Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 7 Oktober 2015

Apartment 3 (Horror)

(Sorry for the very slow update. Dan terima kasih atas sokongan semua! penulis sgt terharu dan disebabkan beliau terharu, jadi beliau pun update chapter terbaru. sori beliau mmg xberniat utk biar semua tertunggu2. ehehe ok ini semua poyo! NOTE: novel apartment ni sebenarnya masih on the way typing. memandangkan penulis ada karya lain yang sedang diusahakan, sebab tu agak lambat utk update, terima kasih semua! muah!)
SELAMAT MEMBACA!
Shamira demam panas dah dua hari semenjak kejadian malam tu.. aku rasa serba salah jugak sebab aku yang menyebabkan dia jatuh sakit macam ni. Aku tak tau kenapa, tapi aku pun pelik macam mana dia boleh nampak orang duduk dekat kolam renang tu, dan macam mana dia boleh tau yang aku dan dia ikut malam tu bukan kak As, tapi orang tu berpakaian putih dan rambut panjang macam yang dia nampak di kolam renang. Tapi, yang aku nampak memang serius kak As, beb! Pergh, mujurla tak masuk dalam rumah dia, entah rumah siapa ke apa ke aku pun tak tau. Dan buku yang dia bagi tu berubah jadi habuk warna hitam lepas kak As sebenar muncul bagi al-Ma'surat yang benar sebenar-benarnya, tiada tipu dayanya lagi, magik sangat kan?
Gosip pasal apa yang jadi dua hari lepas tu memang jadi gosip terpanas lah untuk abad ni! Dan bertambahla cerita-cerita angker di apartment. Aku sakit kepala fikir. Macam mana aku patut buat? Fuh..
Aku tekapkan tuala di dahi Shamira. Dan aku rajin sekali baca surah dan ayat-ayat Ruqyah ataupun dipanggil dengan ayat Manzil dan diperdengarkan pada Shamira di samping aku letakkan sebotol air 1.5 liter untuk diberi minum kepadanya nanti. Begitulah yang aku dapat tips dan petua daripada ustaz. Ustaz tu ada bagi jugak satu botol air, tapi sikit sangat la, minum sekali dah habis.
Dan aku pun cuba la berikhtiar sendiri dengan bantuan Allah untuk membantu ubati demam panas Shamira ni. Orang tua-tua panggil ni keteguran. Alhamdulillah aku tak keteguran bersama, kalau tak siapa nak jaga kitorang yang bertuah ni agaknya?
Kak As pun ada datang melawat Shamira beberapa kali. Tapi, aku bila tengok aje kak As, aku terus pandang dengan rasa skeptikalnya. Tak nak lagi jadi macam malam tu. Hish, sampai sekarang aku terbayang-bayang sengihan penuh puaka kak As. Waaa!
Kak As datang lagi sekali mengucapkan selamat tinggal. Dia dah nak berpindah, bersama-sama dengan para pelajar lain. Maka tinggallah kami aje, pelajar universiti aku untuk sementara waktu sebelum pelajar kolej lain pula berhijrah ke sini. Aku harap ada la sesiapa yang dapat tolong semahkan apartment ni ataupun tolong ubatkan segala gangguan dan penyakit-penyakit yang tak nampak di mata kasar.. siapakah orang itu agaknya?
Tapi, aku tetap bersyukur yang kak As jadian tu tak bawak aku dan Shamira ke tingkat sebelas, tingkat paling berpuaka tu, kalau tak aku tak tau la nak lari tak cukup tanah rupa mana. Haiya!
" A.A.. aku nak pindah.." ini ayat paling aku tak boleh dengar yang keluar daripada mulut Shamira. Janganla tinggalkan aku sorang-sorang kat sini, Sham Kamikaze! Please!
" Alaa, please la stay, beb.. aku tak ada duit la nak pindah rumah," aku duduk bersila di sisi Shamira. Aku baru lepas bawak dia ke bilik air tadi sebab demam panas dia agak teruk, nak berjalan pun terhuyung-hayang, kalau esok dia tak kebah lagi, aku memang nak bawak dia pergi klinik atau hospital. Kalau nak harap nurse Anisa Wardah ni memang tak ada la, he he..
" Tak apa, A.A, aku boleh tanggung," Shamira bersuara lemah. Aku tahu dia memang anak orang kaya, orang senang, sebab tu ayat tu selamba aje keluar dari mulut dia.
" Tapi, beb, aku tak suka nak terhutang budi bagai ni.. dan aku pun tak nak jugak kalau tinggal sorang-sorang kat bilik ni, weh," aku ketap bibir.
Dah macam-macam jugak yang aku alami masa kat bilik ni.. kalau ikutkan memang aku pun nak blah, tapi aku pokai ni, apartment ni at least aku kena bayar RM100 aje setiap bulan dah masuk api, air. Kalau kat luar, susah la.. tengah-tengah bandar ni, satu bilik kecil aje mahu RM200, lagipun apartment ni selesa, cuma masalah gangguan tu ajela yang aku tak tahan. Aduhaii.. Tak kira apa yang aku dengar lagi ni, boleh kata tiap malam dengar bunyi orang alih perabut kat tingkat atas. Apa kau gila nak berpindah randah pukul 2,3 pagi??
" Aku rasa tak boleh dah nak tinggal kat sini, A.A.. aku tak kuat," adu Shamira. Aku faham perasaannya, sebab aku pun sama, tak kuat, cuma berlakon kuat aje ni!
" Kita cuba duduk untuk sem ni aje, boleh? Nanti kita buat surat minta duk luar?" aku cuba pujuk Shamira. Dia mencebik.
" Emm.."
" Nanti kau dah sihat, kau okay la, aku yakin, insyaallah," aku berkata padanya dengan mata bersinar-sinar bagai dipanah bulan dan bintang. Tak lupa senyuman terikhlas dan termanis di dunia. Mesti demam dia bertambah teruk kalau tahu aku perasan sampai macam ni sekali, aha ha ha!
**
Alhamdulillah, esoknya Shamira dah semakin pulih. Mesti ini berkat doa ayat-ayat Ruqyah dan bantuan Allah. Alhamdulillah. Dan aku pun semakin rajin membaca ayat-ayat pelindung sepanjang masa. Game pun aku dah kurangkan main. Aku main siang-siang aje, dan aku insyaallah akan cuba tidur paling lewat pukul 12. Dengar khabarnya esok pelajar baru akan masuk ke sini. Daripada kolej teknologi berhampiran.
" A.A, boleh kita usha mamat baru nanti. Bosan la usha mamat-mamat U kita aje, tak menarik. Harap-harap ada yang hot and delicious, aww!" dia kibas-kibaskan tangannya ke muka. Tanda 'panas'.
" Ee, gatal kau ni tak habis lagi rupanya?" aku balas malas. Hari ni tak ada mood sangat. Mungkin nak kibarkan bendera Jepun tak lama lagi, sebab tu rasa lemau aje. Tapi, aku rasa lega Shamira dah sihat dan kembali happy macam dulu, mahunya dia buat muka moody sepanjang masa dan ketika, aku jugak yang seram sendiri nanti!
" A.A, Shammy, malam ni lepak Hard Rock Cafe jom. Birthday Ismi," Lisa bersuara dari belakang. Pensyarah tak masuk lagi, jadi semua yang dah ada di dewan pakat bising bercerita itu ini.
" Err, malas la aku," aku membalas. Rupa orang tak ada mood selayaknya aku bereaksi.
" Alaa, jomla. The more, the merrier, yes?"
" A'ah, A.A, come on la. Apa kau dapat melepak kat bilik tu jugak pun. At least boleh makan sedap," sambung Yana, menyokong apa yang dikata Lisa.
" Adeh, aku tak ada mood la, beb," 
" Kenapa? Nak ABC (bukan air batu campur) eh? Waa, bro kita nak ABC la!" Shamira mengusik.  Ece ce, seronoknya kenakan aku? Dia dan geng lain ketawa kuat. Aku pulas pipi sorang-sorang nanti, baru padan muka kot.
" Apa bro-bro? Aku pakai tudung, okay? Sorry sikit,"
" Beb, cool la. Jom, don't waste your time. Masa muda la kena enjoy to the fullest! Kan?" Lisa terus memujuk. Dan kelibat Dr Amir membuatkan aku lega. Boleh lari daripada ajakan diorang sementara.. err, sementara ajela kot.
