Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Sabtu, 6 Disember 2014

20 Tip Jimat Minyak Kenderaan

Dari segi kenderaan
1. Pilih dan beli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah
Jika sudah terbeli kenderaan lain, sila baca tip yang seterusnya ini.
2. Periksa tekanan angin tayar kenderaan
Pastikan tekanan angin dalam tayar sama seperti yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan anda pada carta berat dan tekanan angin di tiang pintu kenderaan.
Tekanan angin itu mesti seimbang dengan berat kenderaan (tanpa penumpang/dengan penumpang) dan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali
3. Tutup air-cond apabila cuaca sejuk
Penggunaan minyak bertambah 10% apabila air-cond dihidupkan.
4. Kurangkan rintangan angin
Biasanya setiap kenderaan ada sifat bentuk aerodinamiknya yang akan mempengaruhi kesan rintangan angin.
Tutup tingkap rapat-rapat juga membantu mengurangkan kadar rintangan angin ketika air-cond dihidupkan.
5. Kurangkan Berat Bebanan Kenderaan
Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan.
Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan, semakin banyak minyak diperlukan.
Dari segi pengisian minyak
1. Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk (tidak terik matahari)
Minyak adalah cecair dan ia boleh bertukar menjadi wap ketika waktu panas.
Jika anda perasan, kita akan nampak ketara minyak meruap dan bau minyak yang kuat ketika di isi pada waktu panas berbanding waktu sejuk.
2. Jika terpaksa isi minyak ketika waktu panas
Jangan buka penutup minyak terlalu awal walaupun atendan pam suruh anda buka juga penutup itu.
Pergilah lakukan pembayaran di kaunter minyak dahulu. Kemudian baru buka penutup minyak itu dan isi minyak.
3. Kombinasi minyak 97 dan minyak 95
Penggunaan minyak 97 lebih melancarkan enjin kenderaan.
Jika selalu guna minyak 95, sesekali bolehlah isi minyak 97 agar dapat membantu perjalanan enjin menjadi lebih lancar.
4. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Jika anda cepat tarik toggle pump minyak itu ke tahap paling maksimum, kemungkinan angin dan risiko meruap itu lebih tinggi
5. Isi minyak hingga tangki penuh
Isi minyak tangki penuh lebih berbaloi dan menjimatkan
Dari segi pemanduan
1. Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten.
Kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j.
Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula.
Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:
100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%
2. Jangan kerap tekan break.
Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat.
Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek)
Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.
3. Pastikan guna gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan.
4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat
Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi.
Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.
5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan
Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.
Dari segi perjalanan
1. Kenderaan CC besar tidak sesuai digunakan untuk pemanduan jarak yang dekat
Penggunaan minyak lebih ketara tinggi berbanding ketika jalan jauh.
Minimumkan perjalanan jarak dekat.
2. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.
Elakkan sesat jalan dan gunakan alat GPS untuk membantu anda.
3. Matikan enjin kenderaan ketika menunggu orang di dalam kenderaan.
Buka tingkap dan matikan enjin boleh membantu menjimatkan minyak kereta anda.
Jika panas, sediakan kipas tangan atau kipas stroller anak anda.
4. Amalkan kongsi kenderaan
Contoh, pergi ke tempat kerja bersama pasangan atau rakan-rakan.
Boleh juga kongsi kenderaan ketika balik ke kampung semasa perayaan.
Jimat minyak, jimat wang dan kurang menyesakkan jalan.
5. Elak jalan dan waktu sesak
Kurangkan perjalanan semasa waktu puncak pergi kerja dan balik kerja.
Namun, pastikan masa anda yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.
Dari segi penyelenggaraan
1. Selenggara kenderaan mengikut jadual yang telah ditetapkan
Patuhi jadual penyelenggaraan agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan tip top.
Penalaan enjin yang tidak sesuai akan meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus
2. Guna bahan rawatan minyak
Masukkan bahan rawatan minyak kerana ia dapat membantu menyuci injap minyak dan mengelakkan injap minyak tersumbat.
3. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala
4. NGV pada kenderaan anda
NGV memang lebih jimat dan murah berbanding petrol.
Namun, dinasihatkan mendapat penjelasan dari pihak yang pakar sebelum memutuskan penggunaan NGV pada kenderaan anda.
Tangki NGV akan memakan sedikit ruang simpanan kenderaan anda.
5. Pilih bengkel dan mekanik yang boleh dipercayai dan tidak mengetuk harga servis.

hasil copy paste :) terima kasih

Jumaat, 31 Oktober 2014

personaliti ikut jenis darah

Assalamualaikum semua. hihi ini adalah kajian personaliti kita ikut jenis darah. betul ke? rasanya betul jugak tu. apa pun, yang baik ambik, yang buruk buang. gituuu. peace ;)


Hasil copy paste TQSM!

Isnin, 20 Oktober 2014

Marchmellow 12

Marchmellow 12

“Kenapa, kenapa?? Kena serang hendap ke?!” Lucy kalut.
“Sshh! Bukan la! Tu..” March bisik sambil menjuihkan bibirnya ke arah seekor arnab warna kelabu coklat dengan telinga capang ke atas.
“Nak buat apa??” dengan nada bisikan-penuh-semangat Lucy membalas.
“Buat santapan untuk bidadari,”
“Tak mau la aku. Kesian dia, nok, dah la comel pulak tu!”
“Kau kata kau nampak dinosaur pun kau nak panggang kan, apatah lagi si arnab kecik ni?” March angkat kening sambil jari telunjuk menunjuk ke arah haiwan kecik berkenaan.
“Nok, tak payah la, please, tak payah,” Lucy memujuk sambil menggoyang-goyangkan lengan March.
“Shh, shh,” March meletakkan jari telunjuknya ke bibir sambil terus aim arnab comel itu dengan pisau Rambonya. Gaya dia macam nak baling pisau tu.
“Nok, kena sembelih la!” sekali lagi lengan March digoyangkan.
“Kalau kena ni, aku yakin tak mati. Sempat sembelih punya,”
“Nok! Tak nak, tak nak, aku tak bagi kau bunuh dia! Jom balik!”
“Sayang.. arnab ni sedap ni, lagi sedap daripada ayam,” ujarnya menolak perlahan badan Lucy yang menghalang pandangannya daripada memandang arnab tersebut. Arnab tu nampak leka dan bagai tak menyedari langsung kehadiran makhluk berbikini dan berseluar pendek yang sedang berbincang tentang nasibnya.
“Arnabbbb, lariiii!!” tiba-tiba suara Lucy kedengaran menggegarkan satu kepulauan Maldives. Bukan arnab aje lari, dengan dinosaur pun ada harapan lari kalau dengar suara dia. “Dah, jom balik,” kemudian dia tarik tangan March yang tercengang.. arnab yang leka tadi terus hilang dari pandangan. Arnab aku..
**
“March, apesal ni?” Lucy menegur bila March jalan lambat-lambat bila dah sampai ke kawasan resort mereka. Tadi pun baik punya perlahan dia bawak motorboat.
“Aku nak arnab,”
“Alolo, okay, nanti dah sampai Malaysia kita cari arnab, okay?”
“Tak nak, aku nak sekarang jugak. Sekarang,” March memuncung. Masuk bilik, dia terus ke pelantar dan baring meniarap atas buai. Pandang ke arah lain, tak nak pandang Lucy.
“Honey, jangan macam ni.. aku kesian kat arnab tu. Tak sanggup tengok dia mati macam tu aje,” lembut suara Lucy memujuk. Tambah perencah gedik, seharusnya.
“Hurm,”
“Honey.. honey.. jangan la macam ni..” Lucy gelisah bila March merajuk. Dia usap-usap bahu March. Aduh, tak pernah lagi dia merajuk dengan aku seumur aku hidup ni. Macam mana nak buat??
“Honey, tengok sini, aku nak menari tiger dance..” tak ada respons.
“Honey, aku nak mandi, nak mandi sekali tak?” tak ada respons. Ugh, apa cerita ni?
Lepas tu, Lucy pun keluar, dalam 5 minit kemudian datang balik dengan semput-semput.
“Honey, aku.. nak berenang,” akhirnya, March angkat kepala.
“Pelampung mana?”
Chu!
Mata March membulat. Lucy cium pipi aku?? Aish, aku kat dunia kan? Bukan kat Marikh? Spring mana yang longgar dalam kepala dia agaknya ni?
“Honey merajuk lagi?” soalnya, kelip mata sekali dengan muka ambil berat. March kemudiannya bangun duduk dan mencebik.
“Nah, arnab!” March senyum tawar sambil menyambut seekor anak arnab warna putih yang dipegang di telinga oleh Lucy. Arnab itu diam di ribaan March.
“Mana kau cekup anak arnab ni?”

Selasa, 7 Oktober 2014

Marchmellow 11

“Ha ha! Sampai hati kau kutuk ‘laki’ kau, eh?” March ketawa. Dia teringat semenjak kes tersebut, dia semakin obses dengan seni mempertahankan diri. Dia berusaha gigih untuk mempertajamkan deria-derianya. Mereka terdiam lama sebelum March bertanya, “Kau dah tau siapa yang selalu bagi kau bunga tiap dua minggu sekali tu? Kau pernah beritahu aku, kan?”

Nope, sampai sekarang aku tak tau siapa,” Lucy menggeleng. “Aku agak abang senior sorang tu la, aww, hot gila dia, nok! Sampai sekarang aku ingat!” tangannya mengipas-ngipas muka sendiri.

“Siapa?”

“Yusry,” mata Lucy mula bersinar-sinar mengalahkan kristal padu.

Euww, Yus?? Tak mungkin la!” March membalas sambil tergeleng-geleng tak percaya. Aku hot 65 persent kot banding dengan mamat poyo tu, wife aku ni boleh pulak letak statement dia tu hot?? Aish.. okay la, pandangan orang tak semua sama. It’s okay, sayang.. nanti aku akan buat kau fikir aku yang terhot antara yang paling hot. Amacam? Ha ha, March ketawa sendiri dalam hati.

“Kenapa??”

Esh, dia tu normal la. Bukan senget macam kau! Ha ha!”

“Habis tu siapa?” Lucy menjeling March yang sedap mengutuk dan mengetawakannya.

“Kau tak dapat teka siapa?”

“Tak,”

“Aku..”

“Kau??”

“Aku tahu siapa. Tapi, nanti-nanti la aku beritahu kau,”

“Siapa, nok??!”

“Hu hu, ada la. Tapi yang penting bukan Yus, okay?” March menjawab soalan Lucy.

Lucy teringat yang setiap dua minggu sekali mesti akan ada kad dan bunga sekuntum dalam laci mejanya di kelas. Susah dia nak teka siapa yang bagi sebab tulisan tu dia taip dan print, lepas tu tampal. Gigih dan bersungguh-sungguh! Tapi, semenjak dia naik tingkatan empat, dia akan dapat sebulan sekali aje. Semua kad dan bunga tu disimpan sampai sekarang, tapi tak tahula ada lagi ke tak, kemungkinan abah dah buang pun boleh jadi.. fikirnya.

“Tapi, aku ada dengar gossip. Diorang kata kau,” Lucy menjeling.

“Kau rasa?”

“Hurm, tak ada idea..” March senyum penuh makna.

Okay, let it be. Sekarang, jom kita gerak,” March bangun dan menghulurkan tangan. “Shh,” tiba-tiba March berdiri tegak dan diam tak bergerak.


“Kenapa, kenapa?? Kena serang hendap ke?!” Lucy kalut.

Rabu, 1 Oktober 2014

Terbit Sendiri Novel March

Assalam semua, apa kabar anda di sana? (cewah)

arisa, masih menunggu jwpn drpd syrkt penerbitan, jadi untuk plan B nya, arisa berfikir utk buat limited edition utk novel March (kalaulah jawapannya nanti manuskrip March itu ditolak) dan memprint ia dgn peluh sendiri. ugh, mesti tersedak kan, ha ha busuk kot, tp nasib baik arisa xla kayap sangat sampai guna peluh nak print, (ko ingat blh ke print buku guna peluh nok, mana ko belajo ni), dan utk itu arisa memulakan servei di sini, adakah para pembaca kesayangan arisa menyokong utk terbitkan sendiri (wpun begitu byk duri cabaran utk ditempuhi) tp kalau ada sokongan, arisa akan cuba gigihkan, sebab xtahu la kalau arisa aje perasan sendiri, tp di FB, March dan Lucy mmg ada pengikut yg menunggu. stalkersss gitu hahaha kijam sgguh kamu ni xberperasaan. well then, im in love with that stalkersss la kalau gitu hahaha.

okay mengarut, jadi arisa memulakan servei utk terbitkan novel march jika xlepas di fixi, adakah setuju atau tidak, arisa harap dapatla kalian syg2 komen di bawah, jgn risau kalau komen xmuncul, sebab komen ditapis dulu spaya xada spamming, hihi, terima kasih daun keladi, sesungguhnya kebaikan dan sokongan drpd para pembaca novel arisa sgt2 arisa hargai, betul ni tak tipu (nampak mcm tipu ke? xkan?) jd sila percaya hihi 

again, terima kasih dan ketahuilah, arisa sgt sygkan semua yg sanggup teman arisa selama arisa di dunia penulisan ni, susah dan senang, arisa amat hargai muahxx lebiu all! (tido baca doa, nnti arisa dtg menghantui, padan muka) kikikiki terima kasih berjuta lemon!

Isnin, 15 September 2014

Update : Manuskrip Marchmellow

salam hai2 semua

manuskrip Marchmellow tak lepas di Kaki Novel, jadi den cuba anta ke Fixi sinopsisnya dan dua bab awal.. namun, den masih terkedu memandangkan bahasa utk Marchmellow ni terlalu jauh dgn bahasa2 yg sllnya digunakan dalam novel2 fixi. gituu.. yela dah den tulis utk anta pada KN, karang den tulis guna bahasa pasar ala BATK, adala kot yg nak kena hempuk dgn kuali! haha

walaupun begitu *dgn skemanya* den tetap mengharapkan ada berita baik, tapi den pun xnak letak harapan setinggi gunung Kinabalu sbb tak mau nanti kuciwa menonggeng terus sawan tak memasal klu xditerima. apa yg den minta, harap para pembaca dapat mendoakan yg terbaik untuk manuskrip March tersebut, den blh klu nak tukar jd bhsa slanga ala BATK hahaha tp tpulangla pada pihak penerbit terima atau x, walaupun den mharapkan yg mereka akan terima *ameenn* dan dapat terbitkan dgn bahagianya. tp itula, apa pun semuanya bergantung pada rezeki yg Allah akan beri. 

Doakan den ye teman2.. serabut jugakla sedikit sbyk hahaha nak buat camne, dah den tulis benda yg lain dpd yg lain, gender bender, apa blh kata klu kena tolak pun, mmg itu risikonya. dah expected pun akan ditolak hihihi. tp itula semoga akhirnya ada penerbit yg sudi menerbitkan novel tu, wpun byk kkurgn, mcm biasala, klu xkurang, tu bukan manusia tp alien marikh hahaaha ceh, apa pun doa teman2 sgt den hargai. terima kasih krn sudi memberi sokongan dan harapan utk den :) teman2 la teman den yang ada bila den jatuh dan bangun di dalam dunia penulisan ni. gituu

kalau rasa2 nak baca sambungan kisah March yg bertukar identiti dengan Lucy, tlg doakan arisa yg kesian ni, nama pena pun kena ubah nanti, insyaallah. tkasih sekali lagi.. itu aje yg dpt den offer utk masa ni, tqsm LYTT (LOve You Thousand Times!) muahhxx xoxoxox!

Kenangan bersama Bini Aku Tomboy ke?


teringat 4 tahun yg lepas, yg mhampiri 5 tahun, baby pertama den dilahirkan. den xtau pun ttibe je dpt info kata BATK dah masuk kedai dan diberi cover novel tu seceot, whoah, malam tu jugak terus gi Mid Valley (yg paling dekat masa tu) den pergi MPH xsilap, BATK aje disusun penuh di semua tingkat rak yg menghadap luar kedai. jd bila orang lalu dia akan nmpkla.

haha tp sebabkan masa tu kesedaran ttg selfie masih tak ada, dan apa kebengongnya den ni, blh xambil gmbr kan, klu x boleh buat kenang2an.. ko ingat senang ke nak dapat sebegitu punya susunan novel?? pergh, sampai skrg den masih ingat lg mcmmana keterharuan dan kegembiraan bila tgk baby den yg begitu byk klon2nya itu terpampang kat situ. masa tu den baru 21 (still xbday lg hahaha). masih mude2, alhamdulillah, perasaan tu sampai skrg den xlupa, masa tu promosi novel BATK mmg habis2an, sbb tula BATK blh lama dalam carta makan tahun jugak, huhu. itulah kenangan, dan mgkn zaman kegemilangan den.

novel BATK jugak pernah dicalonkan dalam Anugerah Novel Popular tp den tarik diri sebab den nak remain underground, sama jugak dgn novel Ad+Iz sis Eury Athena, kitorang tarik diri sebab underground's matter hahaha. tapi all is well, itu pilihan den, den xmenyesal wpun den tahu den dah tolak tuah, mgkn dgn tu den boleh melompat lebih tggi *tu pun kalau menang la :p* tp cukupla dgn novel tu yg dah dikenali ramai dari sudut yg best or sudut xbest, takut jgk den ni jd angkuh dan perasan bagus kalau tlalu byk kepopularan yg diberi pd den hihihi dan jgk den mengakui novel tu ada ramai yg kata xlayak pun jd bestseller, jd xperlu la den risikokan lg dgn masuk dlm pcalonan itu wpun dah pun tcalon wihihi. gitu la alkisahnya.

BATK mmg novel ksygn den, sape xsayang baby uii hihi. sampai skrg hanya bbrapa orang aje yg tahu den penulis. yg lain cuma kenal den di alam maya aje  well, itulah memori daun pisang, utk masa skrg dah sampai zaman kejatuhan den, tp wpun dah jatuh, den xkan menyerah kalah insyaallah, selagi ada minat dan peluang utk den bkarya, insyaallah den akan teruskan. lgpun itu mmg smulajadi ada dlm diri, xsenang duduk kalau xmenulis. so no matter popular or tak, itu bukan persoalan pokok, yg pnting orang happy dgn tulisan den, dan den sgt suka dpt mhiburkan orang *harapan setinggi gunung orang thibur* doakan den, klu tak ada sokongan drpd teman2 mgkn BATK the one and only la novel den di pasaran hehe. 

Love you all thousand times! terima kasih sudi menjadi teman peneman den selama hampir 5 tahun ni, hnya Allah mampu membalasnya.

Ahad, 14 September 2014

Tips utk makan di kedai steamboat all u can eat

tips utk makan di kedai steamboat all u can eat :
1. bawak geng makan byk. yg makan sikit jgn bawak kecuali dia byr sdri (haha) rugi kalau makan sikit, xpadan dgn yg bayar, dan kawan makan byk ni bagi motivasi utk kita sekali makan byk
2. bukak mulut utk makan aje, utk sembang reserved lain masa. sbb nanti angin masuk ikut mulut kalau bsembang, dah rugi utk tempatkan makanan dlm perut
3. ambil makanan laut bbyk, makanan bbola bagai xpayah pun xpa. sbb pada den xbbaloi sbb byk tepung n cpt kenyang dan cepat lapar balik nanti
4. air reserved last sekali. duduk di luar, kalau duduk indoor, bau mknn akan lekat kat baju
5. mee pun sama, kasi yg last2 sbb mknn berat cepat kenyang
6. reserved perut dari pagi, gi makan lepas asar atau lepas zohor. duduk sampai next azan time
7. lepak2 sampai ada ruang utk makanan baru masuk
8. jgn membazir makanan
9. sayur jgn lupa
10. akhir sekali, doakan utk orang lain dapat makan sbb kita dapat makan sedap, alhamdulillah, dan baca doa sebelum dan selepas makan
# jgnla amalkan selalu mkn bbyk ni, sbb sunnah Nabi SAW makan tu bhenti sblm kenyang, makan bila lapar, kan? semoga semua orang dapat makan dan minum dgn baik ameenn 

Selasa, 9 September 2014

HAT dgn sign RM24 free postage!

siapa yg berminat dgn novel komedi seram, romantik komedi sweet gitu *poyo* dan islamik, boleh dapatkan dgn arisa, RM 24 bsama pos dan signature *yg selalunya xcomel itu* boleh PM di FB arisa eriza, atau tgglkan emel nanti arisa contact kembali ye! 

Sinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz. Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka. Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung. Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga? “Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?



Antara komen2 utk HAT :

drpd dear sis Umie Nadzimah novelis : 
Jika mahukan kelainan dalam plot & idea, boleh cuba baca 'HERO AKU TOMBOY' , karya Arisa Eriza, Penerbitan Kaki Novel. Jujur cakap, Kak UN kurang gemar dengan penggunaan POV 1, tetapi dalam karya ini, penulis menggarapkannya dengan begitu baik dan natural sekali. Thumbs up!

Sebagai penulis (yg tak glamer mana), Kak UN sangat2 kagum dengan idea yang dibawakan Arisa. Ada kelainan. Komedi cinta yang disulami sedikit seram (taklah seram sangat~ala2 kelakar), penggunaan ayat2 selamba yang mencuit hati dan ada unsur2 menasihati dalamnya, Best!

*Hanya pendapat peribadi ya*


komen mharukan arisa drpd sis novelis Sha Ibrahim. tqsm  ! hugss2 


Hari ni bila dapat novel dari KN...aku duk intai-intai je HERO AKU TOMBOY tu...hehehe...bukan apa...sebab aku memang suka dengan cerita penulis ni sebelum ni BINI AKU TOMBOY kE? Citer dia sebelum ni memang masuk dengan jiwa aku...akhirnya tak tahan godaan....aku bawa masuk novel ni dalam bilik mesin...sambil 'run' mesin...sambil baca...dan ternyata...aku mengekek seorang diri dalam tu...nasib baik pintu bilik ni tertutup..kalau tak sah-sah kena tuduh gila!! kakaka...best weh! Tak leh nak stop...memang 'fresh' dia punya penceritaan dan dialog...hahaha...dan aku masih dalam mood cerita 'seram' ala-ala scooby doo...seram tapi lawak!! kakaka... 

drpd sis novelis Rafina Mimi Abdullah : 

sikit je lagi nak habis baca HERO AKU TOMBOY. saya sengaja lambat-lambatkan baca novel ni sebab rasa macam sayang nak tamatkan. entah la.. novel ni dia ada macam sejuta rasa tau.. sekejap kita boleh jadi fazlah joanna, sekejap pulak boleh jadi khairul ezzairy, lepas tu boleh jadi hayati abdullah' jadi shahril pun boleh dan juga kita boleh jadi 'MANGKUK FINLAND' (gelaran faz untuk abang dia yg dia benci sangat tu dan juga gelaran 'CENGKERIK' yg diberikan khairul kepada abang ipar dia tu) kihkihkih.. novel ni LANGSUNG TAK ADA KLISE dengan novel2 yg pernah saya baca yg kebanyakannya menyentuh soal kahwin2 (termasuk novel saya sendiri..hahahaha) HERO AKU TOMBOY ni memang ada la kisah rumahtangga faz, khairul dan hayati tapi olahannya tu SANGAT2 BERLAINAN okey! wah, semangat pelik duk taip ni.. hahahaha.. Arisa Eriza TAHNIAH ADIK..! belum pernah lagi akak baca novel yg kisahnya macam ni.. SANGAT2 MENARIK.. bukan saja penuh dengan ilmu, info, seram, dakwah dan macam2 lagi...adoiiii tak reti nak jelaskan macam mana perasaan ni semasa membaca HERO AKU TOMBOY!

Suraya :
Salam kak arisa..sye dh habis bce novel HAT..mmg t'baik laa..!! Best, gempak, sweet, sedih, seram semua ade.. Puas hati sgt2..dua2 novel akak b'jaya buat sye menangis..hahaha.. 
Tak sabar nak tunggu novel akak yg seterusnye.. Harap lagi gempak n sweet! 

Wan Syafikah komen 

saya suka cerita HAT sbb lelaki tu terima perempuan seadanya.jalan cerita yg agak berbeza dgn jalan crta sblm ni...perempuan tonboi tp lepas jumpa lelaki idaman terus berubah jadi ayu....ataupun lelaki akn minta perempuan yg dicintai tu berubah kearah lebih lembut.....itulah istimewa novel ni....TERIMA SEADANYA dan SEDIA ADA....

#belilah HAT!!!

komen drpd page KN. tkasih semua ! 

Maslihan Che Mansor and 110 others like this

Ghah Comel mula mula baca takut jugak.. hehehe last ok je best
Unlike · Reply · 3 · Wednesday at 10:17pm

Faridah Muhamad Saman Khairul Fazlin Kamarudin & Norashikin Dulzaki...dah ada ni.blm baca lg
Unlike · Reply · 1 · Wednesday at 10:04pm via mobile

Biela Zakaria duble like utk cite nih
Unlike · Reply · 1 · Wednesday at 9:17pm

Lagenda Novel best  komedi+seram
Unlike · Reply · 1 · Wednesday at 8:47pm

Siti Marissa Hussin Cita hantu..cinta..lawak..
Unlike · Reply · 2 · Wednesday at 8:43pm via mobile

Moi Mooi Cetanya best......
Unlike · Reply · 1 · Wednesday at 8:41pm via mobile

by dear sis Azrien Osaki. tqsm dear sis ! 

btw sis dah baca kedua2 nvl awk..
best + sempoi giler
HAT tu dari awal sampai akhir terkekeh2 ketawa.... bab dorg berpisah je sedih
good job dear

ohhh ayat2 awk best n sempoi
nk baca pn santai
hilang stress lepas keje  

dear sis princess chaarming :

bru je habis baca.. mmg sgt2 best.. memiliki keunikan yg trsendri.. secukup rsa.. smua element ada.. yg x tahan tu.. tiap chapter penuh dgn kejutan.. hingga sya rsa x sabar nak tahu apa yg akan trjadi slepas itu.. huh.. lega sgt2 bila dah habis baca novel ni.. berbaloi sya nangis smpai bengkak mata.. he3.. Congratz to Arisa Eriza.. semoga terus berjaya mghasilkn karya2 yg tip top di msa akan datang..

Nadia Zaidi : alhamdulillah...bru jew 10 mnt y lpas sye khatam kan HAT tuk kli y k 6...best sggt...x bosan...

tapi kan risa, serius kami cakap, part2 yang lain memang terbaik laa....boleh jadi gila. sebab dok gelak sorang-sorang. bukan senyum tau....tapi gelak mengekek....ho...hoho....semoga akan datang dapat lagi kami memiliki novel risa yang sentiasa terbaik. sory laa..kami tak pandai komen dan puji. sebab tu tak ada pujian dan komentar dari kami. he..he..he...

Khamis, 28 Ogos 2014

Update : Manuskrip Marchmellow a.k.a March

Alhamdulillah, manuskrip Marchmellow (March dan Lucy) dah dihantar ke penerbitan KN. insyaallah ada rezeki, tahun depan kita sama2 pelukss March yer wee ;) novel ni siap paling cepat antara semua novel2 den, 2 bulan lebih den btungkus-lumus, puasa pun rasa macam xpuasa, raya apatah lagi haha. terima kasih kpd semua yg menyokong dan mmberi semangat!

den dpt merasakan yg nvel March ni adalah nvel den yg plg romantik. ada la aksi yg 'action' gitu tp xbyk. yg byk nya adegan rmntik n cinta. 


# nnti dapat cnfirmation drpd KN den post bbrpa bab baru yer insyaaallah. terima kasih teman2!

~tema novel ni = romantik komedi, aksi, LGBT & islamik (semua sikit2 kecuali tema pertama) pkataan LGBT tu mcm len mcm je kan hehew well, HAT pun ada tema ni, BATK pun ada sikit2, nak buat macammana, itu adalah realiti hidup. face it even u dont want to. dan setiap tulisan den, kena pandai2 ambil kebaikan dan buang keburukan. den menulis bukan utk tunjuk keburukan, klu pembaca pandai menilai, ada maksud tsirat yg den nak sampaikan. gituuu. kalau anda genius, anda akan faham - pinjam ayat kak Melur Jelita hihihi

novel ni diharap dapat sambutan, walaupun den xbrp nak mharap sgt, tp setiap usaha mestila ada harapan kan, doakan den ye, semoga Allah mbalas doa2 kalian dgn balasan yg setimpal :)  LYTT! (Love You Thousand Times ngee) tanpa kalian, siapalah hamba ;)







*ambil tema berita Harian Metro - Pasangan Unik ;)

Isnin, 25 Ogos 2014

Pirates D'Amour 5

 Dan persoalan aku terjawab apabila seekor harimau belang muncul dari semak tersebut. Esh! Ini mesti nak buat gaya nak curi rezeki tergolek aku kan, harimau?? Aku tak puas hati. Harimau kot, apesal nak rebut kijang dengan aku pulak ni? Kau tu dah ada kelebihan tangkap mangsa, kau tangkap la sendiri! Aih! " Luke! Kau gila??"
 " Lari, beb! Lari!"
 " Gila, gila! Arwah kalau kena terkam ni! Tinggalkan aje kijang tu, weh!!" jerit Ian sambil berlari dengan laju.
 " Tak nak! Cepat tunjuk arah, ikut mana ni?!" aku kejan Ian sambil menggendong kijang betina tadi di bahu. Gila tak gila?? Siapa suruh cabar aku sangat, Ian! Senapang aku biarkan tergantung di bahu bersama talinya. Pergh, ngauman harimau di belakang tak menjatuhkan motivasi aku untuk makan sedap! Sayang ni, beb! Dah la hasil buruan pertama aku!
 " Alex, get ready. Harimau is coming!" Ian sempat menghubungi Alex di tepi pantai. " Kenyang harimau ni kalau dapat aku dengan kau, beb!" aku abaikan kata-kata Ian sambil cuba mempercepatkan larian. Aku rasa aku kedekut gila! Dengan harimau pun nak berkira! Eh, harusla, beb! Masa ni la nak tunjuk kekuatan diri sendiri! Dan orang kata, tak usaha, tak ada la hasil kan?? Ni usaha terulung aku untuk abad ni! Serius!
 " Kau lari pergi sebelah sana! Aku lari mengarah ke sini, dah nak sampai dah ni!" Ian menjerit sebagai tanda usaha untuk mengaburi mata harimau tersebut. Ian sempat mengutip dahan kayu dan membaling ke arah harimau bakal pencuri kijang aku tu, dan cubaan Ian berjaya! Harimau bertuah tersebut terus aim untuk kejar Ian dan melupakan aku bak kacang lupakan kulit. Fuh! Lega sementara, namun aku teruskan larian sebab memang betul kata Ian, pesisir pantai dah tak jauh lagi untuk dicapai. Aku terus berusaha dengan gigih! Dan aku nampak Alex dah berjaga-jaga dengan pisau Rambo dan tombak.
 Aku dengan sekuat tenaga meneruskan acara larian dan Ian terus berlari tuju masuk ke dalam air. Harimau tadi brek kecemasan sebab kawasan hutan dah tamat dan dia agak tercabar dengan acahan tombak Alex. Akhirnya, kau menyedari jugak yang aku takkan menyerah kalah, wahai harimau! Harimau itu pun berundur dan kembali ke tempat asalnya. Fuh, aku harap kijang ni sedap dan berbaloi aku berlari bersama dengan nyawa di hujung tanduk tadi!! Pergh, motivasi memang boleh mendorong manusia buat sesuatu di luar jangkaan! Aku terbaring di atas pasir panas dengan panahan mentari menusuk ke dalam mata. Aku tenung arwah kijang di sebelah. Segera aku terfikirkan janji Ian.
 " Ian, baik kau masak betul-betul sedap! Kalau tak, aku salai telinga kau!" aku jerit mengugut Ian baik punya. Duh, umur aku masih panjang rupanya. Haih, memang kerja terbaik punya gila la! Gila! Tapi puas!


BAB 5

" Ha ha, tak sangka aku jadi segila ni!" aku ketawa bagai nak rak.
 " Beb, aku memang tak sangkal lagi kau memang gila! Pergh, gila la, weh! Aku pun takkan buat macam tu kut!" Ian menyambut. Dia sendiri ketawa kemudiannya sambil tergeleng-geleng.
 " Aku pun tak percaya. Aku ingat korang yang memang kena kejar dengan harimau, rupanya kena kejar sebab kau bawak lari kijang. Pergh, terbaikla, Luke!" Alex mengomen. " Kau memang anak sir, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, kan," " Beb, aku dah membayangkan kijang panggang untuk aku nikmati, takkan aku nak biarkan aje harimau tu culik hasil tangkapan aku? Lagipun, aku tak nak membunuh harimau, spesis pupus kan,"
 " Kalau kau tembak harimau tu, jadi makin besarla makan malam kita ni!" Ian menambah. " Ahh, tak ada maknanya. Ni pun dah cukup besar, beb. Alex, kau urut bahu dan belakang aku lepas ni, dah mula rasa sengal-sengal, weh, ha ha," aku terdampar kekenyangan di atas pasir putih pulau yang kalau dilihat daripada peta, namanya Pulau Whales Coast itu. Anganan aku menjadi, dan aku patut bagi award pada chef tak bertauliah yakni Ian sebab masak paling terbaik malam ni! " Boleh simpan buat stok untuk beberapa hari ni," ujar Ian merujuk pada daging kijang yang lebih.
 " Yela, weh. Peti ais kita dah berkurun tak berisi, harap nama aje peti ais!" aku sokong. Diam sebentar. " Aiseh, aku rasa ketagihan la," tiba-tiba aku menyatakan hasrat hati. Unggun api yang masih marak Ian kuis-kuis dan kembali memandang aku. " Apesal, beb?"
 " Tekak lapar wine," aku tagih simpati. Haramla nak ada wine tengah-tengah alam buana ni!
 " Haih, dah tak payah nak mengarut. Wine apa bendanya sekarang ni, pokai la, pokai!"
 " Alaa, beli yang paling cikai pun dah cukup, beb, asalkan ada,"
 " Kau ingat ni pulau harimau jual wine ke? Boleh masuk World's Record kalau ye!" Ian berkata. Ye tak ye kan.
 " Kau rasa pulau ni memang tak ada orang?" Alex menyampuk selepas dia diam membatu merenung kecantikan alam yang damai tadi. Hutan dah sunyi tanpa bunyi burung menyanyi seperti siang tadi, yang tinggal bunyi unggas dan cengkerik yang kadangkala bersahutan. Aku toleh ke arah hutan yang gelap gelita di belakang, kelihatan beberapa lampu-lampu kecil berterbangan.
 " Ada lampu tu, weh!" " Mana?" Ian pandang arah jari aku menunjuk.
 " Entah-entah ada orang kut,"
 " Weh, itu kelip-kelip la, apa la kelip-kelip pun tak kenal," Ian menjawab persoalan aku. Kena ketuk kepala.
 " Ha ha, yeke? Comel la, beb," aku betul-betulkan rambut lepas aku balas ketukan dia dengan tamparan di bahu. Suka hati nak ketuk-ketuk kepala orang pulak eh.
 Aku lihat Alex bangun. Dia ambil gelas jernih dan tuju ke arah kawasan kelip-kelip tadi berterbangan. " Untuk kau," Alex senyum seindah purnama sambil memberikan aku gelas yang dah ditutup dengan kain dan diikat dengan tali di atasnya. Di dalamnya kelip-kelip menghiasi. Oh, so sweet..
 " Thanks, Alex," aku sengih sambil menepis perasaan nice-nice daripada tumbuh, kalau perasaan tu datang, habisla aku tidur berpelukan dengan diorang tak pasal-pasal sebab takut harimau ataupun makhluk paranormal datang menjengah! Err..
 " Lubangkan sikit kat kain ni," Alex cucuk-cucuk sikit kain tersebut dengan pisau dan membentuk lubang-lubang kecil untuk memberi udara pada sang kelip-kelip. Tak ada udara, cepatla meninggal!
 " Malam ni kau pilih nak tidur mana?" Ian mencelah lepas bengang tengok aku sengih tak habis-habis sambil merenung ke arah kelip-kelip yang sedang menyanyi riang dan menari-nari di dalam gelas kaca tadi. Mungkin dia pun tahu yang aku ni tak boleh dimanjakan sangat, nanti terus mengada-ngada! Padahnya buruk kalau aku buat perangai gegirl-tak-nak-hidup-lama macam selalu aku buat tu! Eh..?
  " Emm, kau rasa aku patut tidur mana?" aku pandang Alex yang dah keluarkan sleeping bag yang bergulung elok di dalam beg khas yang berwarna hijau. Dia lempar satu pada Ian, satu pada aku dan satu lagi dia bukak dan hampar di atas pasir. " Good night, buds!" dia sengih sambil elok membaringkan badannya di atas hamparan sleeping bag tersebut. Oh, itu adalah satu perlambangan yang jelita bagaimana cara untuk menggemukkan badan dan menaikkan kolestrol, iaitu tidur lepas makan daging kijang. He he..
 " Ikut kau la. Kalau kau nak adventurous ala-ala siang tadi, tidur la kat sini, kalau kau nak beriang-ria kat dalam bot pun, tak ada hal," aku jeling Ian yang membuat satu lagi perlambangan jelita yakni terus merebahkan badannya ke atas sleeping bag, lagi tambah power kejelitaan dia sebab tak bergerak langsung daripada tadi, kurang-kurang Alex ada jugak bergerak sana sini. Aku pulak? Emm..
 " Woi! Tak reti nak tidur ke?? Nak main air, mainla pagi esok! Ada ke halanya main malam-malam macam ni?!" suara Ian mengaum bila aku dengan happynya terjun ke dalam air. Aku tak suka lemak terkumpul!
 " Beb! Bestla, sejuk gila! Dah lama tak rasa nikmat macam ni! Superb!" aku suluh ke muka Ian yang buat muka toya, protes sebab tak pasal-pasal kena berjaga nak tengok dan awasi aku. Aku betulkan lampu suluh kalis air yang aku letak di kepala tadi dan mula menyuluh sana sini, nak kacau ikan tidur pulak, he he!
 " Weh, tidurla, beb. Esok nak gerak dah,"
 " Tak apa, biarla lama sikit bot ni rehat," aku jeling pada bot yang dipacakkan sauh di dalam air supaya tak dibawa lari arus, dan ada jugak sauh besi lain yang dipacak di darat. Double protections!
 " Banyakla kau punya komen," Ian bangun dari tempat pembaringannya tadi dan menuju ke arah aku. Dengan cebikan yang nyata, dia duduk bertinggung di gigi air. Aku sengih bahagia melihat cebikannya. Alololo, kau ingat comel?? " Beb, kalau kau demam ni, jangan harap aku nak jaga," Ian teruskan protes.
 " Alaa, jaga la, jaga la, pleashh, pleashh," aku perli sambil menyimbah air laut masin tersebut ke arah Ian. Dia buat muka bengang.
 " Ada yang aku hempuk dengan batang kayu tak pasal ni nanti!"
 " Kau nak hempuk siapa? Aku ke? Ke Alex?" aku perli lagi dengan buat muka gedik. Cari masalah! Sambil tu, aku jeling Alex yang dah tidur terbongkang. Dia memang juara dalam pertandingan tidur!
 " Kau la, siapa lagi! Heh, mendatangkan marah betul!"
 " Weh, weh! Apa ni?? Apa ni??" Ian dengan perasaan geram kerana pelbagai sebab terus mendukung aku keluar dari dalam air yang sedang aku renangi penuh dengan keseronokan yang tak terhingga tadi.
 " Malam diciptakan untuk tidur, sayang, bukan berenang. Faham?" padan muka aku bila aku berdebar sendiri dengar bisikan Ian di telinga aku. Aku rasa pipi aku panas. Aku terus terkedu selepas Ian turunkan aku daripada dukungannya. " Pergi mandi, tukar baju. Mandi air panas," Ian senyum lembut. Err, punah segala kebahagiaan aku tadi! Purr.. purr.. aduh, apesal ni.. ahh, sudah!
 " Mimpi indah, beb!" Ian menyambung bila dia tengok aku masih terkedu, dia dah siap berbaring kembali, senyum baik punya sebab dah selesai satu masalah. Aku jugak yang bertambah masalah, tak boleh jadi ni! Aku terus masuk ke dalam bot dengan perasaan seram sejuk membayangkan sepasang pasangan ala-ala gay berkahwin. Aku dengan Ian, tak pun dengan Alex. Walla! Gay at the end!

" Bangun!!" bagai nak pekak telinga aku mendengar suara Ian menjerit.
 " Woi, woi! Kau ingat aku ni buta tuli ke?? Kejut baik-baik bukan tak boleh?!" aku membalas dengan ketinggian pitching yang sama. Mahu taknya, orang tengah sedap tidur dia boleh kejut dengan cara tak bertamadun gitu, silap haribulan, kena sekehan aku ni!
 " Ha ha, bangun la, beb. Matahari pun dah nak terbenam balik dah ni. Ikut aku masuk hutan, cari air buat bekalan baru,"
 " Huh, serius??" aku kejapkan mata sebentar, mencari posisi untuk centrekan otak aku yang masih mamai. " Kau ajak Alex la, aku rasa sakit-sakit badan ni, beb. Mesti padah pelarian bersama-sama kijang semalam ni," aku urut-urut sendiri bahu aku yang terasa sengal.
 " Mana sakit kau? Sini la aku urutkan," Ian tenung aku. Dia dah menghinggapkan tangannya ke bahu aku. " Ehh, tak apa la, beb. Okay, okay, kau lepak luar dulu, nanti aku keluar. Bagi aku berus gigi dulu," aku menolak. Tak nak mimpi perkahwinan ala gay semalam menjadi kenyataan!
 " Okay," Ian bangun dan keluar meninggalkan aku. Dari bilik yang mempunyai satu katil bersaiz kembar tu aku tenung ke luar. Hamparan laut bagai permaidani biru hijau kelihatan berkelip-kelip terkena sinaran mentari bersama langit biru segar menghiasi pemandangan. Burung camar putih dan helang yang terbang ceria menambah kecantikan laut ciptaan yang berkuasa. Siapa yang ciptakan semua ni agaknya? Aku keliru tiba-tiba, masa di sekolah, cikgu cakap Tuhan yang Maha Besar yang ciptakan. Dia ada anak bernama Jesus dan satu lagi tuhan yang dipanggil Holy Spirit. Tapi, daddy kata tak, dunia ni terbentuk daripada teori Big Bang.. uhh, pening. Tapi biarlah, aku malas nak fikir, buat sakit kepala aje. Aku terus bangun dan menuju ke bilik air di sebelah dapur untuk memberus gigi dan mencuci muka.

