagi sedap sikit, ini nyanyi kalah kerbau bergaduh sumbangnya!" aku bising sambil memicit kepala. Hari-hari cuba menagih belas kasihan orang dengan buat band muka sekupang kat bandar, aku jadi gitaris, Ian menyanyi dan Alex main drum. Kadang-kadang dapatla lima dolar, selalunya dua ke tiga dolar aje sekali main. Dah tu, sumpah tak sedap! Kalau masuk youtube, mesti unlike lagi banyak daripada like! Sakit kepala!

" Beb, kalau kau nyanyi lagi hampeh tak sedap langsung! Entah-entah kena baling dengan selipar jamban," Ian membalas.

" Weh, sedap mulut kau? Ingat sikit kau tu bodyguard aku, aku ni bos, jangan nak banyak songeh sangat, daddy dah bayar kau, jadi jalankan tugas!"

" Aku ni bodyguard, bukan penyanyi. Karaoke pun selalu kena kutuk, apalagi buat band jalanan, haih, aku tak faham la kenapa kau sibuk sangat nak buat band tak laku macam ni, beb?"

" Habis, kau nak aku buat apa? Aku ni berangan nak jadi arkitek, kau tau tak? Tapi, sebabkan masalah femili dan orang jahat lain, terpaksa aku kuburkan niat murni aku tu. kalau tak, ada jugak kerja aku boleh buat. Dah la nak tanggung diri sendiri tak lepas, nak tanggung kau lagi, Alex lagi, speed boat ni lagi, maintanence bapak mahal!" aku terus membebel. Rambut aku selak ke belakang. Alex diam. Ian mencebik. Ian memang suka cari gaduh, Alex pulak budak baik, dengar aje dan turut perintah. Dia selalu buat hal sendiri, jarang nak cari pasal.

" Okay, kalau macam tu, kau suggest apa patut kita buat sekarang?" aku bersuara selepas diam seketika. Aku teguk wine anggur yang sempat aku beli di bar de'Blanc di bandar. Mungkin lepas ni kena beli yang lagi murah daripada ni. Wine tak sesuai lagi untuk aku, mahal, bajet lari!

Ian berkerut pandang aku. Camar kelihatan berterbangan riang gembira di petang hari yang indah. Speed boat yang ada kabin, shower dan dapur ni memang dah lama jadi rumah aku dan dua lagi bodyguard tersebut. Daddy memang dah hilang tanpa kesan, apatah lagi mama. Aku jadi mati kutu semenjak aku ni tak ada kualiti daripada sudut pelajaran dan pekerjaan, apa aku boleh buat? Jadi tukang sapu? Heh, cukupla dulu, aku tak dapat terima kalau nak kerja macam tu lagi!

Kenangan lama berpaut di ingatan..

" Kau ni buat kerja macam mana, hah?! Bodoh ke apa?! Kalau nak mop lantai, letak la signage!"

" Weh, aku bodoh ke kau yang buta?? Ni signage baik punya besar kau tak nampak, nak salahkan aku pulak? Banyak cantik janggut kau??"

" Baik kau bayar ganti rugi!"

" Siot la mamat ni! Esh, gila mendatangkan marah betul!" aku dah angkat tangan nak bagi pelempang maut tak pun karate king bagi cerdik sikit, ada ke panggil aku bodoh padahal dia yang jalan tak tengok kiri kanan, sibuk sangat dengan iPad, padan muka bila tergolek macam nangka busuk! Tapi tak sempat nak bagi 'hadiah kedua' bila supervisor datang berdehem.

" Lucas, apa benda awak bisingkan ni?"

" Encik, dia buat saya tergolek, dah habis basah semua siap pakej sakit belakang! Tengok ni," aku dah buat muka harimau belang bila mangkuk ni tak padan dengan montel tapi kuat mengadu, pengadu domba rupanya! Cis! Dia buat muka kesian, mintak belas ehsan pada supervisor aku. Aku tahan gigi nak gigit batang penyapu, pergh geram gila ni aku rasa! Tak pasal karang aku hempuk-hempuk dua-dua makhluk adam ni dengan penyapu, tambah mop bersama, rasai hempukan maha perdana aku!

" Lucas, minta maaf sekarang," muka supervisor hidung tinggi kalah Eiffel Tower tu aku tenung. Mamat montel tadi senyum kemenangan. Ini tak boleh jadi! Salah siapa sekarang?? Ego aku berkata.

" Sir, bukan salah saya!" aku berkata tegas. " Montel ni yang jalan tak tengok kiri kanan," aku sambung kemudian sambil menunjuk ke arah sesuatu yang dipanggil dengan definisi montel. Mata si montel membesar. Apesal, mengganggu psikologi kau aku panggil kau montel? Ha ha, padan muka! Lain kali diet sikit! Tengok aku, tough memanjang, tak ada lemak yang tak diperlukan! Tiba-tiba angkuh sendiri. Eh?

" Lukas! Saya serius!" muka supervisor dah tak boleh blah bila aku menjawab. Okay, hari pertama dah buat hal. Oh, bukan hari pertama, tapi jam pertama aku kerja.. err, ni memang bukti kukuh aku tak layak membuat kerja semacam ni. Kan?

" Montel, sir, saya takkan mengalah kalau memang ini bukan salah saya. Saya dah cakap kebenaran. Kalau tak percaya, sir boleh tengok cctv, montel ni ke yang jalan macam ni nenek dia punya rumah, ataupun saya yang bersalah tak letak signage?" aku mencabar, dengan nada tak mau kalah langsung. Baik punya ego ni.

" Huh!" supervisor ketap bibir. " Sir montel.. ehh, sir.. saya minta maaf bagi pihak dia. Dia tak sengaja,"

" Weh, tak payah nak talam dua muka sangat la. Dah la, aku resign sekarang! Hipokrit! Aku tak suka orang hipokrit!" aku buka topi dan uniform biru yang aku pakai dan aku bagi pada supervisor tadi. Kasar aje aku letak pada dada dia, lepas buat gaya nak cepuk dua-dua makhluk tersebut, aku beredar dengan rasa membara di hati..

" Berapa lama lagi kita boleh bertahan?" suara Ian mengembalikan aku ke alam realiti. Lagu dari radio yang berkumandang menghias telinga.

" Entahla, beb. Duit sekarang tinggal 15 ribu aje, aku dah membayangkan kita mati kering.. takkan nak jual bot ni kot?"

" Tula, kau boros sangat. Makan nak hebat selalu, dah tu tak nak makan kalau aku masak,"

" Dah kau masak daging panggang rasa macam makan arang, keras macam kayu, pahit macam abu, takkan aku nak telan jugak? Karbon kot!" Ian berkerut tak puas hati. Aku tuang lagi wine ke dalam gelas. Aku goyang-goyangkan gelas sebelum aku teguk air berwarna merah tersebut. Pain killer pun tak boleh hilangkan sakit kepala aku ni! Aku tak ada basic untuk hidup berdikari tanpa makanan sedap dan hidup yang selesa. Macam mana?

" Sir ada pesan sesuatu pada aku," Ian menyebut tentang daddy. " Duit masuk laju, cuma kena power dari sudut mental dan fizikal. Aku boleh cerita kalau kau nak, sebab aku tak rasa kau pun baik sangat, kan?" Ian angkat kening. Alex sengih aje dalam diam. Apakah?







"



Pirates D'amour (prologue)

Dear my lovely daughter Clarissa,

Daddy minta maaf, daddy dan mama terpaksa tinggalkan Clarry, nyawa kita dalam bahaya sekarang, rumah agam ni daddy dah jual, daddy tinggalkan sebuah speed boat untuk Clarry dan dua orang bodyguard. Diorang akan tunggu Clarry di pelabuhan NorthWood, pukul sembilan pagi esok. Dan ini identiti baru Clarry, jumpa dengan Issac, dia akan bantu Clarry ubah identiti, tolong jaga diri, daddy yakin anak perempuan daddy sangat kuat untuk bertahan dan berdikari. Bila masa dah tiba, daddy akan kembali dengan mama, daddy harap Clarry maafkan daddy dan mama, daddy sangat terdesak untuk ambil keputusan ni.. sampai masa tu nanti, daddy harap Clarry jaga diri, daddy dan mama sangat sayangkan Clarry, jaga diri, sayang.. Daddy selalu berharap yang berkuasa bantu daddy jagakan Clarry.. maafkan daddy..

With love,
Daddy

Aku terduduk sambil menarik nafas berat. Surat dengan tulisan tangan daddy aku tenung kosong. Sayang ke macam ni? Kalau sayang, kenapa tinggalkan aku sendiri, harap aku berdikari? Biar betul daddy ni?? Aku ni kolej pun tak sempat masuk lagi, baru nak masuk 17 tahun bulan depan! Haish! Aku tenung pulak kad identiti baru aku. Lucas Zachary. Pergh, terbaik! Jantina lelaki pulak tu, super terbaik! Aku mencebik dan melepaskan nafas malas untuk berapa kalinya malam ni. Aku rasa aku kena bertindak pantas, kalau tak memang aku akan mati di tangan musuh daddy.

Jam di dinding aku pandang, aku segera kemas barang-barang yang perlu, dan sepuluh minit kemudian, aku keluar dari bilik. Rumah sebesar kastil zaman dulu kala ni aku pandang sekilas, sunyi dan sepi. Sepi sesepinya. Aku segera keluar kerana aku benci rasa sepi! Dan aku tahan teksi di tepi jalan sambil mengetap bibir. Duit setengah juta dollar yang daddy tinggalkan bersama di dalam beg menjadi tumpuan fikiran aku ketika di dalam perjalanan untuk berjumpa Isaac, cukup ke aku nak hidup dengan duit tu? Dah tu apa benda aku nak buat untuk teruskan hidup?? Aku garu kepala, hairan. Akan hidupkah lagi Clarissa BelleRose untuk hari esok dan seterusnya? Emm, yang pasti dia akan berkubur dengan identiti baru, Lucas Zachary.. aku sengih pandang Isaac.

" Ready, dear?" aku angguk. Selamat datang ke alam Lucas Zachary, wahai Clarissa! Dan good luck untuk diri sendiri. Peace!