Malam tu, aku tertewas jugak dengan ajakan diorang. Ikutkan hati, aku memang nak lepak dalam bilik aje, nak tidur awal. Well, aku kan dah berhijrah sekarang ni, mana ada dah aku main game sampai pagi-pagi buta lagi. Dan aku memang tak minat sangat keluar malam-malam ni kalau tak perlu. Aku suka melepak dalam bilik lagi.. daripada membazir masa kat luar, baik aku studi tak pun main game. PC gamer aku ni kalau tak tau, bukan kaki lepak dan kaki disko macam Lisa and the gang..
Aku dan Shamira, Lisa and the gang sampai ke Hard Rock Cafe pada pukul 9.30 malam menaiki kereta Lisa, anak Tan Sri. Naik Baby Merc biru tuanya, kerlas kau, A.A!
Sampai aje, mata aku dihadiahkan dengan banjiran mamat-mamat dan minah-minah Barat sedang menikmati hidangan makan malam mereka. Tiba-tiba, aku tak rasa aku sebenarnya berada di Malaysia. Err?
" Okay, girls.. pilih la apa yang you all nak makan, tonight is on me, okay?"
" Yeay! Heaven!" geng Lisa yang dua orang lagi menjerit suka. Aku macam biasa, steady.. em, rezeki jangan ditolak. Tapi, aku terkedu sikit la memandangkan Hard Rock Cafe ni menghidangkan arak dan alkohol. Pertama kali ni aku datang ke tempat macam ni.. dalam bengong-bengong aku membuka menu yang diberi. Em, garu-garu pipi sambil merenung. What?! Kauu gilaaa?! Nak pengsan aku menengok ke harga makanan pada menu yang diberi. Terus pucat dan kerinting rambut.
" A.A, kau nak makan apa?" soal Shamira. Err, tak pernah seumur hidup aku makan kat tempat mahal yang hamat macam ni!
" Entah, beb. Aku tak tau la," aku jerit kuat bagi melawan bunyi muzik yang dipasang. Lisa and the gang dah oder makanan, aku sorang masih terkulat-kulat sendiri. Shamira pulak menunggu untuk membuat oder sekali dengan aku.
" Apa kata kau makan burger aje?" Shamira mengusul. " Aku nak try steak ni," aku tengok pada menu burger. Pergh, harga sebiji burger dia ni aje dah boleh dapat berbakul-bakul burger gerai tepi jalan nak masuk rumah aku kat kampung. Kalau ikut hati, aku memang rela tak makan, sebab aku tak biasa dan tak sanggup nak makan makanan mahal macam ni, walhal adik-adik aku kat rumah entah makan apa malam ni.. aku pulak boleh senang-lenang nak makan makanan mahal kat sini..
" Emm, aku tak makan kot, beb. Kenyang lagi la," aku beralasan. Menu kulit tebal tu aku tutup.
" A.A, any drink, please?" Shamira membuat muka pada aku. Penuh tanda soal. Air la pulak. Aku buka menu kembali. Air.. air.. emm..
" Air mineral ajela," lagak budak kampung sangat.
" A.A, nanti jangan bising kat aku kalau kau lapar malam ni," Shamira ugut.
" Okay, tak ada hal," aku balas dan menyandar ke kerusi sambil berkerut merenung para pengunjung di sini. Bukan calang-calang orang yang boleh datang sini, harga sebiji burger dia boleh dah aku buat belanja buang seminggu. Ya la, aku ni budak kampung aje, seboleh-bolehnya aku akan cuba cut cost untuk hidup. Laptop yang ada tu pun laptop abang sepupu aku yang berada sikit, dia dah habis belajar jadi dia bagi laptop tu pada aku sebab dia nak beli laptop baru. Telefon bimbit pun yang paling cikai tu la telefon aku. Boleh call dan mesej aje fungsinya. And bolehla main game ulat makan buah lepas tu langgar dinding lepas tu mati.
Kebanyakan barang-barang yang aku ada, semua orang yang bagi. Mp3 tu kawan baik aku yang bagi sebagai hadiah hari jadi. Femili aku tak sesenang Shamira dan Lisa. Jauh beza ibarat langit dan bumi.
Beberapa ketika kemudian, makanan yang dipesan mereka pun sampai. Geng Lisa dan juga Shamira sibuk menangkap gambar diri sendiri dan gambar makanan untuk dibuat kenang-kenangan dan dimuat naik ke laman sosial. Itulah kegilaan orang zaman sekarang. Aku tak suka menangkap gambar, kalau kau nampak gambar aku dalam Facebook ataupun Instagram, itu maksudnya orang tangkap curi-curi dan tak mintak kebenaran. Ceh, perasan hot sangat, nok!
" A.A, makanla sekali dengan aku, tak habis pun ni, banyak," Shamira merenung minta dibelas kasihan. Tadi aku dah makan dessert lepas dipaksa Lisa. Em, diorang ambil berat jugak pasal aku kan. Alhamdulillah. Aku betulkan duduk. Malam ni aku sorang aje pakai macam apa, jeans dengan sweater hitam, tudung bawal kelabu dengan selipar jepun. Eh, selipar jepun tu Shamira tak bagi pakai, jadi aku pakai la sneakers. Kalau tak, memang buat malu diri sendirila datang tempat mewah macam ni tapi pakai selipar asal Jepun tu. Err.. aku tak kisah, tapi kesian kat tuan punya organizer la kan.. betul tak?
Mereka yang lain semua pakai grand-grand gitu. Siap berdress bagai. Dalam pukul sebelas malam, live band mula mengambil tempat. Aku dengar lagu-lagu yang dipersembahkan, dan ada satu lagu yang memang jadi favourite Shamira yang selalu dipasang dalam bilik sampai aku pun dah hafal.
Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them
Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love
Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again
Lagu-lagu cepat aje kan kau hafal, A.A. Kalau bab hafal al-Quran, bukan main kau mengelat. Aku terasa apa yang aku fikir ni memang betul pun, aku memang malas menghafal surah. Lepas ni kena bagi rajin la sikit, hafal Quran ada banyak sikit peluang untuk masuk syurga. Tapi, kalau sekadar hafal aje, tapi tak amal apa yang ada dalam Quran tu pun, tak guna jugak, cik.. aku bermuhasabah diri sendiri di Hard Rock Cafe, terbaik!
Habis acara menyambut sambutan hari lahir Ismi, kami pun pulang. Sampai di depan apartment, masa menunjukkan pukul 1.12 pagi. Apartment dah mula sepi, cuma ada beberapa manusia yang masih melayan asmara melepak melepas rindu. Aku pandang malas. Lisa and the gang duduk di tingkat dua, jadi, lepas hantar mereka di tingkat dua, lif pun bergerak naik. Macam biasa, tingkat tiga lif wajib berhenti dan pintu terbuka. Dalam hati, aku berharap tak ada la kak As nak naik bersama ataupun kakak cantik nak tumpang naik ke tingkat sebelas..
Shamira berdiri betul-betul sebelah aku.. aku tak pandang ke luar yang gelap tak berlampu tu. Apa la kena dengan apartment ni agaknya, ada aje masalah lampunya. Wiring failed betul! Angin menderu membuatkan aku terasa sejuk walaupun bersweater. Shamira lagi la dengan dressnya, mesti sejuk bagai nak mengundang mati. Dari ekor mata aje aku bagai menjeling ke luar, cepatla tutup pintu lif ni, kau tunggu apa lagi? Aiseh. Dan ia pun tertutup kemudiannya dan naik ke atas. Misteri.
Sampai pun ke rumah! Berpeluh-peluh walaupun cuaca tak panas. Tiba-tiba housemate aku yang duduk bertiga dengan dua orang lagi keluar dari bilik.
" Korang dari mana?" eh, buang tebiat ke minah ni? Amina tanya aku. Aha, elok la panggil minah kan. Memang nama dia pun.
" Baru balik, birthday party. Kenapa, Min?" Shamira jawabkan. Aku cabut sneakers dan dengan malas berjalan menuju ke bilik. Penat la.. nak tidur.
" I nak balik pagi ni, pukul tiga. I homesick la,"
" So?" aku tanya bila dia cakap pandang aku, tak sempat nak lari masuk bilik.
" Temankan I turun, I tak berani la nak turun sendiri,"
" What? Kau nak balik pagi-pagi buta ni? Hagak la, weh," malas nak layan, aku dah penat lagi la dia nak buat drama pulak. " Dah tu ajak kitorang kenapa? Ajakla geng kau dalam bilik tu," bila susah baru nak cari aku dengan Shamira, kalau tak, haram la..
" I rasa rindu kat femili, so esok I pergi U dari rumah aje, bolehla temankan I turun ye nanti. Please, Mira. Please, A.A," aku mencebik. Haish, mengundang masalah betul la.
" Em, yela, yela. Tengokla kalau aku tak tidur lagi,"
" Okay, Min, nanti kitorang teman you turun, ye," Shamira ni lembut hati sangat. Layankan aje semua. Haila.. aku jugak yang jadi mangsa bersama.
" Thank you, Mira, thank you, A.A," terus beriak riang dan lari masuk bilik. Ceh.
" Apesal kau ikutkan sangat cakap dia tu, beb? Aku dah penat ni.. serius la tak tipu,"
" Ala, aku kesian aje kat dia.. em, a'ah la, aku pun penat jugak la, A.A," menyesal pun dah tak guna, weh.. aku gosok bijik mata dan kemudian beralih pula pada perut. Gosok perut yang kenyang.
Sebabnya diorang yang ramai-ramai tadi pandai pesan macam-macam, lepas tu tak nak makan sampai habis sebab alasannya diet. Haih, apesal la cakap macam orang Tehran cakap BM? Kejap tadi cakap heaven gila ada orang belanja, lepas tu cakap diet bila makanan dah sampai, last-last aku jugak jadi mangsa menghabiskan apa yang tak habis, sebab sayangkan makanan mahal tu dibuang macam tu aje. Nak kau jawab kat akhirat nanti, kenapa buang makanan padahal orang di Syria dan Somalia makan pun tidak. Phew.. penat rupanya membebel dalam hati ni.. aduhai..
" Entah la, beb," dan aku terus terlena..
" A.A.. Mira.. mama I dah sampai.." terdengar suara kartun. Em, mimpi apa ni? Lepas tu ada bunyi orang ketuk pintu. Em, hantu mana pulak main pintu? " A.A.. Wardah, mama I dah sampai, temankan I, please.." em.. Wardah? Siapa Wardah? Bukan aku ke? Dalam mamai-mamai, aku buka mata. Aku raba poket cari telefon bimbit, uhh, pukul 3.03 pagi. Terus teringat janji yang dibuat lebih kurang dua jam lepas. Teman Amina turun dengan Shamira. Untuk layankan budak manja nak balik rumah sebab homesick. Oh my..!
" Emm, ye, kejap," aku balas bila suara kartun tadi berbunyi lagi bersama ketukan perlahan. Aku mula rasa aku tak ikhlas nak temankan dia turun. Aku pandang Shamira di sebelah, tidur bagai kematian dah menjemput. Tinggal bernafas aje lagi yang membuktikan dia masih hidup.
" Jom," aku keluar dan ke bilik air membasuh muka.
" Mira mana?"
" Kau rasa?" aku balas malas. Mata pun bukak tak berapa nak bukak dah ni. Aku rasa cerita hari ni patut masuk dalam World Record. Teman budak manja turun dari apartment berhantu pagi-pagi buta dan naik kembali seorang diri. Excellent!
" Sorry, aku susahkan kau. Sorry sangat-sangat,"
" Lain kali balik siang-siang, siang pun tinggal empat jam je lagi, apa kena la dengan kau ni, Min. Tak faham aku," aku bukak pintu dan sarung selipar jepun. Mata kuyu aku tahankan daripada tak terlelap. Turun lif pun rasa mamai gila.
" Thank you, A.A.. ni, mama suruh bagi pada you, you okay ke nak naik sendiri?"
" Nak tak nak, kena naik jugak, Min. No, tak perlu la. Apa ni?" aku tanya bila Amina menghulurkan not wang kertas RM50. Aku teman turun dapat RM50? Baik la dia suruh mak dia aje naik ambil, tak ada la melayang RM50. Tapi, RM50 tu apa la sangat bagi mama dia, kereta Cayenne, beb.
" Mama suruh bagi jugak, you take care, A.A.. sorry, and thanks again!" Amina masuk ke dalam kereta dan aku terus berjalan ke lif. Suasana dah sepi sesepi-sepinya. Tinggal bunyi deruan kereta mama Amina aje yang makin sayup-sayup kedengaran dan akhirnya hilang.
Aku masuk ke dalam lif yang memang berada di tingkat G aje daripada tadi. Aku telan air liur tiba-tiba.. bila lif berhenti di tingkat tiga. Sadis bila terbuka dan ada penunggu sedang menunggu! Cik poch, okey, cik poch aka nama kampungnya pocong... heh, sadis kan hidup aku? Sadis, super sadis!

Khamis, 23 Julai 2015

Apartment 2 (Seram tapi Benar haha tajukkkk!)

" A.A, weh, jom! Kelas dah habis ni, kau menung apa lagi?" Shamira tepuk lengan aku yang berada dalam khayalan tahap atasan. Pergh, terbaik punya lama aku merenung tembus ke depan, tanpa sedar pun apa yang jadi pada dunia semenjak aku termenung.
" Ke mana ni?" aku ikut belakang Shamira rapat selepas bangun mengheret buku teks tanpa dimasukkan ke dalam beg.
" Cafe, lapar la," Shamira membalas. Bau minyak wanginya yang kuat mampu menggugah iman seorang lelaki. Aku rasa Shamira ni memang suka orang bagi perhatian kat dia, tak macam aku, aku tak suka mendapat perhatian sangat. Tapi, kalau ada secret admirer, why not, ha ha ha, pengakuan! Dalam kata tak nak perhatian tu, tetap ada jugak perasaan nak glamer, ceh! Itu la orang kata, paku dulang paku serpih, mengata orang, awak yang lebih!
" A.A, tengok la mamat tu, hensem la!" Shamira menjerit dalam keterujaan yang menggebu-gebu. Aku pun pandang pada mamat tersebut, pandang dengan pandangan mata hati. Mata hati la sangat..
" Erm, biasa aje aku tengok. Hensem lagi pakcik aku," aku balas dengan balasan yang membuatkan Shamira mencebik.
Aku join beberapa orang kawan-kawan sekelas duduk di sebuah meja. Mereka mula bergosip kemudiannya. Gosip pasal lelaki, pasal pensyarah, pasal gadis poyo dan last sekali pasal apartment tempat kami tinggal. Aku angkat kepala. Haa, ini baru topik yang menarik dan boleh buat aku menyampuk bersama. Kalau tadi, alih-alih mengumpat orang, malas aku layan. Tak pasal dapat dosa kering. Baik layan teh tarik.
" Korang, dengar tak yang apartment kita tu spooky?"
" Spooky? Apa maksud?" Shamira bendul bertanya.
" Spooky like haunted la," Lisa jawabkan. Sejak bila Shamira tak pandai English aku pun tak tau. Selalu aje dia sound aku pakai bahasa omputih tu. Keliru.
" Serius ke? Aku tak suka la macam ni," Shamira berkerut. Muka dah mula berubah riak. " Cepatla siap kolej baru, aku nak pindah sana, tak nak la duduk tempat macam tu.."
" A.A.." Shamira tolak bahu aku bila tak ada respons lain.
" Err, apa cerita sebenarnya?" aku bukak mulut.
" Aku dengar cerita, tingkat atas sekali dekat tangki air, ada orang mati," Lisa membuka cerita. Dan semua buka mulut, tercengang terkejut. Orang mati ni boleh bangun kacau orang hidup kalau ikut kepercayaan animisme!
" Erk! Lepas tu??"
" Ceritanya macam ni. Tahun lepas-lepas, sebelum kita kat sini, ada kolej lain duduk sini jugak. Kebetulan, ada seorang budak perempuan tu lurus bendul, nerd, then satu hari tu, April Fool, ada budak-budak kelas dia yang nakal, panggil dia suruh naik atas, ke bumbung tempat tangki air. Atas tu tak ada dinding, terbuka macam tu aje. Dan bila kau masuk dalam tu, kau tak boleh bukak dari luar, dari tempat tangki air tu, maksudnya macam terkunci, cuma boleh buka dari dalam aje,"
" Maksudnya, dia terkunci kat atas bumbung sampai mati kat atas sana? Huu, scary!" Ismi menambah.
" Takkan tak ada orang cari dia kot?" aku bertanya. Kenapa la ada orang sekejam tu?
" Aku tak tau la betul ke tak cerita ni, mungkin urban legend aje,"
" Poor her," Shamira berkata.
" Jadi, disebabkan tu la rohnya macam menghantui di sana," Lisa menyambung. " Dan pasal lif berhenti di tingkat tiga, walaupun tak ada orang tekan,"
Aku teringat yang lif di apartment yang selalu berhenti di tingkat tiga. Boleh kata tiap kali naik lif tu aje, mesti akan berhenti tingkat tiga walaupun tak ada orang tekan. Aku anggap tu masalah teknikal, tak ada pulak aku fikir pelik-pelik sebelum ni..
" Kenapa dengan lif tu, Lisa??" semua excited tanya.
" Emm, next time aku cerita. Sekarang ni, time's up. Next class, girls!"
" Ugh! Sekarang la, Lisa! Please!"
" No, next time, okay, girls. Jom gerak!" Lisa mengambil beg tangannya bersama dengan lenggokan yang menggiurkan, dia meninggalkan aku dan teman-teman lain terpinga-pinga. Apa ni, main cerita tak habis pulak! Aih, tak ke rupa dah macam menunggu drama bersiri tiap minggu?!
" A.A.. aku takutla, macam mana ni?" Shamira dah peluk lengan aku dengan buat muka seposen. Mintak belas kesian.
" Em, kalau macam tu, kena kuatkan hati dan semangat la," aku cuba memujuk. dah orang tanya apa nak buat, aku cakap ajela apa yang aku rasa patut.
" Tapi, aku takut jugakla.. dah la kita duduk kat tingkat lapan, dekat aje dengan tingkat sebelas. Huwaa!" Shamira dengan drama queennya. Kaki aku langkah ke kuliah seterusnya.
" Shamira, belum tentu itu betul, kan? Kenapa tak ada polis pun dan kenapa tak masuk berita?" sampai di bilik kuliah, pensyarah belum masuk lagi. Aku dan Shamira memilih tempat duduk yang agak belakang. Main sembunyi-sembunyi dengan pensyarah. Best.. pada aku la.
" Em, mana tahu memang dirahsiakan daripada umum?" tekanya sambil melabuhkan punggung.
" Em, mana tahu memang tak ada pun benda tu?" aku triggernya kembali. Mungkin betul itu cuma urban legend? Kan? Kebenarannya tak ada siapa tahu. Tapi, aku tak meninggi diri menyatakan yang aku tak takut atau tak percaya, aku percaya benda tu memang ada.
" A.A, jomla kita pindah," tiba-tiba Shamira memberi satu idea. Emm?
" Mana boleh, beb. Kan pihak U wajibkan kita duduk sana, at least setahun?" aku jawab
" Gila la kalau setahun, A.A! Aku tak boleh la.. tak boleh.." aku jeling Shamira yang berada di sebelah kanan. Dia dah rupa macam nak nangis. Ahh, sudah..
" Eh, aku tak buli dia la," aku mengcover diri bila orang keliling tengok aku dan Shamira macam aku pulak yang buli dia sampai buat dia nak nangis.
" A.A, lepas ni kau tidur dengan aku tau. Teman aku tidur,"
" La, aku memang tidur dengan kau pun hari-hari, kan?"
" Tak, kau tidur dengan aku, sebelah aku,"
" Macam mana? Mana la muat tidur atas katil kau dua orang, sempit nauzubillah kot," aku soal. Aku keluarkan buku nota untuk mengambil nota nanti. Buku teks maha berat pun aku keluarkan. Buku teks forever and ever la memang berat dan membosankan. Tak pernah aku rasa buku teks ringan dan menghappykan. Sebab aku memang tak suka ayat buku teks, mengantuk. Azali buku teks memang macam tu ke agaknya eh? Ayat-ayat skemanya bila baca walau dua tiga perenggan, dah rasa macam baca tiga puluh muka, dan ia akan menjadi lullaby yang perfect untuk teman aku tidur. Doze off.. tapi, mungkin orang lain ada yang berkasih dengan buku teks, tapi bukan la aku..
" Aku ada idea," Shamira menyebut. Tiba-tiba mukanya bersinar.
" Err, okay. Apa ideanya?" aku angkat kening. Riak muka ala-ala muncul tanda soal besar.
**
" Okay, siap!" malam tu pukul sepuluh Shamira hamparkan tilam ke atas lantai. Elok aje jadi macam tilam queen, jadi muatla aku tidur teman dia. Emm, okay la jugak. Aku pun tak kisah macam mana, asalkan tak berhimpit dua-dua sampai ada yang tergolek ke bawah sudah. Karang tak sempat grad, dah sewel tak pasal-pasal.
" Ini pertama, kedua, aku nak kau teman aku pergi bilik air tiap-tiap malam. Tau?" aku kecilkan mata. Eh, ingat aku ni bodyguard hang ka, Shamira oi?
" Weh, matila macam ni. Setahun ada 365 hari tau, takkan 365 hari tu aku kena teman kau kot, agakla?"
" Please, A.A.. please.." dia jual muncung itik. Adeh.. risau la aku dengan Shamira ni, mahunya dia nampak apa-apa, jadi bukan-bukan nanti, hoi, naya! Aku mula berfikir apa yang harus dilakukan untuk bersama-sama hilangkan rasa ketakutan ni.
" Okay, beb.. aku rasa kita kena rajin mengaji dalam rumah ni, jadi kita akan lebih kuat semangat, dan serahkan semua kepada Allah," aku cakap padanya sambil duduk bersila di atas tilam. " Kau rasa?"
" Emm.. ye.. mungkin.." dia ketap bibir. " Kau tu jangan selalu sangat tidur lambat, tak elok." dia berkelip mata. " Aku nak pergi bilik air ni, teman.."
Aku teman dia, dan malam tu lampu dapur terbuka. Jadinya, aku pun selamba aje la buat tak tau, tapi dalam hati masih berharap yang aku tak nampak bukan-bukan lagi malam ni. Dan, alhamdulillah tak ada apa-apa. Tapi, dapur tu memang sesuatu, aku dapat rasa..
Malam tu macam biasa, Shamira dah tidur, aku masih berjaga lagi. Gila dengan game Quake 3 Arena pulak. Aku main sampai pukul 1.30 pagi lebih kurang, kemudian tersentak dengan bunyi kuat macam ada orang lempar besi dari tingkat atas ke bawah. Aku yang pakai headphone ni pun boleh dengar. Cis, apa benda pulak ni? Aku apa lagi, terus lari masuk bawah selimut dan pasang ayat al-Quran dari mp3 pulak, dan duduk diam-diam dalam selimut, lampu pun aku biar aje. Aku ni nak kata berani sangat tak jugak, penakut sangat pun tak jugak, tapi tengok keadaan. Kadang-kadang berani, kadang-kadang penakut. Tapi, aku pernah dengar orang kata, makin takut kita dengan benda ghaib, makin suka dia nak kacau.. dan aku tidur dengan lena kemudiannya. Nasib..
**
" Assalamualaikum, kami dari kolej Islam, nak jemput ahli rumah ke surau malam ni, ada majlis bacaan Yassin. Kemudian, ada sedikit jamuan," aku senyum memandang pada seorang akak yang pakai tudung labuh dengan jubah bersama seorang rakannya, dengan senyuman yang ramah dan bercakap dengan suara yang lembut dan tersusun. Alahai, manisnya..
" Waalaikumsalam.. oh, ya? Insyaallah, nanti saya ajak kawan-kawan rumah sekali,"
" Baik, terima kasih. Jangan lupa ye, pukul 8.30 malam. Kalau nak berjemaah solat Maghrib sekali pun sangat dialu-alukan," dia menghulurkan tangan untuk aku sambut. Aku sambut dan dengan ucapan salam, mereka berdua pun beredar.
Aku tutup pintu dan kemudian ketuk bilik-bilik yang ada untuk aku sampaikan pesan tadi. Housemate aku yang ada kelihatan tak berapa nak berminat. Emm, okay.. ni ada seorang lagi, Sham Kamikaze. Aku tenungnya yang duk buat nota atas tilam. Rangka katil dah aku cabut bersama semalam dan dah selamat disimpan dalam stor sebelah dapur. Hari ni hari Khamis, jadi tak banyak kuliah yang ada, so melepak di bilik ajela, dan dah jadi port baru Shamira studi atas tilam. Lagi menarik daripada di meja studi, katanya.
" Shamira, jom, malam ni kita turun solat Maghrib kat bawah, kat surau,"
" Eh, kau buang tabiat ke apa, A.A? Kau jangan,"
" Tak la, ada akak dari kolej Islam ajak, jadi aku ajakla semua turun sekali.."
" Emm, aku busy la, A.A.. kau pun tak payah la pergi, eh? Temankan aku,"
" Sebab aku nak teman kau la aku ajak ni. Kalau tak nak, kau mintak la Aina ke temankan, aku rasa aku nak pergi,"
" Emm, yela, yela.. aku pergi ajela," itula dia, bila ajak buat amal sikit, malas. Aku pun takla rajin sangat, tapi dah orang jemput, kenala pergi. Kurang-kurang dapat pahala berjemaah dan mengaji. Kalau harap nak berjemaah dalam rumah ni, adios amigos ajela, weh..
Surau di tingkat bawah sebelah kolam renang memang agak luas dibina. Muat la untuk 50 orang kurus dalam satu-satu masa. Itu sebelah wanita aje, tak campur yang lelaki lagi. Dalam diam, aku puji pemilik apartment mewah ni. Bagus..
" Eh, adik tadi kan?"
" Err, aha, ya. Anisa, orang panggil A.A," A.A adalah huruf pertama dan terakhir untuk nama Anisa. Orang nak panggil pun senang, kan. Aku salam akak tadi, dan memperkenalkan Shamira di sebelah yang dah pun bertelekung. Dia duk menjeling-jeling ke luar ke kawasan kolam renang.
" Ni Shamira. Beb," aku tepuk bahunya dan dia terkejut.
" Assalamualaikum," dia hulurkan tangan dan senyum pada akak tadi. Aku buat aksi muka bertanya kenapa? Dia geleng-geleng aje tapi mukanya nampak kelat. Dia ada nampak apa kat kolam? Aku jeling ke kawasan kolam yang baru ada lampu yang hidup kerana kawasan luar dah mula gelap. Normal aje aku tengok?
Selesai solat Maghrib, kami membaca surah Yasin beramai-ramai. Surau terasa ceria dan bercahaya. Aku suka perasaan ni kalau nak dibandingkan dengan suasana di luar yang lebih kepada suram dan tak bertenaga aku rasa. Mula pukul 8 tadi, dah ada yang melepak di kawasan kolam renang. Bersembang dan hisap rokok. Budak U aku ni memang tak makan saman, degil. Smoking is not allowed pun ada diorang kisah, esoknya penuh dengan puntung rokok merata-rata dibuang.
" Sebenarnya, kami dah nak pindah minggu depan. Sebab kolej baru dah siap, jadi saja anjurkan kenduri perpisahan lebih kurang," akak yang membahasakan dirinya dengan kak As itu membuka bicara semasa makanan sudah mula dihidangkan. Makan ramai-ramai menggunakan talam, jadi bolehla bersembang. Kalau dah kenyang, boleh pass pada yang boleh tolong habiskan. Sharing is caring, kan? Tak la membazir sangat. Menu malam tu nasi goreng dengan ayam.
" Ye ke? Sunyi la kami lepas ni," Shamira bersuara. Aku pun mengakui perkara yang sama, sebab kalau ada pelajar kolej Islam ni, memang suasana pun meriah tambah lagi di surau. Selalu aje ada orang azan setiap kali masuk waktu solat dan mereka ni rajin adakan majlis-majlis macam ni. Solat berjemaah bersama dan mengaji.
" Tak apa, dengar kata ada kolej lain akan masuk nanti," katanya ceria. " Shamira okay?"
" Okay, kak As.." Shamira jawab perlahan.
" Em, macam mana nak hilangkan rasa tak sedap hati kalau kita lalu tak pun pergi kat satu-satu tempat tu?" aku tanya soalan. Mana tahu akak ni ada buah naga yang bernas untuk disher. Shamira ni ada benda yang disimpan tapi tak nak beritahu, aku tau dah ni.
" Oh, kalau tanya, akak pun tak berapa reti. Tapi, A.A dengan Shamira boleh amalkan baca al-Ma'surat, boleh hilangkan rasa tak tenang tu, insyaallah," kak As segera dapat menangkap maksud aku. Kawan-kawannya pun mengiyakan.
" Al.. al apa, kak?"
" Sekejap. Haa, ni la al-Ma'surat.." kak As menghulurkan sebuah buku kecil yang diambil daripada almari berdekatan selepas dia membasuh tangan.
" Akak ada lebih kat bilik, nanti A.A dan Shamira boleh naik ke rumah akak, akak bagi,"
" Okay, pukul berapa, kak?"
" Em, apa kata A.A tunggu sekejap, duduk-duduk dulu ke kat depan tu, sekejap aje nanti akak pergi sana, kita naik sekali. Boleh lawat-lawat rumah akak," kak As memberi cadangan. Aku pun mengiyakan aje sebab aku memang macam ni, go with the flow aje selalunya. Shamira pun sekepala. Dia diam aje tak membangkang dan tak mengiyakan.
" Macam tu, kitorang tunggu dekat dengan lif la, kak," aku mula bergerak ke sana dengan Shamira, disebabkan kami ni dikatakan sebagai tetamu, jadi pelajar-pelajar kolej Islam tak bagi kami membantu. Geng-geng kolej Islam pun aku rasa tak semua yang turun, kalau semua turun, memang banjir habis surau ni.
" A.A, aku ada benda nak beritahu," Shamira pandang aku. Tapi dia macam berbelah bahagi nak bercakap. Bila sampai di kerusi two seater di lobi, aku dan dia pun duduk.
" Apa dia?"
" Emm," mukanya berkerut, dia ketap bibir sambil pandang aku. Apartment tak berapa sunyi dan tak berapa bising. Masih ada ramai lagi yang melepak dan berjalan ke hulu ke hilir.
Shamira keluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu. " Tengok telefon kau," aku keluarkan telefon dari poket seluar dan mula membaca. SMS yang dihantar Shamira buat aku berkerut memandangnya.
Aku nampak ada perempuan rambut panjang baju putih duduk kat kolam renang tadi. Tapi dia membelakangi aku, sebab tu aku terkejut gila. Siapa yang nak duduk kat situ, senja-senja macam tu, A.A??
Aku balas,
Dia duduk macam mana?
Shamira ketap bibir baca SMS aku. Muka dah tak boleh blah seriau.
Kaki dia melunjur dalam kolam tak silap aku. Sebab dia duduk macam masukkan kaki dalam air..
Aku peluk bahu Shamira yang muka dah merah tahan sebak nak nangis. " Shh, sabar.. baca tiga Qul.. cuba bertenang, tarik nafas, lepas.."
" Jom," tiba-tiba kak As sampai. Aku angkat kepala memandang. Dia keseorangan.
" Kawan akak tak naik sekali?"
" Tak," aku usap-usap bahu Shamira sebelum aku ajak dia bangun bersama. " Kenapa?" kak As bertanya pada aku tentang Shamira.
" Dia terkejut aje, kak. Tak ada apa-apa," aku balaskan.. aku harap dia dapat bertenang. Phew..
Aku, Shamira dan kak As pun naik ke rumah kak As. Aku tak sempat tanya rumahnya di tingkat berapa, tapi masuk aje lif, kak As tekan nombor sepuluh. Dari tingkat bawah terus naik ke tingkat sepuluh. Aku dah telan air liur. Apesal rasa tak sedap hati ni?
Shamira diam aje sambil peluk lengan aku dan merapatkan diri pada aku. Kak As pun diam seribu bahasa, cuma memandang ke depan. Aku tak tau kenapa, tapi dalam hati aku berdoa semoga semuanya baik-baik saja. Aku rasa macam nak aje buka mulut, tak apa la esok aje aku ambil buku al-Ma'surat tu, tapi lidah bagai terkelu.
Bila sampai ke tingkat sepuluh, kak As melangkah keluar diikuti aku dan Shamira. Tingkat sepuluh sunyi dan sepi, bagai tak ada penghuni. Lampu pun boleh pulak rosak, duk terkelip-kelip bila kami lalu, kemudian terus terpadam. Aisehmen. Mujur ada lagi lampu lain, kalau tak bergelap habis la, weh! Shamira jalan mengharap aku aje yang pimpin dia, mata tak tengok depan dah, renung baik punya kat tiles tempat kami berjalan.
Pintu utama rumah kak As dipulas. Dia nyalakan lampu, err, terasa suram lain macam. Serius la, beb.
" Jom, masuk," kak As jemput. Tapi, nada suaranya lain macam. Mendatar tak bernada.
" Err, tak apa la, kak. Kitorang tak singgah dah kot, Shamira tak sihat," aku tergagap-gagap bercakap.
" Gitu, tunggu kejap," kak As masuk ke dalam, aku dan Shamira di luar. Aku malas nak pandang ke mana-mana, aku pandang kasut aje sampai kak As muncul di depan kami semula. Dia bagi kami dua buah buku kecil yang berbalut. Oh, mungkin hadiah untuk orang kot. Aku ambil.
" Akak turun sekali," dia keluar semula, baru aku perasan kenapa kak As tak buka kasut masuk rumah? Em, tak pun kasut dia letak kat dalam kot. Aku cuba kambuskan perasaan buruk sangka. Tak baik, tak baik..
" Okay," kami berjalan ke pintu lif. Lampu yang terpadam tadi memang tak hidup dah. Bergelap lah kami sambil menunggu lif sampai. Lampu yang menyala pun di penghujung dunia, samar-samar aje memberi cahaya. Hati aku berkompang hebat namun aku tabahkan hati. Cerita Lisa pasal orang mati di tingkat atas aku cuba buang jauh-jauh. Karutla perasaan aku waktu ni, bercampur baur! Kami bertiga cuma diam tak bercakap, menambahkan keseraman jiwa sendiri!
Lif yang terbaik punya dhaif kerana ambil masa yang lama untuk sampai ke tingkat sepuluh tu akhirnya tiba. Aku tarik nafas lega. Aku masuk dan tekan lapan. dua tingkat aje sebenarnya aku dan Shamira kena turun, kalau lalu tangga insyaallah dah lama sampai. Tapi, tangga pun tak ada lampu, baikla tunggu aje lif. Ingatkan dah lega la, tapi tidak, okay. Lif terbaik tadi boleh turun ke bawah dan berhenti di tingkat tiga. Aku menyumpah dalam hati. Weh, dah aku tekan nombor lapan, berhenti la kat tingkat lapan, yang kau berhenti tingkat tiga apesal??
Jiwa raga aku bergendang makin kuat bila kak As sengih pada aku dan turun di tingkat tiga. Kecut hati aku tengok sengihan kak As. Huwaaa! Serius la, senyumnya lain macam! Nak nangis aku rasa. Lepas kak As turun, lif naik ke tingkat lapan dan terbuka. Aku cepat-cepat lari kalah lipas kudung. Buka pintu dan masuk dengan pantas kalah angin. nasib baik tak terlupa Shamira.. sampai aje dalam rumah, aku bersyukur dan beristighfar kuat. Aku dudukkan Shamira di kerusi meja makan dan aku pun tarik sebuah kerusi dan duduk. Tadi aku nasihat kat Shamira suruh tarik nafas dan lepas, sekarang ni aku pulak buat benda yang sama. Pergh, scary mary!
Aku pandang jam dekat pukul sebelas, lima belas minit lagi. Aku tegur Shamira..
" Beb, kau okay tak ni?" dia angguk.. tapi masih diam. Dia telan air liur.
" Kau.. kenapa ikut.. kak As tadi?"
" Kan kita nak ambil buku ni?" aku tunjuk pada buku kecil yang aku maksudkan.
" Dia bukan kak As.. bukan.." Shamira berkata perlahan. Dang! Macam kena hempuk dengan kerusi bila aku dengar apa yang Shamira kata.
" Mana kau tau?? Kak As kot tu, kau jangan, beb,"
" Serius, tu bukan.."
" Habis tu?" tak sempat aku dengar jawapan Shamira, loceng rumah berbunyi. Aku angkat kepala. Err, aku dah ketar nak bukak pintu ni. Tapi, kalau ada benda penting, macam mana? Loceng bunyi sekali lagi, dan aku berani-berani takut sneak peek kat lubang yang ada pada pintu, jenguk ke luar. He he, aku nampak kak As. Kaki terus lembik, tak tipu, weh! Tapi, ada kawan dia seorang.. nak bukak tak ni?
" Assalamualaikum.." terdengar suara memberi salam. Oh, maybe this is the real one..
Aku buka pintu dengan mulut kumat kamit ayat Kursi. Dan senyuman ramah kak As menyapa. " Kenapa naik dulu tak tunggu akak tadi? Ni akak bawa kan al-Maksurat tu," aku sengih tipu, nak luluh jiwa raga dengar pernyataan kak As.. err, habis tadi apa benda yang aku ikut naik tingkat sepuluh tu??

Jumaat, 17 Julai 2015

Special Raya (After Ending Bini Aku Tomboy Ke?)

(Phase ni adalah selepas ending di dalam novel BATK published by Kaki Novel. Contains spoiler. selamat membaca! Dan selamat hari raya maaf zahir batin! xoxoxo!)

#CerpenSeramRaya
#ZackXAzim

“Pleasela, please, kasi satu bilik untuk kitorang, aku bayar berapa pun, just please kasi satu...?” Zack merayu-rayu kat receptionist desk dengan muka anak kucing kesian. Tak larat pekerja hotel tu nak ulang kata takde dah bilik yang kosong.
            “Weh, dah la kalau takde tu. Kau rayu camne pun dah memang takde, camne? Takkan kau ingat diorang nak kasi jugak kalau dah takde.” Azim sampuk. Dah berapa kali dengar skrip ayat Zack tu, dah raya-raya ni mana nak dapat hotel, semua full house.
            “Duh, beb, aku nak jugak, aku nak jugak!” pandang pada Azim, dia buat muka lagi.
            “LOL. Dah, dah. Blah ah, tunggu mende lagi.”
            “Em, encik, ada. Saya dah tanya, ada satu bilik available.”
            “Bagus! Kasi aku ASAP! TV besar, kan?!” Zack jerit kuat sambil petik jari. Receptionist situ angguk sambil sengih-sengih tipu, mesti Zack ni guest paling kecoh selama dia kerja kat hotel tu. Haizz.
Di tempat parking...
            “Beb, kau tak lapar ke?” Azim soal.
            “Lapar jugak sikit.”
            “Jom ah, keluar makan dulu.”
            “Ala, aku malas ah pulak. Kau gi tapaukan untuk aku boleh? Aku naik dulu.”
            “Serius ni?”
             “Yeah, deadly serious.” Azim pandang Zack yang menjawab dengan muka serius tak boleh blah. Dia tau dah asal minah ni excited suruh stop tidur kat hotel, padahal kampung dah tak jauh dah, dalam 3 jam lagi sampai la kalau tak jem. Sebabnya dia nak main game, alasan dia kalau dah sampai kampung nanti dah tak boleh main dah, sebab akan ada budak-budak kacau. Aish, apa nak jadila bini aku ni, Azim keluh dalam hati. Mentangla baru dapat game baru, heh.
            “Okay, kau take care, keh?” Azim ruffle rambut pendek Zack yang dah galas dan angkut beberapa buah beg.
            “Weh, balik cepat. Game dengan aku nanti.”
            Azim sengih, ceh. Kalau game lain takpe gak, sekadar game PS4 tu kan, apa aku heran tah. Dia masuk dan start enjin kereta. Dengan Zack ni, game PS4 je dia nampak, yang lain... err... puas dah aku puasa, weh, ha ha, sadis!
