Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 1 Mei 2016

Bidadari Suci teaser #PDT


West's POV
"Eh, weh, weh, apa ni, apa ni?! Aku tak nakla masuk mende-mende karut ketinggalan zaman macam ni! Kau ni saja nak perdajal aku, kan?!" aku bisik penuh tegas.
"Relaks ar, teman. Bila lagi?" aku pandang Ilhani di sebelah, sikit masa lagi memang aku ngap aje dia ni, biar senang hati aku! "Duduk!" tariknya suruh aku duduk bersila di sebelahnya, di dalam surau dan dikelilingi dalam dua baris awek-awek cun bertudung labuh. Dan apa lagi, semua pakat merenung aku secara berjemaah. LOL. Okey, okey, aku tahu aku hensem.
"Aku bunuh kau dalam jamban nanti, seriusla, weh," aku buat muka bengang sambil bisik pada Ilhani. Minah tu boleh terkekeh-kekeh ketawa tak keluar bunyi, memang nak makan sepukan aku gamaknya, sumpahla.
Aku tarik nafas panjang. "Fokus, you will love this, trust me," bisiknya.
Love this konon. Aku terus mencemik-cemik sampaila aku angkat kepala pandang depan, aku terus terkesima. Oh, please kill me! Bidadari mana jatuh dari langit ni?! Aku ditipu dalam rancangan Just for Laughs ke?!
Aku telan air liur yang hampir aje nak menitik. Apalagi bila bidadari tadi boleh pulak senyum cantek tengok aku! Oh, this is what we call heaven in this hell! Yeah! Aku terus biarkan mata aku memandang wajahnya tanpa jemu. Terlalu cantik, terlalu suci dan murni, boleh mengalahkan iklan minyak masak yang ditapis tiga kali!
"Weh, kawal sikit diri kau tu!" siku Ilhani dan aku kembali ke dunia asal.
"Baiklah, hari ni saya nak sampaikan sikit tazkirah dalam bab sirah sebab minggu ni giliran saya..." dan sikuan Ilhani hanya bertahan beberapa saat, aku kembali terus dibuai dengan alunan indah suara ibarat buluh perindu tersebut. Buaian perasaan bertimpa-timpa! Serius heaven!
**
"Duh, kau memang gila, ar! Kau jangan buat pasal, weh!" Ilhani tepuk meja kafe bila aku cakap aku dah pasang angan-angan nak mengayat.
"Dude, kau yang bawak aku, kan? So? Kau bukan tak tahu aku ni pantang dengan gadis-gadis ayu, apalagi yang gebu suci murni gitu, pergh. Apesal aku tak pernah nampak dia sebelum ni, huh?" padahal aku memang ada satu senarai gadis-gadis cantik universiti untuk aku ayat. Kemudian, aku pun termenung sebentar mengingati betapa suci murninya gadis tadi. Aku rasa macam dah terkena panahan asmara. Ceh.
"West! Kau ja-ngan nak cari pasal gi ayat dia, okey?! Dia join usrah kot?! Student akademi Islam pulak tu, weh. Kau ni dah kena sindrom apa ni, huh?"
"So? What's the problem? Join usrah ke, studi agama ke, apa de hal."
"What's the problem kata kau?? Apa de hal? Oh man, tolongla kembali ke dunia, berpijak di bumi yang nyata!"
"Kenapa? Semenjak dia join usrah, so aku tak boleh la nak dekat dengan dia? Baru kita tahu kan, berapa banyak keimanan dalam jiwa dia, right? "
"Please, beb. Kau nak ayat orang lain, takpe, aku tak kisah. But this very akak usrah, no, never."
"Apesal? Kau nak ayat dia?" aku tanya sambil sengih tepi.
"Hoi! Aku bukan gila macam kau! Gila tak senonoh!"
"Well, don't call me West la, kalau aku bukan heartbreaker terkemuka abad ni," aku angkat kening. "Kau tu nasib baik aje kawan baik aku, kalau tak, dengan kau-kau sekali aku ayatkan, faham?" aku ketawa kecil bila Ilhani pandang macam nak telan aku hidup-hidup. Ha ha! Indahnya dunia!
**

Tiada ulasan: