Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 1 Mei 2016

ICE teaser #PDT

ICE



#KompilasiCerpen
#DuniaYangTerbalik

“Weh, beb, lambat!”

“Sorry ah, weh. Kau faham-fahamla busy aku camne.”

“Beb, ni Ai. Ai, Ice.”

“Hey, aku Ice,” dia hulur tangan yang masih berbungkus dengan sarung tangan hitam, Ai sambut. “Boyfriend kau ke? Comel,” Ice sengih pada Ai, panahan mata dia bagai terus menusuk ke jantung Ai, membawa debaran yang lain macam.

“Ceh, jaga mata, weh! Aku sekeh kau kang!”

“LOL, ha ha! Geng lain mana?”

“Duh, diorang cancel last minute la, beb.”

“Bongokla. Apa cerita nak reunion bertiga? Kau ingat threesome?”

“Cis! Gila biru otak kau!”

“Ha ha! Biru lagi otak kau, beb!” Ice tumbuk bahu Hype, kawan baiknya sejak sekolah menengah. Ai diam je sejak tadi.

“Korang dah makan ke? Kalau dah, kita gerak terus ah,” Ice sambung sambil membetulkan rambutnya yang sedikit penyek akibat topi keledar yang dipakai.

“Dah, kitorang dah makan tadi. Baby, you okay?” Hype tanya pada Ai. Ai angguk. “Gitu, jom gerak,” Hype menghulurkan topi keledar kepada Ai dan dua motor CBR hitam bergerak membelah angin kemudiannya.

Ai masih terkedu di belakang Hype. Senyuman dan pandangan mata Ice, kenapa macam tu? Kenapa buat dia rasa berdebar? Kenapa? Padahal dengan Hype pun dah lama rasa berdebar tu hilang. Dia telan liur. Takkan aku jatuh cinta pandang pertama pada Ice? Huh, gila! Tak mungkin! Aku setia dengan Hype, dan aku akan setia dengan dia sampai bila-bila! Tapi kenapa aku ada rasa macam ni? Ugh!

Ai pandang figure Ice daripada belakang, yang bagaikan berlumba dengan Hype di atas jalan raya. Body mamat tu memang cantik! Namun dia cepat-cepat kambus rasa terpesona tersebut. Pelukan pada tubuh Hype diperkemas. Kenangan bersama mereka direwind supaya charm Ice tadi mampu dilupuskan daripada simpanan peti memorinya...

Tiada ulasan: