Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 9 Mei 2014

MARCH 5 (novel/cerpen)

Lucy berdebar menapak naik ke bilik selepas dia membabai ahli keluarganya pulang. Di sebelah, March kelihatan tenang walaupun keletihan jelas terpancar pada wajahnya. Jari jemari Lucy digenggamnya kemas dan tuxedo hitamnya disangkut pada lengan, meninggalkan baju kemeja putih sahaja pada badan. Bila Lucy memandang sekilas, March tersenyum.

"Apesal? Berdebar nak harung malam pertama?" March senyum kambing. Lucy cepat-cepat berpaling dengan pipi yang merah mendengar persoalan March sebelum terdengar March ketawa mengekek. Cess! Lucy bengang. Sepatutnya dia yang patut malu, bukan aku! Hampeh betul la, aku sekeh karang dia ni, sia-sia aje!

"Kau yang patut berdebar, okay?!" Lucy menghentakkan kaki kuat ke atas lantai yang dipijaknya. Sekali langkah, sekali hentak. Sampai empat kali hentak kaki, March berhenti melangkah. Dan berhenti ketawa. Muka serius March mengambil tempat dan merisaukan Lucy. Err, aku salah cakap ke?

"Okay, we'll wait and see, sayang," wajah serius bertukar pada sengih kerang, kembali. Oh, myyy! Macam mana ni?? Aaaa, serius aku seram! Seram! Seram! Lucy gigit bibir sendiri.

"Yes, sampai pun kita," March melepaskan tangan Lucy sementara untuk membuka pintu. Bagi salam, dia melangkah masuk. "Hai, tak nak masuk ke, sweetheart?" March berwajah hairan bila Lucy cuma tercegat tak bergerak dari depan pintu suite yang disewa untuk mereka berdua, dengan terma bagi menikmati malam pertama. Bergegar lutut Lucy memikir..

"Err.. err.." tak ada ayat yang sesuai kalau nak lari pun. Kalau buat trik pengsan, lagi la tak laku! Senang-senang dia angkut aku masuk nanti! Adeh, apa idea nak buat ni?? Wajah pucat Lucy menggambarkan perasaannya ketika itu.

"Sayang, apesal ni? Kau tak sihat? Nak balik rumah?"

"Err.. tak.. aku.. aku.." kalau balik rumah waktu ni pun sah-sah kena halau!

"Kalau tak, come, masuk.. ke nak prince dukung bidadari ni, em?" lirikan mata nakal March menambahkan debaran di hati, tapi daripada dia dukung aku, baik aku masuk sendiri! jerit hati Lucy. Laju-laju dia masuk dan tutup pintu. Berdiri tegak. Tiru patung kat tugu. Aku dah masuk, then..?

"Good girl," March sengih.

"Aku.. nak mandi!" tak bukak kasut lagi, dia terus lari masuk bilik air. Dengan bergaun bagai.. nasib la, nok!! Dia sendiri pelik apesal berdebar lain macam sangat ni?? Huwaa! Boleh naik darah tinggi aku gini! Lucy buka dan buang kasut tinggi bangunan tu ke sebelah dan duduk di atas tandas duduk yang ditutup dengan penutupnya sambil memekup muka sendiri sebelum terdengar suatu ketukan. Dia panggung kepala. Tengok pintu. Lain macam bunyi ketuknya. Macam kat cermin. Dia pandang kiri, ahh, bala! Suite ni terlalu canggih sampai bilik air pun lutsinar, hamek kau, nyah! Aaaaaa.. March senyum menggoda di balik cermin yang cuma dilindungi oleh bidai kayu yang tetap la ada lubang-lubang bertuah untuk peeking orang di dalam dan peeking orang di luar. Haih, moden sangat pun susah jugak untuk aku yang pemalu ni! Err, sejak bila aku jadi pemalu sungguh ajaib macam ni pun, aku tak pasti..! Lucy mati kutu, dah tak boleh nak lari lagi. Jalani lah hidupmu dengan tenang, wahai Lucy.. bisiknya pasrah.

**

Lucy keluar selepas mandi yang bapak la lamanya. Saja dia mandi sampai sejam setengah, sempat main-main dengan bunga ros dan buih-buih. Tak lupa jugak dia tutup lampu dan nyalakan lilin wangi. Hampeh betul. Kau harap lepas kau keluar, kau selamat la kan? Lucy urut dada bila dia keluar dan melihat March sudah tertidur. Comel jugak dia bila tidur. Tadi pun masa dia mandi, dia perasan March tak ada dah peeking dia lagi lepas dia ketuk cermin. Mujur jugak dia tak buat aksi ketuk pintu nak mintak mandi bersama! Harus aku pitam!

Lucy duduk di kerusi dan memandang ke cermin sambil mengeringkan rambutnya. Dia tak suka pakai pengering rambut sebab nak jaga rambut daripada rosak.

"Sayang, kau dah siap mandi? Erm, wanginya.." suara serak March berkumandang di telinga Lucy. Apesal kau bangun??! Apesal tak tidur mati??! Apesal tak tidur sampai esok?!! Semua 'apesal' memburu fikiran Lucy. Aaaa.. wajah pucat tak berdarah kembali bertandang ke wajah.

"Aku nak mandi jugak.. baru kau ada rasa nak cium aku nanti, kan, sayang?" March bangun dan menghampiri Lucy. Senyuman tak ketinggalan walaupun penat. Senyumannya penuh kasih sayang, bukan senyuman menggoda macam tadi. Hati Lucy dipagut rasa bersalah. "Kenapa mandi lama sangat, aku rindu kau, tau?"

"Err.." Lucy telan air liur. Tak terkeluar perkataan dari mulut.

"Kau rehat la, aku mandi sekejap. Won't take long, promise. Nanti mesti kau rindu kat aku, kan?" senyum lagi kemudian berlalu sambil menggosok kepala sendiri selepas menguis hidung mancung Lucy yang terkedu. Kenapa kau layan aku baik sangat, March?? Aku ada hutang dengan kau ke kat kehidupan lepas?? (ini terjadi bila terpengaruh dengan filem). Tak pun ni sebahagian daripada acara dia nak menggoda aku, untuk dapatkan baby?? Gulp! Cepat lari buat-buat tertidur sampai esok! Lucy lompat mengalahkan terjunan Pandalela Rinong ke atas katil king yang ditaburkan bunga ros dan segera hilang di dalam mimpi yang hadir. Bau tilam yang wangi dan empuk memang tak ambil masa lama untuk dia segera tertidur, tapi dia lupa sesuatu.. sesuatu yang penting! Yes, sangat penting! Silap hari bulan la, Lucy.. taktik basi memakan diri.. haish!

Tiada ulasan: