Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 1 Mei 2016

Bidadari Suci teaser #PDT


West's POV
"Eh, weh, weh, apa ni, apa ni?! Aku tak nakla masuk mende-mende karut ketinggalan zaman macam ni! Kau ni saja nak perdajal aku, kan?!" aku bisik penuh tegas.
"Relaks ar, teman. Bila lagi?" aku pandang Ilhani di sebelah, sikit masa lagi memang aku ngap aje dia ni, biar senang hati aku! "Duduk!" tariknya suruh aku duduk bersila di sebelahnya, di dalam surau dan dikelilingi dalam dua baris awek-awek cun bertudung labuh. Dan apa lagi, semua pakat merenung aku secara berjemaah. LOL. Okey, okey, aku tahu aku hensem.
"Aku bunuh kau dalam jamban nanti, seriusla, weh," aku buat muka bengang sambil bisik pada Ilhani. Minah tu boleh terkekeh-kekeh ketawa tak keluar bunyi, memang nak makan sepukan aku gamaknya, sumpahla.
Aku tarik nafas panjang. "Fokus, you will love this, trust me," bisiknya.
Love this konon. Aku terus mencemik-cemik sampaila aku angkat kepala pandang depan, aku terus terkesima. Oh, please kill me! Bidadari mana jatuh dari langit ni?! Aku ditipu dalam rancangan Just for Laughs ke?!
Aku telan air liur yang hampir aje nak menitik. Apalagi bila bidadari tadi boleh pulak senyum cantek tengok aku! Oh, this is what we call heaven in this hell! Yeah! Aku terus biarkan mata aku memandang wajahnya tanpa jemu. Terlalu cantik, terlalu suci dan murni, boleh mengalahkan iklan minyak masak yang ditapis tiga kali!
"Weh, kawal sikit diri kau tu!" siku Ilhani dan aku kembali ke dunia asal.
"Baiklah, hari ni saya nak sampaikan sikit tazkirah dalam bab sirah sebab minggu ni giliran saya..." dan sikuan Ilhani hanya bertahan beberapa saat, aku kembali terus dibuai dengan alunan indah suara ibarat buluh perindu tersebut. Buaian perasaan bertimpa-timpa! Serius heaven!
**
"Duh, kau memang gila, ar! Kau jangan buat pasal, weh!" Ilhani tepuk meja kafe bila aku cakap aku dah pasang angan-angan nak mengayat.
"Dude, kau yang bawak aku, kan? So? Kau bukan tak tahu aku ni pantang dengan gadis-gadis ayu, apalagi yang gebu suci murni gitu, pergh. Apesal aku tak pernah nampak dia sebelum ni, huh?" padahal aku memang ada satu senarai gadis-gadis cantik universiti untuk aku ayat. Kemudian, aku pun termenung sebentar mengingati betapa suci murninya gadis tadi. Aku rasa macam dah terkena panahan asmara. Ceh.
"West! Kau ja-ngan nak cari pasal gi ayat dia, okey?! Dia join usrah kot?! Student akademi Islam pulak tu, weh. Kau ni dah kena sindrom apa ni, huh?"
"So? What's the problem? Join usrah ke, studi agama ke, apa de hal."
"What's the problem kata kau?? Apa de hal? Oh man, tolongla kembali ke dunia, berpijak di bumi yang nyata!"
"Kenapa? Semenjak dia join usrah, so aku tak boleh la nak dekat dengan dia? Baru kita tahu kan, berapa banyak keimanan dalam jiwa dia, right? "
"Please, beb. Kau nak ayat orang lain, takpe, aku tak kisah. But this very akak usrah, no, never."
"Apesal? Kau nak ayat dia?" aku tanya sambil sengih tepi.
"Hoi! Aku bukan gila macam kau! Gila tak senonoh!"
"Well, don't call me West la, kalau aku bukan heartbreaker terkemuka abad ni," aku angkat kening. "Kau tu nasib baik aje kawan baik aku, kalau tak, dengan kau-kau sekali aku ayatkan, faham?" aku ketawa kecil bila Ilhani pandang macam nak telan aku hidup-hidup. Ha ha! Indahnya dunia!
**

PROTECTEUR teaser #PDT



(TEASER) PROTECTEUR 

Dua kawan baik, dua2 kacak, sorang jatuh cinta macam nak gila bila kena curi first kiss, tapi tetiba pencuri kiss tu menghilang. Apa cerita weh? Kau memang cari pasal la der.

“WOI, kau gila apa?! First kiss aku kot!”
“Duh, serabutla. Habis, kau ingat itu bukan first kiss aku la?!”
“Kenapa kau tak stick kat plan kita? Dah banyak kali rehearse, tak pernah pun jadi macam tadi, okey! Tak pernah! Bahlul la.”
“Weh, dah tu asal kau tak letak tangan kau kat mulut kau?! Dah rehearse macam tu, dah berpuluh kali buat, asal, weh, asal?! Dahla depan semua orang pulak tu! Ugh!”
Dia terdiam. Yeah, salah dia. Salah dia sebab terlupa nak letak tangan kat mulut untuk cover ‘aksi ciuman maut’ diorang, dan akhirnya betul-betul aksi ciuman yang niat cuma nak berlakon tu bertukar menjadi realiti!
“Duh, aku nervous la...” dia jawab perlahan dalam terkedu. Masih terasa hangat bibir Andrew pada bibirnya. Dahla aksi kissing tu lama. Dalam 10 saat. Sweet torture gila, seyh! Dan part nervous tu dia pun tak pasti betul ke tak, asalkan ada alasan cukupla! Cis! Aku dah tau idea kiss-kiss bagai ni bukan idea yang bagus! Hawau!
“Apa aku nak jawab kat girlfriend aku ni?” Andrew bersuara. Sayap comel berbulu-bulu putih yang dipakai tadi dibuang dan diletak ke tepi. Rambut perang mudanya yang lurus dan lembut jatuh ke dahi dibetulkan.
“Ugh... kau... cakap ajela, tak sengaja,”
“Habis, karang dia ungkit asal aku tak kiss dia, tapi pergi kiss kau, buang tabiat sangat, weh!”
“Laa, dah kata tak sengaja, tak sengaja, bukan suka-suka!” dia jerit geram. Ingat kau aje ke yang stres, aku lagi stres okey?! Sebab aku...! aku... dia telan air liur bila sedar apa sebenarnya yang dah jadi. Apa yang dia rasa tentang first kiss tadi tak seharusnya dia rasa!
“Ahh, suka hati kau la. Aku blah dulu!” Andrew berlalu selepas menukar baju di bilik untuk para pelakon teater tersebut.
Sebabkan kumpulan diorang tak ada ahli perempuan, dia terpaksa berlakon jadi Sleeping Beauty moden. Dia bangun dan selamat daripada tidur yang panjang dengan kiss daripada seekor (or seorang) angel yakni Andrew. Penulis skrip dah macam tak ada idea lain dah kot. Kau kasi la cerita perang ke mende ke, ini sleeping beauty?!

#PDT
#HushXAndrew
#KauTahuKauCinta

ICE teaser #PDT

ICE



#KompilasiCerpen
#DuniaYangTerbalik

“Weh, beb, lambat!”

“Sorry ah, weh. Kau faham-fahamla busy aku camne.”

“Beb, ni Ai. Ai, Ice.”

“Hey, aku Ice,” dia hulur tangan yang masih berbungkus dengan sarung tangan hitam, Ai sambut. “Boyfriend kau ke? Comel,” Ice sengih pada Ai, panahan mata dia bagai terus menusuk ke jantung Ai, membawa debaran yang lain macam.

“Ceh, jaga mata, weh! Aku sekeh kau kang!”

“LOL, ha ha! Geng lain mana?”

“Duh, diorang cancel last minute la, beb.”

“Bongokla. Apa cerita nak reunion bertiga? Kau ingat threesome?”

“Cis! Gila biru otak kau!”

“Ha ha! Biru lagi otak kau, beb!” Ice tumbuk bahu Hype, kawan baiknya sejak sekolah menengah. Ai diam je sejak tadi.

“Korang dah makan ke? Kalau dah, kita gerak terus ah,” Ice sambung sambil membetulkan rambutnya yang sedikit penyek akibat topi keledar yang dipakai.

“Dah, kitorang dah makan tadi. Baby, you okay?” Hype tanya pada Ai. Ai angguk. “Gitu, jom gerak,” Hype menghulurkan topi keledar kepada Ai dan dua motor CBR hitam bergerak membelah angin kemudiannya.

Ai masih terkedu di belakang Hype. Senyuman dan pandangan mata Ice, kenapa macam tu? Kenapa buat dia rasa berdebar? Kenapa? Padahal dengan Hype pun dah lama rasa berdebar tu hilang. Dia telan liur. Takkan aku jatuh cinta pandang pertama pada Ice? Huh, gila! Tak mungkin! Aku setia dengan Hype, dan aku akan setia dengan dia sampai bila-bila! Tapi kenapa aku ada rasa macam ni? Ugh!

Ai pandang figure Ice daripada belakang, yang bagaikan berlumba dengan Hype di atas jalan raya. Body mamat tu memang cantik! Namun dia cepat-cepat kambus rasa terpesona tersebut. Pelukan pada tubuh Hype diperkemas. Kenangan bersama mereka direwind supaya charm Ice tadi mampu dilupuskan daripada simpanan peti memorinya...

PELANGI teaser #PDT

PELANGI 

((Pengkid tegar berkahwin tanpa rela dengan seorang jejaka yang akhirnya membawa kepada pertemuan kembali dengan kekasih lama beliau, yang hadir tagih kembali cinta, tapi sebagai seorang madu. Possible? macam impossible... dan juga cinta seorang kekasih dalam diam tapi suci, mana satu nak pilih ni?))

“Kad kahwin aku. Jemputla,” Ryan letak sekeping kad di atas meja di taman tepi rumah mereka. Copper yang sedang sibuk dengan timetable dan rokoknya mengangkat kepala.

“Pfftt,” dia pandang sekilas pada kad kahwin tersebut yang berbau wangi selepas menjeling sedikit pada Ryan. “Asal eh kau tak ceraikan aje aku, weh? Settle cerita kau, kau tak payah susah-susah bagai nak jemput aku macam ni, kan. LOL,” dia balas dingin. Asap rokok dihembus ke tepi. Muka tak minat langsung nak tengok pada Ryan, apatah lagi kad kahwin tersebut.

“Masa tu mungkin akan sampai, tapi bukan sekarang. Kau jangan lupa punca kita kahwin?”

“To the moon la, weh, who cares pun? Aku tak kisah la dengan harta semua ni, buat serabut. Tambah pakej kau, lagi serabut hidup aku,” Copper balas tanpa angkat mata. 

Ryan yang berdiri tarik nafas dalam. Ayat dia... pergh, sabar, beb, sabar. “Okey, so majlis akad aku Khamis minggu depan. Kenduri pulak Sabtu kat...”

“Sorry, aku kat Birmigham time tu. Chill, selamat pengantin baru, heh,” dia bangun lepas matikan rokok, tepuk bahu Ryan dan berlalu pergi. Terkedu teman. Macam mana dia boleh relaks macam tu? Serius babun la. Tersampuk apa agaknya? Naga sangat perangai!

Ryan menghenyakkan tubuh di kerusi dan usap rambut sendiri. Blank. Tempoh perkahwinan yang baru menghampiri 8 bulan tu terasa bagai melebihi 8 tahun. Mungkin ke keputusan dia untuk kahwin lain tu sebenarnya hanya untuk menyakitkan hati Copper? Untuk menunjukkan yang dia sebenarnya berkuasa sebagai seorang suami? 

“Raisya!” 

Copper yang hampir sampai kat pintu utama terhenti. “Weh, kau ni apesal hah, berapa kali aku nak sebut, don’t call m...!” tak fikir panjang, Ryan terus kiss dia. Suaranya tersekat separuh jalan.

“Woi! Kalau dah gila, simpan sikit gila kau tu untuk bini baru! Kurang ajar kan kau ni? Bangsat,” dia lap bibir dengan muka merah tahan marah selepas menolak lelaki tersebut. “Kau blah sebelum aku belasah kau,” dia jeling Ryan berapi. 

“Copper, kalau kau kata jangan kahwin, aku takkan kahwin!” bersungguh Ryan menyatakan rasa hati walaupun setelah ditolak begitu sekali. Yeah, kalau Copper halang dia, mungkin dia akan lupakan aje niat untuk kahwin lain. Cancel terus.

“Apa masalah kau ni, huh? Kau tak faham bahasa ke? Hey, whatever you’re doing, I don’t even care, okay? Idiot,” dia selak rambut ke belakang. “Kau ni memang turn off button la, hampeh,” Copper berkerut dan terus blah. Panahan mata dia tajam. Kalau tak kena gaya memang mamat Ryan ni dah lama sampai Penang kena terajang agaknya.

Ryan telan air liur. Hampa. Terkedu. Terkilan. Well, tu mungkin the first and the last ever dia akan buat macam tu. Malam pertama diorang, lepas akad nikah, pengantin perempuan boleh pulak hilang entah ke mana dia pergi melawat, dan hanya muncul lepas tiga hari lepas tu. Even lepas 8 bulan, hari ni la, hari ni baru hari bersejarah dia merasa sentuh bibir gadis tu, rekod sangat tu, weh. Dia memang tak pernah diberi peluang untuk cuba sentuh hati gadis tu, untuk cuba bercinta, apalagi nak sentuh secara fizikal. Ryan mengeluh lagi. Status dah berkahwin, tapi tak merasa pun macam dah kahwin. Ajaib tak? Ajaib, weh, ajaib...

Dan yeah, mungkin betul la aku kena simpan gila aku ni untuk bakal isteri baru aku nanti. Sadis. Ryan menapak naik dengan pasrah.

Sotong Comel Teaser #PDT

Sotong Comel

“Nokss! Cepatla, kau ni terkedek-kedek! Nak hangkat benda ringan macam ni pun tak larat! Apa la, tak bertenaga langsung!”

“Hoi, kau angkat tengok! Suka hati nak mengata aku, aku jual kat besi buruk karang!”
“Jual siapa?? Kau tu yang patut kena jual, hampas kelapa lagi mahal daripada kau, tau?” jelingnya dengan muka tak endah, peluk tubuh sendiri.
“Kau diam! Cepatla, kau jangan buang masa, boleh tak?!”
“Mana Que ni?? Ee, tak menyusahkan aku tak boleh! Aku potong gaji kang pandai pulak nak buat demo-demo bagai!” dia singsing lengan kemeja biru ketatnya dan mula memegang hujung kerusi. Sambil mulut terus membebel marah pada Que, pekerja mereka yang seharusnya dah ada waktu macam ni, tapi tetap tak muncul-muncul walaupun dah tunggu lebih 15 minit.
“Woi, kau nak angkat arnab ke? Ni kerusi, bukan arnab.”
Dia menjuih-juihkan bibir sendiri. Dia pun betulkan posisi tangan dan jari. Cuba angkat, angkat dan angkat. Err..
“Asal tak naik? Kena sumpah tak? Mesti mulut jahanam kau yang sumpah kerusi ni, kan?”
“Duh, mulut siapa yang jahanam sekarang?”
“Hello, sorry, do you need some help?” suara seorang mamat yang diteka sangat hensem tiba-tiba menyapa gegendang. Oh, oh.. Jazz terus pandang belakang. Mulutnya yang menganga dan mata yang tak berkelip dengan agak lama ditutup pantas selepas disiku oleh Dan di sebelah.
“Yeah, tak sangka seberat ni,” Dan menjawab bagi pihak Jazz. “Dia ni tak cukup makan, so tak boleh nak mengharap.” Jazz di sebelah mencubit geram dengar kenyataan Dan.
“Let me,” lelaki berkaca mata tersebut pandang pada Jazz dan senyum segaris, dah cukup meloyakan tekak orang yang melihat macam mana mata Jazz terus bersinar-sinar memandang lelaki gagah tersebut. Ugh, sangat ampuh, uols! Rebah mak! Jazz terus tersengih lebar, ayat Dan yang mengutuknya tadi dan-dan dia lupa.
“By the way, I’m Keith. I nak jumpa dengan Jazz, the wedding planner,” lelaki ampuh tersebut memperkenalkan diri sambil bersalam dengan Dan, selepas kerusi pelamin tersebut berjaya diangkat masuk ke dalam perut lori. Kalau mengharap angkat dengan Jazz ni, entah sampai tahun 2020 pun kau masih mengharap dengan tabahnya!
“Me, me!” tiber masuk scene.
“Oh, so you Jazz? Hello, I’m Keith,” senyuman bersama lesung pipitnya membawa rerama ke jiwa. Tak tidur malam aku malam ni, nokkk! “I dengar you wedding planner yang bagus.”
“Kenapa you tak buat appointment dulu? Weols busy sikit pagi ni, sebab ada barang yang kena hantar ke dewan, set up untuk majlis esok,” Jazz bersuara.
“Jazz, cepat!”
“Haa tengok tu. Hu hu, I’m so sorry, dear! I have to go! Give me your name card, please, I’ll get back to you soon, promise!” baru kenal sesaat, dah melantak suka-suki panggil orang dear, konon!
Keith senyum dan mengeluarkan kad namanya dan diberi kepada Jazz. “Okay, I’ll be waiting.”
“Bye, take care jalan tu!” ucap Jazz sebelum diri sendiri mengaduh.
“Hoi, asal kau tak gi cium mamak kat depan tu sekali?? Jalan tu tengok depan, bangang sangat pun tak boleh jugak!” Dan tempik bila Jazz boleh pergi langgar pintu lori sebab sibuk babai pada Keith.
“Banyak mulut pun sama, itu tanda nak mintak dikiss! Dah, jalan!” Dan jeling Jazz di sebelah.
“Pantang kau ni, kan? Mamat berdaya ampuh gitu, mula la kau nak drooling bagai.”
“Asal? Kau jeles?”
“Simpang!” sambut Dan. Jazz terus mencium-cium kad nama Keith tadi.
“Uuu, wangi.. wangi.. dahla kacak, merembes, nok!!”
“Kau diam sebelum aku terajang kau keluar.”
“Terajangla, nok, aku rela,” Jazz jawab, Dan geleng aje. Kalau suruh terjun lombong gi bersahabat dengan hantu air pun sanggup aje ni, gerenti la!

#LGBTQ
#OpenForOrder!
#RM25
#KompilasiCerpen

Ahad, 17 April 2016

Teaser Kitty-Lane #PDT (Matured)

“Berapa harga kau satu malam?”
“Aku tak layan pengkid, okey?” sambil peluk tubuh dan menjeling sipi, dia balas.
“Aku bayar kau tiga kali ganda,” pengkid tadi offer.
Matanya membulat dalam gelap remang malam. Dalam otak buat congak, kalau tiga kali ganda, oh my, banyak tu!
“Ehm, tak boleh, aku tetap tak layan,” dia jual mahal.
“Okey, tiga kali ganda, hotel lima bintang.”
Ugh, ini memang mencabar kesabaran! Dia dah penat asyik-asyik di rumah tumpangan harga RM30 semalam, dengan bau hapak, bau rokok, tilam nipis dan katil bergoyang-goyang macam nak runtuh, masuk jamban pun bergigih nak tutup pintu, elok tu kalau ada jamban dalam bilik, kalau kat luar, lagila pitam!
Huh, ini offer hotel lima bintang, memang kerlas, nok! Kerlas!
Amacam?” angkat kening.
Dia telan air liur. Dia ushar pengkid tadi, badan lawa, baju smart, muka pun hensem. Mix agaknya.
“Kau patut cari cik ki (perempuan), kan, buat apa cari aku?!” mulutnya dijuih-juih penuh semangat.
“Sayang, aku nak kau, bukan orang lain.”
“Eh, suka hati kau panggil aku sayang!” dia berkerut dan membuat muka sambil membuka tin air tenaga yang disimpan di dalam beg tangan merahnya.
“Okey, sorry. So, what’s your name, beauty?”
“Kitty,” dia menjawab dengan muka kerek. Air diteguk.
“Oh, so sweet. Boleh temankan aku malam ni? Aku janji aku layan kau baik, don’t worry,” senyuman pengkid tu agak manis pada pandangannya.
 “Aku layan lelaki aje, ti-tik!”
“Okey, aku letak harga. RM1K.”
Gulp!
“Kau pakai protection, kan?”
“Mestila!” walaupun ada gengnya yang lain yang sanggup biarkan pelanggan tak pakai protection untuk dapat bayaran yang lebih mahal dalam RM40 ke RM50 satu malam daripada bayaran yang dia selalu dapat, tapi dia rela dapat bayaran sikit, daripada dapat penyakit!
Great. RM1.2K,” dengan muka serius mamat tu balas.
Minah ni gila agaknya?! Tak pernah lagi seumur hidup ada orang offer dia dengan harga sebegitu sekali.
“Kau mabuk? Kau janji manis, lepas tu nanti kau tinggal aku macam tu aje, kan?!”
No, aku cakap betul. Okey, ini pendahuluan,” RM500 dihulur. Dia pandang gadis tu, persistent sungguh! Lepas tu pandang pulak duit RM100 5 keping tersebut dua tiga kali dan akhirnya, dengan ketar tangannya menyambut.. air liur ditelan pahit.

**
“Apa nama kau?”
“Aku Lane,” gadis pengkid tersebut menjawab sambil menghisap rokok di kerusi. Kakinya diletakkan di atas meja kopi. Kitty masih terkejut dengan apa yang baru terjadi. “Kau hebat,” dia sambung.
“Aku.. aku.. tak pernah layan perempuan,” Kitty tunduk. Tubuhnya yang sedikit terdedah ditutup dengan duvet. Dari ekor mata, dia jeling Lane yang memakai singlet dan boxer. Terasa malu teringatkan kisah tadi.
Really? Nice for the first timer,” dia sengih tepi.  
“Kau biseksual?” Kitty soal.
Nope, aku gay,” Lane jawab selamba sambil memandang Kitty.
So? Kenapa kau cari aku?”
Nothing. I just like something new,” daripada matanya, Kitty tahu ada yang disembunyikan oleh Lane. “So, you should rest. Aku nak gerak dulu,” dia bangkit dan mengenakan kembali kemeja dan seluar jeansnya. Rokok masih dikepit di bibir.
“Kau tak stay?”
“Kenapa? Yang lain stay ke? Bukan sepatutnya touch and go?”
“Tak.. aku cuma..”
“Kau nak aku stay? Kenapa?”
“Tak.. aku.. err, ye la! Kau bayar mahal-mahal, kau duduk 2, 3 jam je, rugila!” Kitty terjerit. Kantoi, sebab dia merasakan dia bagaikan mahu terus ditemani oleh Lane. Weird, really.
“Ha ha, so cute, but sorry, sayang, I’ve got to go. Something’s up,” dia mengambil kunci kereta dan dompet yang disimpan di dalam save box dan lepas kelip mata, dia pun keluar.
Kitty terkebil sendiri... kenapa dia rasa lain macam?? Kenapa dia rasa goose bumps bila tengok Lane?? Ataupun dia terlayan dengan taburan wang yang diberi kepadanya? Tilam ni, bilik ni, sungguh wangi, sungguh selesa, tak pernah lagi pelanggan-pelanggannya sebelum ni membawa dia balik ke tempat sebegini. Paling hebat pun, hotel dua bintang RM100 semalam.
Dia tarik nafas dalam.. dia pandang sepi siling di atas sebelum terlena dengan nyenyaknya.


Sabtu, 9 April 2016

#ProjekDuniaTerbalik (Kompilasi Cerpen Abnormal) Published!




Wah, ko! lama kan arisa diam je haha, sorry blogger, zaman uols mgkn dah semakin pudar, orang pun dah jarang2 lawat sini (tuan sendiri pun sama, lagi teruk!) sebab ko sendiri kot yang jarang2 update haha, mgkn orang pun lebih prefer media sosial lain, apakah itu salah mak? haha salah ko la jugak tuh weh, ngaku jelaaaa arisa :p

Well, tak kisah, yang penting iols nak persembahkan satu lagi baby terbaru iols aka karya terbaru lah, alhamdulillah baby ketiga dan atas ni adalah covernya! limited edition dan skrg takde lagi kat kedai, so apa jua urusan mengenainya kena melalui alam mayass la.

Tema adalah cinta LGBTQ, namun diingatkannnn syes mmg xde aksi2 18sx, you can rest assured lah hehehe mak bukan penulis lucah, xreti mak noks, nak tulis lucah2 sgt ni. kalau ada pun, just surface jela, yang under the surface tu xhadela mak citer ekekeke karang kena gam sape nak jawab :p

Kat bawah ni pulak adalah sinopsis 8 cerpen yang ada dalam #PDT ni dengan harga RM25, 60K words (standard novel indie), dulu dah dilamar oleh Buku Pojok tapi atas sebab2 tertentu, mak terpaksa tarik balik dan inilah jadinya, printed under Revolver Army, gituhhh. nanti mak akan slow2 update utk preview2 yang ada. kalau uols ada masa, boleh ushar2 kat FB ni >> https://www.facebook.com/ProjekDuniaTerbalik/?fref=nf << nak order pun sgt dialu2kan daripada sini.

kalau tak dapat, boleh emel ke sini >> budakcomeysangat@gmail.com << admin akan balas nanti okey!

So far, alhamdulillah review2 yang #PDT dapat memang cun2 belaka, arisa dah try kasi yang terbaik dalam penulisan dia hihihi antara reviewnya ialah "SANGAT BEST!" "SANGAT FRESH!" "LAYANNN!" "GILA PUAS HATI!"

Dan utk penulisan indie ni arisa tukar nama kpd CAPRI atas permintaan pihak2 tertentu. jadi kalau rasa berminat, toksah tunggu lama, sebab kalau beli awal, akan ada satu cenderahati yang arisa akan sediakan bersama!

Jadi, kalau boleh blah dgn BATK dan HAT, insyaallah yang #PDT ni pun boleh blah jugak hehehe (Y) well you know what your taste be like, right! sbb penulisan indie jadi arisa lebih boleh tulis dgn lebih terbuka dan ikut kata hati hehehe mai PM or emel na kalau minat!














Untuk yang masih mengikuti arisa walaupun arisa dah sgt lama hampir pencen la drpd blogger ni arisa ucap sgt2 terima kasih! Arisa sayang korang semua, luv u all muahhx2! til then! have a nice day! xoxo!