Zack berlalu dan mula menapak ke lif. Sampai di tingkat 8, dia keluar, lalu koridor yang agak sunyi dan suram. “Asal sunyi sangat ni, kata full house ler kunun.” Dia mumble sendiri. Lantak la, kisah apa aku, kan. Yang penting, game! Dia sengih sendiri, akhirnya dapat jugak release tension tak dapat main game, sampai ketar-ketar tangan dah macam orang kena simptom withdrawal drug. Hampeh betul!
Dia jalan lagi, tak sampai-sampai, apa kejauh sangat ni. Tetibe telinga dia menangkap satu bunyi macam orang ramai gelak-gelak, sembang-sembang yang bising gila dah macam berparti pun ada. Heran, dia berkerut. Mana datang bunyi bising tu, weh? Tiber sangat. Dia jalan dan sampai, biar betul bilik aku yang bising ni. Dia terkebil depan pintu. Pe kes.
“Assalamualai... err... apa eh. Alamak, lupala pulak...” Boleh pulak lupa camne nak bagi salam untuk bilik yang takde orang. “Ah, mampus la.” dia abaikan kelupaan tersebut, bukak kasut dan masukkan kad dalam ruang khas dan lampu terpasang automatik. Bunyi bising orang gelak ketawa tadi mati begitu saja. Cam pelik. Uh, perasaan aku je kot, fikir Zack. “Hoi, tak pernah kemas bilik ke? Berhabuk babun!” kerutnya dengan suara kuat. Pintu tertutup di belakangnya. “Camne nak tidur ni. Aduhai.” Dia jalan pusing-pusing dalam bilik tersebut.
“Huwargh.” Dia regangkan badan lepas letak beg-beg tadi. Remote control TV ditekan butang ON. Bunyi di TV dikuatkan. Sunyi pelik, tapi apa dia kisah. Siap bukak sliding door lagi kasi angin malam masuk. Pukul 9 malam. Suasana gelap di luar memang tak nampak apa kebenda kat sebelah bilik tersebut. Zack tak cukup masa nak fikir apa benda kat sebelah sana. Biar jela. Penting ke masalahnya, tak kan? lagipun tingkat 8, pencuri mana la nak masuk pun.
Dia mula punggah keluar konsol PS4nya dengan wayar-wayar bagai, bergigih kau! Pasal game, apa pun boleh jadi!
Tiba-tiba dengar satu bunyi seperti ada benda yang langgar pintu sliding door yang dibuka suku tersebut. Zack jeling. Curtain berat tu nampak berkibar-kibar. Angin. Dia cebik. Tak sedar, ada ‘sesuatu’ yang peek dia dari balik curtain tersebut.
Dah settle pasang semua, dia teringat kat Azim. Mana mamat ni, lama betul kau cari makan. Perut dah lapar benar dah ni, weh. Aneroksia aku sikit masa lagi!
“Ala, camne aku boleh tinggal headphone ni, siot tol ah.” Dia rummage-rummage beg yang ada. Semua dia dah bawak turun tadi. Yang banyak pun sebab PS4 la. Tak jumpa. Takpela.
Dia terus duduk di atas katil queen tersebut, bersila, pegang controller dan mula sengih, sifat gila game tu memang takleh nak kikis walaupun dah kahwin. Hai, apa nak jadi.
Hilang dalam game dalam 10 minit, tetibe telinga dia tangkap satu bunyi. Macam pintu ditolak perlahan. Screech... dia ushar. “Zim? Weh? Kau ke?” takkan dah balik tapi tak pandai nak tekan loceng? Tapi macam mustahil pulak dia nak ada kad lain untuk unlock pintu? Tak nampak pape, pintu semua okay, kecuali pintu bilik air yang tak nampak sebab terlindung oleh dinding. Pintu utama pun tertutup elok je lepas dia peek tadi. Tak dapat balasan, dia abaikan.
Tak sampai setengah minit, ada satu bau wangi terpa hidung. Ala bau syampu wangi, still fresh. Kuat betul baunya. Pause game, suasana terus sunyi. Sepi. Zack bangkit bila dia peek lagi, ada pulak tanda air menitik-nitik atas karpet. Setitik, setitik. Plip plip bunyi air menitik. Dia pandang atas, kot bocor ke mende, tapi tak. Mata dia ikut titik air tu yang makin lama makin mendekat. Macam ada orang baru lepas mandi dengan rambut basah dan tengah berjalan ke arah dia. LOL.
Oleh sebab Zack aka Sofi Zarill ni memang hati kering, dia buat-buat tak nampak air menitik tadi dan terus ke bilik air untuk buat inspection. Kotla ada manusia yang sengaja nak buli buat lawak tak berasas malam-malam ni, kan, tapi takde. Yang ada just bilik air yang basah kat lantai, dengan bau wangi macam tadi dan cermin besar yang berwap macam orang baru lepas mandi air panas. Dan ada beberapa helai rambut panjang yang gugur dalam sink dan bathtub.
Elok je dia pandang cermin tadi sekali lagi, ada satu jari yang tak nampak di mata terus mengeja ayat – SELAMAT HARI RAYA, ZACK.
“Serius tak lawak, weh lawak kau ni.” Dia cebik. Betulkan rambut, dia keluar dan jalan ke katil kembali. Hati dia terkocak sikit. Baru terfikir, takkan bilik ni berhantu? Dah tu nama aku pun dia tau! Dia terus meraba segala poket yang ada, cari handphone. “Ler, handphone pun kau boleh tinggal dalam kereta! Bongok betul!” keji diri sendiri.
Dia telan liur. Blank. “Aku nak main game la, please weh, aku dah ketar gila ni. Boleh mental aku kalau tak hilangkan gian ni, duh. Please ah.” Dia pun tak tau dia bercakap dengan siapa sebenarnya. Ceh. Addiction dia pada game dah sampai tahap warning nak meletup dah.
Zack ketap bibir. Dia ambik keputusan untuk mengabaikan. Asalkan bukan pencuri or pembunuh, dia boleh cater lagi, fikirnya. Apala hantu boleh buat pun. Dia terus tekan butang play bila suasana sunyi begitu mendatangkan ketidaksenangan di hati. Bunyi bising daripada game menghiasi telinga. Dia buat tak nampak je bila serangkai kunci rumah yang dia letak atas meja solek ditolak jatuh dengan sendiri tanpa ada tangan atau pape pun yang mengganggu kunci tu. Aman je dari tadi. Tetibe kau tolak jatuh kan. Apa salah kunci tu pada kau?
Tak lama lepas tu terasa ada sesuatu yang duduk di sebelah, malangnya tak nampak di mata, just tilam tu jadi berlekuk macam ada orang duduk. Phew. Zack garu kepala. Kalau ikut logik, memang tak logik yang ada orang boleh duduk dan tinggal tanda, tapi tak nampak di mata. Sekali lagi, dia abaikan. Bapak kering hati kau, weh. Game Mortal Kombat X terus diberi perhatian. Game tu dah cukup hardcore kalau nak dibanding dengan gangguan hantu-hinti ni, Zack fikir sebal. Malasla nak layan engkorang. Aku bayar mahal kot! Korang ingat aku duduk free? Sampai matila tak free, kan!
Dia layan, layan dan layan game tersebut. Sampai satu spot, ada satu makhluk pakai baju putih duduk di hujung dalam game di TV tersebut. Even dah jalan ke tempat lain pun, still ada jugak.
“Argh, ni yang aku tak suka ni.” Zack monolog sendiri. Tak sempat dia nak ‘finish him’ dalam game tersebut, makhluk putih tadi angkat kepala dan sengih menyeringai, mata merah dan huduh gila sial, dia terbang dan keluar daripada game tersebut dengan ketawa mengilai-ngilai, mengarah kepada Zack, gadis tomboy tersebut terus tutup wajah sendiri dengan satu tapak tangan.
“Kus semangat! Haish, melebih betul la korang ni.” Dia sound, letak controller dan tuju ke pintu nak blah tanpa pandang sikit pun makhluk putih tadi yang baru keluar daripada skrin TV, terduduk bersimpuh di atas lantai. Wah, dia boleh abai camtu je? Terkedu si hantu! Kau ingat senang aku nak masuk dalam TV tu? Kena guna power tahap maksimum kot! Hantu tadi bangun, niat nak usik main-main je, tapi bila Zack tak kasi respons langsung, dia mula marah. Dia bangun nak cekik Zack dari belakang.
Zack paling ke belakang bila dia dengar bunyi deraman marah dan angin bertiup sejuk menaikkan bulu romanya. “Kejap, kejap. Kau kacau aku, kau ingat aku takutla? Tak, sebab aku rasa kau comel, ha ha!” Hantu tadi yang dah ready nak cekik, terus tak jadi.
“Weh, weh. Jom la berdamai. Main game dengan aku, nak?” Zack berkata bila dia cuba bukak pintu, tapi tak dapat. Dia main kunci-kunci dari luar, beb. Daripada kena cekik atau buat-buat pengsan, baik cuba pelan lain. Harap-harap menjadila, Zack monolog sendiri. Kalau tak, naya aku nak kena terjun tingkat 8, tinggi kot, weh!
“Err?”
“Yeah, sini aku ajar kau. Kau tak menyesal punya la, game ni best giler.”
“Grr.”
“Ha ha, jangan marah. Aku serius ni. Aku tumpang kejap je. Esok aku blah la.” Zack peluk bahu hantu putih tadi dan sengih tayang gigi. Tak berhagak betul kau, Zack. Hantu pun kau ajak main game? Wayar mana tercabut tak tau la.
Hantu tu tunjuk taring. “Kau mesti terer main game kan. Kau hantu moden, right? Ce kau tunjuk muka cantik kau. Aku tau kau mesti cun-terliur punya.” Zack duduk di atas tilam sambil menghulurkan controller kepada hantu putih tadi. Taring hantu tu tak langsung dia heran.
Hantu tu jeling. Tapi tak lama pun, dia terus bertukar jadi kakak cantik, dengan bau wangi bunga melur, bibir merah dan kulit wajah putih kuning langsat. “Serius kau cun.” Zack kasi thumb-up. “Mana geng kau yang lain? Aku agak korang tengah happy-happy tadi kan masa aku masuk?”
Terus muncul segala jenis hantu di segala jenis sudut bila Zack tanya camtu. Ada yang berdiri, duduk, baring, pendek, tinggi, gemuk, tulang-tulang dan yang takde kepala pun ada, weh. Duk duduk kat sofa 1-seater. Kepala dia pulak nampaknya duk bergolek-golek atas katil dengan calitan darah bersama golekan tersebut. Pergh, gila banyak residen bilik ni rupanya. LOL. “Err, hai, hai, semua. Sorry, aku kacau. Nak main game sekali tak? Best game aku.” ketar sikitla Zack greet diorang. Over-limit sangat cuteness diorang ni kot!
“Okay, kau tekan ni untuk tumbuk, ni sepak, ni lompat, ni dash. Ni tunduk. Aku belasah kau, kau belasah aku. Okay?” Zack kasi instruction pada si hantu tadi. Yang lain terus buat macam rumah sendiri, tak kisah dah pasal Zack yang hati kering dah macam apa tu.
“Yes! Gitu! Pergh, kau memang terer, ah!”
**
Azim balik dengan nasi goreng tapau di tangan. Hergh, sesat! Hampeh tol! Dah tu takde pulak kedai yang bukak. Sampai ke mana-mana tah, baru jumpa! Dia tapak ke bilik lepas tanya bilik mana yang dibook oleh Zack tadi semenjak dia lupa nombor bilik mereka. Dia tekan loceng lepas jumpa bilik tersebut. Heran gak, asal bising macam ada parti ni? Dia berkerut.
“Zack?” dia ketuk. Penat, lapar! Dia pun tapau jugak, sekarang dah pukul 12 tengahmalam. Bapak lama dia sesat tadi! Sesat sampai jumpa jirat Cina, pergh terbaik ah gerun dia, weh. Gelap nak mampus kot.
Tak sempat ketuk kali kedua, pintu terbukak. Dia hanya mampu ketap bibir dan telan liur bila seekor ke sepasang ke sehelai tengkorak skeleton bukak pintu dan dia nampak ada lagi bermacam jenis-jenis hantu lain berpesta kat dalam tu. Ketar tangan, kaki, kepala pun bergetar tengok.
“Weh, Zim, masuk!” Zack jerit dari dalam lepas dia peek ke arah pintu.
“Yeeee, mari masukkkk...” satu leher panjang dengan kepala datang dari arah belakang Zack, tersengih sambil berkata kepada Azim di depan pintu. Kaget kawan, weh. Terus padam.
**
“Weh?”
            “Hah, bangun pun kau. Puas tidur?”
            “Katne ni?”
            “Aku drive balik, mengantuk la.”
            “Zack, beb, kau okay, sayang? Kau okay?!” Azim tanya kalut bila dia berjaya ingat kembali insiden semalam.
            “Hah, kenapa? Aku okay je, kau tu yang pengsan tetibe, dah kenapa?”
            “Zack, jangan kata kau tak nampak segala jenis han.. tu tu?”
            “Em, nampak je. Asal?”
            “Kau jangan buat lawak, weh! Banyak kot! Kau... kau... boleh lagi nak duduk dalam tu?!”
            “Apa lawaknya, beb? Diorang teman aku main game je pun. Pergh, terer weh hantu tu lawan aku. Lagi terer daripada kau!”     
            “Kau ni dah kenapa, sayang? Kau... cuba la rasional sikit! Kalau jadi pape, camne?!”
            “Lar, kau ni kecoh ah. Aku sihat je, kau pun, kan. Bukan diorang buat apa pun kat aku. Steady and cool je, heh. Dah, dah. Tidur, tidur. Aku drive sampai rumah mama.”
            Azim cebik.
            “Kau tak bawak diorang balik dengan kita, kan?” Azim bisik sambil jeling-jeling ke arah seat belakang. Bukan boleh caye dia ni!
            “Tak, tapi aku dah janji nanti on the way balik, kita singgah tidur sana.”
            “What?! Kau nak mampus?!”
            “Ha ha ha! Zaiton tu cantik, weh. Kau mesti suka punya! Peace! Selamat hari raya, maaf zahir batin, suamiku, ha ha!”
“Kau bawak aku balik bilik tu, aku merajuk setahun dengan kau, muktamad weh, muktamad!”
“Ha ha, LOL! Kau ingat senang nak jumpa hantu terer camtu? Tak sangka, dulu-dulu dia pun tomboy macam aku. Nama samaran dia Zack jugak, ha ha. Kebetulan sungguh, weh.”
“Kau jangan cari pasal lagi la, sayang. Cukupla sekali.”
“Ala, lex ah. Janji kena tepati, right? Tak mati pun la jumpa hantu. Kau patut try petua aku ni. Serius.”
Azim jeling. “Dah makan belum ni?” dia ubah topik.
“Dah. Aku sarapan kat hotel. Oh, well, diorang kata nasik goreng kau tu yang masak bukan orang, tapi hantu. Kau singgah kedai apa, beb?”
Azim terkedu. “Oh okay, aku nak tidur, bye.” Lambat-lambat dia balas dan terus berpaling ke arah lain, buat-buat tidur. Ugh, raya ni memang nightmare!
“Beb, semalam sebenarnya aku tinggal kau tidur sorang-sorang dalam bilik tu. Aku turun bawah cari makan kat kafe hotel, pastu aku tertidur kat bawah. Sorry. Hu hu.”
“Kau balik sorang nanti, aku balik dengan flight, serius aku merajuk setahun dengan kau!” peluk tubuh, Azim angkat kepala dengan muncung.
“Ha ha, alo kuci-kuci! Sorry, aku tipu je. Takkan la aku kejam sangat nak tinggal budak pengsan kat dalam bilik sorang-sorang. Ha ha.”
“Hergh!”
“Asal, marah? Okay, okay. Sampai rumah mama, kita main game, okay?”
“Game amende, tak nak ah aku!”
“Serius tak nak? Kata nak tambah koleksi mangkuk putih? Tak nak takpe.”
Azim terus sengih dalam diam sebelum balas. “Nakal la kau ni, kan?”
“Ha ha, well, you know me! Ha ha!”
Haih, tak berubahla kau kan? Hampeh! Azim ketawa. Huh, takla nightmare sangat kot raya ni! LOL! Harapnya aku tak jumpa dah la hotel tu balik nanti. Ameennn! Ameennn!

TQSM semua! Rindu betul dgn Zack dan Azim, ha ha dah lama novel ni, terima kasih atas sokongan semua! luv u all!