" Beb, nah, sarapan. Makan dulu sebelum gerak. Nanti dalam hutan tu la kau sibuk nak buat aksi pengsan bagai sebab tak cukup makan, memang aku tinggal aje terus nanti," Ian berkata. Dia menolak satu pinggan yang berisi beberapa hirisan daging. Mata aku terus terbeliak. Whoa, syurga dunia!
 " Duh, kau memang memahami, beb!" aku terus menyuap kepingan daging tadi ke dalam mulut kemudian menjeling keliling. " Alex mana?" " Tengah usik ikan dalam air," Ian balas sambil mata merenung peta di tangan. Dia jawab tak pandang pada aku.
 " Huh? Snorkle tak ajak aku?? Bertuah betul!" aku tepuk meja.
 " Ler, yang kau buat tanda-tanda protes ni dah kenapa? Siapa suruh kau tidur sampai hari pun meninggi?"
 " Tak boleh jadi ni! Aku pun nak jugak, weh!"
 " Weh, weh, habiskan makanan ni dulu!" Ian marah bila aku tiba-tiba berlari keluar ke dek.
 " Alex!! Kau kejam!" aku jerit kuat pada Alex yang berada di dalam air. Dia dengar dan terus jengukkan kepala keluar dari terus berhibur mengganggu ikan-ikan yang ada. Dia buat tanda peace. Ceh, tak boleh jadi ni! Jeles gila!
  " Beb! Masa tak banyak ni!" Ian marah lagi bila aku terus terjun ke dalam air selepas membuka baju dan meninggalkan singlet aje di dalam. Air laut yang jernih menampakkan dasar itu tercebur dengan kuat selepas mendapat aksi terjunan aku, meneruskan kegembiraan renangan aku yang terusik semalam.
 " Mandi!" aku pulak buat tanda peace kepada Ian. Bengang sungguh dia melihat pada aku. Wee! Bestnya berenang! Aku pergi menculik set snorkle pada Alex dan terus menghiburkan hati sendiri pulak. Kelaparan dan hidangan syurga dunia tadi terus aku lupakan. Alex berenang-renang berhampiran dengan aku.
 " Badan kau okay?" Alex bersuara lepas dia sentuh bahu aku. Aku timbulkan kepala dan membuat ikon 'Like'. Tanda bagus. Hakikatnya tidakla sebegitu pun. Badan aku sakit-sakit di bahagian bahu dan belakang. Tapi, aku abaikan sebab aku kena tabah dan perlu menonjolkan kehadiran Lucas di dalam diri Clarissa. Clarissa perlu pupus untuk sementara waktu!
 Alex senyum sebagai balasan dan angkat dua ibu jari pada aku. Super like! He he, Alex memang menghiburkan hati.
 " Kau nak sambung?" aku soal Alex yang dah lepak di tepi sambil menunjuk ke arah snorkle set tadi lepas aku puas merenung keindahan di dalam dunia air.
 " Tak. Nanti aje," dia menghulurkan aku sehelai tuala. " Kau tak sejuk?"
 " Tak, normal aje, he he. Kau dah makan?" aku tanya sambil mengelap tubuh sendiri. Seluar pendek paras lutut aku menitiskan air. Panas matahari pasti mengeringkan badan dan baju aku dengan cepat.
   " Dah. Kau okay tak nak masuk hutan? Kalau tak, kau tunggu kat sini aje, bagi aku masuk dengan Ian," Alex bertanya kembali dengan penuh perhatian. Dia sangat pandai mengambil hati. Aku agak kalau dia tak ada, mahunya aku dengan Ian berperang mulut sampai meninggal kedua-duanya. Aduhai, Ian, Ian.. bebelnya mengalahkan mak kepada nenek aku.
 " Tak apa, beb. Aku okay aje, tak ada hal lah," aku lap rambut pendek aku yang dah diwarnakan dengan warna coklat itu perlahan-lahan. Sebelum ni, rambut aku warna kuning ala-ala jeram kering, tapi lepas bertukar identiti menjadi Lucas, rambut aku pun dipendekkan dan diwarna dengan pewarna. Dengan bulu kening sekali menjadi mangsa diwarna oleh Issac.
 Aku pandang pula pada Alex, rambut dia warna coklat kehitam-hitaman, sangat menarik dengan kulit cerah dan mata biru hijau, gula-gula mata aku sebenarnya si Alex ni, hi hi, gatal!
 " Woi, cepat! Kau nak makan ke tak??" dengar aje suara tu, aku dah tau siapa, siapa lagi kalau bukan ketua lanun pencari harta karun yakni Ian! Pengganggu betul la, aku baru duk jamu mata aku dengan sesuatu yang dikategorikan sebagai manis, dia dah menyampuk! " Kalau tak nak, aku habiskan!" sambungnya memekik. Kesian anak tekaknya yang didera setiap waktu dan ketika. Aku bersimpati.
 " Nak la! Aku perah lemak kau kalau kau berani sentuh makanan aku!" aku ugut dari bawah. Ian dah bercekak pinggang di dek bot. " Tunggu situ," dia mengarah. Dia kembali ke dalam dan keluar dengan pinggan dan sebotol air putih kemudiannya. " Dengan pantas, habiskan ni semua!" arahan berkuatkuasa lepas Ian menyua pinggan yang berisi kepingan daging tadi yang dah pun sejuk dimamah udara pagi. Aku menyandar di sisi bot dan segera menyuap daging kijang lebihan semalam dengan laju tanpa mempedulikan suasana sekeliling. Lepas berenang, memang wajib lapar!
 Ian turun dari bot kemudiannya. " Sisip ni kat pinggang," dia menyerahkan pisau Rambo pada aku. Aku lap tangan pada seluar dan meletakkan pinggan tadi di atas pasir, lalu menyambut hulurannya. " Harap tak jumpa musuh abadi kau," aku sengih mendengar. Musuh abadi aku, siapa lagi kalau harimau bertuah semalam.
 " Harapan aku setinggi awan,"
 " Nah, ni senjata sebenar, tadi tu untuk kecemasan," dia hulur pula revolver. Siap pengedap bunyi. Sedap ni kalau dapat burung pulak buat santapan makan malam. Pergh!Tiba-tiba berangan lagi.
 " Alex, aku harap kau membantu untuk cari ikan, kalau boleh, biar banyak bekalan sementara nak sampai ke destinasi seterusnya," Alex yang dah mengutip pinggan yang aku tinggalkan tadi hanya mengangguk.
 " Tak ada hal, kau orang berdua hati-hati,"
 " Kalau ikut peta ni, sini ada sungai, boleh kita ambil air di situ aje," Ian bersuara di depan. Aku tertinggal sedikit jauh di belakang kerana sedang melayan sakit bahu dan belakang. Aduh. Tak apa la, kurang-kurang, dapat aku merasa makan daging walaupun bersakit-sakitan sebegini. Kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Heh, bolehla diterima pakai untuk situasi aku ni.
 Aku amati suasana tenang di dalam hutan yang sejuk. Damainya.. aku suka keadaan dan suasana macam ni. Aku terhenti bila Ian simpan peta tadi ke dalam bajunya, dan tiba-tiba mula mengangkat busur panah mengarah ke atas. Aku agak dia tuju pada haiwan yang boleh terbang. Takkan nak bunuh cimpanzi atau monyet, kan? Eh, banyak kutu la!
  Satu bunyi jatuh berdebuk ke atas tanah, Ian segera berlari menuju ke arah benda yang jatuh itu. Aku pun mengekor dengan kepantasan yang sama. Ian angkat seekor burung, sambil angkat kening pada aku dan tersengih bangga. " Sedap ni, beb," dia bersuara. Aku diam aje tak membalas, cuma menyengih. Berlakon bisu sementara. Diam itu emas, gitu..
 " Jom," bunyi tong-tong air yang aku dan Ian bawa tadi menghiasi suasana kembali. Ian ikat kaki burung tadi dengan tali dan disimpan ke dalam beg yang disandangnya tadi. " Jauh jugak, weh?" aku tanya selepas aku rasa macam dah jauh berjalan tapi tak sampai-sampai lagi.
 " Boleh tahan, la. Depan sikit lagi kot," aku sengih lagi bila sayup-sayup dah kedengaran bunyi air terjun. Aku bermotivasi untuk teruskan berjalan.
 " Sekejap," Ian terhenti. Dia merenung pada sejenis pokok yang berdaun hijau. " Ni boleh buat syampu," dia cabut beberapa helai daun daripada pokok berkenaan selepas pasti dengan apa yang dikata. " Tolong kejap," dia meminta bantuan bila aku dengan muka blur duk merenung aje pada pokok berkenaan. Lepas tu, aku toleh pada dia, bagi renungan terhebat.
 " Biar betul kau ni? Boleh percaya ke? Kalau botak kepala aku, aku tau la nak cari siapa,"