Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Selasa, 13 Mei 2014

MARCH 6 novel/cerpen

Lucy terjaga. Tiba-tiba aje. Terasa ada tangan kat perut. Perlahan-lahan dia ushar sebelah kanan, oh, March.. kawan baik aku masa zaman sekolah dulu. Okay, takde yang pelik pun, sambung tidur. Err, tapi.. kejap.. apesal dia peluk aku eh?! Dah tu tidur sekatil dengan aku pulak?! Huwaa!

'Weh, mamat ni dah kahwin dengan kau la, boleh kau buat-buat lupa pulak,' Lucy angguk-angguk sendiri. Aah, aku wife dia la.. ha ha, apa yang pelik, wife tidur sekatil dengan pasangan dia kan? Okay, sambung tidur.

Sebelum sambung tidur, dia terfikir apa dah jadi malam semalam, a.k.a malam pertama dia dengan March? Uhuk, malam pertama aku! Terus pucat sendiri dan terduduk secara refleks! Apakah.. apakah maksud tangan March kat perut aku ni.. agaknya.. apakah..? Oh no! Baju aku! Semalam.. aku pakai towel robe dan sekarang.. aku pakai baju tidur seksi! Aaaaaaa..! And for God's sake, without bra! Errk... March.. kau.. kau.. Lucy terkelip-kelip pandang March yang nyenyak tidur, tak terasa pun aura berdebar Lucy yang sampai terdengar kat telinga sendiri.

Persoalan pertama.. adakah aku dah tak suci lagi?? Persoalan kedua, macam mana aku terpakai baju seksi dengan tak bercoli bagai dan paling tak boleh blah, ada seluar dalam ni! Aaaaa.. Lucy gigit bibir. Aku berjalan dalam tidur ke? Aku rasa takde la aku bergigih nak berjalan dalam tidur semata-mata nak pakai baju tidur? So, jawapannya, makhluk kat sebelah aku ni yang tolong.. tukarkan.. baju.. aku.. Lucy ternganga sendiri.

"Aaaaaaaaa!!!"

"Haa? Apa, apa? Kenapa?" March terjaga dalam mamai dan kalut dia bertanya. "Kenapa ni, sayang?" dia bertanya pada Lucy yang sedang menghadang dada sendiri dengan air mata kat tubir mata. Alololo..

"Kau.. buat apa kat aku, nok? Sobs,"

"Kejap, kejap.. aku buat apa kat kau? Sorry, I can't recall," March pegang kepala. Mahu tak nya, tengah sedap-sedap tidur, tiba-tiba ada suara mengalahkan trompet menjerit kat sebelah, adeh.. terjaga secara mengejut macam tu, kalau tak kena gaya memang ada yang dapat makan kaki.

Diam. Diam. Diam. Cuma kelipan mata kedua-dua mereka menghiasi.

"Oh, baju kau ni?" kembali ke alam realiti, March bertanya.

"Yela, apa lagi," ucap Lucy sambil mengelap air mata sendiri.

"Aku tukarkan. Aku tengok dalam beg kau ada baju ni aje yang sesuai, so aku tukarkan ajela," March menjawab tenang.

"Mak.. maksudnya.. kk.. kau.. dah.. tengok.. semua..?" sangkut-sangkut Lucy bertanya.

"Erm, let me see.. erm, kind of.." March angguk-angguk selepas dapat recall kejadian semalam secara jelas.

"Aaaaa!! Kenapa kau tak mintak kebenaran aku?! Sampai hati kau, sampai hati kau!!" Lucy pukul-pukul bahu March. March dah tergelak-gelak. Ha ha, cutenya!

"Sayang, aku dah kejutkan kau, kau yang tak sedar. Lepas tu, aku kata tukarla baju dulu, then kau kata 'em, tukarkan, honey,' aku tukarkan ajela. Mana boleh tolak bila kau panggil aku honey, right?" March sengih lepas puas gelak tadi. Siap tiru lagi gaya Lucy bercakap dalam tidur.

"Huuu, aku tak percaya," muncung.

"Betul. Aku tak tipu kau, kau yang cakap macam tu, siap peluk aku lagi lepas tu.. ha ha, indahnya dunia,"

"Nok! Jahatla kau ni!"

"Ha ha..!" March gelak sebelum Lucy mula mencubit-cubit pulak. "Okay, okay.. sorry, sorry.. aku tengok yang atas je, yang bawah tak. Betul tak tipu,"

"Habis, macam mana aku pakai spentot ni??"

"Em.. macam tu ajela. Masukkan dari kaki sampai ke atas, taraa, siap,"

"Senang betul kau cakap, March!"

"Laa, dah memang senang pun. Memang macam tu aje cara dia. Tak tau la kalau kau pakai spentot dari atas kepala?"

"NOK!!"

"Ha ha ha! Okay, okay.. betul ni.. okay, kau bayangkan ni," pukul 4 pagi duk bercerita dua-dua ekor. "Kau kan pakai towel robe, jadi sebab aku budak baik, takdela aku bukak towel robe kau tu, aku pakaikan kau spentot dulu, then baru aku bukak towel robe tu and pakaikan baju pink-pink kau ni, then gitu la, settle," ujar March sambil angkat kening.

"Betul kau tak tengok??"

"Betul aku tengok yang atas aje. Rezeki.. ha ha,"

"NOK!!" sekali lagi kena tempik.

"Ala, lama-lama nanti aku akan tengok jugak kan, jadi apala salahnya jamu mata di malam pertama, betul tak?" March berkata kemudian ketawa lagi.

"Kau jamu mata aje kan? Tak ada buat benda lain??" Lucy bertanya lagi dengan jelingan tajam.

"Benda lain? Maksudnya?"

"Yela, kau cubit-cubit ke, kau usik-usik ke," siap buat aksi seperti yang disebut.

"Apa la yang dirisaukan sangat ni, em, sayang? Kita dah sah kan? Aku akan bertanggungjawab atas apa yang aku buat pada kau, don't worry, okay?"

"..." muncung.

"Alolo, tak mau nangis. Come here," March tarik tangan Lucy dan bawa tubuhnya ke dalam pelukan. "Aku tak sentuh pun, aku tengok aje. Tengok.. tapi kalau tersentuh tu, aku tak jamin la, he he,"

"Aaaaa,"

"Okay, okay, dah, dah. Jom tidur, budak manja, aku penat la.. awal pagi lagi ni," pujuk March lembut sambil menjeling jam di tangannya.

"Betul kau akan bertanggungjawab?" tak puas hati lagi tu.

"Betul, sayang.. I will," senyum. "Tengok aku senyum ikhlas ni, kalau aku tipu, mesti aku senyum ala vampire yang kasanova, tapi malangnya, aku senyum ala Shah Jahan yang setia pada Taj Mahalnya," Lucy angkat kepala daripada bersembunyi di dada March, jeling sikit tengok senyum Shah Jahan kononnya tu.

"Mana kau tau dia senyum macam tu?"

"Err, I just know it, magic!" senyum. "Sayang, aku yang lamar kau, aku sayang kau tanpa syarat, jadi aku akan berpegang pada janji, aku akan jaga kau, sampai aku mati, insyaallah," March renung lembut mata Lucy. Sebelum dia kelip mata dan berkata, "Aku tau aku hensem, janganla renung sampai macam tu, segan aku, hi hi,"

"Eee, perasan nak mati la kau ni!" Lucy keluar dari pelukan March. Baru nak feeling romantik sikit, potong stim betul mamat ni.

"Ha ha, aku rasa aku tak perasan, memang kenyataan kan? Betul tak?"

"Yela, intan payung, hunny bunny, jom tidur," ucapnya malas layan dan segera membaringkan badannya membelakangi March.

"Tidur aje?" kepala March menjenguk dari belakang Lucy.

"Habis?"

"Malam pertama kita?"

"MARCH!!!" satu bangunan bergegar dengar jeritan Lucy dan ketawa March yang mengiringi. Hampeh betul la dua-dua ekor ni. Adeh..



Tiada ulasan: