Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 31 Oktober 2014

personaliti ikut jenis darah

Assalamualaikum semua. hihi ini adalah kajian personaliti kita ikut jenis darah. betul ke? rasanya betul jugak tu. apa pun, yang baik ambik, yang buruk buang. gituuu. peace ;)


Hasil copy paste TQSM!

Isnin, 20 Oktober 2014

Marchmellow 12

Marchmellow 12

“Kenapa, kenapa?? Kena serang hendap ke?!” Lucy kalut.
“Sshh! Bukan la! Tu..” March bisik sambil menjuihkan bibirnya ke arah seekor arnab warna kelabu coklat dengan telinga capang ke atas.
“Nak buat apa??” dengan nada bisikan-penuh-semangat Lucy membalas.
“Buat santapan untuk bidadari,”
“Tak mau la aku. Kesian dia, nok, dah la comel pulak tu!”
“Kau kata kau nampak dinosaur pun kau nak panggang kan, apatah lagi si arnab kecik ni?” March angkat kening sambil jari telunjuk menunjuk ke arah haiwan kecik berkenaan.
“Nok, tak payah la, please, tak payah,” Lucy memujuk sambil menggoyang-goyangkan lengan March.
“Shh, shh,” March meletakkan jari telunjuknya ke bibir sambil terus aim arnab comel itu dengan pisau Rambonya. Gaya dia macam nak baling pisau tu.
“Nok, kena sembelih la!” sekali lagi lengan March digoyangkan.
“Kalau kena ni, aku yakin tak mati. Sempat sembelih punya,”
“Nok! Tak nak, tak nak, aku tak bagi kau bunuh dia! Jom balik!”
“Sayang.. arnab ni sedap ni, lagi sedap daripada ayam,” ujarnya menolak perlahan badan Lucy yang menghalang pandangannya daripada memandang arnab tersebut. Arnab tu nampak leka dan bagai tak menyedari langsung kehadiran makhluk berbikini dan berseluar pendek yang sedang berbincang tentang nasibnya.
“Arnabbbb, lariiii!!” tiba-tiba suara Lucy kedengaran menggegarkan satu kepulauan Maldives. Bukan arnab aje lari, dengan dinosaur pun ada harapan lari kalau dengar suara dia. “Dah, jom balik,” kemudian dia tarik tangan March yang tercengang.. arnab yang leka tadi terus hilang dari pandangan. Arnab aku..
**
“March, apesal ni?” Lucy menegur bila March jalan lambat-lambat bila dah sampai ke kawasan resort mereka. Tadi pun baik punya perlahan dia bawak motorboat.
“Aku nak arnab,”
“Alolo, okay, nanti dah sampai Malaysia kita cari arnab, okay?”
“Tak nak, aku nak sekarang jugak. Sekarang,” March memuncung. Masuk bilik, dia terus ke pelantar dan baring meniarap atas buai. Pandang ke arah lain, tak nak pandang Lucy.
“Honey, jangan macam ni.. aku kesian kat arnab tu. Tak sanggup tengok dia mati macam tu aje,” lembut suara Lucy memujuk. Tambah perencah gedik, seharusnya.
“Hurm,”
“Honey.. honey.. jangan la macam ni..” Lucy gelisah bila March merajuk. Dia usap-usap bahu March. Aduh, tak pernah lagi dia merajuk dengan aku seumur aku hidup ni. Macam mana nak buat??
“Honey, tengok sini, aku nak menari tiger dance..” tak ada respons.
“Honey, aku nak mandi, nak mandi sekali tak?” tak ada respons. Ugh, apa cerita ni?
Lepas tu, Lucy pun keluar, dalam 5 minit kemudian datang balik dengan semput-semput.
“Honey, aku.. nak berenang,” akhirnya, March angkat kepala.
“Pelampung mana?”
Chu!
Mata March membulat. Lucy cium pipi aku?? Aish, aku kat dunia kan? Bukan kat Marikh? Spring mana yang longgar dalam kepala dia agaknya ni?
“Honey merajuk lagi?” soalnya, kelip mata sekali dengan muka ambil berat. March kemudiannya bangun duduk dan mencebik.
“Nah, arnab!” March senyum tawar sambil menyambut seekor anak arnab warna putih yang dipegang di telinga oleh Lucy. Arnab itu diam di ribaan March.
“Mana kau cekup anak arnab ni?”

Selasa, 7 Oktober 2014

Marchmellow 11

“Ha ha! Sampai hati kau kutuk ‘laki’ kau, eh?” March ketawa. Dia teringat semenjak kes tersebut, dia semakin obses dengan seni mempertahankan diri. Dia berusaha gigih untuk mempertajamkan deria-derianya. Mereka terdiam lama sebelum March bertanya, “Kau dah tau siapa yang selalu bagi kau bunga tiap dua minggu sekali tu? Kau pernah beritahu aku, kan?”

Nope, sampai sekarang aku tak tau siapa,” Lucy menggeleng. “Aku agak abang senior sorang tu la, aww, hot gila dia, nok! Sampai sekarang aku ingat!” tangannya mengipas-ngipas muka sendiri.

“Siapa?”

“Yusry,” mata Lucy mula bersinar-sinar mengalahkan kristal padu.

Euww, Yus?? Tak mungkin la!” March membalas sambil tergeleng-geleng tak percaya. Aku hot 65 persent kot banding dengan mamat poyo tu, wife aku ni boleh pulak letak statement dia tu hot?? Aish.. okay la, pandangan orang tak semua sama. It’s okay, sayang.. nanti aku akan buat kau fikir aku yang terhot antara yang paling hot. Amacam? Ha ha, March ketawa sendiri dalam hati.

“Kenapa??”

Esh, dia tu normal la. Bukan senget macam kau! Ha ha!”

“Habis tu siapa?” Lucy menjeling March yang sedap mengutuk dan mengetawakannya.

“Kau tak dapat teka siapa?”

“Tak,”

“Aku..”

“Kau??”

“Aku tahu siapa. Tapi, nanti-nanti la aku beritahu kau,”

“Siapa, nok??!”

“Hu hu, ada la. Tapi yang penting bukan Yus, okay?” March menjawab soalan Lucy.

Lucy teringat yang setiap dua minggu sekali mesti akan ada kad dan bunga sekuntum dalam laci mejanya di kelas. Susah dia nak teka siapa yang bagi sebab tulisan tu dia taip dan print, lepas tu tampal. Gigih dan bersungguh-sungguh! Tapi, semenjak dia naik tingkatan empat, dia akan dapat sebulan sekali aje. Semua kad dan bunga tu disimpan sampai sekarang, tapi tak tahula ada lagi ke tak, kemungkinan abah dah buang pun boleh jadi.. fikirnya.

“Tapi, aku ada dengar gossip. Diorang kata kau,” Lucy menjeling.

“Kau rasa?”

“Hurm, tak ada idea..” March senyum penuh makna.

Okay, let it be. Sekarang, jom kita gerak,” March bangun dan menghulurkan tangan. “Shh,” tiba-tiba March berdiri tegak dan diam tak bergerak.


“Kenapa, kenapa?? Kena serang hendap ke?!” Lucy kalut.

Rabu, 1 Oktober 2014

Terbit Sendiri Novel March

Assalam semua, apa kabar anda di sana? (cewah)

arisa, masih menunggu jwpn drpd syrkt penerbitan, jadi untuk plan B nya, arisa berfikir utk buat limited edition utk novel March (kalaulah jawapannya nanti manuskrip March itu ditolak) dan memprint ia dgn peluh sendiri. ugh, mesti tersedak kan, ha ha busuk kot, tp nasib baik arisa xla kayap sangat sampai guna peluh nak print, (ko ingat blh ke print buku guna peluh nok, mana ko belajo ni), dan utk itu arisa memulakan servei di sini, adakah para pembaca kesayangan arisa menyokong utk terbitkan sendiri (wpun begitu byk duri cabaran utk ditempuhi) tp kalau ada sokongan, arisa akan cuba gigihkan, sebab xtahu la kalau arisa aje perasan sendiri, tp di FB, March dan Lucy mmg ada pengikut yg menunggu. stalkersss gitu hahaha kijam sgguh kamu ni xberperasaan. well then, im in love with that stalkersss la kalau gitu hahaha.

okay mengarut, jadi arisa memulakan servei utk terbitkan novel march jika xlepas di fixi, adakah setuju atau tidak, arisa harap dapatla kalian syg2 komen di bawah, jgn risau kalau komen xmuncul, sebab komen ditapis dulu spaya xada spamming, hihi, terima kasih daun keladi, sesungguhnya kebaikan dan sokongan drpd para pembaca novel arisa sgt2 arisa hargai, betul ni tak tipu (nampak mcm tipu ke? xkan?) jd sila percaya hihi 

again, terima kasih dan ketahuilah, arisa sgt sygkan semua yg sanggup teman arisa selama arisa di dunia penulisan ni, susah dan senang, arisa amat hargai muahxx lebiu all! (tido baca doa, nnti arisa dtg menghantui, padan muka) kikikiki terima kasih berjuta lemon!