Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 1 Mei 2016

PELANGI teaser #PDT

PELANGI 

((Pengkid tegar berkahwin tanpa rela dengan seorang jejaka yang akhirnya membawa kepada pertemuan kembali dengan kekasih lama beliau, yang hadir tagih kembali cinta, tapi sebagai seorang madu. Possible? macam impossible... dan juga cinta seorang kekasih dalam diam tapi suci, mana satu nak pilih ni?))

“Kad kahwin aku. Jemputla,” Ryan letak sekeping kad di atas meja di taman tepi rumah mereka. Copper yang sedang sibuk dengan timetable dan rokoknya mengangkat kepala.

“Pfftt,” dia pandang sekilas pada kad kahwin tersebut yang berbau wangi selepas menjeling sedikit pada Ryan. “Asal eh kau tak ceraikan aje aku, weh? Settle cerita kau, kau tak payah susah-susah bagai nak jemput aku macam ni, kan. LOL,” dia balas dingin. Asap rokok dihembus ke tepi. Muka tak minat langsung nak tengok pada Ryan, apatah lagi kad kahwin tersebut.

“Masa tu mungkin akan sampai, tapi bukan sekarang. Kau jangan lupa punca kita kahwin?”

“To the moon la, weh, who cares pun? Aku tak kisah la dengan harta semua ni, buat serabut. Tambah pakej kau, lagi serabut hidup aku,” Copper balas tanpa angkat mata. 

Ryan yang berdiri tarik nafas dalam. Ayat dia... pergh, sabar, beb, sabar. “Okey, so majlis akad aku Khamis minggu depan. Kenduri pulak Sabtu kat...”

“Sorry, aku kat Birmigham time tu. Chill, selamat pengantin baru, heh,” dia bangun lepas matikan rokok, tepuk bahu Ryan dan berlalu pergi. Terkedu teman. Macam mana dia boleh relaks macam tu? Serius babun la. Tersampuk apa agaknya? Naga sangat perangai!

Ryan menghenyakkan tubuh di kerusi dan usap rambut sendiri. Blank. Tempoh perkahwinan yang baru menghampiri 8 bulan tu terasa bagai melebihi 8 tahun. Mungkin ke keputusan dia untuk kahwin lain tu sebenarnya hanya untuk menyakitkan hati Copper? Untuk menunjukkan yang dia sebenarnya berkuasa sebagai seorang suami? 

“Raisya!” 

Copper yang hampir sampai kat pintu utama terhenti. “Weh, kau ni apesal hah, berapa kali aku nak sebut, don’t call m...!” tak fikir panjang, Ryan terus kiss dia. Suaranya tersekat separuh jalan.

“Woi! Kalau dah gila, simpan sikit gila kau tu untuk bini baru! Kurang ajar kan kau ni? Bangsat,” dia lap bibir dengan muka merah tahan marah selepas menolak lelaki tersebut. “Kau blah sebelum aku belasah kau,” dia jeling Ryan berapi. 

“Copper, kalau kau kata jangan kahwin, aku takkan kahwin!” bersungguh Ryan menyatakan rasa hati walaupun setelah ditolak begitu sekali. Yeah, kalau Copper halang dia, mungkin dia akan lupakan aje niat untuk kahwin lain. Cancel terus.

“Apa masalah kau ni, huh? Kau tak faham bahasa ke? Hey, whatever you’re doing, I don’t even care, okay? Idiot,” dia selak rambut ke belakang. “Kau ni memang turn off button la, hampeh,” Copper berkerut dan terus blah. Panahan mata dia tajam. Kalau tak kena gaya memang mamat Ryan ni dah lama sampai Penang kena terajang agaknya.

Ryan telan air liur. Hampa. Terkedu. Terkilan. Well, tu mungkin the first and the last ever dia akan buat macam tu. Malam pertama diorang, lepas akad nikah, pengantin perempuan boleh pulak hilang entah ke mana dia pergi melawat, dan hanya muncul lepas tiga hari lepas tu. Even lepas 8 bulan, hari ni la, hari ni baru hari bersejarah dia merasa sentuh bibir gadis tu, rekod sangat tu, weh. Dia memang tak pernah diberi peluang untuk cuba sentuh hati gadis tu, untuk cuba bercinta, apalagi nak sentuh secara fizikal. Ryan mengeluh lagi. Status dah berkahwin, tapi tak merasa pun macam dah kahwin. Ajaib tak? Ajaib, weh, ajaib...

Dan yeah, mungkin betul la aku kena simpan gila aku ni untuk bakal isteri baru aku nanti. Sadis. Ryan menapak naik dengan pasrah.

Tiada ulasan: